Ok. Projek Rak Kasut Ziti nie adalah projek yang mengambil masa paling lama untuk 'deal' - setahun 2 bulan! Heh heh heh. Betul Rambozzi® tak tipu. Sebenarnya antara faktor yang membuatkan proses 'deal' tu lambat adalah kekangan masa antara Rambozzi® dan Ziti dan juga faktor 'design' yang kami tak dapat tentukan sampai setahun lebih! Heh heh heh. Dan bila Rambozzi® siapkan dan 'post'kan projek Rak Kasut Mr. B baru² nie, Ziti mesej Rambozzi®, "OK. Stop Rambozzi®! Sekarang giliran saya!". Heh heh heh jadi nampaknya tibalah masanya untuk mulakan 'woodworking' untuk Ziti nie - Rak Kasut Ziti.
Projek nie agak unik dan 'special' untuk Rambozzi® sebab ini adalah projek pertama yang Rambozzi® 'plan' dan 'design' terlebih dahulu dengan menggunakan SketchUp (Rambozzi® sekarang dah 'agak' pandai menggunakan SketchUp heh heh heh heh heh). 'Idea' utama untuk rak kasut nie datangnya daripada Ziti sendiri, dan dengan sedikit 'sentuhan' Rambozzi®. Bila Rambozzi® tunjukkan 'design' tu pada Ziti, Ziti suka.
"SketchUp tu hanya 'design'. Rambozzi® sendiri tidak pasti lagi sama ada rak kasut yang akan Rambozzi® buat nie akan sama dengan 'design'nya. Yang pasti, Rambozzi® rasa lebih cantik 'design' daripada 'realiti'nya nanti heh heh heh..."
Atas permintaan Ziti, Rambozzi® akan gunakan 100% kayu 'pine' untuk projek nie. Ok, mula² sekali, 'pocket holes' dulu la. Kayu² di atas adalah untuk bahagian 'storage'nya. Aduh...maaf, Rambozzi® rasa Rambozzi® kena belajar balik Bahasa Melayu. Rambozzi® tak tahu nama² yang betul untuk bahagian² di dalam sesebuah perabot!
Untuk projek nie, Rambozzi® tebuk lubang² 'pocket hole' dengan menggunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide.
Tapi ada juga beberapa bahagian yang Rambozzi® gunakan KREG® Jig R3 untuk menebuk 'pocket hole'nya.
Ok, dah siap 3 bahagian untuk ruangan simpanan kasut. Rambozzi® siapkan ketiga² bahagian ini terlebih dahulu supaya Rambozzi® dapat menentukan saiz yang tepat untuk membuat bahagian raknya.
Seterusnya Rambozzi® pasangkan pula kayu² untuk bahagian tapak rak.
Gambar di atas pula adalah untuk bahagian tepi atau sisi rak. Anak panah itu pula menunjukkan kepada 2 keping kayu terbuang yang Rambozzi® jadikan 'spacer' untuk menjarakkan sedikit kayu tersebut.
Ok, siap bahagian² utama untuk rak kasut nie. Maaf, kualiti gambar di atas 'tiba²' menjadi agak tidak memuaskan heh heh heh heh.
Seterusnya Rambozzi® cuba pasangkan kesemua bahagian tu dengan hanya menggunakan 'clamp' untuk melihat dan mendapatkan sedikit 'idea' untuk proses seterusnya. Setakat nie semuanya berjalan lancar.
Ok, dah datang masalah pertama. Rambozzi® terpaksa memotong sedikit kayu di bahagian tepi untuk ruangan² simpanan kasut. Sebab ia bergesel sesama sendiri dan tidak boleh dibuka ke depan. Rambozzi® ukur dan tandakan dan potong sedikit kayu² tu menggunakan 'jigsaw' tu.
Ok itulah dia 3 bahagian untuk ruangan simpanan kasut.
