- Rak Sos & Kicap


Rak Dapur Jaja tu rupa²nya "digilai" oleh kaum isteri yang suka nak tengok botol² kicap, cuka, sos cili, sos tomato, sos 'black pepper', sos tiram, sos BBQ dan macam² sos lagi la - tersusun rapi dan teratur. Oh! Itu sememangnya di luar "bidang" Rambozzi® la kan heh heh heh... "Dunia" Rambozzi® hanya ada tin² 'varnish', botol² 'turpentine', 'thinner' dan tin² cat yang bermacam warna sahaja - A blaze of colors... Hehehe...

Jadi, Geng Rak Kicap ini terdiri dari 5 bersaudara iaitu Hang Ida, Hang Izu, Hang Nurul, Hang Lisa dan Hang Watey heh heh heh. Geng Rak Kicap ini dikepalai oleh Hang Ida yang perkasa hahaha. Sebenarnya Rambozzi® kenal rapat dengan kelima² mereka nie, sebab tu Rambozzi® berani tulis mengusik macam nie hehehe. Lisa dan Watey bukan pertama kali berurusan dengan Rambozzi®. Lisa sebelum ini pernah menempah Easel Stand Lisa dan Watey pula pernah menempah Rak Kasut Aina dari Rambozzi®, tidak berapa la dulu. 

Ok. Masing² nak Rak Dapur Jaja ini dicat dengan warna pilihan masing². Ida nak warna 'pink', Izu nak 'turquoise', Nurul nak merah, Lisa nak 'varnish' warna 'dark walnut + mahogany' dan Watey pula nak 'varnish' warna 'dark walnut'Rambozzi® bernasib baik sebab kesemua warna itu, ada dalam simpanan Rambozzi®. Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rak Sos & Kicap.


Emmm... Rambozzi® rasa, untuk 'entry' kali ini tidak banyak gambar dan proses yang Rambozzi® nak tunjukkan di sini. Sebab, proses kerjanya memang sama dengan proses kerja untuk Rak Dapur Jaja dulu. Jadi, Rambozzi® akan hanya banyak berceloteh je la, kot... Hehehe...

Ok. Seperti Rak Dapur Jaja, rak² itu akan dibuat dengan menggunakan kayu jenis 'pine' dan juga meranti. Kesemua bahagian yang diperlukan diukur dan dipotong mengikut saiz²nya. Kesemua bahagian rak akan dipasang dan dicantumkan dengan menggunakan "teknik keramat" Rambozzi® - apa lagi kalau bukan 'pocket hole joinery technique' hehehehe.


Ok, berbeza dengan Rak Dapur JajaRambozzi® tidak akan cantumkan terus kesemua bahagian seperti di dalam gambar di atas. Oh! Kalau dicantumkan terus pun boleh. Tapi, "pengalaman perit" semasa Rambozzi® mengecat Rak Dapur Jaja dulu mengajar Rambozzi® menjadi insan yang lebih berpengalaman dan "cekal" kini heh heh heh... Rambozzi® akan cat dahulu, dan cantumkan kemudian.


Ok. "Studio" Rambozzi® yang sempit bukan penghalang! 

"Pepatah Cina ada mengatakan, "ada hati, pasti jadi, haiya manyak susah!" Hehehe."

Rambozzi® nak cat kesemua bahagian kayu di atas serentak. Jadi, Rambozzi® kena ada satu sistem cat yang efisen. "Selepas beberapa hari berfikir dan memikirkannya", Rambozzi® mendapat ilham untuk memudahkan dan mempercepatkan proses mengecat. Rambozzi® terpaksa, sebab ruang kerja Rambozzi® amat sempit. Dan Rambozzi® buat 'woodworking' secara 'indoor' hehehe. Kalau boleh dibuat 'outdoor' nie, memang Rambozzi® akan guna 'spray' tin tu je. Senang, cepat, cantik. Rambozzi® mengecat menggunakan berus. Jadi, prosesnya agak lambat dan memerlukan ruang yang luas - untuk mempercepatkan proses pengeringan cat itu sendiri.

Jadi, Rambozzi® "satey"kan kesemua kayu itu hahahaha. Ya! Rambozzi® skrukan sementara di bahagian hujung kayu² itu supaya:-

1. mudah dipegang,
2. tangan tak terkena cat,
3. boleh cat kesemua permukaan serentak,
4. boleh diletakkan di atas "jemuran" tanpa ada cat terkena lantai,
5. boleh 'selfie' gambar kat atas tu sebab - sila lihat langkah 2. Heh heh heh...

Kesemuanya ada 5 warna, jadi boleh dibayangkan betapa semaknya "studio" Rambozzi® ketika ini. Rambozzi® tak boleh nak ambil gambar untuk kesemua kayu yang telah diwarnakan sebab kayu² itu ada kat belakang Rambozzi® masa ambil gambar nie hehehehehe.


Siap proses mengecat, barulah kayu² itu dicantumkan dan menjadi 5 Rak Sos & Kicap. Untuk cat minyak yang berwarna 'pink', 'turquoise' dan merah, Rambozzi® catkan dahulu 1 lapisan cat 'undercoat', diikuti 2 lapisan cat berwarna. Tujuannya, adalah untuk memastikan warnanya betul² 'solid' dan tidak kelihatan warna asal kayu. Untuk warna 'dark walnut + mahogany' dan 'dark walnut'Rambozzi® cat terus pada kayu dengan menggunakan 'polyurethane varnish' sebanyak 2 lapisan. Setiap lapisan diselangi dengan proses 'sanding' menggunakan kertas pasir 240 grit. Bahagian kayu 'pine' yang berwarna putih itu tidak dicat dengan sebarang kemasan. Rambozzi® hanya sapukan beberapa lapisan 'tung oil' sahaja sebagai 'protection'.

Ok! Siap projek Rak Sos & KicapRambozzi® akui, agak penat juga nak menyiapkan projek ini. Sebab berlainan warna - ia memakan masa yang agak lama. Tapi, tak apa. Rambozzi® ada 'code' Rambozzi® sendiri. Demi kepuasan pelanggan² Rambozzi®, selagi mampu Rambozzi® akan cuba penuhi kehendak mereka. Selagi boleh buat, Rambozzi® akan buat. 'Woodworking' ini "hidup" Rambozzi®. Selagi Rambozzi® hidup, Rambozzi® akan "cintakan" 'woodworking'.



0 Comments