Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

"Kalau Tuan ke Tasik Chini,
Singgah bermalam di Tasik Bera,
Kalau Tuan sudah di hati,
Siang dan malam rindu membara."

Halamak! Dia karang pantun la pulak..... Hahahahaha! Aummm! Parah Rambozzi® nie parah! Ok, ok, satu lagi! Satu je lagi lepas tu kita kembali ke dunia 'woodworking'...

"Duduk berkasih di kala senja,
Indahnya jatuh mentari merah,
Dinda kukasih dinda kupuja,
Sudahlah runtuh hatiku parah."

Aduh! Indahnya pantun! Hahahahaha..... 



Seni

Pantun itu satu seni, bro! Di dalamnya ada pembayang dan ada maksudnya. Pantun lama lebih indah. Di dalam 2 baris pertama pembayangnya pun sudah ada "maksudnya". Sama seperti 'woodworking' ini. 'Woodworking' ini penuh dengan "seni". Seni itu halus dan "penuh erti", "jiwa", "cinta" dan "kesannya" yang tersendiri. Pantun dan 'woodworking' adalah seni yang penuh dengan maksud yang tersurat dan yang tersirat. Hehehehe... 

Rambozzi® nie dulu, pernah jadi pemantun masa sekolah² dulu hehehehehehehehehehehehehe. Rambozzi® pun tak tahu macam mana boleh "terjebak" dalam pantun nie. Hahahahahaha... Lawak betul! Rambozzi® rasa, dalam diri Rambozzi® ini ada sedikit darah seni, kot. Oh! Bukan baru! Kalau dilihat 'entry'² terawal Rambozzi®, Rambozzi® tidak bermula sebagai 'woodworker'! Banyak projek² kraftangan dari 'acrylic' yang Rambozzi® buat dulu, agak seni dan penuh dengan "cinta". Tak percaya, tengok balik. 'Woodworking' ini sahaja yang "baru" bagi Rambozzi®. Tapi sekarang, 'woodworking' pula yang "lebih" Rambozzi® minati dan "cintai".

Ok, seperti yang pernah Rambozzi® nyatakan sebelum ini, memang Rambozzi® nak buat sedikit perubahan di dalam blog ini terutamanya dari segi gaya penulisan Rambozzi®. (Rambozzi® takkan ubah atau 'edit' tulisan² Rambozzi® yang terdahulu - walaupun agak jauh berbeza dari sekarang hehehehe...) Rambozzi® nak cari 'style' Rambozzi®. Rambozzi® nak cari "identiti" Rambozzi®. Rambozzi® nak mencari "jiwa" blog ini. Berbeza dengan 'woodworker' lain di luar sana yang masing² sudah mempunyai konsep kerja kayu yang tersendiri, Rambozzi® tidak ada 'style' dan konsep, dan Rambozzi® kena ada. Rambozzi® boleh buat sedikit 'woodworking', sedikit seni kraftangan menggunakan 'acrylic' dan Rambozzi® juga ada sedikit "jiwa sastera" dalam diri Rambozzi®. Dan, rasanya tak salah kalau Rambozzi® gabungkan kesemua "elemen" diri Rambozzi® ini dan "luahkan" ke dalam blog ini. Lagipun, ini blog Rambozzi® heh heh heh heh heh...

Tukang kayu yang bagus dan berjiwa, tidak sekadar "membuat kerja kayu semata". Dalam setiap potongan, dalam setiap ukiran, dalam setiap rautan, hatta kepada peringkat kemasan terakhir sekalipun akan dibuat dengan sepenuh hati dan jiwanya. Hasil kerja kayunya sangat seni dan bagaikan menggambarkan jiwa dan hatinya sendiri. Ya... Rambozzi® pernah jumpa dan lihat sendiri beberapa orang tukang kayu yang sangat "berjiwa" seperti ini... Ketika mereka sedang "berkarya", janganlah diganggu gugat mereka ini. Itu waktunya mereka "meresap" ke dalam "dunia" mereka. Kalau terjumpa 'woodworker' seperti ini; lihat, sentuh dan rasalah hasil kerja kayunya. Sangat halus, bro...

Itu yang Rambozzi® nak cuba buat! Tapi setakat tahap amatur Rambozzi® nie je la... Cuma yang boleh Rambozzi® bawa adalah; "semangat dan cintanya" sahaja. "Zahir atau lahirnya", buat masa ini, "belum tercapai dek tangan dan daya Rambozzi® lagi"... Heh heh heh heh...


...di sini lahirnya sebuah "cinta"...

Hahahaha aduh..... Ok. Beberapa tahun yang lalu, Rambozzi® asalnya nak buat 'frame' gambar je dari kayu. Tu yang dalam gambar kat atas tu... Berbekalkan sebilah gergaji tangan - memang Rambozzi® tak terfikir dan tak 'plan' langsung nak menjadi 'woodworker' "kental" seperti hari ini. Rambozzi® cuba buat sebuah 'frame' seperti di atas dan bila menjadi, Rambozzi® buat lebih kurang 30 lagi 'frame' seumpamanya, tapi dalam saiz dan warna yang berbeza². Ada yang dijual, ada yang dihadiahkan kepada teman² dan keluarga. Tapi banyak yang dihadiahkan la heh heh heh heh...