Rambozzi® terlupa nak nyatakan tadi, Ziti mahu rak kasutnya itu ada ruangan udara untuk mengelakkan bau kasut terperap di dalam rak kasutnya. Untuk itu, Rambozzi® 'plan' nak tampal beberapa keping 'plywood' di bahagian dalam ruangan simpanan kasut itu dan juga di bahagian sisi rak.
Tapi sebelum tu Rambozzi® kena cat dulu 'plywood'² tu sebab bila dah ditampalkan ke bahagian belakang ruangan simpanan kasut nanti susah pula nak dicat. Rambozzi® cat menggunakan 'polyurethane varnish' sebanyak 3 lapisan. Warna untuk 'polyurethane varnish' itu juga telah dipersetujui Ziti. Rambozzi® juga tampalkan 'masking tape' di atas 'plywood'² itu supaya ada ruang untuk disapukan gam kayu nanti. Tapi sayangnya Rambozzi® terlupa pula nak ambil gambar selepas 'plywood'² itu ditampalkan ke belakang ruangan simpanan kasut.
Sekarang tibalah masanya untuk mencantumkan kesemua bahagian menjadi rak kasut. Ruangan² simpanan kasut tu Rambozzi® pasangkan ke rak dengan hanya menggunakan skru sahaja. Dan Rambozzi® pasangkan juga 'magnet'² tu (lihat di gambar di atas) untuk memastikan ruangan simpanan itu 'duduk' di tempatnya dan tidak terkeluar ke depan. Sekali lagi, maafkan Rambozzi® sebab tak tahu nama yang betul untuk 'magnet'² tu. Tapi 'magnet'² tu ada dijual di kedai peralatan pembuatan perabot.
Ok, rantai² di dalam gambar di atas pula bertujuan untuk memastikan ruangan² simpanan kasut terbuka ke depan dengan 'sekata'. Ini 'idea' secara D.I.Y Rambozzi® sebab Rambozzi® tak jumpa 'brackets' yang sesuai untuk ruangan² simpanan kasut tu.
Seterusnya Rambozzi® tebuk pula lubang 'pocket hole' untuk dipasangkan bahagian atas atau penutup untuk rak nie. Ada pembaca Rambozzi® yang bertanya, "Rambozzi® dah ada KREG® Jig K5, adakah KREG® Jig R3 dan KREG® Jig Mini yang dulu masih digunakan?" Ya! KREG® Jig R3 dan KREG® Jig Mini masih Rambozzi® gunakan terutamanya untuk saat dan ketika seperti di dalam gambar di atas. Kadang², Rambozzi® tak tahu bila dan di mana perlu ditebuk 'pocket hole' sehinggalah bila tiba masa ianya diperlukan, maka itu adalah tugas KREG® Jig R3 dan KREG® Jig Mini.
Ok, kini tibalah pula masalah kedua! Kasut² lelaki terutamanya jenis 'sport' seperti di dalam gambar di atas tidak muat di dalam ruangan simpanan kasut tu! Sebabnya Rambozzi® ukur dan potong kayu² tu khusus untuk kasut² wanita! Itu adalah satu kesilapan yang amat besar sebab Ziti sudah bersuami dan suaminya tidak memakai kasut wanita! Hahahahaha aduh ini kesilapan terbesar Rambozzi®...
Jadi, Rambozzi® tunjukkan gambar tadi kepada Ziti dan berikan beberapa cadangan kepada Ziti untuk menyelesaikan masalah itu. Dan keputusannya, Rambozzi® kena besarkan sedikit ruangan simpanan kasut di paras bawah khusus untuk kasut² lelaki. Itu keputusan Ziti dan Rambozzi® akur.
Tapi, kayu² tu Rambozzi® dah skru dan gam! Gam kayu nie, sekali dia dah 'melekat' memang susah la nak dicabut semula. Rambozzi® terpaksa gergaji kayu tu! Aduh! Nasib baik satu je, kalau Ziti minta besarkan ketiga² ruangan simpanan kasut tu, boleh tahan gila jugak la kerja tu! Heh heh heh...
