Projek Pallet Boxes Kak Nislina nie adalah projek yang paling mencabar bagi Rambozzi® setakat nie. Ya! Memanglah projek nie "projek palet je" tapi projek nie lah yang paling membuat Rambozzi® hilang 'cool' dan jadi kelam kabut yang teramat sangat. Sebabnya, pertama, Kak Nislina nie rupanya sangat terdesak nakkan rak untuk diletakkan stok² produk di kedainya. Kedua, kebetulan pula stok kayu palet yang 'cuba' Rambozzi® beli di kilang, habis stok! Aduh! Ketiga, Kak Nislina cakap, "Saya tak peduli!!! Saya nak jugak!!! Saya nak jugak!!!". Hahahahahahaha...
Sebenarnya Kak Nislina memang betul² terdesak. Sebab ada stok produknya yang akan masuk ke kedai tapi rak yang sedia ada tak cukup nak menampung kemasukan stok² itu.
Rambozzi® nyatakan kepada Kak Nislina, Rambozzi® boleh cuba buat. Tapi, Rambozzi® teramat yakin dan pasti bahawa hasilnya nanti mungkin tidak akan berapa memuaskan hati Kak Nislina. Kak Nislina bersetuju tanpa banyak cakap. Jadi, bila Kak Nislina dah setuju, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Pallet Boxes Kak Nislina.
'Idea' asal untuk projek ini pun datang dari Kak Nislina sendiri. Kak Nislina tunjukkan contoh gambar rak dari palet yang dia nak kepada Rambozzi®. Yakin dengan kebolehan dan kemahiran Rambozzi® setakat nie, Rambozzi® setuju dan terima projek ini.
Projek ini akan dibuat dengan menggunakan kayu² palet sepenuhnya. Agak malang bagi Kak Nislina sebab kayu palet yang Rambozzi® dapat nie tidak secantik seperti di kilang yang selalu Rambozzi® pergi tu. Rambozzi® memang ada nyatakan kepada Kak Nislina, dan kerana terdesak Kak Nislina bersetuju sahaja.
Ok, kayu palet di atas telah pun dipotong kepada saiz² yang Rambozzi® perlukan untuk membuat kotak² dari palet nie. Kayu² itu akan digam dan diskrukan terus ke satu sama lain sepantas yang mungkin.
Rambozzi® bercadang nak bina bahagian² untuk kotak² ini secara berasingan dan pasangkan kesemuanya di lokasi Kak Nislina nanti. Sebabnya, kotak² nie agak besar untuk dimuatkan ke dalam kereta kalau dah siap dipasangkan. Gambar di atas adalah bahagian yang paling penting sekali untuk projek ini. Rambozzi® akan cantumkan kayu² palet di atas untuk dijadikan alas atau para atau tempat untuk diletakkan produk² Kak Nislina nanti.
Disebabkan Rambozzi® nie terlalu mementingkan ketepatan dan kekemasan, "even" untuk projek palet macam nie pun Rambozzi® nak pastikan ia tepat dan kemas lagi seragam. Untuk memastikan skru² dibenamkan secara seragam, Rambozzi® tanda dan tebuk terlebih dahulu lubang² 'pilot hole' di atas kayu² palet tersebut.
Betul. Kebiasaannya, kebanyakan 'woodworker' yang bekerja menggunakan kayu² palet tidak buat macam Rambozzi® nie. Sebab konsep untuk projek 'woodworking' dari palet adalah sebenarnya lebih 'bebas' dan tak perlu terlalu 'detail' atau teliti. Tapi, Rambozzi® dah terbiasa buat 'woodworking' macam nie. Walau macam mana ringkas sekalipun, Rambozzi® tetap akan menjaga ketepatan, ketelitian dan kekemasan.
Sampai kepada proses di atas, Rambozzi® dah tak sempat langsung nak ambil gambar untuk setiap proses pemasangan. Sebabnya, Kak Nislina telefon Rambozzi® dan dia cakap, "Saya tak peduli! Saya nak cepat! Saya nak cepat!". Hahahaha.... (Jangan marah kak, saya gurau je nie heh heh heh...)
Jadi, Rambozzi® teruskan sahaja kepada proses pemasangan di lokasi Kak Nislina. Gambar di atas adalah bahagian² atau panel² dari kayu palet yang telah siap dipasang. Kesemua bahagian itu akan dicantumkan menjadi kotak palet sebanyak 8 biji.
Untuk memastikan proses pemasangan di lokasi berjalan dengan lancar, Rambozzi® terlebih dahulu tebuk siap² lubang² 'pocket hole' dan lubang² 'pilot hole' untuk pemasangan. Bila sampai di lokasi, yang tinggal hanyalah gam dan skrukan kesemua bahagian kayu tersebut.
Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, hanya bahagian tapak atau alas untuk diletakkan produk sahaja yang sempat Rambozzi® 'sanding'. Bahagian² lain semuanya digunakan terus secara kasar tanpa sebarang proses untuk mencantikkannya langsung!
Rambozzi® nyatakan kepada Kak Nislina, kalau diberikan masa yang cukup, memang Rambozzi® boleh kemaskan dan cantikkan lagi kotak² tu. Tapi, nasib baik, Kak Nislina suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® nie. (Harap² Kak Nislina betul² suka la kan?...Hati orang kita tak tahu macam mana kan? heh heh heh...)
Ok, siap projek Pallet Boxes Kak Nislina nie. Rambozzi® betul² berharap agar Kak Nislina suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Rambozzi® juga berharap agar kotak² ini dapat memenuhi keperluan Kak Nislina.
Dan Rambozzi® juga amat berharap, agar Kak Nislina menghalalkan dan memaafkan Rambozzi® sekiranya hasil kerja tangan Rambozzi® ini tidak secantik yang Kak Nislina harapkan. Rambozzi® minta maaf.
BOSCH®
DIY
Drill Press
Kayu Palet
Kerja Kayu
Kotak Kayu
KREG®
Melayu Malaysia
Pallet
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
5 Comments
cantik...i memang minat wood craft nie... especially kalau using pallet like this.. liking ur work..job well done!
ReplyDeleteTerima kasih banyak² Ai Ra! Terima kasih.
DeleteKreasi yang unik dan menarik untuk dicoba...
ReplyDeleteSimple dan mudah sahaja bro...
DeleteBerapa RM kotak tu Tuan Rambozzi?
ReplyDelete