'Frame' seperti itu nampak terlalu ringkas dan mudah dibuat oleh sesiapa pun. Tapi, ketika itu Rambozzi® menyedari bahawa Rambozzi® mempunyai "masalah" dengan ketepatan dan kekemasan. Potongan yang tidak lurus dan sambungan yang tidak tepat 90° rupa²nya bukanlah sesuatu yang Rambozzi® suka. Jadi, Rambozzi® beli sebilah gergaji jenis 'backsaw' dan sebuah 'miter box' (gambar atas) - dengan harapan Rambozzi® boleh mendapat potongan yang tepat setiap masa. Tapi, ternyata ianya tidak mencukupi...



Rak Bunga Ema (gambar atas) adalah projek 'woodworking' pertama yang Rambozzi® buat - selepas 'frame' tadi. Oh! Ini kebanggaan Rambozzi®! Ini permulaannya! Ya. Itu yang pertama yang Rambozzi® buat. Ramai rakan² Rambozzi® (di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia) yang berkongsi gambar projek 'woodworking' pertama mereka. Sungguh Rambozzi® malu yang amat sangat sebab projek pertama mereka adalah sangat hebat! Hahahahaha! 'Console table', rak kasut, rak TV, 'workbench', meja berbentuk segitiga dan macam² lagi adalah projek 'woodworking' pertama mereka! Hebat! Tidak seperti "projek pertama" Rambozzi®! Heh heh heh heh...

Projek Rak Bunga Ema adalah projek yang "mengajar" Rambozzi® erti 'frust' di dalam 'woodworking'. Potongan yang tidak lurus, tidak tepat dan tidak sama panjang amat menyakitkan hati Rambozzi®. Jadi, Rambozzi® beli sebuah 'slide miter saw'. Hah! Maka bermulalah episod² hidup Rambozzi® menjadi Rambozzi®!

Bosch® GCM 800S Sliding Miter Saw (gambar atas) adalah 'power tools' paling hebat pernah Rambozzi® miliki. Mesin ini mempunyai hampir kesemua ciri dan fungsi yang Rambozzi® perlukan. Maka, Rambozzi® pun menjadi 'woodworker'. Mesin itu adalah "cabaran" baru buat Rambozzi®. Rambozzi® mula ketagih dengan 'woodworking'. Rambozzi® dapat merasakan keseronokannya. Rambozzi® menjadi Rambozzi®.

Rupa²nya Bosch® GCM 800S Sliding Miter Saw juga hanyalah "satu permulaan". Rambozzi® terus "meluangkan wang" dan membeli lagi beberapa 'power tools' yang Rambozzi® rasakan perlu untuk memuaskan "nafsu ketepatan" tadi heh heh heh heh...


Rambozzi® terus "mengamuk" dan membeli beberapa lagi 'power tools'. Rambozzi® cuba mengekalkan 'brand' yang sama - yang Rambozzi® "suka" dan "idamkan". Itu pun Rambozzi® masih belum mahu "berhenti" lagi.

Rambozzi® seolah² dilamun "cinta" yang "amat mendalam dan menyesakkan nafas" tapi "tak terluahkan". Heh heh heh heh sampai begitu sekali perasaannya.... Dan ia adalah "benar".

"The best feelings are those that have no words to describe them...."

Rambozzi® terus "berkarya" dan dalam masa yang sama belajar lebih banyak lagi mengenai 'woodworking'. Rambozzi® akui, teknik sambungan kayu yang Rambozzi® gunakan adalah cara moden. Teknik yang boleh dipanggil 'shortcut'. Rambozzi® tidak tahu dan tidak pernah belajar teknik² asas dan tradisional seperti tanggam dan sebagainya. Hanya 'pocket hole joinery techniques' sahaja. Rambozzi® rasa, kalau tidak ada KREG® Pocket Hole Jig Rambozzi® takkan boleh menghasilkan "karya²" walau untuk tahap yang sebegitu amatur.


Karya

Rak Kasut Ziti adalah 'masterpiece' bagi Rambozzi®. Projek ini betul² mencabar Rambozzi® dan hasilnya memang sangat memuaskan hati Rambozzi®. Waktu ini, Rambozzi® sudah bersedia, kalau Ziti tak jadi beli memang Rambozzi® nak! Heh heh heh heh... "Sayang sangat awak! ..."

Projek ini juga adalah projek pertama yang Rambozzi® 'design' terlebih dahulu dengan menggunakan 'SketchUp'. Ya. SketchUp - yang menurut American Woodworkers - adalah antara 'tools' yang "perlu ada" di dalam 'woodworking'. Rambozzi® "luangkan waktu" mempelajari SketchUp. Kemahiran Rambozzi® menggunakan SketchUp setakat ini adalah mencukupi untuk keperluan Rambozzi®. 


Kemudian, Rambozzi® hasilkan pula Rambozzi® Snack Table. Ini juga satu 'masterpiece' bagi Rambozzi®. Projek yang sangat ringkas dan mudah tapi paling Rambozzi® suka. Dan ini adalah untuk Rambozzi® sendiri heh heh heh... Projek ini adalah "the next woodworking mastery level" buat Rambozzi®. Hah! Entah betul ke tidak ayat tu hehehe... Ini adalah projek yang paling Rambozzi® suka.


Dan Shot Through the Heart...

Ini adalah hasil karya "agung" Rambozzi®. Di dalam projek ini ada 'heart', ada 'soul'. Ini karya seni Rambozzi®.

Ini "milik" Rambozzi®. Ini adalah Rambozzi®.

