- Cat Hammock Stand Nia


Rambozzi® rasa, Nia suka dengan Katil Kucing Nia yang Rambozzi® buat untuknya baru² nie. Susulan daripada 'kejayaan' projek tu, Nia menempah satu lagi perabot kayu daripada Rambozzi® iaitu 'cat hammock stand' atau 'stand' untuk buaian kucing. Memang bende nie agak pelik la bagi Rambozzi®, sebab jangankan nak buat 'cat hammock stand', perkataan 'hammock' itu sendiri pun tak pernah Rambozzi® gunakan sebelum nie heh heh heh. Tapi demi Nia, Rambozzi® nak cuba buat dan nak bagi yang terbaik padanya.

Untuk 'cat hammock stand' nie pun Nia sendiri yang bagi 'design' dan ukurannya pada Rambozzi®. Tugas Rambozzi® kali nie mudah je, cuma siapkan 'stand' je sebab 'hammock' atau buaiannya Nia dah ada. Jadi, saiz untuk 'stand' nie adalah bergantung kepada saiz 'hammock' tu. Ok, tanpa membuang masa, jom mulakan 'woodworking' kali nie - Cat Hammock Stand Nia.


Untuk Cat Hammock Stand Nia nie, Rambozzi® hanya akan gunakan kayu² yang bersaiz 1x2 sahaja. Kayu² di dalam gambar di atas telah pun dipotong kepada saiz² yang diperlukan, juga telah ditebuk 'pocket hole' siap² untuk proses pemasangan nanti. Ada beberapa batang kayu tu yang Rambozzi® potong serong 'miter'nya iaitu 30°. Bahagian kayu itulah yang akan menentukan kejayaan projek nie. Ok, ke proses seterusnya iaitu pemasangan.


Projek nie terdiri daripada 2 bahagian, iaitu 1 tapak (label A) dan juga 2 'sayap' (label B) di kiri dan kanan 'stand' yang akan berfungsi sebagai tempat untuk menyangkut 'hammock' tu nanti. Senang je kan? Ok, tunggu la bila datang masalahnya jap lagi ok heh heh heh....


Jadi, dengan sepenuh keyakinan Rambozzi® pasang la kesemua bahagian tu dan siaplah ia menjadi sebuah 'hammock' stand'. Tapi, setelah diukur² rupa²nya 'hammock' stand' tu tak kena dengan saiz 'hammock' yang Nia ada! Rambozzi® dah tersalah ukur dan memang salah jugalah potongannya! Ketinggian 'sayap²' dan juga luas bukaan antara kedua 'sayap' tu dah salah! Aduh! Rupa²nya ada banyak bende yang perlu diambil kira untuk kerja kayu yang senget² macam nie! Projek yang Rambozzi® sangkakan mudah sekarang dah jadi susah la pulak. Rambozzi® kena buat semula. Aduh....


Haaa itulah hasilnya selepas dibuat semula. Ok, kali nie menjadi, Rambozzi® rasa la kan...heh heh. Harap² sesuai la dengan saiz 'hammock' tu nanti.

Rambozzi® rasa, untuk projek yang memerlukan potongan 'miter' yang pelik² macam nie agak susah dengan kemahiran Rambozzi®Rambozzi® bermasalah nak tentukan kecondongan kayu yang nak dipotong, juga bermasalah nak tentukan jarak yang tepat bila dah pasang senget macam tu. Bagi Rambozzi®, sangat susah! Takpe, Rambozzi® akan belajar lagi, Rambozzi® akan kemaskan lagi dan Rambozzi® takkan berputus asa. Projek nie mengajar Rambozzi® beberapa ilmu dan teknik baru dalam 'woodworking' nie.

Ok, sekarang Rambozzi® nak 'sanding' dulu 'hammock stand' tu dan kemudian cat.


Ok, dah siap cat. Cat Hammock Stand Nia nie dicat dengan satu lapisan cat 'undercoat' dan 2 lapisan cat minyak warna hitam. Rambozzi® juga pasangkan 4 biji 'advertising nuts' (ntah ye ntah tidak nama dia tu...) tu sebagai tempat untuk menyangkut 'hammock' tu nanti. Itu adalah permintaan Nia sendiri yang tak nak penyangkut jenis macam cangkuk yang biasa tu. Rambozzi® ikut kehendak Nia.

Projek nie sangat ringkas tapi tak berapa mudah heh heh. Projek nie tak menepati 'tagline' Rambozzi®  - Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah. Takpe....

Ok, dengan itu siaplah projek Cat Hammock Stand Nia nie... Rambozzi® harap Nia akan suka dan berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi® nie. Rambozzi® suka dan sangat senang bekerjasama dengan Nia. Tak ada masalah langsung. Orang Kelantan cakap, "mudoh baso, sene kiro" heh heh heh heh heh.....



1 Comments