- Rambozzi® - Jejak Kasih 2014


"Rambozzi®! Saya dah letakkan barang yang awak buat tadi di tempatnya! 
Saya suka! Thanks! I love you Rambozzi®! Hehehe..."

"I love you too..." Heh heh heh heh uolls jangan marah ehh! Itu adalah "kesimpulan" daripada kata² ucapan TERIMA KASIH dari para pelanggan yang Rambozzi® terima dari SMS, Facebook dan WhatsApp - untuk tahun 2014 ini.

Ok. Untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® akan himpunkan projek² Rambozzi® untuk tahun 2014 ini. Tidak semua, hanya projek² yang Rambozzi® terima gambarnya dari pelanggan² Rambozzi® sahaja. Jadi, pelanggan² yang tidak menghantar gambar produk Rambozzi® yang telah mereka terima - tidak akan disiarkan di sini heh heh heh heh...

Rambozzi® tidak akan memberikan penjelasan terperinci mengenai gambar² di bawah. Hanya sedikit coretan sahaja, mungkin. Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom lihat dan hayati 'woodworking' untuk tahun 2014 ini - Rambozzi® - Jejak Kasih 2014. Heh heh heh heh... dah boleh buat tajuk novel tuh...


Ok. Wall Shelf Kak Lang Idah - antara projek paling susah untuk tahun 2014 ini. Antara projek yang hampir membawa kegagalan kepada Rambozzi®. Juga antara projek yang mencabar dan mengajar Rambozzi® agar berusaha dengan lebih gigih dan tekun di dalam 'woodworking' ini.


RofiahFesyen Signboard - projek gabungan kerja kayu dan juga 'acrylic'. Projek ini sangat 'special' di hati Rambozzi®. Nak tahu kenapa? Emel! Emel! Emel! Heh heh heh heh...


Gambar ihsan dari Yuzie. Gambar di atas adalah Coffee Table Yuzie. Yuzie adalah pelanggan pertama Rambozzi® yang "menambah" 'order' "sejurus selepas" bersetuju dengan 'order' yang pertama! Coffee Table Yuzie ditempah selepas Yuzie bersetuju menempah projek di bawah ini.


Microwave/Oven Cart Yuzie adalah projek pertama yang ditempah oleh Yuzie. Projek yang agak mencabar kerana 'finishes'nya memang di luar kemahiran Rambozzi®. Tapi Rambozzi® berjaya juga menyiapkannya sebab Yuzie telah berjanji; "Rambozzi®! Kalau berjaya, I buatkan kek untuk you!"


Dan Yuzie buatkan kek untuk Rambozzi®!!! Hahahahahaha! Rambozzi® telan air liur je la tengok gambar huhuhu... "Terima kasih Rambozzi® kerana buatkan meja yang menepati citarasa Yuzie..."


Seterusnya, Rak Kasut Mr. B - projek yang hampir di'reject' kerana Rambozzi® telah tersalah ukuran! Agak mengecewakan Rambozzi® tapi dalam masa yang sama mengajar Rambozzi® supaya lebih berhati², lebih teliti dan lebih cermat. Hasil cat yang "sangat cantik di mata Rambozzi®".


Oh! Ini projek besar Rambozzi® untuk tahun 2014! Fishing Rod Stand Ziq.


Coffee Table Lily - dibuat dengan menggunakan kayu 'pine' dan juga "cinta" Rambozzi®.


Katil Kucing Nia dan Cat Hammock Stand Nia - seorang pelanggan, 6 produk serentak!


Ok. Saloon Door Jivan - projek ini juga agak mengecewakan Rambozzi® untuk tahun 2014 ini. Buat lebih senang dari pasang!


Pallet Boxes Kak Nislina - antara projek paling cepat pernah Rambozzi® buat. Juga antara projek paling tak kemas bagi Rambozzi®. Tapi, rupa²nya itu adalah 'style' dan 'art' untuk projek 'woodworking' yang menggunakan kayu palet. Hmmm... Rambozzi® kena belajar lebih dalam lagi mengenai seni pertukangan kayu menggunakan kayu palet. Rambozzi® dah selesa menggunakan kayu meranti yang baru, jadi bila menggunakan kayu palet yang agak kasar, Rambozzi® hilang kreativiti. Ini cabaran baru bagi Rambozzi®.


Gambar di atas pula ihsan dari Puan Fatimah. Projek Wooden Crates Puan Fatimah ini juga antara projek paling cepat pernah Rambozzi® buat. Bangga Rambozzi® melihat hasil kerja tangan Rambozzi® digunakan seadanya. Sebenarnya, Rambozzi® tak ada idea langsung apa yang boleh dibuat dengan kotak² kayu tu hahahahaha. Rupa²nya ia memerlukan kreativiti untuk menyusunnya menjadi cantik dan indah dipandang mata. Rambozzi® kena belajar lebih banyak lagi mengenai kayu yang "cantik macam saya jugak!" nie heh heh heh heh...

