- Rak Kasut Mr. B


Projek Rak Kasut Mr. B nie adalah antara projek yang paling lama Rambozzi® cuba siapkan. Sebab utamanya adalah material yang diperlukan untuk menyiapkan rak kasut nie yang agak susah untuk Rambozzi® tentukan selain daripada "beberapa" masalah dan halangan kebelakangan nie... 

Mr. B nie nakkan sebuah rak kasut yang 'simple', ekonomi, tapi cantik dan kemas. Mr. B cuma bagi ukuran dan sedikit idea untuk projek nie. Rambozzi® akui terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mencari 'idea', 'mood' dan merancang 'plan' "ekonomi" untuk menyiapkan rak kasut nie heh heh heh. Apa² hal pun, sekarang Rambozzi® nak mulakan 'woodworking' untuk projek kali nie - Rak Kasut Mr. B.


Ok, untuk projek nie, Rambozzi® cuma akan buat beberapa rangka kayu (lihat gambar di atas) untuk kesemua bahagian rak kasut nie. Rangka² kayu nie akan Rambozzi® Rambozzi® tampalkan 'plywood' ke atasnya. Dan kesemua rangka tu akan dicantumkan menjadi satu rak kasut. Bunyinya macam senang dan macam sikit je prosesnya, tapi tidak semudah itu heh heh heh heh heh....


Ok, kesemua bahagian rak tu telah dicantumkan dan sudah pun menjadi satu rak kasut. Setakat proses di atas, Rambozzi® tidak menghadapi masalah sangat. Yang Rambozzi® gusarkan sekarang adalah, bagaimana nak pastikan supaya rak kasut tu nampak cantik dan kemas selepas dicat nanti. Sebabnya, kayu² dan 'plywood²' tu memang tak sama langsung tona warna dan coraknya. Ya, ini adalah hasil daripada percubaan membuat sesebuah kerja kayu secara "ekonomi"Rambozzi® boleh cuba buat mengikut bajet pelanggan Rambozzi®, tapi material dan hasil akhinya nanti juga akan mengikut "bajet" tu la...


Untuk bahagian tepi rak kasut nie, asalnya Rambozzi® nak biarkan nampak rangka² kayu tu macam tu je, tapi bila ditengok² balik 2,3 kali, agak buruk la jugak. Jadi, Rambozzi® tampalkan sekeping lagi 'plywood' di kedua² belah bahagian tepi rak tu. Dan bila dah ditampal 'plywood' tu, barulah nampak sikit "kecantikan" rak kasut nie. Dan Rambozzi® rasa, selepas dicat dengan 'varnish' nanti, akan lebih terserlah lagi kecantikannya, harap² la.....

Memandangkan warna kayu dan 'plywood' yang agak ketara perbezaannya, Rambozzi® mengambil keputusan nak cat rak nie dengan satu lapisan 'wood stain' dulu supaya warnanya sama dan sekata. Selepas tu barulah Rambozzi® akan cat dengan 2 atau 3 lapisan 'varnish' pula. Rambozzi® tak pernah cat dengan menggunakan 'wood stain' dan disudahi dengan 'varnish' sebelum nie. Tapi, Rambozzi® terlihat video sorang tukang orang putih nie yang mengecat dengan menggunakan teknik tu. Dan Rambozzi® rasa, Rambozzi® nak cuba.


Ok, sebelum Rambozzi® cat rak kasut nie, terus-terang Rambozzi® katakan bahawa Rambozzi® tak berapa suka dengan hasil kerja Rambozzi®. Tapi, selepas Rambozzi® cat rak nie dengan 1 lapisan 'wood stain' dan 2 lapisan 'polyurethane varnish', barulah nampak kekemasan dan kecantikannya. Setiap lapisan cat tu, seperti biasa, Rambozzi® akan 'sanding' dengan kertas pasir 220 grit. Untuk "mata dan citarasa" Rambozzi®Rambozzi® amat berpuas hati dengan kekemasan rak kasut nie. Tapi, untuk kepuasan hati Mr. BRambozzi® kena tunggu dan lihat dulu apa reaksinya nanti. Rambozzi® harap Mr. B akan suka la dengan rak kasutnya nie...