Shot Through the Heart ini tidak akan ada perkataan yang paling tepat untuk "menggambarkannya". Shot Through the Heart ini hanya boleh "dirasai". Shot Through the Heart ini adalah "deepest feelings" Rambozzi®.

Ketiga² projek di atas adalah projek Rambozzi® yang terbaik untuk tahun 2014, bagi Rambozzi® la kan hehehe. Ketiga² projek itu juga adalah proses² yang membawa Rambozzi® ke tahap yang lebih matang - tapi masih lagi amatur hehehe. Masih banyak yang perlu Rambozzi® pelajari. Masih banyak kelemahan di dalam hasil² kerja kayu Rambozzi®. Dan masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki dan diperhalusi lagi.


Tools


Ok. Kesemua "senjata" di atas adalah "bukti kesungguhan dan keseriusan" Rambozzi® di dalam 'woodworking' ini. Itu semua adalah "antara" usaha Rambozzi® untuk menjadi lebih baik dan lebih maju di dalam 'woodworking' ini. Rambozzi® adalah 'woodworker' moden. Tanpa semua peralatan di atas, agak mustahil untuk Rambozzi® membuat kerja² kayu ini. Rambozzi® mahu hasilkan sesuatu yang terbaik, jadi Rambozzi® perlukan peralatan yang juga terbaik. Bukanlah Rambozzi® maksudkan 'brand' yang Rambozzi® gunakan di atas adalah yang terbaik. Tidak. Tapi terbaik bagi Rambozzi® sahaja, sekurang²nya... 

"Senjata²" di atas adalah kebanggaan Rambozzi®. Bukan untuk ditunjuk² kepada sesiapa pun. Ia sama seperti hasil² kerja Rambozzi® di sini. Dan ya! Ia masih belum cukup! Satu perkara lagi, 'woodworking blog' memang macam nie, mesti ada ditunjukkan gambar² 'power tools', 'hand tools', 'jigs' dan macam² mesin dan peralatan lagi. Baru best! Hehehehe. Itu keseronokan yang ada di dalam sesebuah 'woodworking blog'. 

Ada lagi yang Rambozzi® "nak miliki". Cuma Rambozzi® "pendamkan" dulu sebab "kekangan" kewangan-masa-ruang yang "menghalang" Rambozzi®, buat masa ini. Ah! Kalau ada jodoh, tak ke mana...hahahahahahaha... Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® nak gelak. Rambozzi® gelak bila Rambozzi® nak gelak! Heh heh heh heh...


Komuniti

2014 juga adalah tahun "kejayaan" Rambozzi® membawa 'woodworking' di Malaysia ini ke satu tahap yang agak membanggakan Rambozzi®, 'at least'... Atas sokongan dan dorongan beberapa rakan (pembaca blog Rambozzi® ini juga sebenarnya...), Rambozzi® mewujudkan 'community page' di laman Facebook - Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Oh! Komuniti ini bukan milik Rambozzi®. Ia sememangnya milik semua 'woodworker' di Malaysia. Rambozzi® sebagai 'admin' di situ tak lebih dari sebagai hos atau pengacara sahaja. Hehehehehe.

Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia "sepatutnya" boleh menjadi satu platform untuk memajukan "sektor" pertukangan kayu secara D.I.Y di Malaysia. Kerja kayu secara D.I.Y ini memang nampak seperti satu kerja yang tidak "popular" dan tidak berapa "exclusive". Tapi ada beberapa orang 'woodworker' yang lebih dari sekadar seorang 'woodworker'. Ada beberapa orang 'woodworker' di dalam komuniti ini yang sebenarnya adalah usahawan - tidak hanya memiliki bengkel kayu tetapi ada yang memiliki kilang kayu! Mereka ini antara segelintir orang yang menyedari dan "nampak" bahawa "rezeki itu ada di mana²". Yang tinggal hanyalah "berusaha mencarinya". Dan memang Rambozzi® ada nyatakan di sana, komuniti ini boleh membantu menjana ekonomi dan menambahkan pendapatan kita. Cuma ia memerlukan perancangan yang teliti, masa dan semestinya sokongan dan dorongan dari para 'woodworker' yang 'serious'. Oh! Rambozzi® takkan boleh buat semua itu seorang diri!

Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia adalah sesuatu yang sangat besar dan sememangnya bukan di dalam perancangan Rambozzi®. Sama seperti 'woodworking' ini, asalnya Rambozzi® nie nak buat 'frame' tu je hahahaha. Tapi sekarang nie dah jadi lain pulak. Di komuniti ini Rambozzi® tiba² menjadi sangat sibuk. Setiap hari terlalu ramai yang menghantar mesej di Facebook, emel, SMS dan Whatssap kepada Rambozzi® bertanyakan "ribuan" soalan tentang 'woodworking'. Ada yang bertanya tentang kayu, 'power tools', 'hardware'. Ada yang bertanyakan tentang petua-tips-tricks. Tak kurang juga yang menghantar gambar hasil kerja mereka kepada Rambozzi® dan minta Rambozzi® memberikan komen! Aduh! Rambozzi® tiba² menjadi macam juri pulak. Atau macam pensyarah kat U kot hahahaha. Rambozzi® jadi sumber rujukan! Hahahahaha.....

