Baru² nie Rambozzi® telah 'berkenalan' dengan seorang tauke kedai barangan pancing - merangkap kaki pancing tegar- bernama Ziq. 'Perkenalan' tu membawa kepada 'kerjasama serantau' di dalam bidang ekonomi dan perkayuan juga untuk Rambozzi®. Ya! Ziq membawakan 'idea' baru untuk kerja kayu Rambozzi®. Dan Rambozzi® tidak menyangka bahawa Ziq sebenarnya telah lama mencari 'tukang kayu' untuk membantu mengembangkan perniagaannya. Dan Ziq memang "bernasib baik" sebab telah bertemu dengan Rambozzi® heh heh heh heh heh heh heh....
Untuk kaki² pancing, 'fishing rod stand' nie memang benda biasa la bagi mereka. Tapi bagi Rambozzi®, ini adalah benda baru yang Rambozzi® panggil "tempat letak joran pancing" heh heh heh. Jadi, Ziq meminta Rambozzi® membuat sebuah 'fishing rod stand' sebagai contoh atau 'sample' untuknya. Dan, kalau menjadi dan kalau ada rezeki, Ziq akan menempah beberapa buah lagi la dari Rambozzi®. Ziq boleh mengembangkan perniagaannya dan Rambozzi® juga boleh mengembangkan teknik perkayuan Rambozzi®. Jadi, jom mulakan 'woodworking' dan "usahama" Rambozzi®-Ziq untuk kali nie - Fishing Rod Stand Ziq.
'Idea' asal untuk projek kali nie adalah dengan menggunakan kayu² palet terbuang. Tapi, Rambozzi® fikir, benda nie bukan untuk dipakai sendiri. Benda nie akan dibungkus dan dipos kepada pelanggan yang berminat nak beli. Dan Rambozzi® tak fikir pelanggan akan berpuas hati bila buka kotak nanti, dapat hasil kerja dari kayu terbuang! Jadi, Rambozzi® ajukan kepada Ziq, bahawa Rambozzi® akan menggunakan kayu² 'pine' yang baru dan berkualiti. Dan Ziq bersetuju.
Fishing Rod Stand Ziq nie terdiri daripada beberapa bahagian. Rambozzi® akan membuat kesemua bahagian secara berasingan - tujuannya adalah supaya senang dibungkus - bila pelanggan terima barang nie dia boleh pasang sendiri. Jadi, cabarannya ialah, Rambozzi® kena buat beberapa bahagian yang siap tersedia lubang² 'pilot holes' yang mana bila diterima oleh pelanggan nanti, mereka tahu dan boleh memasang semula sendiri 'fishing rod stand' nie dengan mudah! Untuk itu, Rambozzi® kena 'plan' dan juga buat beberapa 'marking' supaya proses pemasangannya nanti mudah.
Ok, gambar di atas adalah kayu² yang telah dipotong kepada ukuran² yang diperlukan. Kayu² tu adalah untuk bahagian tiang utama atau "kaki panjang" untuk 'fishing rod stand' nie. Untuk bahagian tiang utama nie Rambozzi® akan cantumkan 2 kayu di atas tu menjadi satu - dengan menggunakan teknik 'pocket holes joinery'. Dan Rambozzi® akan menebuk lubang² 'pocket holes' tu dengan menggunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide.
Gambar di atas pula adalah kayu² untuk bahagian "kaki pendek" 'fishing rod stand' nie pula. Aduh susahnya mencari perkataan!
Ok, itulah yang Rambozzi® cuba maksudkan tadi heh heh heh. Tengok gambar di atas je la senang.
Seterusnya Rambozzi® potong pula kayu untuk bahagian pemegang joran di bahagian bawah 'fishing rod stand' nie. Berpandukan gambar di atas, Rambozzi® tebuk dulu 7 lubang di tengah² kayu tu dengan menggunakan 'drill press'. Rambozzi® gunakan mata 'drill' jenis 'forstner drill bit' untuk tujuan itu dan yang di dalam gambar di atas tu adalah yang paling besar yang Rambozzi® ada.
Ok, itulah dia lubang²nya. Kayu tu nanti akan dibelah dua dan Rambozzi® akan mendapat dua batang kayu yang mempunyai 7 lubang setiap satunya. Tapi bila dah dibelah, lubang² tu akan jadi separuh je la. Jadi, 7 lubang kali 2 batang kayu bersamaan dengan 14 lubang untuk diletakkan 14 batang joran pancing.
