"Sementara" nak menunggu "projek besar" yang sedang dicat tu kering, Rambozzi® "luangkan sedikit masa" menyiapkan satu tempahan yang tetiba je datang baru² nie hehehehe. Tapi, disebabkan "studio" Rambozzi® tu agak sesak dengan "projek besar" tu, maka Rambozzi® tak dapat nak mengambil gambar proses kerja seperti biasa. Jadi, dengan ini, Rambozzi® ingin memohon maaflah kiranya ada "pembaca setia" blog Rambozzi® nie yang "kecewa" sebab tak dapat menikmati gambar² yang "berkualiti tinggi atau HD" dari Rambozzi® heh heh heh.
Wooden Crates Puan Fatimah nie bukanlah satu projek kayu yang susah. Prosesnya hanya ada 2 langkah sahaja iaitu:- potong kayu dan sambung kayu. Itu je. Sape² pun boleh buat kotak² kayu macam nie dengan mudah, cukup jika mempunyai peralatan asas seperti gergaji tangan dan tukul sahaja.
Jadi, Puan Fatimah nie hanya berikan saiz² kotak yang dikehendakinya kepada Rambozzi®. Cukup mudah berurusan dengan Puan Fatimah. Tidak ada sebarang masalah. Ok, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Wooden Crates Puan Fatimah. Eh jap... Jom tengok hasil 'woodworking' Rambozzi® kali nie - Wooden Crates Puan Fatimah. Heh heh heh heh sori dah siap laaa...
Rambozzi® tunjukkan gambar nie kepada Puan Fatimah, dan ya, dia suka. Rambozzi® harap Wooden Crates Puan Fatimah nie sesuai dengan keperluan Puan Fatimah. Oh ya..mulanya Puan Fatimah nie cakap nak guna untuk majlis perkahwinan, lepas tu nak guna untuk hiasan kat rumahnya, jadi Rambozzi® tak tahu nak namakan apa projek kali nie. Rambozzi® ambil jalan mudah dan namakan sahaja projek nie Wooden Crates Puan Fatimah hehehehehehe.
Sekarang Rambozzi® nak sambung cat "projek besar" tu pula. Ok, tanpa membuang masa lagi, jom sambung 'woodworking' yang seterusnya nie pulak... hehehehehe
BOSCH®
DIY
Frame kayu
Kayu Palet
Kerja Kayu
Kotak Kayu
KREG®
KREG® Micro Pocket Drill Guide
Melayu Malaysia
Pallet
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
2 Comments
Nice. Job well done.
ReplyDeleteThank you
Delete