Mereka semua tu lupa, Rambozzi® ini adalah seorang 'woodworker' yang sangat amatur. Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, Rambozzi® memang amatur. Serius, beb! Yang nampak cantik dan macam pro tu dalam gambar je! Realitinya memang satu hasil kerja yang sangat amatur. Beza Rambozzi® dari 'woodworker' lain di Malaysia ini hanya satu - Rambozzi® ada blog ini. Dan Rambozzi® sangat aktif mengemaskini blog ini hampir setiap minggu. Huh! Kalaulah semua 'woodworker' di Malaysia nie ada 'woodworking blog', blog Rambozzi® ini akan jadi blog yang paling "sunyi". Betul, bro!

Kenapa 'woodworker' lain tak buat 'woodworking blog' juga? Rambozzi® rasa, sebab mereka sangat sibuk dengan lambakan projek yang mereka terima. Oh Rambozzi® bukan perli tapi itu realiti dan memang Rambozzi® tahu mereka sangat sibuk. Rambozzi® tahu dan Rambozzi® "nampak" mereka sangat sibuk melalui Instagram. Di Instagram, ada terlalu ramai 'woodworker' dari seluruh Malaysia. Dan kesemua mereka sangatlah hebat² belaka... Rupa²nya mereka tidak 'blogging', mereka lebih senang dan suka 'selfie' hehehehehe.... Dan Rambozzi® akui, melalui Instagram mereka boleh mendapat lebih ramai 'followers' dan 'likers' dan paling penting sekali, Instagram sangat bagus untuk kemajuan dan perkembangan perniagaan mereka. Rambozzi® ada masa nak menulis dan 'blogging' di sini sebab Rambozzi® bukan ada banyak projek pun! Hahahaha. Percayalah, kalau satu hari nanti Rambozzi® menerima tempahan projek yang "terlajak laris", memang Rambozzi® pun takkan ada masa nak "bersastera" di sini.... Heh heh heh heh...


I am Rambozzi®...

Rambozzi® di dalam 'woodworking' dan di dalam blog ini hanyalah satu 'character' "khayalan" yang diwujudkan untuk "meriwayatkan" tentang pertukangan kayu sahaja. Itu pun bukanlah 100%. Rambozzi® tak pandai nak menerangkan tentang sesuatu proses kerja kayu, atau nama² yang tepat untuk bahagian² tertentu di dalam sesebuah perabot, atau menerangkan tentang kegunaan atau fungsi sesebuah 'power tools', apatah lagi nak mengajar tentang ilmu ketukangan kayu itu sendiri. Rambozzi® bukanlah orang yang layak untuk tujuan² itu. Rambozzi® tidak ada sebarang sijil kemahiran dan tidak pernah melalui sebarang proses "anda disahkan layak" sebagai tukang kayu.

Rambozzi® bukan nak merendah diri, tapi lebih kepada "sedar diri". Oh! Ada perbezaan yang amat ketara di antara merendah diri dan sedar diri hahahaha... Rambozzi® paling takut bila "dipandang tinggi" atau "disanjung" oleh sesiapa pun. Dipanggil "tuan" atau "master" atau "otai" bukanlah sesuatu yang Rambozzi® sukai. Bagi Rambozzi®, gelaran "master" hanya sesuai untuk tukang yang sangat berpengalaman dan boleh membuat kerja kayu tanpa sebarang bantuan 'power tools' yang serba moden atau KREG® Pocket Hole Jig. Itu barulah "master". Terlalu "menyanjungi" seseorang itu akhirnya akan "membuahkan bibit² cinta" pula nanti heh heh heh heh... Tapi, Rambozzi® takkan pula "menghalangnya" hahahaha...Sebab, I am Rambozzi®!!!

"But the feel-good feeling is mixed with anxiety. When things are new, uncertain and exciting, the body’s natural levels of the feel-good chemical serotonin drop. This drop is associated with increased fear activation in the amygdala (the emotional brain) and increased secretion of the stress hormones adrenaline (epinephrine), noradrenaline (norepinephrine) and cortisol. It’s adrenaline that makes your heart beat faster, and it’s the anxiety you feel from the action of the stress chemicals and the activity in the amygdala that make you feel sick in the stomach and chest area." 
- Serius Rambozzi® tak faham! Copy-paste je hehehehe...

Ok. Rambozzi® akui, semenjak Rambozzi® wujudkan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia di Facebook, nama Rambozzi® sedikit "naik" dan mula dikenali. Ada satu masalah di situ, setiap hari, Rambozzi® "dihujani" dengan pelbagai soalan dan permasalahan dari para 'followers' dan 'likers' di sana. Mulanya, Rambozzi® sangkakan "sesi" soaljawab itu hanya akan berlaku sesama mereka di dalam komuniti, dan memang itulah harapan Rambozzi®. Tapi, ada yang suka bertanya terus pada Rambozzi®. Boleh. Kalau tahu, InsyaAllah Rambozzi® akan jawab. Tapi, suka Rambozzi® nak nyatakan di sini, Rambozzi® memang bukan seorang pakar dan Rambozzi® tak nak satu hari nanti Rambozzi® jadi 'pompous' atau dalam bahasa hari ini - "poyo" heh heh heh heh...



2015

Di blog Rambozzi® ini, ada pembaca yang suka melihat hasil² kerja Rambozzi® di sini. Ada yang mencari sedikit ilmu pertukangan kayu dari cara² dan teknik kerja secara D.I.Y dan amatur Rambozzi®. Ada juga yang suka dengan teknologi dan mesin² yang Rambozzi® gunakan. Dan ada pula pembaca yang hanya suka membaca tulisan Rambozzi® semata.

