Oh no! No! Wait! Wait! Rambozzi® ingatkan, projek Wooden Crates Rimy di dalam 'entry' sebelum ini adalah projek terakhir untuk tahun 2014 ini. Rupa²nya, Rambozzi® "masih belum mahu berhenti". Rambozzi® "tak boleh berhenti" dan Rambozzi® "tak akan berhenti". Ingat tu! Ingat dengan sepenuh ingatan!
Ok. Memandangkan bahagian² kayu untuk projek ini sudah siap dipotong, Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® siapkan sebagai projek terakhir Rambozzi® untuk tahun 2014 ini. Projek ini adalah "petanda" bahawa, Rambozzi® sentiasa bersedia nak buat "woodworking"!
Jadi, tanpa membuang masa lagi, dengan perkataan yang Rambozzi® akan "kekalkan" ke "akhir hayat Rambozzi®", jom mulakan 'woodworking' terakhir untuk tahun 2014 ini - Rak Telur Lily.
Ok. Sama seperti projek Rak Telur Ida dan Rak Telur Irah, Rambozzi® tentukan dahulu berapa biji telur yang akan diletakkan ke atas rak ini nanti. Jadi, Rambozzi® boleh tentukan panjang kayu yang sesuai. Oh ya! Rambozzi® tidak akan perincikan proses pembuatan rak ini kerana memang sama sahaja dengan versi yang sebelumnya. Cuma ada sedikit "penambahbaikan" mengikut "hati" dan 'feel' Rambozzi® sahaja heh heh heh heh...
2 kayu di atas telah dipotong sama panjang dan ditebuk 5 lubang setiap satunya untuk dijadikan tempat untuk meletakkan telur. 2x5=10. Jadi, Rak Telur Lily ini boleh diletakkan 10 biji telur. Rambozzi® akui, semenjak akhir² ini, Rambozzi® agak "bijak Matematik" hahahahaha. Hebat kan Beta? Aummm!
Ok, seterusnya Rambozzi® nak buat pula bahagian kaki untuk rak ini. Ya! Kaki untuk Rak Telur Lily ini agak 'special' berbanding versi sebelumnya. Kayu² di atas Rambozzi® potong dengan menggunakan 'jigsaw' dan Rambozzi® bentukkan ia supaya menjadi apa yang Rambozzi® "percayai" dipanggil sebagai 'tapered legs'.
Rambozzi® pernah buat dulu kaki² seperti ini di dalam projek Rambozzi® Candle Holder. Jadi, kalau nak tahu caranya, bolehlah ke 'entry' tersebut.
Ok. Projek ini agak ringkas, mudah dan juga agak cepat. Rambozzi® tidak akan perincikan lagi mengenai proses² seterusnya. Sebab, Rambozzi® dah tak sabar nak siapkan projek ini dan Rambozzi® nak cepat² melangkah ke tahun 2015. Rambozzi® nak tahun 2015. Ohhhhh.... Terlalu banyak perancangan Rambozzi® untuk tahun 2015 nanti. Rambozzi® akan matangkan diri Rambozzi® sendiri. Rambozzi® ada semangat dan kekuatan yang Rambozzi® kena tunjukkan di tahun 2015 nanti. Rambozzi® ada keyakinan, kesungguhan dan "ketetapan hati" yang sangat kuat yang takkan boleh digugat oleh sesiapa pun! Jadi, please don't!
Ok. Siap Rak Telur Lily! Kaki²nya memang sengaja Rambozzi® "bakar" sedikit untuk mendapatkan "effect" itu. Dan Rambozzi® suka "effect" itu! "Effect" yang "affect" Rambozzi®...
Rambozzi® hanya "bakar" sedikit sahaja sebab Rambozzi® masih belum kuasai lagi teknik ini. Dan Rambozzi® 'sanding' sedikit keseluruhan rak ini dan sapukan beberapa lapisan 'tung oil'.
Bagaimana Rambozzi® "bakar" kaki² itu? Tidak susah sangat dan tidak mahal sangat 'tools' yang diperlukan. Kalau nak tahu, tunggu tahun 2015 yang akan tiba sekejap je lagi. Rambozzi® akan "kongsikan" tekniknya yang Rambozzi® tahu. Rambozzi® akan tunjukkan 'tools' yang Rambozzi® gunakan. "Just stay!" Banyak yang Rambozzi® nak "tulis" di dalam blog ini di tahun 2015... Terlalu banyak... Heh heh heh heh heh...
Bingkai kayu
BOSCH®
Cintaku
DIY
DREMEL®
Drill Press
Frame kayu
Kerja Kayu
Kotak Kayu
KREG®
Melayu Malaysia
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Rak Telur
RamboClamp®
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
0 Comments