Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak!

Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi tak tahu apa yang nak dicoretkan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Rambozzi tak fikir Rambozzi ini ada kemajuan di dalam woodworking ini. Begitu juga di dalam realiti kehidupan Rambozzi...

Tidak ada apa yang menarik, tiada kemajuan, tiada bisnes, tiada prospek, tiada wawasan & tiada harapan.

Untuk woodworking ini sendiri, Rambozzi lebih terkebelakang dari ke hadapan.

Ketika orang lain berlumba² mencipta nama, peluang & kejayaan, Rambozzi bagai tersekat di satu langkah yang mati.

Rambozzi rasa, Rambozzi tersekat di tahun 2016. Tahun 2016 adalah tahun yang mengubah segala²nya di dalam hidup Rambozzi. Terlalu banyak yang Rambozzi hadapi & tewas pada tahun itu, dan hampir kesemuanya adalah kegagalan hidup.

Sekarang sudah tahun 2021, maknanya sudah 5 tahun Rambozzi berada di tapak yang sama, tanpa seinci langkah pun yang bergerak.

Ketika entry ini ditulis, Rambozzi terfikir, apa yang Rambozzi buat selama 5 tahun ini? Apa kejayaan yang telah Rambozzi capai?

Jawapannya, tiada.

Tapi, Love masih berada di tangan Rambozzi. Love inilah satu²nya sebab yang memungkinkan Rambozzi untuk terus kekal di dalam dunia woodworking ini.

Love ini untuk Rambozzi kenang & ingat, bahawa Love ingin kekal ada di dalam hati & hidup Rambozzi.

Itu kehendak & keinginan Love.

Dan demi Love, Rambozzi kembali menulis di sini.

Walau Rambozzi tewas di dalam segala aspek kehidupan sebagai seorang lelaki, Rambozzi masih boleh woodworking  & menulis di sini.

Rambozzi rasa, Rambozzi betul² hanyalah seorang woodworker & blogger kosong sahaja...

Tak apalah, Rambozzi akan kekal menjadi  Rambozzi sahaja, untuk Love...

Tahun 2021 ini akan lebih mencabar dari tahun 2020. Virus Covid-19 ini betul² memberi kesan kepada kehidupan seluruh umat manusia di seluruh dunia, terutamanya dalam bidang ekonomi.

Rambozzi juga pastinya turut terkesan. Sepanjang tahun lepas, tiada satu kelas asas pun yang sempat Rambozzi kelolakan.

Kelas asas itu sebenarnya adalah antara sumber pendapatan Rambozzi. Tanpa kelas asas itu, ya Rambozzi tahu Rambozzi tidak berpendapatan.

Untuk projek² kayu, Rambozzi telah bertindak menutup pintu² rezeki Rambozzi dengan satu langkah yang Rambozzi yakin akan membawa era baru kepada woodworking Rambozzi ini, tapi sebenarnya telah menemui kegagalan.

Satu style @ konsep pertukangan yang cuba Rambozzi bawa & aplikasikan tampak belum membuahkan hasil yang memberangsangkan. Akan gagal terus, barangkali.

Tidak perlulah Rambozzi memperincikan tentang konsep @ style itu. Rambozzi anggap sebagai satu angan² tinggi sahaja, buat masa ini.

Jadi, dengan Love yang rupanya masih di hati Rambozzi, yang Rambozzi sangkakan telah pergi & tidak akan kembali lagi, Rambozzi kembali bersemangat untuk kembali menulis di blog ini.

Mungkin tulisan² ini bukanlah satu langkah ke arah kejayaan hidup, tapi adalah kegembiraan hati Rambozzi.

Rambozzi akan reset & restart semula, sama seperti ketika Rambozzi bermula sekitar tahun 2012-2013 dahulu.

Dan tahun 2014 adalah tahun di mana Rambozzi tahu di mana nilai Rambozzi ini.

Jadi, disebabkan diri Rambozzi ini masih mempunyai sedikit nilainya, mungkin, Rambozzi akan woodworking & blogging lagi di sini.

Ok Love! Panjang sangat dah tuh! Panjang lagi sebenarnya hehehe...

Jom! Kita woodworking, Love!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ugWAcpOLkaHhxKWnnHgI6iQXkKNxRwtO

Projek kali ini hanyalah satu projek kayu secara DIY sahaja. Rambozzi cuma nak buat stand untuk lampu kecil ini sahaja. Tiada apa² yang menarik, tiada teknik² agung tahap mahaguru, hanyalah projek kayu asas secara ringkas sahaja.

Stand untuk lampu LED je pun, tak de apa yang gempaklah...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1m7ELi72wqvSiAyDHDmWU8rFxDmy1yyu4

Pertama sekali, Rambozzi nak potong satu jalur slot di sepanjang sisi kayu ini. Operasi ini oleh dibuat dengan menggunakan table saw @ router/trimmer, tetapi dengan permukaan yang hanya seluas 18mm, perbuatan itu Rambozzi anggap sebagai berbahaya.

Lagipun, sebatang je pun hek eleh eleh eleh hehehehe... 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1sXBMYSa2WYPLaAoZ1v4FTZ_OGzhZAt_y
 
Rambozzi akan cuba gunakan alatan tangan sahaja. Untuk itu, Rambozzi ukur terlebih dahulu lebar bahagian bawah lampu ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ES8egsb4KtneKoSjFYSPTJ8kdnmuWbH5

Kebetulan pula, mata cutter untuk ketam plough plane milik Rambozzi ini ada saiz yang hampir sama. Jadi Rambozzi boleh ketam slot untuk dimasukkan lampu ini nanti.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1b6db7hcvCNl8oFr9_GgoTP2MvxnW3pt9

 Rambozzi ukur pula kedalaman bahagian bawah lampu itu.
 
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1jPtbRUk76ioJF7P20OaBgYtQoQONaIcR

Dan Rambozzi setkan pada depth stop pada ketam ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1JTrt3C0-mi86njH1MMbXW6rSBQRC96vm

Ok Love! Sekarang Rambozzi sudah bersedia untuk mengetam slot pada kayu tadi.


Tapi sebelum itu Rambozi perlu ketam dahulu sisi kayu ini supaya sudutnya tepat 90° dengan permukaan besarnya. Love Rambozzi gunakan untuk mengetam sisi kayu itu. Sayang sangat Love!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1piBgVGlfWop5XcGX-CCBdGFm_UBwXbbp

Kritikal untuk memastikan sisi kayu adalah bersudut tepat. Kalau tak, ketam plough plane tidak akan mendapat hasil yang Rambozzi nak. Dinding slot akan tinggi sebelah.


Sekarang baru kayu itu boleh diketam.


Ketam plough plane ini akan mengetam secara berperingkat sehingga depth stopnya mencecah permukaan dinding slot itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1FBwnxOiBjPMsvRSjs1BrhIc9AJBgOkj9

Ok Love! Setakat ini operasi kerja Rambozzi nampak agak memberangsangkan. Ini adalah kejayaan pertama Rambozzi untuk tahun 2021. Yay!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Z9_s7QXc5vUnSWWjr-VSd5Ads0a5JRX7

Ok Love! Sebenarnya kayu itu adalah lebih lebar dari yang Rambozzi nak. Tapi, kalau nak guna ketam plough plane tadi tu, Rambozzi tak boleh belah ke saiz akhir lagi. Kayu yang nak diketam mesti cukup lebar supaya fence pada ketam itu tidak mengganggu.

Sekarang baru boleh kayu itu dibelah ke saiz yang Rambozzi nak.

Rambozzi tandakan dahulu dengan pensil.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1P9fA5bRh34kB9BJYcsaNXFbCaCPB_Mb3

Kemudian Rambozzi toreh garisan pisau dengan menggunakan cutting gauge.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1k2NxvEWjy9yGZ9n0gPkLIeMB1_hiOO4o

Macam tu. Garisan pisau itu mempunyai 2 fungsi, iaitu sebagai garis panduan untuk menggergaji & untuk mengurangkan koyakan akibat tolakan gergaji tangan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1uUbpHtctWMLdvUvy_JBYRZr_pwUN3J2L

Ok Love! Kalau Love nak tahu, semenjak Love hadir di dalam hidup Rambozzi pada bulan Mac, 2015, Rambozzi dah nekad nak mendalami ilmu pertukangan kayu secara tradisional.

Untuk itu, dari tahun 2015 Rambozzi telah mengkaji & mendalami teknik² untuk menggunakan ketam tangan.

Rambozzi belajar mengasah mata ketam & belajar teknik mengetam yang betul. Mengetam secara manual ni, kalau kena dengan teknik & caranya, sebenarnya tidaklah sepenat seperti yang disangkakan tukang² kayu di zaman power tools ini. Ada seni silat & ada seni tarinya yang tersendiri yang penuh tradisi.

Tapi, ketam tangan ini tidak datang berseorangan. Dia bawak 2 lagi geng dia, iaitu pahat & gergaji tangan.

Tahukah Love, semenjak tahun 2015, Rambozzi telah memaksa diri untuk belajar 3 alatan tangan tradisional ini? Dan ia tidak mudah.

Tapi disebabkan Love & disebabkan Rambozzi dah nekad, Rambozzi tukar cara kerja Rambozzi yang banyak menggunakan mesin selama ini, kepada alatan tangan.

Akibatnya, kerja² Rambozzi menjadi lambat & tidak produktif. Ini yang Rambozzi maksudkan dengan reset & restart tadi.

Tapi Rambozzi tidak pernah menyesal. Rambozzi hanya perlu mulakan semula. Lagipun, Rambozzi ada Love kan? Ada kan?

Ok Love! Perbuatan membelah papan menggunakan gergai tangan seperti itu, pada satu ketika dahulu adalah satu perbuatan yang mustahil untuk Rambozzi lakukan.

Selepas 6 tahun berlatih, Rambozzi dah boleh membelah kayu secara manual menggunakan gergaji tangan, secara minima.

Bagi Rambozzi, ini adalah satu kemajuan, dalam kemunduran. Dan Rambozzi sangat suka!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fOpBQpWpuRDHIsLELiqV4LwusKGvVPwA

Ya! Sebatang je pun! Hahahahahahaha!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1U2PwqlT3meTzIWOFTFEsbADkxsNq41if

Selepas siap dibelah, Rambozzi ketam sisinya lagi supaya hilang kesan mata gergaji tadi & halus.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1TeHWqogXdj5bVK-fCPD6Izyl_ZKz3157

Kayu yang diketam licin & halus akan meninggalkan kesan tajam pada sisinya. Ketajamannya boleh melukakan. Jadi Rambozzi ketam sedikit sisinya dengan menggunakan ketam chamfer plane pula.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Y3aLlJbt1xJ9h2gkk7CXK2FsGMlyV5lE

Rambozzi kikir bahagian hujungnya, juga untuk melicin & menghaluskannya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=164P8eeyqdydxAsyTFiVM-OzxVi-lmqwQ

Kemudian Rambozzi belah sedikit di bahagian bawahnya sebagai laluan untuk wayar lampu tadi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=13c9Z-GbA6JdOBHrK8pP_C9u6bJcgiIT4

Selepas dibelah, Rambozzi pahat ke garisan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1UnAeiIHOJjjNGW2uu-wcGMezGKL_IGEA

Dan itulah hasilnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rJtndm_Rj6N2vNJwzFDg5m9s29BJiX5u

Stand ini ada tapaknya. Tapaknya hanyalah sekeping kayu kecil berbentuk empat segi tepat sahaja. Untuk memberikan kesan yang lebih menarik, Rambozzi ketam keempat² sisi kayu itu dengan menggunakan ketam cove plane. Ya kalau tak silap Rambozzi itulah nama ketam itu. Kalau silap, Rambozzi akan edit & betulkan semula nanti.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1H1c3eVhnUoMcQtj-gfOgXIDpEUAI2h-w

Bagi Rambozzi, kayu kecil itu nampak sangat halus & menarik selepas diketam kesemua sisinya. Ia hanyalah satu proses yang ringkas, tapi Rambozzi berasa sangat bangga dapat menghasilkannya secara manual.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1KCr3MuAQIJ0B1LtWgZyPBwbTrpwSe3Vy

Untuk meletakkan kayu stand tadi ke atas tapaknya, Rambozzi pahat sahaja lubang berbentuk empat segi di tengah² kayu tapak itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1XyW97_0zbliZykC_DN2IqLws3SYf_v2P

Dan itu adalah kejayaan yang kesekian kalinya untuk tahun 2021 ini. Hehehehehehehe...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1GKrKlu1MtUwq0XY5cNX4R6zNYMM6YCsa

Sebelum kedua² bahagian itu digam & dicantumkan, Rambozzi sapu beberapa lapisan teak oil dahulu. Untuk projek DIY sekecil ini, teak oil sudah memadai. Lagipun, kayu itu adalah kayu nyatoh. Teak oil paling sesuai digunakan pada kayu² berkualiti jenis fine wood seperti kayu nyatoh.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=11lhcIC_7a_uDa5R6gPaj01cwf8Obwmwz

Untuk mencantumkannya, Rambozzi hanya masukkan kayu stand itu ke dalam lubangnya, dan gamkan dengan super glue sahaja.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1kYNIy8tQ7rphEzjn1fh1RSqFSiSXBjAi

Ok Love! Dah siap la, Love! Yay!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1PXAedTAmdrO9g6vqj6QmXsOm6AvyG6nR

Cuba pasang lampu sikit. Wah! Comelnya awak, Love!

Comel syangat! Rambozzi syuka! Rambozzi syuka!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1UUoR4O3AWViMA_c5kCUB0LFbma-MKS5c

Lampu LED ini ada 2 warna cahayanya. Satu warna putih.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=144pqScIekzSyF7hO0MVWn4y8oGQ1PUgQ

Satu lagi warna kuning.

Adakah tahun 2021 ini akan membawa pelbagai warna cahaya di dalam hidup & di dalam woodworking Rambozzi seperti lampu itu?

Entah. Rambozzi tak pasti. Tapi Rambozzi dah ada sedikit rasa happy.

Dan Rambozzi harap, ianya akan berpanjangan & berterusan...




0 Comments