Apa² yang ada di dalam blog Rambozzi® ini - sekiranya boleh memberi sedikit ilmu atau manfaat - adalah kepuasan hati Rambozzi®. Apa² yang ada di dalam blog Rambozzi® ini - sekiranya boleh memberi kegembiraan kepada peminat² 'woodworking' - adalah kegembiraan Rambozzi® juga. Tapi, semua yang ada di dalam blog ini hanyalah pada tahap amatur sahaja. Apa yang Rambozzi® buat di sini adalah sangat asas dan sangat 'beginner'. Sangat ringkas dan mudah. Sangat Rambozzi®.

2015 akan menjadi tahun yang lebih mencabar buat Rambozzi®. Ketika Rambozzi® menulis 'entry' ini, Rambozzi® sudah memasang azam, "impian" dan "harapan" untuk 2015. Banyak 'woodworking' yang Rambozzi® nak lakukan. Banyak 'power tools' yang Rambozzi® nak beli lagi. Paling penting, banyak lagi ilmu mengenai 'woodworking' yang Rambozzi® nak belajar, dan kena belajar. Beberapa perubahan dan penambahan juga akan berlaku di blog ini. Maksud Rambozzi®, dari segi penulisan dan "jiwa" blog ini. 'Woodworking' adalah minat dan "hidup" Rambozzi®. Blog ini pula adalah seperti "hati" dan "dunia" Rambozzi®. 'Woodworking' dan blog ini "sama pentingnya" buat Rambozzi®. Di sini, Rambozzi® kenal apa itu 'woodworking' dan apa yang "ada" di dalamnya... Rambozzi® akan terus menjadi Rambozzi® ini. Rambozzi® akan teruskan "woodworking" ini. Rambozzi® akan terus menulis di blog ini. "There will be no full stop". Hanya dot dot dot itu sahaja ... 

Apa yang Rambozzi® dah "lalui" sepanjang 2014 ini bukanlah "permintaan" Rambozzi®. Rambozzi® kena faham dan "terima" bahawa, "bukan semua perkara" di dalam "woodworking" ini, boleh Rambozzi® "ukur", "design" apatah lagi "merancangnya". Di dalam "woodworking" Rambozzi® ini, tiada perkataan "according to plan". Kalau "woodworking" ini boleh membawa kejayaan dan kegembiraan di dalam hidup Rambozzi® - ertinya Rambozzi® dapat apa yang Rambozzi® "NAK". Kalau "woodworking" ini membawa "kehancuran" kepada "dunia" dan "seluruh hidup" Rambozzi®, Rambozzi® terpaksa terima. Sebab tidak Rambozzi® pinta dilahirkan ke dunia ini sebagai "woodworker" ini huuuu huuuu huuuu... Hahahahaha! 

Ya! Rambozzi® yang "NAK JADI WOODWORKER!" Dan Rambozzi® akan jadi apa yang Rambozzi® NAK! Rambozzi® akan buat apa yang Rambozzi® NAK! Rambozzi® akan jadi Rambozzi®. Terimalah kenyataan ini dan "uolls" akan terima kemanisan "cinta" "woodworker" ini heh heh heh heh...

"- I am Rambozzi®...and I am your woodworker...stay tuned. Just stay..."


Oh no! No! Wait! Wait! Rambozzi® ingatkan, projek Wooden Crates Rimy di dalam 'entry' sebelum ini adalah projek terakhir untuk tahun 2014 ini. Rupa²nya, Rambozzi® "masih belum mahu berhenti". Rambozzi® "tak boleh berhenti" dan Rambozzi® "tak akan berhenti". Ingat tu! Ingat dengan sepenuh ingatan!

Ok. Memandangkan bahagian² kayu untuk projek ini sudah siap dipotong, Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® siapkan sebagai projek terakhir Rambozzi® untuk tahun 2014 ini. Projek ini adalah "petanda" bahawa, Rambozzi® sentiasa bersedia nak buat "woodworking"! 

Jadi, tanpa membuang masa lagi, dengan perkataan yang Rambozzi® akan "kekalkan" ke "akhir hayat Rambozzi®", jom mulakan 'woodworking' terakhir untuk tahun 2014 ini - Rak Telur Lily.


Ok. Sama seperti projek Rak Telur Ida dan Rak Telur Irah, Rambozzi® tentukan dahulu berapa biji telur yang akan diletakkan ke atas rak ini nanti. Jadi, Rambozzi® boleh tentukan panjang kayu yang sesuai. Oh ya! Rambozzi® tidak akan perincikan proses pembuatan rak ini kerana memang sama sahaja dengan versi yang sebelumnya. Cuma ada sedikit "penambahbaikan" mengikut "hati" dan 'feel' Rambozzi® sahaja heh heh heh heh...

2 kayu di atas telah dipotong sama panjang dan ditebuk 5 lubang setiap satunya untuk dijadikan tempat untuk meletakkan telur. 2x5=10. Jadi, Rak Telur Lily ini boleh diletakkan 10 biji telur. Rambozzi® akui, semenjak akhir² ini, Rambozzi® agak "bijak Matematik" hahahahaha. Hebat kan Beta? Aummm!


Ok, seterusnya Rambozzi® nak buat pula bahagian kaki untuk rak ini. Ya! Kaki untuk Rak Telur Lily ini agak 'special' berbanding versi sebelumnya. Kayu² di atas Rambozzi® potong dengan menggunakan 'jigsaw' dan Rambozzi® bentukkan ia supaya menjadi apa yang Rambozzi® "percayai" dipanggil sebagai 'tapered legs'.

