- Saloon Door Jivan


Ketika tengah 'syok' beraya, Rambozzi® telah dihubungi oleh Jivan - salah seorang pembaca blog Rambozzi®Jivan nie nak bagi satu hadiah buat ibunya, iaitu pintu macam dalam citer koboi tu. Tapi bukan untuk 'bar' la, yang nie untuk di bahagian dapur kalau tak silap Rambozzi®. Asalnya Rambozzi® rasa 'agak terganggu' sebab bila tengok contoh 'design' yang Jivan bagi, Rambozzi® rasa ianya adalah satu kerja kayu yang di luar kemampuan Rambozzi®. Tapi Rambozzi® rasa macam nak cuba buat, jadi Rambozzi® terima. Tapi macam biasalah, ala-Rambozzi® heh heh.

Jadi, Rambozzi® minta Jivan nie berikan ukuran pintu yang dia nak, juga ukuran ruangan yang nak dipasang pintu koboi nie. Rambozzi® kemukakan beberapa 'design' yang Rambozzi® rasa Rambozzi® boleh buat kepada Jivan, dan Jivan telah membuat pilihannya. Ok, tanpa membuang masa, - kali nie Rambozzi® nak cabar bakat dan kebolehan Rambozzi® ke satu tahap lagi - jom mulakan 'woodworking' untuk kali ini - Saloon Door Jivan.


Pertama sekali, sebelum Rambozzi® potong kayu² yang diperlukan untuk projek nie, Rambozzi® nak 'selesaikan' masalah paling penting, paling kritikal sekali bagi Rambozzi® - iaitu 'curve' atau lengkungan di bahagian atas kayu untuk pintu nie. Rambozzi® dapati, kat Google la kan, semua pintu 'saloon door' yang orang putih buat mesti ada lengkungan di bahagian atasnya, kalaupun tak kesemua bahagian pintu. Jadi, Rambozzi® rasa lengkungan tu adalah identiti untuk 'saloon door' nie, dan mesti ada. Disebabkan lengkungan tu adalah sesuatu yang tidak pernah Rambozzi® buat pada kayu sebelum nie, jadi baik Rambozzi® potong lengkungan tu dulu.

Gambar di atas adalah lengkungan yang Rambozzi® lukis menggunakan penutup plastik tu, sebab 'template' yang Rambozzi® 'print' tak sama saiz dengan lebar kayu yang Rambozzi® gunakan heh heh. Terpaksalah lukis secara 'manual' je. Rambozzi® lukis 3 lengkungan tu dan akan pilih yang terbaik untuk dipotong. Oh ya, kayu di atas tu hanyalah sebagai 'template' sahaja, ia akan digunakan untuk kesemua bahagian kayu yang memerlukan potongan lengkungan tu. Jadi, 'template' nie mestilah kemas dan cantik kan?


Lengkungan tu akan Rambozzi® potong dengan menggunakan 'jigsaw'.


Rambozzi® akan gunakan mata 'jigsaw' cap Bosch® jenis 'clean for wood' seperti di dalam gambar di atas. Mata 'jigsaw' tersebut agak halus berbanding mata 'jigsaw' yang biasa, yang mana ia khusus untuk memotong lengkungan pada kayu.


Ok, itu adalah pertama kali Rambozzi® memotong lengkungan pada kayu, dan agak 'berjaya' heh heh heh.


Seterusnya Rambozzi® kena perhalusi lagi bentuk lengkungan tu dengan menggunakan 'drum sander'  yang dipasangkan ke 'drill press'. 'Drum sander' tu pun pertama kali Rambozzi® gunakan, dan Rambozzi® beli khusus untuk Saloon Door Jivan nie. 'Template' untuk lengkungan di atas adalah penentu kejayaan projek nie, jadi Rambozzi® kena pastikan ia betul² halus, cantik dan 'kemah-keming'.


Ok, siap. Berjaya juga Rambozzi® buat 'template' tu. 'Template' tu adalah tahap baru untuk Rambozzi® di dalam alam pertukangan kayu.