Rambozzi® sentiasa cuba untuk memenuhi setiap kehendak pelanggan. Semuanya bergantung pada citarasa, rekabentuk dan bajet mereka. Rambozzi® sebaik mungkin akan cuba mendapatkan hasil yang terbaik untuk para pelanggan Rambozzi®. Bila dah selesai tugas Rambozzi®, terpulang kepada pelanggan itu sendiri untuk menilai hasil kerja tangan Rambozzi®.

Untuk projek Rak Kasut Mr. B nie, material dan bajetnya agak ekonomi. Dan itu adalah hasil kerja yang terbaik yang Rambozzi® boleh berikan. Rambozzi® harap Mr. B akan suka berpuas hati dengan rak kasutnya nie. Kalau tak, Rambozzi® pakai sendirilah nampaknya rak kasut nie kat umah heh heh heh ....


...di rumah Mr. B...


Aduhai.....projek nie Rambozzi® isytiharkan GAGAL! Rambozzi® betul² tak sangka yang ruangan di rumah Mr. B tu betul² tepat 3 kaki! Tidak ada ruangan lebihan untuk diletakkan Rak Kasut Mr. B tu. Dan Rak Kasut Mr. B tu sendiri pun lebarnya juga adalah tepat 3 kaki!. Jadi, memang sangat susah nak dimasukkan Rak Kasut Mr. B tu ke ruangan di rumahnya tu. Kesilapan paling besar Rambozzi® adalah, Rambozzi® tak pergi tengok dan ukur sendiri dulu sebelum mulakan projek nie. Aduhai....

Kalau dilihat gambar di atas, Rak Kasut Mr. B tu jadi tergantung sebab ada 'tile' yang "mengganggu" ruangan tu (di sebelah kiri bawah rak). Dan kayu untuk bingkai kayu pintu rumah tu pun turut "mengganggu" juga. Memang Rambozzi® tak sangka bahawa ruangannya adalah seperti itu. Sepatutnya Rambozzi® pergi tengok dulu hari tu...


Haaa..itulah bendenya! Aduh...kacau betul! Rambozzi® betul² rasa kecewa dan bengang sebab Rambozzi® rasa ini adalah kesilapan Rambozzi®. Kemungkinan berpunca daripada ukuran Rambozzi® sendiri. Kemungkinan ukuran Rambozzi® lebih besar daripada ukuran yang diberi Mr. B. Kemungkinan juga 'measuring tape' Mr. B tak sama ukurannya dengan 'measuring tape' milik Rambozzi®. Ya, bunyinya macam mencari alasan untuk mengelak kesilapan sendiri. Tapi memang jelas dan nyata bahawa ini adalah memang kesilapan Rambozzi®.


Dan disebabkan Rak Kasut Mr. B tu sama saiznya dengan ruangan tu, bila cuba dimasukkan rak tu ke tempatnya, maka tercalarlah ia... Ini sangat mengecewakan Rambozzi®.

Menurut Mr. B dan 'mem'nya, tidak mengapa, sebab boleh dialaskan di bahagian bawah tu dengan menggunakan batu-bata. Mereka OK dan tidak merasakan itu satu masalah. Dan, mereka tidak 'reject' projek nie. Memang bernasib baiklah Rambozzi®.

Satu respon 'mem' Mr. B yang agak melegakan Rambozzi® ialah:- mungkin rak nie patut diletakkan di dalam rumah untuk dijadikan rak hiasan atau rak buku, sebab rasa sayang pulak untuk dijadikan rak kasut! Respon tu membuatkan Rambozzi® lega sedikit sebab mungkin hasil kerja dan kemasan kerja Rambozzi® untuk projek nie nampak kemas dan cantik, dan disukai 'mem' Mr. B. Mungkin juga hanya perasaan Rambozzi® semata² untuk melegakan hati sendiri heh heh heh heh heh.

Aduh...projek nie tidak menyebabkan Rambozzi® berputus asa, tetapi memang mengecewakan Rambozzi®. Takpe, ini adalah satu pengalaman dan pengajaran untuk Rambozzi®. Takpe, Rambozzi® akan cuba yang terbaik lagi di masa hadapan...

Rambozzi® kongsikan pengalaman (kegagalan) Rambozzi® nie di sini untuk dijadikan panduan oleh geng² 'woodworking' di luar sana, dan untuk Rambozzi® sendiri. Ukur dan potonglah dengan tepat. 'Measure twice cut once!' Rambozzi® tidak hanya mahu berkongsi kejayaan sesebuah projek, tetapi juga kegagalannya. Itu lebih berharga...


0 Comments