- Rambozzi®, Woodworking and "Injuries"


"Pernahkah anda mengalami kecederaan ketika membuat sesuatu pekerjaan berbahaya seperti "woodworking"? Pernahkah jari anda terluka terkena mata pisau? Atau mata 'router bit'? AWAS! Kecederaan di dalam "woodworking" bukanlah sesuatu yang anda akan suka atau nikmati!"

Hahahaha macam poster kempen kesihatan kat klinik pulak kan? Ya.... Gelak la. Tak kena, tak rasa, tak tahu... Rambozzi® PERNAH rasa! Dan ya, sakit, bro...

Ya, "woodworking" memang sesuatu yang sangat "menyeronokkan". "Syok" bila boleh potong kayu menggunakan 'slide miter saw'. "Syok" bila boleh 'rout' sedikit 'profile' pada kayu menggunakan 'router'. "Syok" melihat "plywood" di"rip" di 'table saw'. Ooohhh...bestnya...

Bro, semua operasi itu adalah sangat berbahaya. Bukan merbahaya. Oh! Ia adalah BERBAHAYA. Perkataan MERBAHAYA adalah satu perkataan yang salah dan tidak ada dalam kamus bahasa Melayu. Yang betulnya adalah BERBAHAYABER membawa maksud ADA. Jadi, BERBAHAYA adalah sama dengan ADA BAHAYA. Jadi, bolehlah kita gunakan ayat seperti berikut:, "Bro... ADA BAHAYA kat depan tu, bro. Besar punye bahaya!" Heh heh heh heh tetiba je Rambozzi® jadi pakar bahasa Melayu pulak kan? Hahahahaha... Rambozzi® rasa, Rambozzi® nie ada banyak bakat "terpendam" yang Rambozzi® tak tahu... Heh heh heh heh heh.....

Ok. "Kelalaian" adalah antara punca kita mengalami kecederaan ketika kita mengoperasikan sesuatu mesin untuk bidang 'woodworking' ini. Tidak membaca 'manual' mesin itu dengan sepenuh pemahaman dan ada juga suka "buat pandai". Dia rasa dia pandai sangat dan boleh "handle" sesuatu "mesin" itu. Heh heh heh.

Ada juga kecederaan yang disebabkan oleh "kegagalan" sesuatu mesin itu sendiri berfungsi dengan baik. Yalah kan? Bende² tu buatan manusia. Bila buatan manusia, kita kena faham dan terima la, manusia itu tidak ada yang sempurna. Manusia itu ciptaan Yang Maha Esa. Kita "diciptakan" sebegini rupa. Jadi, takkan adalah seorang manusia - apatah lagi mesin atau 'power tools' - yang sangat "sempurna"! Dan kita kena sedia menerima sebarang "risiko" yang akan "wujud" dari "ketidaksempurnaan" mesin itu. Kita kena ingat, kita terdedah kepada bahaya.


Ok. Gambar di atas adalah satu operasi menggunakan 'router table'. Di bawah meja ada itu ada sebuah 'power tools' yang dikenali sebagai 'router'. Mesin 'router' nie, boleh dipasangkan pelbagai jenis mata atau 'router bit' yang ada pelbagai pula jenis, saiz dan fungsinya. Dan kesemuanya adalah sangat tajam! Lihat gambar di atas. Mata 'router bit' itu akan dilaraskan sehingga keluar melalui lubang pada meja itu. Dan bila dihidupkan suis 'router' itu, mata 'router bit' akan berputar pada kelajuan yang sangat tinggi - bergantung pada 'motor', 'speed' dan lain² pada model 'router' itu sendiri. Rambozzi® memang tak pandai la kalau bab teknikal macam tu kan? Hahahahaha. Tapi keadaan itu adalah sangat bahaya.



Sedikit kelalaian atau kecuaian akan membawa padah. Jari kita sangat terdedah kepada putaran mata 'router bit' itu. Kalau jari kita "tersasar" dan terkena mata 'router bit' yang sedang berputar dengan laju itu, "kesan kecederaannya agak mengerikan". Kita berisiko kehilangan jari² pada tangan kita!


'Table saw' juga sangat mengerikan. Mesin "ganas" yang boleh membelah papan dengan "kejamnya". Juga tangan manusia. Perhatikan ibu jari mamat tu. Itu harga yang dia telah bayar.


Ada lagi, 'circular saw' - juga satu 'power tools' yang "gemar" memakan jari² manusia hahahahaha. Rambozzi® hanya senaraikan beberapa 'power tools' sahaja la kan. Sebab ada terlalu banyak 'power tools'.


Tapi, pisau 'cutter' tu pun boleh juga "makan" jari kita, walaupun ia bukan mesin. Hahahaha... Senang citer macam nie la. Dalam "woodworking" nie, ada banyak "benda" yang boleh "melukakan" kita.


Gambar di atas adalah antara contoh kecederaan yang boleh berlaku kepada jari tangan kita. Rambozzi® pun tak tahu mamat tu kena apa hehehehe.


Gambar di atas lebih mengerikan. Benda apa kat dalam mata dia tu? Mata 'drill' ke, paku ke... Ya! Sangat mengerikan!


Ok. Gambar di atas adalah contoh kecederaan yang pernah Rambozzi® alami. Tapi bukan jari itu. Rambozzi® "dapat" kat ibu jari hehehehehe. Dan lebih besar, lebih dalam, lebih sakit dari itu! Sakit giler, bro! Heh heh heh heh... Rambozzi® mendapat kecederaan seperti itu ketika sedang "syok" menggunakan 'router' yang dipasangkan ke 'router table'. Masa Rambozzi® tolak kayu yang hendak di'route' rapat ke mata 'router bit', ibu jari Rambozzi® telah "tersasar" dan menuju dengan penuh senyuman ke arah mata 'router bit' yang sedang berputar pada kelajuan maksimum. Tidak ada sebarang bunyi yang ganjil atau mengerikan. Hanya bunyi mesin itu sendiri. Yang Rambozzi® ingat, Rambozzi® rasa seperti terkena satu renjatan atau sentapan yang kuat dan menyakitkan. Bro, "sakit tak ada bunyi", bro... Heh heh heh.