Dengan menggunakan 'tempate' tu, Rambozzi® 'copy' bentuk lengkungan tu ke bahagian kayu yang memerlukan lengkungan, dan potong lagi dengan menggunakan 'jigsaw'. Tapi, Rambozzi® hanya potong secara kasar sahaja (lihat anak panah di dalam gambar di atas).


Untuk memastikan lengkungan yang telah dipotong tadi adalah sama dengan 'template' tu, Rambozzi® akan 'trim' kayu tu dengan menggunakan 'mini trimmer/router' tu pula. Rambozzi® 'clamp'kan kayu yang hendak di'trim' tu ke atas 'template' (lihat anak panah di dalam gambar di atas) tadi.


Ok, Rambozzi® dah sedia, dah tak sabar dah rasanya nie heh heh heh...


Ok, gambar di atas tu agak susah untuk Rambozzi® terangkan hahaha. Macam mana ye...

- Ok, kayu berlabel A tu adalah 'template'.
- Kayu berlabel B adalah kayu yang nak dipotong bentuk lengkungan.
- 'Router trim bit bearing' (label C) itu perlu dipastikan melebihi saiz kayu yang hendak di'trim' dan 'menyentuh' kayu 'template' tu.
- Manakala mata 'router bit' (label D) itu juga perlu dipastikan dapat memotong keseluruhan ketebalan kayu berlabel B tu.

Jadi, mata 'router bit' (label D) akan memotong atau 'trim' kayu berlabel B sehinggalah 'router trim bit bearing' (label C) menyentuh permukaan 'template' (B). 'Router trim bit bearing' (label C) itu sebenarnya bertindak sebagai 'guide' atau 'jurupandu' yang akan 'memandu' mata 'router bit' (label D) memotong kayu mengikut acuan 'template' tu. Rambozzi® 'trim' kesemua bahagian kayu yang perlukan bentuk lengkungan tu hingga selesai.

Ya itulah serba sedikit penerangan dan pemahaman Rambozzi® mengenai proses di atas heh heh heh. Aduh! Maaf la ye, Rambozzi® tak pandai nak 'bermain kata' nak terangkan 'kejadian' kat atas tu hahahahaha... Orang T'ganu cakap, "dok dang nok mikir" heh heh heh...

Ok, kayu yang dipotong secara kasar tadi, akan di'trim' mengikut acuan 'template' lengkungan tadi. Proses di atas akan memastikan kita mendapat bentuk lengkungan yang sama dan seragam untuk semua kayu yang kita nak buat lengkungan tu.


Wah! Berjaya jugak Rambozzi® memotong bentuk lengkungan tu dengan cantik, kemas dan halus. Rambozzi® rasa ia tak susah sangat, paling penting adalah 'template'. Cantik 'template' cantiklah lengkungan² tu. Maka, Rambozzi® dengan rasminya telah meningkat naik ke satu tahap lagi di dalam 'woodworking' nie heh heh heh heh heh...

Dan bila dah berjaya buat bentuk lengkungan tu, barulah Rambozzi® potong kayu² lain yang diperlukan untuk Saloon Door Jivan nie.


Seterusnya adalah proses menebuk lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti. Untuk projek nie, Rambozzi® nak lubang² 'pocket hole' yang kecil sebab akan banyak kelihatan nanti, jadi baik Rambozzi® 'control' sikit heh heh. Untuk tujuan itu, Rambozzi® gunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide.


Seterusnya Rambozzi® pasangkan dulu bahagian kerangka utama untuk Saloon Door Jivan nie.


Ok dah siap pasang kerangka utama pintu nie. Proses yang mudah dan sangat ringkas. Sebenarnya, 2 batang kayu yang je Rambozzi® kena potong lengkungan tadi tu heh heh heh.


