- Rambozzi® Snack Table



Rambozzi® mendapat inspirasi untuk membuat meja nie selepas melihat hasil kerja Steve Ramsey - Woodworking for Mere Mortals (lihat gambar di atas yang Rambozzi® 'pinjam' heh heh heh) di Youtube. 'Design' meja nie terlalu cantik di mata Rambozzi®Rambozzi® rasa, Rambozzi® juga boleh membuat sebuah meja seperti ini dengan teknik dan kepakaran Rambozzi®.

Ada banyak nama untuk meja jenis ini. Ada yang panggil 'side table', 'sofa table', 'snack table' dan macam² nama lagi. Rambozzi® suka dengar perkataan 'snack table'. Jadi, tanpa membuang masa, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Snack Table.


Sebelum Rambozzi® teruskan dengan memotong bahagian² kayu yang diperlukan untuk projek nie, Rambozzi® nak selesaikan 'masalah paling kritikal' sekali bagi Rambozzi® dulu heh heh. Ada 4 batang kayu yang perlu Rambozzi® potong sedikit bentuk lengkungan. 4 batang kayu itu akan dijadikan kaki meja nie. Jadi, Rambozzi® lukiskan bentuk lengkungan yang Rambozzi® rasakan Rambozzi® boleh potong dengan teknik dan kemahiran Rambozzi®. Oh...Rambozzi® takkan buat sesuatu yang di luar kemampuan Rambozzi®.


1 daripada 4 batang kayu itu akan dijadikan 'master copy' yang akan digunakan untuk 3 lagi batang kayu. Jadi, Rambozzi® kena pastikan bahawa kayu 'master copy' ini mendapat bentuk lengkungan secantik yang boleh. Rambozzi® potong secara kasar mengikut lukisan di atas kayu tu menggunakan 'jigsaw'. Selebihnya akan dikemaskan lagi menggunakan 'drum sander' yang dipasangkan di 'drill press' nanti.
"Semasa mula² Rambozzi® beli 'jigsaw' nie dulu, Rambozzi® rasa agak menyesal jugak membelinya sebab Rambozzi® tak dapat mengawalnya dengan baik. Tapi sekarang 'jigsaw' nie sudah menjadi antara 'power tools' kegemaran Rambozzi® heh heh heh."

Kayu untuk 'master copy' tadi Rambozzi® kemaskan lagi bentuk lengkungannya menggunakan 'drum sander' di 'drill press'. Di 'drill press' ini, Rambozzi® dapat memberikan lebih kawalan untuk mendapatkan bentuk lengkungan yang lebih kemas dan cantik mengikut lukisan tadi.


Ok, bila dah dapat 'master copy' yang kemas dan cantik, Rambozzi® hanya perlu 'copy' bentuknya ke kayu² lain yang perlu dipotong bentuk lengkungannya. Sama seperti 'master copy'Rambozzi® mulakan dengan potongan secara kasar menggunakan 'jigsaw'. Kemudian Rambozzi® 'trim' pula kayu² tersebut dengan menggunakan 'mini router/trimmer' untuk mendapatkan bentuk lengkungan yang sama untuk setiap kayu.


Bila dah siap je kaki² tu, kerja Rambozzi® sudah menjadi mudah dan bolehlah diteruskan ke proses yang seterusnya. Seperti biasa, Rambozzi® potong bahagian² kayu yang diperlukan dan tebuk lubang² 'pocket hole' dulu.


Proses² seterusnya hanyalah penyambungan kayu yang ringkas dan mudah. Rambozzi® mulakan dengan memasang bahagian tapak meja ini.


Kemudian Rambozzi® cantumkan pula kayu² untuk kaki² meja nie.


Dan bahagian terakhir adalah 'table top'nya.


Projek ini hanya terdiri daripada 3 bahagian sahaja iaitu 'table top', kaki meja dan tapak meja.


Seterusnya Rambozzi® skrukan dahulu kaki² meja ke tapaknya.


Dan 'table top' diskrukan akhir sekali.


Dan siap! Senang je kan? Buat kaki²nya, buat tapak dan buat 'table top'. Cantumkan kesemua bahagian dan jadilah ia sebuah meja. Meja jenis ini sangat mudah untuk dibuat. Kaki² meja nie pun boleh ditukar dengan 'design' lain mengikut kesukaan kita. Kalau tak dipotong bentuk lengkungan pun meja ini tetap akan nampak cantik dan menarik.


Gambar di atas adalah pandangan dari belakang meja.


Gambar di atas pula adalah pandangan dari sisi meja.


Oh ya lupa pulak Rambozzi® nak bagitau tadi. Saiz dan ketinggian meja ini adalah mengikut ukuran yang Rambozzi® rasakan sesuai dengan Rambozzi®. Kita boleh buat apa saja saiz yang kita suka.


Seterusnya, Rambozzi® akan 'sanding' pula meja nie. Dan mungkin Rambozzi® hanya akan sapukan beberapa lapisan 'tung oil' sahaja sebagai lapisan untuk perlindungan.

Rambozzi® Snack Table nie sesuai diselitkan di ruangan bawah sofa. Lepas nie bolehlah Rambozzi® menonton TV sambil minum kopi ataupun makan mi segera di meja nie heh heh heh.


Dan bila tidak digunakan, Rambozzi® Snack Table nie juga boleh diletakkan di penjuru ruang tamu dan jadilah ia 'end table' atau 'side table' atau 'corner table' atau hahahahahaha Rambozzi® pun dah pening nak panggil nama apa!!!..... Panggil dia MEJA je lah heh heh heh.....


1 Comments