Easel Stand Lisa -  sungguh Rambozzi® tidak ada idea langsung mengenai apa yang boleh dibuat dengan sebuah 'easel stand'. Lisa telah "mengajar" Rambozzi® bagaimana caranya. Rambozzi® pun nak buat juga sebuah nanti untuk diletakkan ermmm.... mungkin 'power tools' milik Rambozzi® heh heh heh heh...


Ok. Seterusnya adalah projek untuk geng² Rak Sos & Kicap hehehehe. Yang di atas adalah milik Hang Ida.


Yang di atas itu pula adalah milik Hang Nurul.
Dan yang di atas pula adalah milik Hang Lisa. Ada lagi 2 bersaudara yang belum Rambozzi® terima gambarnya iaitu dari Hang Izu dan Hang Watey heh heh heh heh... Takpe...lain tahun pulak ye...


Gambar di atas pula adalah Rak Telur Ida. Suka Rambozzi® melihat telur² itu tersusun rapi di atas raknya.


Dan seterusnya pula adalah Rak Sabun Ida. Kemas dan berjaya digunakan seadanya.

Ok. Setakat hari ini, hanya itu sahaja gambar² produk Rambozzi® di lokasinya yang Rambozzi® terima. Terus-terang Rambozzi® katakan di sini, bila melihat hasil kerja Rambozzi® digunakan sebegitu rupa, terbit rasa puas di hati Rambozzi®. Mungkin ia tidak secantik mana - disebabkan kemahiran amatur Rambozzi® ini - tetapi itulah yang terbaik yang Rambozzi® boleh berikan setakat ini. Itulah Rambozzi®. Sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada pelanggan² Rambozzi®.

Tapi, dalam masa yang sama, tahun 2014 ini juga "ada" beberapa projek yang belum diambil oleh pelanggan² Rambozzi®. Ada yang sudah dibayar penuh, dan ada juga yang masih belum dibayar langsung. Kalau ditanya kepada Rambozzi®, ya, ia agak menyedihkan Rambozzi®. Sebab, Rambozzi® keluarkan keringat untuk mencari sedikit rezeki dengan 'woodworking' ini, tetapi bila dah siap, pelanggan tak nak ambil dan tak nak bayar langsung - hingga ke saat Rambozzi® menulis 'entry' ini. Tidak mengapa, ada "beberapa" pengajaran yang Rambozzi® belajar di situ. 'Priceless!'

Bagi yang dah bayar - tapi masih belum ambil - Rambozzi® akan simpan dulu sampai dia ada masa. Ya! Rambozzi® faham mengenai "masa orang lain"Rambozzi® boleh terima. Tapi bagi yang belum bayar dan tak nak ambil dan tak nak bayar - Rambozzi® akan gunakan sendiri! Hahahahahaha! Sebab kayu² yang digunakan tu mahal dan cantik, bro! Hahahaha...


Ok. Itu untuk tahun 2014. Tahun 2015 yang akan tiba tidak berapa lama sahaja lagi, bakal "membawa" beberapa "cabaran" baru untuk Rambozzi®Rambozzi® akan teruskan "woodworking" ini. Rambozzi® akan terus "menulis" di sini. Rambozzi® akan terus "berada" di sini - selagi ada hayat Rambozzi® - 'I will stay!' Rambozzi® akan terus "belajar dengan lebih dalam lagi" mengenai bidang "kesayangan" Rambozzi® ini. Rambozzi® akan lebih "memahaminya" lagi. Dan ya! Rambozzi® akan lebih "mencintainya" lagi. "I am Rambozzi®. I am your woodworker. Stay tuned. Just stay..."

Seperkara lagi, Rambozzi® rasa, Rambozzi® juga kena belajar lebih dalam lagi mengenai Bahasa Melayu. Sebab, pada ketika ini Rambozzi® terkeliru sekejap. Mana yang betul - "mencintainya" atau "menyintainya"? Heh heh heh heh...


6 Comments

  1. Salam Rambo, Catwoman nak tanya yg table x berbayar tu nak let go brape jute? Kalau sesuwai, blhla dipertimbangkan. Sekian tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Catwoman!
      Wassap je! Wassap je! Wassap je!
      Yg warna merah tu je utk dijual. Yg hitam putih tu ada tuannya...

      Delete
  2. TAHNIAH di atas perkembangan seni pertukangan mu DEAR Rambozzi! im very proud of you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak² bunga Lily..
      Terima kasih...

      Delete
  3. salam nak tanya yg warna merah tu apa nama finishing dia. bleh kongsi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro.. Yang mana satu tu? Boleh klik pada nama post yg berkenaan tu. Detail ada dalam post tu sendiri..

      Delete