- Wall Shelf Kak Lang Idah


Projek pertama Rambozzi untuk tahun 2014. Kak Lang Idah nie adalah kakak kepada Kak Nor yang pernah tempah beberapa perabot dari Rambozzi. Kalau tulis pasal perabot Kak Nor nie, yang paling Rambozzi suka ialah Study Table / Coffe Table Aishah. Disebabkan Kak Nor nie adalah antara "pelanggan tetap" Rambozzi dan sekarang kakaknya pula nak tempah perabot dari Rambozzi, Rambozzi senaraikan perabot yang pernah Kak Nor nie tempah dari Rambozzi, sebagai koleksi perabot Rambozzi di bawah nama Kak Nor, heh heh heh:-


Ok, berbalik kepada projek Kak Lang Idah nie. 'Wall shelf' nie adalah 'design' pilihan Kak Lang Idah sendiri. Dan Rambozzi pun dah ke rumahnya untuk mengambil ukuran yang dia nak. Jadi, jom mulakan woodworking pertama untuk tahun 2014 nie!


Macam biasa, mula² sekali potong kayu kepada saiz² yang nak la. Untuk 'wall shelf' nie, Rambozzi akan gunakan kayu 1*2, 'plywood' dan 'laminate'.


Haha tetiba je dah siap pasang semua rangka² tu kan? Haha sebenarnya Rambozzi tak sempat nak ambil gambar proses pemasangan rangka² tu. Sebab Rambozzi tertekan dengan rupa bentuk kayu yang Rambozzi beli tu. Kayu² tak bersegi dengan tepat. Jadi, bila dicantumkan antara satu sama lain, dia tak bercantum dengan tepat. Ada antara rangka² yang agak "terpulas" atau bila diletakkan di permukaan yang rata, dia terjongkang-jongket. Aduh Rambozzi pun tak tahu nak guna perkataan apa nak gambarkan keadaan rangka tu yang tak tepat. Sebab tu Rambozzi tak ambil gambar sebab Rambozzi fokus kepada nak selesaikan masalah tu. Tapi tak selesai jugak. Hmmm... Rambozzi akan fikirkan dan tangani masalah tu kemudian je la..


Ok, mengikut 'design' asal 'wall shelf' tu, begitulah rupanya bila dipasangkan ke dinding nanti  (gambar di atas). Proses seterusnya Rambozzi kena tampalkan 'plywood' dan 'laminate' ke atas semua rangka² tu. Dan sampai tahap nie, Rambozzi dah nampak "beberapa masalah yang akan muncul mengganggu".


Ok, memandangkan kesemua 'wall shelf' tu akan dipasangkan ke dinding, dan perlu disusun dengan tepat supaya mendapat susunan yang dikehendaki, Rambozzi dah terbayang betapa susahnya nak pasangkan ke dinding nanti. Jadi, Rambozzi terfikirkan cara mudah, kemas dan selamat untuk memasang kesemua 'wall shelf' tu ke dinding. Jadi, sebelum Rambozzi mulakan projek nie, Rambozzi terlebih dulu menghubungi Kak Lang dan memberitahu kepadanya segala masalah yang akan timbul semasa proses pemasangan ke dinding. Rambozzi juga memberitahu kepadanya idea Rambozzi untuk menyiapkan projek nie, iaitu akan ada kelainan daripada 'design' asal projek nie. Kak Lang bersetuju dan Rambozzi teruskan dengan idea Rambozzi.

Kalau mengikutkan 'design' asal projek nie, bila 'wall shelf' tu dilekatkan ke dinding, akan nampak dinding. Tapi, untuk memudahkan proses pemasangan (sebab Rambozzi masih amatur dan tak yakin sebenarnya heh heh heh), Rambozzi buat satu panel 'background' untuknya. Maknanya, kesemua 'wall shelf' tu akan dilekatkan terlebih dulu ke panel tu, barulah dilekatkan ke dinding. Terus-terang Rambozzzi nyatakan di sini, Rambozzi nak mudahkan proses pemasangan ke dinding.

Di dalam gambar di atas menunjukkan kesemua 'wall shelf' tu dan juga panel 'background' yang telah ditampal 'plywood'.


Seterusnya, proses menampal 'laminate' ke kesemua 'wall shelf' dan panelnya. Rambozzi tak akan tampalkan 'laminate' ke kesemua sisi 'wall shelf' tu sekarang, sebab Rambozzi nak gam dan skrukan dulu kesemua 'wall shelf' tu ke panelnya, barulah disudahkan dengan menampal 'laminate' ke kesemua permukaan 'wall shelf' - satu proses yang salah untuk projek macam nie, menyusahkan dan projek nie dah menjadi sangat susah. Tapi Rambozzi tak ada pilihan lain. Rambozzi akan cuba mendapatkan hasil yang terbaik dan cantik.



 


Ok, begitulah lebih kurang rupanya sekarang. Sampai ke tahap nie, Rambozzi dah dapat rasakan betapa susahnya nak tampal 'laminate' ke semua permukaan kayu² tu. Bab nak menampal 'laminate' tu mungkin ok lagi, tapi bila nak 'trim' nanti memang sangat susah. Dapat dilihat di dalam gambar² di atas, Rambozzi dah conteng dan tandakan 'wall shelf' tu mengikut 'plan' Rambozzi, untuk mendapatkan susun atur yang kemas dan terbaik.