Fuhhh! Selesai masalah tadi. Ok, untuk bahagian terakhir rak kasut nie, Rambozzi® tampalkan sekeping 'plywood' di belakang rak nie. 'Simple' dan mudah.
Rambozzi® cat keseluruhan rak kasut nie dengan menggunakan 'polyurethane clear varnish' sebanyak 2 lapisan sahaja sebab kayu² 'pine' itu sendiri sudah diketam dan di'sanding' dengan cantik dan bersih permukaannya. Rambozzi® pasangkan juga 'cabinet knobs' tu.
Maka, siaplah projek Rak Kasut Ziti nie. Rambozzi® tunjukkan gambar rak kasut tu kepada Ziti dan respon Ziti hanya satu perkataan, "CUN!". Fuhhh! Lega Rambozzi®.
Secara peribadi, bagi Rambozzi® Rak Kasut Ziti nie adalah 'masterpiece' Rambozzi®. Rambozzi® berpuas hati dengan 'design'nya, pemilihan warnanya, pemasangannya, kekemasannya dan juga masalah²nya heh heh heh. Ini adalah hasil kerja yang paling cantik bagi Rambozzi® setakat ini. Ya! Rambozzi® puji diri Rambozzi® sendiri sebab Rambozzi® amat berpuas hati! Dan Rambozzi® berharap Ziti pun akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi® nie...
Black & Decker®
BOSCH®
DIY
Formby's®
Kerja Kayu
KREG®
KREG® Jig R3
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kasut
Rak Kayu
Sketchup
Tools
Tung Oil
Woodworking
13 Comments
Hasil kerja yang sangat cun ......... yeayyyyy for u.
ReplyDeleteterima kasih byk² LuvTrisya...Rambozzi® amat² hargai.
Deletegood idea in making shoe rack. no more bad smell...huahauahhaha
ReplyDeletethank u cathy cat..tapi tetap kena kawal bau stoking pulak heh heh heh
DeleteNice...berapa harge nak bt rak kasut nie..
ReplyDeleteye terima kasih atas pujian tu..
DeleteRambozzi pun 'terpaksa' mengaku - ini hasil kerja Rambozzi yg paling cantik setakat nie.
Blh hello-sms-wassap Rambozzi - 016-952 7489
Tak seronok citer bab harga kat sini heh heh heh
Terima kasih byk2 atas sokongan.
salam, seronoknye finally jumpa woodworking blog! saya baru belajar woodworking jumpa sbb tgh cari info pasa kreg jig. btw nak tanya dekat mana boleh beli pine wood eh? setakat ni kedai kayu / ace hardware saya jumpa rubber wood je. saya plan nak buat coffee table ni . thanks again. keep up the goodwork!
ReplyDeleteSalam...Rambozzi pun seronok sebab finally mrskerol jumpa blog Rambozzi nie heh heh..
DeleteTerima kasih byk2 atas sokongan mrskerol. Rambozzi jemput mrskerol menyertai kami di FB page - Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Kat sana ada info ttg woodworking dan hal2 yg berkaitan.
salam. dah terlambat ke nak komen kat sini? hehe. boleh tanya, gam kayu jenis apa saudara pakai? terima kasih.
ReplyDeleteSalam bro Rafi Ali.
DeleteRambozzi guna gam cap Elmer's Wood Glue.
Assalamualaikum Rambozzi..wah cantiknya rak kasut tu! Dah lama cari rak kasut macam ni. Tak jumpa lagi selain kat IKEA je. Mahal x kos buat rak kasut mcm ni?
ReplyDeleteWaalaikumussalam 😁✌. Wassap terus 016-952 7489 ye
DeleteAssalam berapa harga rak kasut ni ya. Terima kasih
ReplyDelete