- Wooden Crates Rimy


Ok. Ini projek terakhir Rambozzi® untuk tahun 2014 ini. Aduh... Rambozzi® jadi kelam-kabut pula akhir tahun 2014 nie! Terlalu banyak yang Rambozzi® nak buat sampai tak sempat nak fikir - dok dang nok mikir boh! Heh heh heh heh... Sebenarnya, untuk blog ini sahaja. Sebab ada beberapa projek yang belum Rambozzi® 'post' lagi ke dalam blog ini. Takpe, mana yang tak sempat siap tu, Rambozzi® 'post' tahun depan je la hehehehe...

Ok. Jadi, so, Rimy nie telah "terlihat" Wooden Crates Puan Fatimah yang Rambozzi® buat baru² ini. Dengan penuh minat Rimy 'WhatsApp' Rambozzi®; "Berapa harga semua kotak yang dalam gambar tu Rambozzi®? Buatkan saya 1 set sebijik macam tu. Bungkus ye..." Hahahahaha!

Boleh. Rambozzi® boleh buat. Kotak² kayu seperti itu tidaklah susah sangat untuk dibuat. Ia hanya merupakan satu kerja kayu yang sangat ringkas dan mudah. Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Wooden Crates Rimy.


Studio Rambozzi® sekarang ini agak "sesak" dengan beberapa peralatan, 'power tools', kayu² dan macam² lagi la. Rambozzi® sudah kesempitan ruang. Jadi, untuk 'entry' kali ini tidak banyak gambar proses pemasangan yang boleh Rambozzi® kongsikan di sini. Lagipun, projek ini sangat ringkas dan mudah. Jadi, Rambozzi® rasa, tidak perlulah Rambozzi® terlalu teliti seperti yang biasa Rambozzi® buat di blog ini.

Ok. Kayu² di atas sebenarnya telah dipotong kepada saiz² yang Rambozzi® perlukan untuk membuat beberapa biji kotak kayu untuk Rimy. Kesemuanya akan dipasang dengan menggunakan 'pocket hole joinery technique' sahaja. Dan kayu² di atas juga telah siap ditebuk lubang² 'pocket hole'.


Rambozzi® mulakan dengan membina beberapa rangka atau 'frame' seperti di dalam gambar di atas. Hanya satu proses penyambungan kayu ke kayu yang ringkas, menggunakan skru dan juga gam kayu.


Dari 'frame'² kayu tadi Rambozzi® akan bina pula rangka utama untuk kotak² ini. Lihat gambar di atas. Perhatikan "keperkasaan" Rambozzi® RamboClamp® itu. Ia merupakan 'clamp' kegemaran Rambozzi® sekarang. Heh heh heh heh...


Ok. Gambar di atas pula adalah antara beberapa biji rangka kotak yang telah siap dipasang. Rambozzi® akan sudahkan dengan memasang beberapa batang lagi kayu untuk mendapatkan rekabentuk kotak yang Rambozzi® nak.


Dan siap. Sangat ringkas, sangat mudah dan sangat cepat. Wooden Crates Rimy ini tidak akan dicat dengan sebarang kemasan. Rambozzi® cuma akan 'sanding' sedikit dan bersihkannya sahaja.

Ok. Rambozzi® sekarang ini sudah tidak sabar² pula nak "menghadapi" tahun 2015. Tak tahu sempat ke tidak... Hehehehehe... Tapi, kalau masih ada hayat Rambozzi®, 2015 bakal menjadi tahun paling "mencabar" bagi Rambozzi®. Terlalu banyak perancangan yang sedang berputar kencang di dalam minda Rambozzi® pada detik ini. Terlalu banyak pula liku yang terpaksa Rambozzi® lalui. Terlalu banyak juga cabaran dan "rintangan" yang ada di hadapan Rambozzi® sekarang ini. Rambozzi® kena 'cool' dan terus melangkah ke hadapan. Oh! Sudah pasti! Rambozzi® akan bawa bersama "apa" yang Rambozzi® miliki di tahun 2014 ini...

Rambozzi® akan teruskan "woodworking" ini. Kerana "woodworking" ini adalah hidup dan "cinta" Rambozzi®. Cintaku bukan di atas kertas...Cintaku getaran yang sama...Tak perlu dipaksa...Tak perlu dicari...Kerna ku yakin ada jawabnya...ohhh... Halamak lagu Siti la pulak hahahaha... Aduuuhhh...

Ok. Ini lagu Rambozzi®...

"Against the wind we run
to every place under the sun
We've got so much power inside
We will never give up
Against the wind we go
towards the new shore
together we'll forget the sorrow
it's forever gone..."

Stratovarius - Against the Wind


2 Comments

  1. Camane nak contact rambozzi if kite ada nak wat tempahan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambozzi boleh dihubungi di 016-952 7489. Terima kasih.

      Delete