Rambozzi® rasa, Rak Param terus diminati ramai. Rak Param sudah menjadi produk "terlajak laris" Rambozzi®! Hehehehe.... Selepas Kak Nor, Wan Fatimah Waje dan Zaza, kini Ida pula. Jadi, terima kasih banyak²lah Rambozzi® ucapkan kepada Param atas 'idea'nya yang bernas ini. Rak ini sangat ringkas. Dan mudah untuk dibuat. Rambozzi® tak akan perincikan mengenai proses untuk membuat rak ini kerana memang sama sahaja caranya dengan rak² yang sebelum ini. Untuk 'entry' kali ini Rambozzi® hanya nak kumpulkan kesemua Rak Param ini untuk tatapan Rambozzi® sahaja kerana Rak Param ini juga merupakan antara projek yang "menjerumuskan" Rambozzi® ke dalam bidang 'woodworking' ini heh heh heh heh... Dan ya, Param merupakan antara kawan Rambozzi® yang sangat menyokong Rambozzi® dan banyak memberikan kata² semangat kepada Rambozzi®. Terima kasih Param!
Ok. Berbalik kepada Rak Sabun Ida ini, Rambozzi® rasa, sejak kebelakangan ini Ida sangat menyukai hasil kerja tangan Rambozzi®. Harap² Ida terus setia dengan Rambozzi® dan silakanlah 'order' banyak² lagi dari Rambozzi® ye. Kecik tapak tangan, 'plywood' 4x8 Rambozzi® tadahkan. Heh heh heh heh...
Melihat keadaan koleksi sabun milik Ida yang amat "daif" sudah cukup menyentuh hati Rambozzi® hahahaha. Jadi, Rambozzi® buatkan Rak Sabun Ida ini supaya Ida ada hobi yang baru pula. Ya lah.. Mula² Ida main susun² botol, pastu main susun² telur pulak, sekarang biar Ida main susun² sabun pulak ye. Macam² laa...hahahaha...
Rambozzi® "turun" ke lokasi dan pasangkan Rak Sabun Ida ini di tempat yang mengikut kesesuaian Ida.
Proses pemasangan yang mudah. Tidak banyak keringat yang keluar pun.
Dan gambar di atas pula adalah "ihsan" dari Ida. Lega Rambozzi® melihat hasil kerja tangan Rambozzi® berjaya digunakan dengan seadanya.
Apa yang Rambozzi® buat di sini hanyalah satu kerja kayu yang sangat ringkas dan mudah. Rambozzi® sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada pelanggan² Rambozzi®. Rambozzi® amat berharap agar Ida dan para pelanggan Rambozzi® berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi®. 2015 yang bakal menjelma tiba, akan menjadi tahun yang lebih mencabar buat Rambozzi® dan "woodworking" ini. Rambozzi® akan terus berusaha menghasilkan kerja² kayu yang lebih baik. Azam Rambozzi® untuk 2015 sangat "besar" dan "penuh liku". Ya! Azam yang penuh liku. Pelik kan? Hahahaha. Takpe...
"I am Rambozzi®. I am your woodworker. And I will stay as your woodworker! Just stay..."
BOSCH®
DIY
Frame kayu
Kerja Kayu
KREG®
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Rak Sabun
Tools
Woodworking
1 Comments
Tuan...
ReplyDeleteSaya nak tanya sikit...kayu-kayu yang tuan gunakan untuk projek-projek kayu seperti kayu 1x1 dan 1x2 tu dari jenis apa ya? meranti? resak? pallet?..... dan kayu apakah yang paling sesuai untuk projek-projek kecil sebegini