- Rak Dapur Ain


"Ain ada dapur. Ain takde meja atau rak di dapurnya. Ain cari dalam 'google'. Ain terjumpa blog Rambozzi®Ain suka Rak Microwave/Oven Kak Haiza. Tapi Ain tak bagitau Kak HaizaAin bagitau Rambozzi®Ain "wassap" Rambozzi®Ain pun nak rak macam tu. Ain suka hasil kerja Rambozzi®Ain suka Rambozzi®Rambozzi® pun 'happy'......"
Hahahahaha.... Rambozzi® rasa bangga juga, sebab Ain tunjukkan contoh 'design' rak atau meja yang dia nak dan semua contoh itu adalah dari hasil kerja Rambozzi® sendiri. Ain nie pun jadi macam mudah nak memilih, hanya tunjukkan saja yang mana, dari blog Rambozzi® ini. Ok, untuk rak Ain ini, Ain gabungkan 2 hasil kerja Rambozzi® yang terdahulu iaitu Rak Microwave/Oven Kak Haiza dan Microwave/Oven Yuzie. Cuma ada sedikit tambahan mengikut citarasa dan keperluan Ain. Ok, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rak Dapur Ain.


Rambozzi® rasa, hampir kesemua 'entry' Rambozzi® di dalam blog ini sama 'style' dan juga isi kandungannya. Kadang² Rambozzi® rasa bosan juga menulis benda yang sama tanpa ada sebarang "transformasi" (hamboih!!! hahaha), maksud Rambozzi® dari segi lenggok bahasa dan juga proses kerja yang Rambozzi® buat. Rambozzi® ada terfikir juga nak tukar 'style' Rambozzi®, tapi buat masa ini tiada "ilham" baru yang datang heh heh heh. Tapi Rambozzi® rasa, itulah identiti Rambozzi®. Emmm...Rambozzi® akan kekalkan buat masa ini...

Ok, seperti biasa, potong kayu dan tebuk 'pocket hole' dahulu hehehehehe.


Mula² sekali, Rambozzi® nak buat 'table top'nya dahulu. Hanya satu proses penyambungan kayu ke kayu yang ringkas dan mudah.


Lelehan gam kayu yang terkeluar akibat tekanan dari 'clamp' perlu dilap segera dengan kain basah sebab bila gam kayu itu sudah kering, amat sukar nak menanggalkannya. Rambozzi® gunakan tisu basah bayi untuk tujuan itu heh heh heh heh...


2 batang kayu diskrukan ke kedua² bahagian hujung 'table top'. Ini bukan teknik, tapi lebih kepada 'design' dan 'style'.


Dari 'table top' tadi barulah Rambozzi® boleh tentukan saiz yang sesuai untuk kaki rak ini. Ini cara Rambozzi® bekerja la kan, lain tukang lain caranya kan? Hehehe. Ok, kayu² di atas adalah untuk bahagian 'apron', kaki dan juga para untuk rak ini.


Rambozzi® pasangkan dahulu bahagian kaki rak ini. Kayu² silang di antara kaki² itu sebenarnya telah diukur dan dibahagikan sama banyak terlebih dahulu supaya ruangan di antara 2 para di bawah 'table top' adalah sama.


Kemudian Rambozzi® gam dan skrukan pula bahagian 'apron' untuk rak.


Dan diteruskan dengan memasang bahagian² yang lain. Bahagian di dalam gambar di atas adalah untuk para paling bawah rak.


Bahagian di atas pula adalah untuk para di tengah rak.


Ok, siaplah rangka utama dan 'table top' untuk Rak Dapur Ain ini. Cukup ringkas dan mudah.


Rambozzi® tambahkan juga 2 lagi batang kayu di bahagian atas rangka untuk mengukuhkan lagi struktur rak ini dan ia juga boleh membantu menepatkan lagi sesiku rak ini.


Sama juga untuk bahagian para bawah dan tengah rak.


Rambozzi® gam dan 'clamp'kan sekeping lagi kayu di setiap bahagian atas rangka untuk para yang akan berfungsi seperti pagar untuk para.



Kemudian Rambozzi® skrukan kaki rak ke 'table top'Rambozzi® pastikan kaki rak diskrukan di tengah² 'table top'.


Dan Rambozzi® teruskan dengan memasang bahagian pagar untuk keseluruhan rak.


Kesemua pagar itu hanya digamkan dan di'clamp'kan sahaja. Tiada sebarang skru atau paku digunakan.


Ok, siaplah proses memasang rak ini. Mana² bahagian pagar yang tidak melekat dengan rapat dan kemas Rambozzi® 'clamp'kan dan biarkan gam itu kering. Bila gam sudah kering dan kayu melekat dengan kemas, Rambozzi® 'sanding'kan keseluruhan rak ini bermula dengan kertas pasir 80 grit dan kemudian 150 grit. Rak ini sekarang sudah sedia untuk dicat.


Ok. Siap proses mengecat Rak Dapur Ain!!! Kaki meja dicat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebanyak 3 lapisan. 'Table top' dan 'apron' pula dicat dengan cat minyak berwarna putih juga sebanyak 3 lapisan. Antara setiap lapisan diselangi dengan proses 'sanding' menggunakan kertas pasir 240 grit. Oh...maaf, gambar agak 'kelabu asap' sebab kamera yang digunakan agak "cap ayam" heh heh heh heh...


'Table top' dicat dengan cat minyak berwarna putih tetapi agak cair sebab Rambozzi® nak pastikan ira kayunya dapat dilihat dengan jelas.


Ok. Siaplah projek Rak Dapur Ain. Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Ain dan katanya, "cantik". Fuuuhhh! Lega Rambozzi®Rambozzi® harap rak ini sesuai dengan keperluan AinRambozzi® hanya cuba yang terbaik dengan sedikit kemahiran dan pengalaman yang Rambozzi® ada. Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Antaranya teknik fotografi la kan hehehehehe. Mungkin Rambozzi® kena beli kamera bagus sikit cap Nikon ke Canon ke. Tapi, nanti Rambozzi® kena belajar teknik fotografi pulak. Nanti Rambozzi® tetiba jadi 'photographer' pulak. Ah tak nak lah! Rambozzi® nak jadi Rambozzi® jer.....



0 Comments