Ok, dah siap tampal 'laminate' untuk semua bahagian atas, bawah dan kiri dan kanan 'wall shelf'. 'Last' sekali Rambozzi kena potong 'laminate' dengan tepat saiznya, untuk ditampal di bahagian depan 'wall shelf' nie. Yang nie paling kritikal sekali sebab nak potong dan dapatkan saiz yang tepat tu sangatlah susahnya.. Ini kali terakhir Rambozzi buat sesuatu yang macam ini...





Ok, akhirnya berjaya jugak Rambozzi menampal 'laminate' tu ke semua bahagian 'wall shelf' nie. Aduh... satu kerja yang sangat susah dan memenatkan! Sumpah! Rambozzi takkan buat macam nie dah lepas nie!

Seterusnya, Rambozzi kena bersihkan kesan² gam yang melekat pada 'laminate' tu dan 'touch up' sikit mana² bahagian yang tak berapa kemas. Terus-terang Rambozzi tulis di sini, projek nie memang banyak sangat yang TAK KEMAS dan tak memuaskan hati Rambozzi.


Seterusnya, untuk proses pemasangan, Rambozzi sebenarnya dah terfikirkan cara nie sebelum mulakan projek nie lagi. Sebab tu Rambozzi buat panel yang besar tu. Sebab panel yang besar tu akan disangkutkan ke dinding menggunakan teknik yang "diorang" panggil sebagai 'french cleat hanging system'.

'French cleat' nie sangat mudah nak dibuat, dipasang dan juga sangat kuat untuk menampung sesuatu yang berat. Jadi, dengan menggunakan 'router bit' jenis seperti di dalam gambar di atas, Rambozzi nak buat 'french cleat' nie.


Ok, itulah hasilnya selepas kayu tu di'route' menggunakan 'router'. Sebenarnya, sepatutnya kayu tu akan dipotong menjadi senget atau serong 45°. Tapi 'router bit' yang Rambozzi beli tak cukup besar untuk saiz kayu 1*2 tu. Itu 'router bit' yang paling besar yang Rambozzi jumpa untuk BOSCH Mini Router / Trimmer GMR1 milik Rambozzi.


Gambar di atas pula menunjukkan 2 batang kayu yang telah Rambozzi 'route'kan. Rambozzi yakin, kayu² tu akan dapat berfungsi sebagai 'french cleat'. Bila dicantumkan, dapat dilihat bagaimana ia akan berfungsi nanti. Satu kayu tu akan diskrukan ke belakang 'wall shelf' dan satu lagi akan diskrukan ke dinding. Jadi, fungsi 'french cleat' nie secara ringkas dan mudah, 'wall shelf' akan DISANGKUTKAN ke dinding, macam jam dinding.




Seterusnya, Rambozzi nak skrukan salah satu kayu tu ke 'wall shelf'.


Kayu untuk 'french cleat' tu Rambozzi skrukan ke belakang 'wall shelf' menggunakan 'pocket hole'.



Ok, begitulah lebih kurang rupanya. Kayu 'A' tu Rambozzi skrukan ke belakang 'wall shelf' dan kayu 'B' tu akan diskrukan ke dinding nanti. Rambozzi sengaja pendekkan sedikit kayu 'B' tu sebab senang nak 'center'kan 'wall shelf' tu bila nak disangkutkan nanti.

Ok, dengan itu siaplah projek Wall Shelf Kak Lang Idah. Seterusnya, Rambozzi kena pergi pasang di rumah Kak Lang. Dan pada masa nie, Rambozzi sangat berharap "takkan ada masalah lagi di rumahnya nanti" heh heh heh...

--------------------------------------------------


Ok, akhirnya sampailah masanya untuk Rambozzi ke rumah Kak Lang Idah untuk memasang 'wall shelf'nya tu ke dinding rumahnya. Gambar di atas menunjukkan bahagian pertama kayu untuk 'french cleat'. Rambozzi ukur dan tentukan ketinggian dan jarak di antara ruangan tu. Dan pastikan 'level'nya adalah tepat.


Dan akhir sekali, Rambozzi sangkutkan 'wall shelf' tu ke tempatnya. Siap! Ringkas dan kemas.




5 Comments

  1. salam bos...'laminate' yg kaler putih tu kan?mana nak beli 'laminate' tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam en Anon.. Ye yg tu laminate la tu. Ada jual kat mana² kedai pembekal barang² pembuatan perabot. Atau lebih tepat lagi, Rambozzi beli tu dekat Kawasan Perindustrian Puchong Utama, sbb Rambozzi tak tahu En. Anon ni duduk kat mana heh heh heh

      Delete
    2. Salam..yang laminate tu jeniss glossy ke x?kedai yg rambozzi beli tu ada x jual laminate yg jenis glossy?

      Delete
  2. Salam Rambozzi.. Boleh bagi nama kedai dkat Puchong tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam akmd85.
      Teamstar atau Furmax kat Kawasan Perindustrian Puchong Utama.

      Delete