Rambozzi® pernah buat dulu kaki² seperti ini di dalam projek Rambozzi® Candle Holder. Jadi, kalau nak tahu caranya, bolehlah ke 'entry' tersebut.

Ok. Projek ini agak ringkas, mudah dan juga agak cepat. Rambozzi® tidak akan perincikan lagi mengenai proses² seterusnya. Sebab, Rambozzi® dah tak sabar nak siapkan projek ini dan Rambozzi® nak cepat² melangkah ke tahun 2015. Rambozzi® nak tahun 2015. Ohhhhh.... Terlalu banyak perancangan Rambozzi® untuk tahun 2015 nanti. Rambozzi® akan matangkan diri Rambozzi® sendiri. Rambozzi® ada semangat dan kekuatan yang Rambozzi® kena tunjukkan di tahun 2015 nanti. Rambozzi® ada keyakinan, kesungguhan dan "ketetapan hati" yang sangat kuat yang takkan boleh digugat oleh sesiapa pun! Jadi, please don't!


Ok. Siap Rak Telur Lily! Kaki²nya memang sengaja Rambozzi® "bakar" sedikit untuk mendapatkan "effect" itu. Dan Rambozzi® suka "effect" itu! "Effect" yang "affect" Rambozzi®...


Rambozzi® hanya "bakar" sedikit sahaja sebab Rambozzi® masih belum kuasai lagi teknik ini. Dan Rambozzi® 'sanding' sedikit keseluruhan rak ini dan sapukan beberapa lapisan 'tung oil'.


Bagaimana Rambozzi® "bakar" kaki² itu? Tidak susah sangat dan tidak mahal sangat 'tools' yang diperlukan. Kalau nak tahu, tunggu tahun 2015 yang akan tiba sekejap je lagi. Rambozzi® akan "kongsikan" tekniknya yang Rambozzi® tahu. Rambozzi® akan tunjukkan 'tools' yang Rambozzi® gunakan. "Just stay!" Banyak yang Rambozzi® nak "tulis" di dalam blog ini di tahun 2015... Terlalu banyak... Heh heh heh heh heh...




Ok. Ini projek terakhir Rambozzi® untuk tahun 2014 ini. Aduh... Rambozzi® jadi kelam-kabut pula akhir tahun 2014 nie! Terlalu banyak yang Rambozzi® nak buat sampai tak sempat nak fikir - dok dang nok mikir boh! Heh heh heh heh... Sebenarnya, untuk blog ini sahaja. Sebab ada beberapa projek yang belum Rambozzi® 'post' lagi ke dalam blog ini. Takpe, mana yang tak sempat siap tu, Rambozzi® 'post' tahun depan je la hehehehe...

Ok. Jadi, so, Rimy nie telah "terlihat" Wooden Crates Puan Fatimah yang Rambozzi® buat baru² ini. Dengan penuh minat Rimy 'WhatsApp' Rambozzi®; "Berapa harga semua kotak yang dalam gambar tu Rambozzi®? Buatkan saya 1 set sebijik macam tu. Bungkus ye..." Hahahahaha!

Boleh. Rambozzi® boleh buat. Kotak² kayu seperti itu tidaklah susah sangat untuk dibuat. Ia hanya merupakan satu kerja kayu yang sangat ringkas dan mudah. Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Wooden Crates Rimy.


Studio Rambozzi® sekarang ini agak "sesak" dengan beberapa peralatan, 'power tools', kayu² dan macam² lagi la. Rambozzi® sudah kesempitan ruang. Jadi, untuk 'entry' kali ini tidak banyak gambar proses pemasangan yang boleh Rambozzi® kongsikan di sini. Lagipun, projek ini sangat ringkas dan mudah. Jadi, Rambozzi® rasa, tidak perlulah Rambozzi® terlalu teliti seperti yang biasa Rambozzi® buat di blog ini.

Ok. Kayu² di atas sebenarnya telah dipotong kepada saiz² yang Rambozzi® perlukan untuk membuat beberapa biji kotak kayu untuk Rimy. Kesemuanya akan dipasang dengan menggunakan 'pocket hole joinery technique' sahaja. Dan kayu² di atas juga telah siap ditebuk lubang² 'pocket hole'.


Rambozzi® mulakan dengan membina beberapa rangka atau 'frame' seperti di dalam gambar di atas. Hanya satu proses penyambungan kayu ke kayu yang ringkas, menggunakan skru dan juga gam kayu.


Dari 'frame'² kayu tadi Rambozzi® akan bina pula rangka utama untuk kotak² ini. Lihat gambar di atas. Perhatikan "keperkasaan" Rambozzi® RamboClamp® itu. Ia merupakan 'clamp' kegemaran Rambozzi® sekarang. Heh heh heh heh...


Ok. Gambar di atas pula adalah antara beberapa biji rangka kotak yang telah siap dipasang. Rambozzi® akan sudahkan dengan memasang beberapa batang lagi kayu untuk mendapatkan rekabentuk kotak yang Rambozzi® nak.


Dan siap. Sangat ringkas, sangat mudah dan sangat cepat. Wooden Crates Rimy ini tidak akan dicat dengan sebarang kemasan. Rambozzi® cuma akan 'sanding' sedikit dan bersihkannya sahaja.

