- Easel Stand Lisa


'Easel stand' adalah "bende" yang "paling" Rambozzi® tak pandai buat. Betul! Sebab nak buat 'easel stand' memerlukan kayu² yang sangat lurus. Nak mendapatkan kayu² yang lurus dan cantik tu teramatlah susahnya, bagi Rambozzi®. Kayu yang dibeli mesti di'square'kan dahulu sebelum dipotong ke saiz yang kita nak. Ataupun potong dulu ke saiz dan 'square'kan ia, pun boleh juga. Mana² dulu pun boleh. Tapi, tanpa 'table saw', operasi itu adalah amat mustahil bagi Rambozzi®. Tapi bila Lisa minta buatkan satu 'easel stand' untuknya, Rambozzi® rasa serba salah juga nak tolak - sebenarnya dah beberapa kali jugak pelanggan minta Rambozzi® buatkan 'easel stand' tapi memang Rambozzi® terpaksa tolak. Sebab, kayu yang lurus sangatlah susah Rambozzi® nak dapat. Lisa pula hanya minta Rambozzi® buatkan satu 'easel stand' untuk diletakkan di sebelah TV di rumahnya. Rambozzi® rasa, tak perlulah dibuat besar sangat, kan? Jadi, Rambozzi® terima. Kalau dalam saiz yang kecil "mungkin" Rambozzi® boleh buat, sebab kayu² itu masih boleh "dikawal" lagi hehehehe.

Ok, seperti biasa, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Easel Stand Lisa.


Rambozzi® mulakan dengan memotong 2 kayu di atas ke saiz yang sesuai dengan salah satu hujungnya dipotong sedikit senget - dengan menetapkan 'miter angle' pada 'miter saw' kepada 10°.


Ok, itu untuk bahagian kaki 'easel stand' ini.


Di antara 2 kaki itu akan dicantumkan sebatang lagi kayu. Kayu itu juga dipotong pada 'miter angle' 10°, di kedua² hujungnya.


Sebatang lagi kayu akan dijadikan alas untuk diletakkan 'frame' gambar. Panjangnya adalah sama dengan panjang kayu tadi. Tapi kali ini, kayu untuk alas ini dipotong kedua² hujungnya dengan menetapkan 'bevel angle' pada 'miter saw' kepada 10°. Haaa.. ini antara kegunaan 'bevel cut' pada 'miter saw' seperti yang pernah ditanya oleh seorang "pembaca" blog Rambozzi® ini sebelum ini.


Ok, kesemua bahagian utama untuk Easel Stand Lisa ini telah siap dipotong.


Seterusnya adalah proses menebuk lubang² 'pocket hole'. Kesemua bahagian akan dipasangkan dengan menggunakan teknik 'pocket hole joinery'.


Mula² sekali Rambozzi® gam dan skrukan kayu² untuk bahagian kakinya dahulu (lihat gambar di atas). Oh! Projek ini sangat mudah sebenarnya. Kali ini tidak ada sesuatu yang "menggetarkan hati" seperti Wombak Rindu dalam projek Baby Co-Sleeper Shima sebelum ini hehehehehe.


Kemudian, Rambozzi® gam dan skrukan pula kayu untuk disandarkan 'frame' gambar nanti. Rambozzi® tidak ada sebarang 'design' atau 'plan' untuk projek ini sebenarnya. Semuanya dibuat mengikut "logik" Rambozzi® je heh heh heh heh...


Ok, siap bahagian kaki untuk Easel Stand Lisa ini.

  
Kemudian, Rambozzi® pasangkan engsel di bahagian belakang kaki ini. Dan Rambozzi® gamkan sekeping kayu kecil di bahagian bawah itu untuk dijadikan sebagai "alas" kerana ada sebatang lagi kayu untuk kaki ketiga yang akan dipasangkan nanti.


Rambozzi® skrukan sebatang lagi kayu ke engsel tadi. Kayu ini akan berfungsi sebagai "kaki ketiga" untuk 'easel stand' ini yang boleh diubah jarak bukaannya.


Ok, untuk 'easel stand' ini, Rambozzi® nak setkan terus jarak bukaannya supaya ianya tetap. Rambozzi® buka kaki itu dan dapatkan kecondongan yang terbaik untuk 'frame' gambar.

  
Dan Rambozzi® gam dan skrukan satu lagi kayu kecil di bahagian atas (lihat gambar di atas) yang akan berfungsi sebagai....emmm apa ye...alah dia macam nak 'stop'kan kaki tu dari terkangkang luas sangat hehehehe. Ya. Kayu kecil itu akan mengelakkan kaki yang ketiga itu terbuka lebih luas.


Dan siap Easel Stand Lisa. Sangat ringkas dan mudah. Seterusnya, Rambozzi® akan 'sanding' dahulu 'easel stand' ini dan Rambozzi® akan sapukan 2 ke 4 lapisan 'tung oil' untuk melindungi permukaan kayu dan memberikan sedikit "harapan" kepadanya. Hehehehe...


Sebenarnya, Rambozzi® tak pasti pun dengan saiz yang Rambozzi® buat nie sebab Lisa memang tak bagi ukuran yang dia nak hahahaha. Lisa hanya cakap nak letak kat sebelah TV, tu je. Takpelah, Rambozzi®  akan tunjukkan dulu kepada Lisa, dan tengok macam mana reaksinya nanti. Kalau Lisa suka, baguslah. Kalau Lisa tak suka,

jom mulakan 'woodworking' kali ini - Easel Stand Lisa - sekali lagi!!! Heh heh heh heh heh.....


0 Comments