Rupa²nya Rak Telur Ida tu ada orang yang turut berminat. Irah, rakan Ida turut meminta Rambozzi® buatkan satu rak telur ini untuknya. Ok, Rambozzi® boleh buat. Tapi, untuk 'entry' kali ini Rambozzi® tak akan sertakan gambar² proses pembuatannya, sebab memang sama sahaja dengan Rak Telur Ida tu. Jadi, jom kita lihat hasil 'woodworking' kali ini - Rak Telur Irah.
Ok. Irah memang nak rak telur ini sama 'design'nya dengan Rak Telur Ida tu. Tidak menjadi masalah pada Rambozzi® sebab ia masih "segar dalam ingatan" Rambozzi® heh heh heh.
Berbeza dengan Rak Telur Ida, Irah hanya mahukan 8 sahaja tempat untuk diletakkan telur. Yang Ida punya tu untuk 10 biji telur. Boleh. Nak letak berapa bijik telur pun Rambozzi® boleh buat. Tak ada masalah.
Rak Telur Irah ini tidak dicat langsung dengan apa² 'finishes'. Hanya di'sanding' halus dan dibersihkan dengan menggunakan Formby's® Build-Up Remover.
Cuma, projek kali ini agak "menggusarkan" Rambozzi®. Sebab Irah hanya mahukan 8 tempat untuk diletakkan telur. Rambozzi® akui, Rambozzi® nie bukanlah jenis yang suka duduk di dapur apatah lagi memasak. Oh! Itu bukan dunia Rambozzi®! Dunia Rambozzi® adalah "di sini" - "my beloved woodworking" hehehe.
Jadi. So, Rambozzi® memang tidak senang duduk juga sebab biasanya kalau kita beli telur di kedai, paket paling kecil adalah 10 biji telur di dalam satu sarang. Betul kan? Mungkin ada 5, 6 atau 8 biji telur di dalam satu sarang, Rambozzi® tak pasti - itu bukan dunia Rambozzi® heh heh heh. Tapi, untuk telur yang dipaketkan 10 biji telur di dalam satu sarang seperti di dalam gambar di atas, Rak Telur Irah ini "tidak mencapai ISO"nya heh heh heh. Rambozzi® sangat "runsing" - apa yang Irah akan buat kepada baki 2 biji telur tersebut. Adakah selepas dibeli, Irah akan terus goreng 2 biji telur itu dan simpan 8 biji telur lagi di rak telur itu? Adakah Irah akan hadiahkan kepada jirannya? Aduh! Rambozzi® tak boleh nak fikir!
Apakah nasib dan kesudahan baki 2 biji telur itu? Kan... Kan...
Jadi, Rambozzi® "terpaksa" selesaikan masalah di atas heh heh heh. Nasib baik ada banyak lebihan kayu dari projek² lepas. Rambozzi® nak selamatkan 2 biji telur itu dan elakkan pembaziran. Rambozzi® gunakan 'woodworking' untuk menanganinya. Buat masa ini, itu adalah kaedah terbaik yang boleh Rambozzi® fikirkan. Kaedah lain masih belum tercapai dek akal Rambozzi® buat masa ini hehehehe. Kan...
Sekarang rak telur ini sudah sempurna. Rambozzi® tak pasti sama ada akan terima tempahan lagi untuk rak telur seperti ini. Tapi, projek ini memang tidak susah sangat. Ia sangat mudah dan sangat ringkas. Rambozzi® harap Irah akan suka dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Paling utama, Rambozzi® rasa lega kerana berjaya menyelamatkan baki 2 biji telur itu. Heh heh heh heh heh.....
BOSCH®
DIY
DREMEL®
Drill Press
Kerja Kayu
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Rak Telur
2 Comments
Macam mana nak tempah set telur macam ni? Berapa harganya?
ReplyDeleteвιвι αιиαα™ boleh wassap je Rambozzi 016-9527489.
DeleteTerima kasih.