Ok. Rambozzi® sekarang ini sudah tidak sabar² pula nak "menghadapi" tahun 2015. Tak tahu sempat ke tidak... Hehehehehe... Tapi, kalau masih ada hayat Rambozzi®, 2015 bakal menjadi tahun paling "mencabar" bagi Rambozzi®. Terlalu banyak perancangan yang sedang berputar kencang di dalam minda Rambozzi® pada detik ini. Terlalu banyak pula liku yang terpaksa Rambozzi® lalui. Terlalu banyak juga cabaran dan "rintangan" yang ada di hadapan Rambozzi® sekarang ini. Rambozzi® kena 'cool' dan terus melangkah ke hadapan. Oh! Sudah pasti! Rambozzi® akan bawa bersama "apa" yang Rambozzi® miliki di tahun 2014 ini...

Rambozzi® akan teruskan "woodworking" ini. Kerana "woodworking" ini adalah hidup dan "cinta" Rambozzi®. Cintaku bukan di atas kertas...Cintaku getaran yang sama...Tak perlu dipaksa...Tak perlu dicari...Kerna ku yakin ada jawabnya...ohhh... Halamak lagu Siti la pulak hahahaha... Aduuuhhh...

Ok. Ini lagu Rambozzi®...

"Against the wind we run
to every place under the sun
We've got so much power inside
We will never give up
Against the wind we go
towards the new shore
together we'll forget the sorrow
it's forever gone..."

Stratovarius - Against the Wind



"Rambozzi®! Saya dah letakkan barang yang awak buat tadi di tempatnya! 
Saya suka! Thanks! I love you Rambozzi®! Hehehe..."

"I love you too..." Heh heh heh heh uolls jangan marah ehh! Itu adalah "kesimpulan" daripada kata² ucapan TERIMA KASIH dari para pelanggan yang Rambozzi® terima dari SMS, Facebook dan WhatsApp - untuk tahun 2014 ini.

Ok. Untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® akan himpunkan projek² Rambozzi® untuk tahun 2014 ini. Tidak semua, hanya projek² yang Rambozzi® terima gambarnya dari pelanggan² Rambozzi® sahaja. Jadi, pelanggan² yang tidak menghantar gambar produk Rambozzi® yang telah mereka terima - tidak akan disiarkan di sini heh heh heh heh...

Rambozzi® tidak akan memberikan penjelasan terperinci mengenai gambar² di bawah. Hanya sedikit coretan sahaja, mungkin. Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom lihat dan hayati 'woodworking' untuk tahun 2014 ini - Rambozzi® - Jejak Kasih 2014. Heh heh heh heh... dah boleh buat tajuk novel tuh...


Ok. Wall Shelf Kak Lang Idah - antara projek paling susah untuk tahun 2014 ini. Antara projek yang hampir membawa kegagalan kepada Rambozzi®. Juga antara projek yang mencabar dan mengajar Rambozzi® agar berusaha dengan lebih gigih dan tekun di dalam 'woodworking' ini.


RofiahFesyen Signboard - projek gabungan kerja kayu dan juga 'acrylic'. Projek ini sangat 'special' di hati Rambozzi®. Nak tahu kenapa? Emel! Emel! Emel! Heh heh heh heh...


Gambar ihsan dari Yuzie. Gambar di atas adalah Coffee Table Yuzie. Yuzie adalah pelanggan pertama Rambozzi® yang "menambah" 'order' "sejurus selepas" bersetuju dengan 'order' yang pertama! Coffee Table Yuzie ditempah selepas Yuzie bersetuju menempah projek di bawah ini.


Microwave/Oven Cart Yuzie adalah projek pertama yang ditempah oleh Yuzie. Projek yang agak mencabar kerana 'finishes'nya memang di luar kemahiran Rambozzi®. Tapi Rambozzi® berjaya juga menyiapkannya sebab Yuzie telah berjanji; "Rambozzi®! Kalau berjaya, I buatkan kek untuk you!"


Dan Yuzie buatkan kek untuk Rambozzi®!!! Hahahahahaha! Rambozzi® telan air liur je la tengok gambar huhuhu... "Terima kasih Rambozzi® kerana buatkan meja yang menepati citarasa Yuzie..."


Seterusnya, Rak Kasut Mr. B - projek yang hampir di'reject' kerana Rambozzi® telah tersalah ukuran! Agak mengecewakan Rambozzi® tapi dalam masa yang sama mengajar Rambozzi® supaya lebih berhati², lebih teliti dan lebih cermat. Hasil cat yang "sangat cantik di mata Rambozzi®".


Oh! Ini projek besar Rambozzi® untuk tahun 2014! Fishing Rod Stand Ziq.


Coffee Table Lily - dibuat dengan menggunakan kayu 'pine' dan juga "cinta" Rambozzi®.


Katil Kucing Nia dan Cat Hammock Stand Nia - seorang pelanggan, 6 produk serentak!


Ok. Saloon Door Jivan - projek ini juga agak mengecewakan Rambozzi® untuk tahun 2014 ini. Buat lebih senang dari pasang!


Pallet Boxes Kak Nislina - antara projek paling cepat pernah Rambozzi® buat. Juga antara projek paling tak kemas bagi Rambozzi®. Tapi, rupa²nya itu adalah 'style' dan 'art' untuk projek 'woodworking' yang menggunakan kayu palet. Hmmm... Rambozzi® kena belajar lebih dalam lagi mengenai seni pertukangan kayu menggunakan kayu palet. Rambozzi® dah selesa menggunakan kayu meranti yang baru, jadi bila menggunakan kayu palet yang agak kasar, Rambozzi® hilang kreativiti. Ini cabaran baru bagi Rambozzi®.