Dan Rambozzi® tahu Rambozzi® telah mengalami kecederaan. Rambozzi® matikan suis 'router'. Dan Rambozzi® terduduk. Rasa nak pitam jap. Tak lama kemudian, Rambozzi® rasa pedih, perit yang amat sangat. "Sampai berair mata Rambozzi®" jap, bro! Ketika itu Rambozzi® sedar, Rambozzi® telah mengalami kecederaan di dalam "woodworking". Ya. "Woodworking" yang Rambozzi® suka dan "cintai" ini telah "mencederakan" Rambozzi®... Darah keluar dengan banyak tanpa dapat ditahan lagi. Rambozzi® lapkan dengan kain dan Rambozzi® boleh nampak tulang putih di dalamnya. Bila kain lap terkena pada tulang itu, rasanya sangat "mengejutkan" sampai terangkat kaki Rambozzi® jap hehehehe. Fuuhhhh... "sakitnya" ibu jari Rambozzi®.

Tapi, nasib baik, sekarang ibu jari Rambozzi® tu telah sembuh sepenuhnya. "Bahagian" hujung ibu jari yang "hilang" itu pun "sudah kembali" hehehehehe. Sekarang, ibu jari Rambozzi® itu sudah kembali kepada keadaan asalnya, seperti ketika ia mula diciptakanNya.

"Woodworking" bagi Rambozzi® adalah sesuatu yang paling Rambozzi® suka. Bila buat "woodworking"Rambozzi® akan "berada" dalam dunia Rambozzi® sendiri. Dunia yang hanya ada Rambozzi®, kayu dan mesin² sahaja. "Mesin"² itu pula adalah "kebanggaan" Rambozzi®. "Mesin"² itu adalah "kesayangan" Rambozzi®. Ada terlalu banyak "mesin" dan 'power tools' khusus untuk 'woodworking'. Dan sebagai seorang 'woodworker', manalah cukup dengan satu "mesin" atau 'power tools' sahaja..... Dunia "woodworking" Rambozzi® ini juga sangat bising dengan bunyi mesin, tapi sebenarnya - amat sunyi. Aduh! Rambozzi® nak nangis jap. Sedih sangat citer nie, bro! Huuuuu huuuuuu huuuuu. "Mesin²" itu adalah "teman hidup" Rambozzi®. Rambozzi® tak boleh hidup tanpa "mesin²" tu. Huuuu huuuuu nangis lagi sikit..... Kepuasan "memiliki" dan menggunakan "mesin²" itu dan "bergelumang dengan habuk kayu" adalah sesuatu yang hanya seorang 'woodworker' sahaja yang tahu. "Woodworking" adalah satu "dunia yang sangat bahaya". Tapi, dalam "bahaya" itu, di sinilah "tempat" Rambozzi®. Sebab, dalam "dunia woodworking" Rambozzi® ini - ada "cinta" Rambozzi®. Heh heh heh heh heh.....

Berhati² bila menggunakan sebarang 'power tools'. Kita boleh berjaga², berhati² setiap masa, tapi akan ada masa kita akan "lalai" tanpa sedar. Kaji dan fahami dahulu fungsi sesebuah 'power tools' itu sebelum menggunakannya. Baca sampai habis 'manual' yang datang bersama sesebuah 'power tools' itu. "Woodworking" sangat "menyeronokkan", tetapi juga sangat "berbahaya". "Woodworking" itu juga, adalah hidup Rambozzi®. Dan Rambozzi® terpaksa menghadapi bahayanya...


6 Comments

  1. Salam kenal Rambozzi, senang mendengar tangan Rambozzi sudah sembuh seperti sediakala, saya juga suka sama woodworking, eh.. saya mau bertanya nih, kalau misalnya kita ingin membuat router table, bahan terbaik untuk table topnya kira-kira apa ya? apakah kayu solid, partikel, MDF, atau plywood? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Dora Hattori.

      Bagi Rambozzi, paling penting adalah ketebalan material yang kita pilih untuk dijadikan mejanya. Tak kisah apa2 material pun, asalkan sesuai tebalnya dan cukup kuat dan kukuh. Supaya router boleh dipasangkan dgn kemas dan mata router bit boleh dilaraskan semaksima mungkin dari lubang router table itu.

      Cadangan Rambozzi, kayu solid atau plywood yg sesuai tebalnya.

      Delete
  2. Hujung jari Mamat yang putus tu "jari telunjuklah" Rambozzi...bukan ibu jari hihihi. Jangan marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahahahaha!

      Betul! Pandai! Hahahahaha Rambozzi tak akan edit.
      Ini menunjukkan bahawa pembaca² blog Rambozzi ini sangat peka dengan gambar² dan tulisan² Rambozzi!

      Terima kasih en. anon! Rambozzi sangat hargai komen ini.

      Delete
    2. Ok. Gambar di atas adalah contoh kecederaan yang pernah Rambozzi® alami. "Tapi bukan jari itu." Rambozzi® "dapat" kat ibu jari hehehehehe.

      Saja mencelah. baru baca blog Rambozzi.

      Nik.

      Delete
    3. Terima kasih byk2 Nik kerana sudi membaca blog Rambozzi ini.
      Terima kasih.

      Delete