"Kalau sebelum nie Rambozzi® buat 'woodworking' untuk tokey ikan (Fishing Rod Stand Ziq), kali nie Rambozzi® dapat satu projek 'woodworking' untuk tokey kucing pula hahahahahaha...."
Sebelum Rambozzi® mulakan projek nie, Rambozzi® dan Nia terlebih dahulu telah mengambil masa untuk berbincang dan seterusnya mencapai kata sepakat untuk 'menjalinkan satu hubungan antara kami berdua' heh heh heh heh...
Sebenarnya, Nia nie telah menghubungi Rambozzi® dan meminta Rambozzi® buatkan katil kayu untuk kucing. Rambozzi® bersetuju, dengan syarat Rambozzi® akan buat dengan cara Rambozzi® iaitu - pertukangan kayu ringkas dan mudah - secara amatur dan ala-Rambozzi® atau Rambozzi®-style heh heh heh. Dan Nia setuju, jadi tanpa membuang masa jom mulakan 'woodworking' kali nie - Katil Kucing Nia.
Untuk katil kucing nie, Rambozzi® akan gunakan kayu² bersaiz 1x2, 1x1, 2x½ dan 1x½. Nia sendiri telah memberikan saiz katil yang dia nak, jadi mudahlah kerja Rambozzi®.
Kayu² di atas telah dipotong ke saiz² yang diperlukan, sekarang bolehlah terus ke proses pemasangan.
Dan seperti biasa, untuk proses pemasangan, Rambozzi® akan gunakan teknik 'pocket hole joinery'. Jadi, kena la tebuk lubang² 'pocket hole' dulu.
Mula² sekali Rambozzi® pasangkan dulu kaki² untuk katil kucing nie.
Seterusnya Rambozzi® pasangkan pula kayu² 1x2 tu dan jadilah ia sebuah katil. Rambozzi® skrukan juga kayu 1x1 tu (lihat anak panah) sebagai alas untuk kayu² alas tilam nanti.
Kayu² 2x½ di atas akan dijadikan alas untuk tilam. Rambozzi® tebuk lubang² untuk skru dan juga 'countersink'kan ia.
Ok, siap proses pemasangan katil kucing nie. Seterusnya adalah proses 'sanding'. Rambozzi® akan gunakan kertas pasir 160 grit sebab ada di antara kayu² tu yang agak kasar permukaannya. Selepas itu barulah di'sanding'kan sekali lagi menggunakan kertas pasir 220 grit pula untuk menghaluskan lagi permukaan kayu.
Katil kucing ini akan dicat dengan warna 'pink'. Memandangkan kayu² yang Rambozzi® gunakan tidak sekata warnanya, Rambozzi® 'terpaksa' cat satu lapisan cat 'undercoat' dulu. Ini pertama kali Rambozzi® cat lapisan asas tu sebab 'terpaksa' heh heh heh. Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, Rambozzi® tak tahu apa hasil akhir cat katil nie nanti. Tapi Rambozzi® nak cuba jugak sebab nak memenuhi kehendak Nia.
Rupa²nya cat alas warna putih tu sangat² membantu untuk mendapatkan hasil cat yang cantik! Hahahaha sekarang barulah Rambozzi® tahu! Katil tu Rambozzi® cat dengan warna 'pink' sebanyak 2 lapisan, yang diselangi dengan 'sanding' antara lapisan. Sangat kemas, halus, 'solid' dan sekata warnanya. Sekarang barulah Rambozzi® tahu fungsi cat 'undercoat'. Ya! Projek nie mengajar Rambozzi® satu teknik mengecat yang baru.
Hmmm...Rambozzi® terfikir, perlu ke lubang² 'pocket hole' tu ditutup dengan 'wood filler'? Atau dibiarkan kelihatan macam tu je? Ada sorang 'woodworker' orang putih nie cakap, tak perlu ditutup atau diselindungkan lubang² 'pocket hole' tu. Sebab itu boleh menjadi satu 'character' dalam kerja² 'woodworking'. Ia juga menunjukkan kepada teknik yang kita gunakan. Ntah. Itu cakap dia la kan? Heh heh heh..
Jadi, Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Nia, dan Nia suka! Wah! Nasib baik sungguh Rambozzi®!!! Dan secara automatiknya, hilanglah 'kegusaran' Rambozzi® pasal lubang² 'pocket hole' tu heh heh heh heh heh.
Siap projek Katil Kucing Nia nie. Rambozzi® harap Nia akan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Projek nie sangat ringkas dan mudah. Tapi projek nie juga banyak mengajar Rambozzi® tentang 'woodworking' terutamanya teknik mengecat. Rambozzi® akan berusaha dan mantapkan lagi teknik mengecat Rambozzi® di masa hadapan. Tapi, kalau nak mantapkan teknik kena la ada projek lagi kan? Heh heh heh heh...
BOSCH®
DIY
Katil Kayu
Katil kucing
Kerja Kayu
KREG®
KREG® Automaxx™ Face Clamp
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Tools
Woodworking
6 Comments
mantaaaap keren sekali, terima kasih atas informasinya yang sangat bermanfaat....
ReplyDeleteoya mohon maaf ya gan sebelumnya, ane mau numpang share beberapa info barangkali ada yang lagi nyari rumah, bisa cek beberapa link di bawah ini hehehe
Perumahan Baru
situs jual rumah
dijual rumah di depok
dijual rumah di surabaya
Ya sama²..
DeleteInfo ini tidak sesuai dengan blog Rambozzi nie...apa pasal ko nak iklan kat sini haaa....
tuan nak tanya skit.. cat ni guna teknik spray ke berus..
DeleteRambozzi memang mengecat guna berus shj mmm
Deletekatil cam ni berapa RM? saya di Putrajaya...
ReplyDeleteWaalaikumussalam puan. Wassap Rambozzi 016-952 7489 ye. Rambozzi di Dengkil.
Delete