- Shot through the Heart


"Shot through the heart, it's all part of the game that we call love...
Halamak layan Bon Jovi la pulak heh heh heh heh...


Projek ini agak "susah" dan "berat" bagi Rambozzi®. Sebab, untuk menyiapkannya - selain dari kayu dan 'tools' - projek ini memerlukan "sekeping hati yang suci dan ikhlas". Heh heh heh hamboih! Projek ini adalah inspirasi, semangat dan kekuatan Rambozzi®. Projek ini juga adalah kepedihan dan "keperitan" Rambozzi®. Sungguh! Bertahun lamanya Rambozzi® mencuba di blog ini, membuat sesuatu yang boleh memberikan kesan kepada orang² yang "berurusan" dengan Rambozzi®  - sama ada secara langsung atau tak langsung. Tapi baru kini Rambozzi® tahu, bukan semua hati orang boleh dipuaskan, termasuklah "hati" Rambozzi® sendiri. Halamak!  Ini bukan 'woodworking blog' dah nie, bro! Hahahahaha... 

Ok, untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® akan ubah sedikit 'style' penulisan Rambozzi®. Dan Rambozzi® rasa, Rambozzi® akan cuba mengubah 'style' dan 'mood' penulisan Rambozzi® dengan mengikut 'feel' sesuatu projek yang Rambozzi® buat, bermula dari 'entry' ini. Blog Rambozzi® ini adalah catatan Rambozzi®, satu jurnal dan juga diari. 'Woodworking' pula adalah minat dan "hidup" Rambozzi®. Dan dalam 'woodworking' ini ada "cinta" Rambozzi® heh heh heh...

Projek ini bukan projek 'woodworking' semata-mata. 'Heart' itu adalah satu simbol, satu ikon kepada perjalanan kerja kayu Rambozzi® dan ya, hidup Rambozzi® sendiri. Rambozzi® hari ini adalah Rambozzi® yang sama seperti dulu - seorang 'woodworker' yang sangat amatur - tetapi ada "beberapa" pengalaman dan kematangan di luar 'woodworking' yang "datang" kepada Rambozzi®. Pengalaman itu rupa²nya adalah pengajaran dan peringatan bahawa; kita boleh bermula dari bawah, dan mencapai tahap kepuasan atau kemahiran tertinggi dalam bidang kita - seperti 'woodworking' ini - tapi akhirnya kita terpaksa akur bahawa kita nie hanyalah manusia biasa. Bila kita sedar bahawa kita ini hanyalah manusia biasa, kita kena terima bahawa kita ini sangat 'fragile'. Mudah dirosakkan dan mudah merosakkan. Mudah dicintai dan mudah pula mencintai. Halamak dia punye ayat.....pergh! Maaf, sebab 'entry' kali nie agak 'deep' dan terlebih 'feel' pulak kan hahahahaha.

Jadi, kali ini Rambozzi® nak "luahkan" perasaan Rambozzi® ke atas sekeping kayu. Kalau dilihat, diperhatikan secara mendalam, sebenarnya "boleh dibaca" dengan jelas apa yang tertera di atas kayu itu. Boleh dirasakan "ada getaran dalam hati". Heh heh heh heh.....


"The deepest Love tends to come with the most complicated feelings."

Ok, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' dan mulakan 'love' untuk kali ini - Shot through the HeartRambozzi® harap, 'love' itu kekal selama-lamanya...



Ok, projek ini hanya dibuat dengan menggunakan kayu² terbuang tapi semestinya yang masih elok dan cantik. Rambozzi® pilih kayu dengan ira dan warna yang paling cantik. Kayu itu pun dari lebihan projek untuk Rambozzi® sendiri hehehehehe. Kalau ada kayu yang paling mahal, memang Rambozzi® akan gunakan untuk membuat "hati" ini. Ini satu projek yang betul² 'deep' dan 'feel' habis la nie hehehehe. Betul. Sangat 'deep' dan sangat bermakna...

Rambozzi® hanya potong kayu² di atas dengan menggunakan 'miter saw' yang disetkan sudut potongan 'miter'nya kepada 45°, untuk semua potongan. Kedua² kayu itu dipotong serentak supaya bila di"cantum"kan "hati" itu nanti, bentuknya tepat dan sama 'balance' kiri dan kanan.