Seterusnya Rambozzi® pasangkan pula kayu² untuk memenuhi bahagian pintu tadi. Rambozzi® tak tahu apa orang panggil tapi kalau ikut orang putih, diorang panggil 'slats'...kot. Dan untuk memastikan kayu² tu sama jaraknya di antara satu sama lain, Rambozzi® letakkan satu lagi kayu di antara kayu² tu yang berfungsi sebagai 'spacer' atau 'penjarak' heh heh.


Haaa itulah rupanya kalau setiap ruangan di antara kayu² tu diletakkan 'spacer'. Tapi biasanya tak perlulah sampai kena ada 'spacer' untuk kesemua ruangan kayu tu macam dalam gambar kat atas tu. Cukuplah dengan hanya satu 'spacer' sahaja yang boleh digunakan untuk memasang kesemua bahagian 'slats' tu. Cara atau teknik di atas membantu kita mendapatkan jarak yang sama dan sekata di antara setiap kayu² 'slats'. 'Spacer' tu boleh jadi setebal mana yang kita nak, bergantung pada 'design' dan jauhnya jarak yang kita nak.


Dan akhirnya siaplah 2 belah pintu untuk Saloon Door Jivan nie. Setakat nie, Rambozzi® tak menghadapi masalah yang 'kritikal' sangat. Seterusnya Rambozzi® akan 'sanding' keseluruhan permukaan pintu nie dan diikuti dengan proses mengecat. Rambozzi® rasa, proses mengecat tu akan ada sedikit masalah. Sebab bukan senang jugak nak cat (kalau guna berus la kan, mcm Rambozzi® heh heh) bende macam tu. Ruangan antara kayu tu paling bermasalah nak dicat. Nak cat tu senang, nak bagi cantik tu yang susah...


Ok, tiba² Rambozzi® mendapat ilham tentang bagaimana nak mengecat Saloon Door Jivan nie dengan cara paling cepat dan mengurangkan 'kelam-kabut' heh heh. Rambozzi® skrukan sementara Saloon Door Jivan tu ke meja tu. Senang, habis cerita! Sekarang Rambozzi® boleh mengecat dengan bebas dan gembira.

Sebenarnya, apa yang Rambozzi® buat di dalam gambar di atas bukan sahaja untuk memudahkan kerja² mengecat. Tetapi juga adalah untuk Rambozzi® buat sedikit 'test' tentang cara² nak memasang Saloon Door Jivan tu. Saloon Door Jivan tu dipasang menggunakan sejenis engsel yang sangat istimewa khusus untuk pintu jenis ini, yang boleh dibuka ke kedua² arah. Dan, nak memasang dan setkan engsel tu, tersangatlah susahnya.........


Ok, siap Saloon Door JivanRambozzi® cat menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebanyak 2 lapisan sahaja. Rambozzi® cat mengikut kehendak Jivan yang mahukan warna coklat yang tidak gelap sangat, tidak cerah sangat. Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Jivan, dan Jivan suka. Ok, lega Rambozzi®. Seterusnya, Rambozzi® akan ke rumah Jivan dan pasang Saloon Door Jivan nie.

--------------------

...di rumah Jivan.


Ya! Saloon Door Jivan berjaya dipasangkan ke tempatnya. Tapi, hasil pemasangan tu amat tidak memuaskan hati Rambozzi®!!! Memang tersangatlah susah nak pasang pintu tu!!! Rambozzi® tak pernah lagi pasang sesuatu yang sesusah ini. Macam² faktor yang perlu diambil kira yang tak tercapai dek otak Rambozzi®. Itu adalah pemasangan terbaik yang Rambozzi® boleh berikan kepada JivanRambozzi® cuma bernasib baik kerana Jivan ok dan suka. Keseluruhannya, Rambozzi® tak puas hati!

Rambozzi® berharap Jivan berpuas hati dengan hasil kerja kayu Rambozzi®, kalaupun tidak berpuas hati dengan hasil pemasangannya tu. Rambozzi® ingin meminta maaf banyak² kepada Jivan andai ada kekurangan di dalam kerja² Rambozzi®Rambozzi® masih amatur dan masih banyak yang Rambozzi® kena belajar. Terlalu banyak...


2 Comments