Untuk membelah kayu tu kepada 2 bahagian, Rambozzi® akan menggunakan BOSCH® Jigsaw GST25M. Projek nie akan menguji kecekapan Rambozzi® menggunakan 'jigsaw' heh heh heh. Tapi sayang Rambozzi® tak ambil pula gambar 2 keping kayu tu yang dah siap dibelah. Takpe, tengok gambar lain dulu...
Ok, bahagian seterusnya adalah pemegang di bahagian atas. Untuk bahagian nie juga Rambozzi® akan tebuk 14 lubang tapi kali nie di bahagian tepi kayu. Kali nie dengan mata 'forstner drill bit' juga tapi dengan saiz yang lebih kecil.
Ok, untuk projek nie, Rambozzi® akan tebuk beberapa lubang 'pilot holes' untuk memudahkan pelanggan atau pengguna memasang sendiri 'fishing rod stand' nie nanti. Lubang² 'pilot holes' nie akan ditebuk di beberapa bahagian 'fishing rod stand' nie dan Rambozzi® akan tandakan beberapa 'marking' sebagai panduan untuk memasang 'fishing rod stand' nie.
Ok, itulah hasilnya selepas ditebuk lubang² untuk batang² pancing dan juga 'pilot holes' untuk skru.
Disebabkan lubang² untuk pemegang bahagian atas tadi tu ditebuk di tepi kayu, maka lubang² tu agak pecah² di bahagian bawahnya. Jadi Rambozzi® licinkan dan "cuci" bahagian² yang pecah² tu dengan menggunakan DREMEL® tu. Selepas tu barulah lubang² tu jadi licin dan kemas.
Ok, kesemua bahagian untuk Fishing Rod Stand Ziq nie telah siap. Kalau mengikut 'plan' Ziq, kesemua bahagian kayu tu tidak akan dipasang siap² tapi akan dibungkus di dalam kotak untuk dipos. Pelanggannya akan memasang sendiri 'fishing rod stand' nie.
Tapi sebelum tu, Rambozzi® kena 'test' pasang dulu la supaya tahu macam mana hasilnya.
Haaa itulah dia hasilnya selepas siap dipasang. Rambozzi® rasa tak susah sangat untuk pelanggan atau pengguna memasangnya sendiri nanti. Tak susah langsung la senang citer.
Dua batang kayu di bahagian bawah 'fishing rod stand' nie akan dipasang agak senget lebih kurang 45°. Dua batang kayu tu adalah bahagian yang paling penting sekali sebab ia berfungsi untuk memastikan joran² pancing berdiri dengan tegap dan tetap di dalam lubang² tu.
Rambozzi® dah pun tunjukkan kepada Ziq hasil kerja Rambozzi® nie dan buat sedikit "demonstrasi" pemasangan 'fishing rod stand' nie di hadapannya dan Ziq suka! Projek kali nie bukanlah untuk memuaskan hati Rambozzi® dan Ziq tetapi adalah untuk kepuasan hati pelanggan Ziq nanti. Kalau ramai pelanggan Ziq yang suka dan nak beli Fishing Rod Stand Ziq nie, Rambozzi® akan dapat projek lagi dari Ziq dan meneruskan kerjasama dan usahasama Rambozzi®-Ziq nie.
Rambozzi® berharap projek Fishing Rod Stand Ziq nie boleh mengembangkan perniagaan Ziq dan Rambozzi® sendiri. Rambozzi® bersedia menerima tempahan dari Ziq lagi (jika ada) di masa hadapan. Ok, biarkan Ziq dengan perniagaannya, sekarang Rambozzi® nak teruskan dengan projek 'woodworking' yang seterusnya. Next! Heh heh heh!
Black & Decker®
BOSCH®
Center Finder
DIY
DREMEL®
Drill Press
Fishing Rod Stand
Kerja Kayu
KREG® Micro Pocket Drill Guide
Melayu Malaysia
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Tools
Woodworking
3 Comments
Assalamualaikum. Boleh ke nak tempah rak pancing tapi design lain dari ni?
ReplyDeleteWaalaikumussalam Laskar Pelangi. Insyaallah boleh. Berikan Rambozzi design dan ukurannya.
DeleteBoleh wassap Rambozzi 016-952 7489. Terima kasih.
Blh dpt lagi tak rak ni? Hehe
ReplyDelete