Bentuk hati ini akan dicantumkan dengan menggunakan teknik 'pocket hole joinery' sahaja. 



Lubang untuk 'shot' dari anak panah juga ditebuk lubang 'pocket hole'Rambozzi® terpaksa tebuk beberapa kali juga lubang 'pocket hole' itu sebab kayu bulat yang Rambozzi® ada agak besar saiznya dari lubang 'pocket hole'. Dan Rambozzi® tebuk lubang 'pocket hole' itu "menembusi" kayu itu. Anak panah menembusi "hati" itu bukan sekadar "kena dengan tepat", tapi lebih kepada "tusukan" yang dalam dan memberi "satu kesan abadi". Heh heh heh lagu Iklim tuh!

KREG® Pocket Hole Jig System sebenarnya antara punca Rambozzi® menjadi Rambozzi®. Sebab Rambozzi® tak pernah belajar asas pertukangan kayu. Jadi Rambozzi® tak tahu teknik yang betul untuk 'woodworking' nie. KREG® dan 'woodworking' telah membawa Rambozzi® ke tahap hari ini, dan "situasi" hari ini...



Asalnya Rambozzi® nak bulatkan bahagian atas hati itu supaya mendapat bentuk hati yang sempurna. Tapi, Rambozzi® biarkan sahaja bentuknya menjadi agak bersegi sebab itu adalah hati Rambozzi® dan bentuknya memang tak macam hati orang lain hahahahaha.

Seterusnya, Rambozzi® gam dan skrukan kedua² kepingan kayu itu dan jadilah ia bentuk hati.



Kayu bulat dan lebihan kayu dari potongan 'miter' 45° tadi Rambozzi® akan gunakan untuk membuat anak panah. Oh Rambozzi® tak tahu apa nama bahagian yang kat belakang anak panah tu, ekor dia la senang citer kan? Hehehe. 



Rambozzi® 'clamp'kan sekuat mungkin kedua² lebihan kayu itu dan tebuk lubang ditengah²nya. Lubang itu hampir sama saiznya dengan kayu bulat. Jadi, kayu bulat boleh diselitkan di antara 2 lebihan kayu itu.



Kemudian Rambozzi® gamkan kedua² kayu kecil itu di bahagian hujung belakang anak panah. Rambozzi® gunakan 'super glue' sebab agak susah nak gam kayu yang sekecil itu dan Rambozzi® nak ia melekat dengan cepat dan kuat.



Rambozzi® gamkan juga 3 lagi keping kayu terbuang untuk dijadikan tapak atau 'stand' untuk hati ini. Kemudian tapak itu Rambozzi® gamkan ke bahagian belakang hati.



Dan Rambozzi® "tusuk" hati itu dengan anak panah. Dan pada ketika inilah, mata Rambozzi® bergenang, sebab ada "kesedihan" yang amat "mengecewakan" Rambozzi®. "Kekesalan" pun ada, bercampur-aduk dengan satu "perasaan" yang tidak pernah dirasakan dan tidak sepatutnya wujud dalam "hati" Rambozzi®Rambozzi® dapat merasakan satu "keparahan" yang menyesakkan dada.


"Love isn't something you find. Love is something that finds you."

Rambozzi® rasa, projek ini lebih kepada 'art' atau kraftangan berbanding 'woodworking'Rambozzi® rasa, Rambozzi® akan hasilkan lagi projek² seperti ini. Rambozzi® suka dengan hasil kerja ini. Ini adalah satu "projek yang paling bermakna" bagi Rambozzi®. Ini adalah Rambozzi®.

Sekarang Rambozzi® kena siapkan tempahan projek terbaru yang Rambozzi® terima. Projek itu tertangguh sekejap sebab "hati" tu la hahaha. Oh! Sebelum Rambozzi® terlupa, dan Rambozzi® harap Rambozzi® takkan terlupa - I Love You ...



2 Comments

  1. Beautiful writing and of course beautiful "LOVE".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh! Thank you very much! Hehehe
      There's a saying..
      The first stab of love is like a sunset. A blaze of colors - i dont remember the colors hehehe

      Delete