Gambar di atas pula ihsan dari Puan Fatimah. Projek Wooden Crates Puan Fatimah ini juga antara projek paling cepat pernah Rambozzi® buat. Bangga Rambozzi® melihat hasil kerja tangan Rambozzi® digunakan seadanya. Sebenarnya, Rambozzi® tak ada idea langsung apa yang boleh dibuat dengan kotak² kayu tu hahahahaha. Rupa²nya ia memerlukan kreativiti untuk menyusunnya menjadi cantik dan indah dipandang mata. Rambozzi® kena belajar lebih banyak lagi mengenai kayu yang "cantik macam saya jugak!" nie heh heh heh heh...

Easel Stand Lisa -  sungguh Rambozzi® tidak ada idea langsung mengenai apa yang boleh dibuat dengan sebuah 'easel stand'. Lisa telah "mengajar" Rambozzi® bagaimana caranya. Rambozzi® pun nak buat juga sebuah nanti untuk diletakkan ermmm.... mungkin 'power tools' milik Rambozzi® heh heh heh heh...


Ok. Seterusnya adalah projek untuk geng² Rak Sos & Kicap hehehehe. Yang di atas adalah milik Hang Ida.


Yang di atas itu pula adalah milik Hang Nurul.
Dan yang di atas pula adalah milik Hang Lisa. Ada lagi 2 bersaudara yang belum Rambozzi® terima gambarnya iaitu dari Hang Izu dan Hang Watey heh heh heh heh... Takpe...lain tahun pulak ye...


Gambar di atas pula adalah Rak Telur Ida. Suka Rambozzi® melihat telur² itu tersusun rapi di atas raknya.


Dan seterusnya pula adalah Rak Sabun Ida. Kemas dan berjaya digunakan seadanya.

Ok. Setakat hari ini, hanya itu sahaja gambar² produk Rambozzi® di lokasinya yang Rambozzi® terima. Terus-terang Rambozzi® katakan di sini, bila melihat hasil kerja Rambozzi® digunakan sebegitu rupa, terbit rasa puas di hati Rambozzi®. Mungkin ia tidak secantik mana - disebabkan kemahiran amatur Rambozzi® ini - tetapi itulah yang terbaik yang Rambozzi® boleh berikan setakat ini. Itulah Rambozzi®. Sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada pelanggan² Rambozzi®.

Tapi, dalam masa yang sama, tahun 2014 ini juga "ada" beberapa projek yang belum diambil oleh pelanggan² Rambozzi®. Ada yang sudah dibayar penuh, dan ada juga yang masih belum dibayar langsung. Kalau ditanya kepada Rambozzi®, ya, ia agak menyedihkan Rambozzi®. Sebab, Rambozzi® keluarkan keringat untuk mencari sedikit rezeki dengan 'woodworking' ini, tetapi bila dah siap, pelanggan tak nak ambil dan tak nak bayar langsung - hingga ke saat Rambozzi® menulis 'entry' ini. Tidak mengapa, ada "beberapa" pengajaran yang Rambozzi® belajar di situ. 'Priceless!'

Bagi yang dah bayar - tapi masih belum ambil - Rambozzi® akan simpan dulu sampai dia ada masa. Ya! Rambozzi® faham mengenai "masa orang lain". Rambozzi® boleh terima. Tapi bagi yang belum bayar dan tak nak ambil dan tak nak bayar - Rambozzi® akan gunakan sendiri! Hahahahahaha! Sebab kayu² yang digunakan tu mahal dan cantik, bro! Hahahaha...


Ok. Itu untuk tahun 2014. Tahun 2015 yang akan tiba tidak berapa lama sahaja lagi, bakal "membawa" beberapa "cabaran" baru untuk Rambozzi®. Rambozzi® akan teruskan "woodworking" ini. Rambozzi® akan terus "menulis" di sini. Rambozzi® akan terus "berada" di sini - selagi ada hayat Rambozzi® - 'I will stay!' Rambozzi® akan terus "belajar dengan lebih dalam lagi" mengenai bidang "kesayangan" Rambozzi® ini. Rambozzi® akan lebih "memahaminya" lagi. Dan ya! Rambozzi® akan lebih "mencintainya" lagi. "I am Rambozzi®. I am your woodworker. Stay tuned. Just stay..."

Seperkara lagi, Rambozzi® rasa, Rambozzi® juga kena belajar lebih dalam lagi mengenai Bahasa Melayu. Sebab, pada ketika ini Rambozzi® terkeliru sekejap. Mana yang betul - "mencintainya" atau "menyintainya"? Heh heh heh heh...


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ▼  2014 (74)
    • ▼  December 2014 (15)
      • - "I am Rambozzi®"
      • - Rak Telur Lily
      • - Wooden Crates Rimy
      • - Rambozzi® - Jejak Kasih 2014
      • - Rambozzi® RamboRulezz®
      • - Rak Sabun Ida
      • - Rak Telur Irah
      • - Rak Telur Ida
      • - Rambozzi®, Woodworking and "Injuries"
      • - Rak Sos & Kicap
      • - Easel Stand Lisa
      • - Baby Co-Sleeper Shima
      • - Shot through the Heart
      • - Wooden Crates Puan Fatimah
      • - Rak Dapur Ain
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes