"...ketika orang lain melihat hasil² kerja Rambozzi® dari satu sudut yang agak sama, Yuzie pula melihat dari satu sudut pandangan yang agak berbeza dan sangat 'halus' pengamatannya. Susah Rambozzi® nak terangkan apa yang Yuzie nie lihat, tapi Rambozzi® dapat rasa yang Yuzie nie sangat 'feel' dalam citarasanya..."Yuzie telah menghubungi Rambozzi® baru² nie untuk mendapatkan apa yang dimahukannya - meja dari kayu 'pine'. Bukan satu, tapi dua. Dan ini amat membimbangkan Rambozzi®, sebab biasanya orang akan beli satu dulu, kalau puas hati baru akan membeli lagi dari penjual yang sama. Tapi Yuzie nie dengan beraninya terus meng'order' dua perabot dari Rambozzi®. Memang membimbangkan la sebab dia tak tahu lagi macam mana hasil kerja tangan Rambozzi®. Tapi Rambozzi® cuba tunaikan 'hajat' dan kemahuan Yuzie nie sebaik mungkin, dan Rambozzi® mulakan 'woodworking' kali ini dengan Coffee Table Yuzie dulu.
Ok, gambar di atas adalah kayu² 'pine' yang Rambozzi® dah potong kepada ukuran² yang diperlukan untuk dijadikan Coffee Table Yuzie nie. Idea asal projek nie datang daripada projek Study Table / Coffee Table Aishah yang Rambozzi® buat tidak berapa lama dulu. Yuzie telah terbaca blog Rambozzi® mengenai Study Table / Coffee Table Aishah nie dan meminta Rambozzi® membuat satu meja yang serupa untuknya.
"Yuzie ada menyebut sesuatu yang membuatkan Rambozzi® agak terkejut iaitu, "Yuzie suka tengok ira kayu tu yang cantik". Itu sesuatu yang sangat 'deep' dan sangat 'feel' yang Rambozzi® dengar daripada pelanggan Rambozzi® setakat nie!
Rambozzi® sendiri pun tak pernah guna perkataan tu.Ngeri!"
Macam biasa, Rambozzi® akan gunakan 'teknik keramat' Rambozzi® untuk 'coffee table' nie iaitu 'pocket hole joinery technique' heh heh heh. Itulah satu²nya teknik pertukangan kayu yang Rambozzi® tahu setakat nie... Ok, kayu² tu akan ditebuk menggunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide yang dipasangkan di atas KREG® Jig K5 tu. Seterusnya kayu² tu akan dicantumkan antara satu sama lain dan menjadi 'table top'.
Ok, dah siap tebuk 'pocket holes' untuk 'table top' nie. Seterusnya Rambozzi® nak cantumkan kesemua kayu² tu menjadi 'table top'.
Gambar di atas adalah pandangan dari belakang 'table top' yang telah siap dipasang atau dicantumkan.
Dan gambar di atas pula adalah pandangan dari depan 'table top' tu. Rambozzi® tunjukkan gambar nie kepada Yuzie dan Yuzie menyukainya. Selamat Rambozzi® heh heh heh...
Gambar di atas pula adalah rangka untuk bahagian bawah meja tu yang akan berfungsi sebagai 'support' atau 'apron' yang mana juga akan dipasangkan kaki² meja tu nanti. Rambozzi® akui Rambozzi® tak tahu nama atau istilah yang tepat untuk bahagian tu. Takpe, Rambozzi® akan belajar lagi...
Dan gambar di atas pula adalah kaki² meja untuk projek nie. Keseluruhan proses untuk projek nie adalah sama dengan proses untuk projek Study Table / Coffee Table Aishah dulu. Anak panah di dalam gambar di atas menunjukkan lubang² 'pocket hole' yang akan digunakan untuk memasang kaki² meja tu ke 'table top'. Rambozzi® tebuk dulu siap² supaya tak kelam-kabut bila nak pasang kaki² tu nanti.
Sekarang tibalah masanya untuk memasang kesemua bahagian² kayu tadi menjadi sebuah 'coffee table' yang siap. Rambozzi® pasangkan dulu rangka kayu tadi ke bawah 'table top' tu dan kemudian kaki²nya. Kesemua proses pemasangan nie adalah dengan menggunakan skru dan gam kayu. Anak panah di dalam gambar di atas menunjukkan lubang 'pocket hole' tadi yang digunakan untuk diskrukan kaki² meja tu ke 'table top'.
Ok, selesai proses pemasangan Coffee Table Yuzie nie.Memandangkan Yuzie tak nak meja nie dicat langsung, jadi Rambozzi® akan sapukan 2 atau 3 lapisan 'tung oil' ke semua permukaan meja nie.
Untuk kemasan meja nie, Rambozzi® akan gunakan 2 produk dari Formby's® iaitu Formby's® Build-Up Remover dan Formby's® Tung Oil Finish seperti di dalam gambar di atas. Pertama sekali Rambozzi® akan 'sanding' terlebih dahulu kesemua permukaan meja nie dengan kertas pasir 220 grit. Kemudian Rambozzi® bersihkan segala habuk dan kotoran dengan menggunakan Formby's® Build-Up Remover tu. Kemudian barulah Rambozzi® akan sapukan 2 atau 3 lapisan Formby's® Tung Oil Finish tu pula. Kedua² minyak dari Formby's® nie memang jarang² sangat Rambozzi® pakai sebab minyak nie mahal sangat. Biasanya Rambozzi® cat dengan 'varnish' atau cat minyak jadi tak perlu la nak sapukan minyak nie dulu. Memandangkan Yuzie tak nak meja dia dicat, jadi Rambozzi® akan sapukan minyak nie sebagai lapisan perlindungan untuk kayu tu.
Sebenarnya Formby's® Tung Oil Finish nie pun adalah sejenis 'varnish' juga. Cuma hasil kemasannnya nanti tidaklah setebal 'varnish'. Formby's® Tung Oil Finish nie akan meninggalkan kesan 'varnish' yang amat nipis di atas kayu untuk mencantikkan kayu selain dari melindungi permukaan kayu tersebut. Dan 'tung oil' sesuai sangatlah kalau untuk projek kayu yang tidak menggunakan cat atau 'varnish'.
"As a drying oil, tung oil hardens (dries) upon exposure to air. The resulting coating is transparent and plastic-like, a property exploited in most of its application which include wood finishing and the composition of oil paints and printing inks."
Kedua² minyak Formby's® Build-Up Remover dan Formby's® Tung Oil Finish tu hanya perlu disapukan dengan menggunakan kain sahaja. Tapi untuk Formby's® Tung Oil Finish, dicadangkan oleh pakar mengecat orang putih tu supaya disapukan lapisan pertama menggunakan kain, biarkan kering semalaman dan gosok 1 atau 2 lapisan lagi dengan menggunakan kertas pasir 220 grit pula. Dia cakap, dengan cara tu, minyak tu akan betul² meresap masuk ke dalam urat² kayu tu.Yuzie cakap "ira kayu".
Ok, akhirnya siaplah Coffee Table Yuzie nie. Rambozzi® berpuas hati dengan hasil sapuan Formby's® Tung Oil Finish tu. Seterusnya, Yuzielah yang akan menentukan segala²nya. Kalau Yuzie suka, selamatlah Rambozzi® heh heh heh. Tapi kalau Yuzie tak suka, nak buat macam mana kan? Tapi,dalam diam Rambozzi® berharap supaya Yuzie suka la kan hahahahaha....
Selesai projek nie, ada satu lagi projek daripada Yuzie nie iaitu Microwave Oven Cart Yuzie yang lagi 'feel' dan lagi 'deep'. Projek Microwave Oven Cart Yuzie tu sebenarnya Rambozzi® buat serentak dengan Coffee Table Yuzie nie. Tapi, 'finishing'nya agak berlainan sedikit. Itu dalam 'entry' seterusnya - Microwave Oven Cart Yuzie...
Black & Decker®
BOSCH®
Coffee Table
DIY
Formby's®
Kerja Kayu
KREG® Micro Pocket Drill Guide
Meja Kayu
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Tools
Tung Oil
Woodworking
7 Comments
hahaha..gelak saya baca entry ni..feel dlm citarasa yer.Artistic kot.Tapi yg ira kayu tu istilah biasa kat kampung saya..tu bahasa melayu standard tu.Kalau dlm bahasa ibunda saya wood grain heheheheheh
ReplyDeleteowh terima kasih sbb sudi baca hahaha...harap² Yuzie suka Rambozzi cuma cuba yg terbaik je.. terima kasih byk² Yuzie.
DeleteSalam Rambozzi, table top yang dicantum tu guna skru sahaja ke atau ada wood glue sekali?
ReplyDeleteSalam kaione.
DeleteYe. Table top tu dicantumkan antara satu sama lain guna gam kayu dan skru.
Salam Rambozzi,blh bg no contact x,nk tye harge..whatsapp k?
ReplyDeleteSalam bro Saiful Zain.
Delete016-9527489. Boleh wassap Rambozzi no hal punye bro..
salam rambozzi,encik ada buka kedai ke jual perabot pallet ni?
ReplyDelete