- Rambozzi® RamboRulezz®


"Dimanakah terletaknya kekuatan Rambozzi®? 
Di krisnyakah? Di tenaganyakah?
Di 'power tools'nyakah?"


Hahahahaha....aduuuhhh... Tetiba Rambozzi® jadi nujum pulak hehehehe... Ok.

----------
Kekuatan Rambozzi® "tidak" terletak pada kris, tenaga atau 'power tools'. Kekuatan Rambozzi® "terletak" pada huruf "R". Ya. Huruf "R". Huruf "R" itu membentuk dan menguatkan nama Rambozzi®. Bayangkan kalau huruf "R" itu digantikan dengan huruf lain seperti huruf "J" - maka bunyinya adalah Jambozzi. Macam bunyi anak gajah la pulak kan heh heh heh heh... Ataupun huruf "R" itu ditukarkan dengan huruf "M" - jadilah Mambozzi. Hahahaha lagi teruk dah jadi macam lagu "wahai kawan...dengarlah rentak Bongo...langkah kanan...seperti juga Mambo..." hahahaha......

Jadi, Rambozzi® "perlukan" huruf "R" itu. Tanpa huruf "R" itu - tidak lengkaplah nama Rambozzi®. Tanpa huruf "R" itu - nama Rambozzi® tiada kekuatan. Tanpa huruf "R" itu - "pincanglah" Rambozzi®. Huruf "R" itu adalah akar-asas-tunjang kepada nama Rambozzi®. Hamboih! Dan ya! Huruf "R" itu juga adalah "seperti nafas yang ku hela..."

Rambozzi® itu hanya sebuah nama. Tapi itu nama Rambozzi®. Nama itu kebanggaan Rambozzi®. Nama itu diri Rambozzi®. Nama itu "fitrah" Rambozzi®. Nama itu bukti kewujudan Rambozzi®. Wujudnya Rambozzi® adalah untuk "woodworking" ini. "Woodworking" ini pula adalah hidup dan cinta Rambozzi®. Serius punye!
----------

Ok! Bila dah jadi Rambozzi® nie, seperti yang selalu Rambozzi® nyatakan di dalam blog ini, Rambozzi® sangat mementingkan ketepatan dan kekemasan di dalam setiap kerja kayu Rambozzi®. Bila sebut perkataan ketepatan, Rambozzi® sangat teliti dan sangat cerewet juga sebenarnya heh heh heh heh. Banyak pembaris, sesiku L, 'combination square', 'marking gauge' dan pelbagai jenis 'ruler' lagi yang dah Rambozzi® beli. Tapi, masih tak cukup dan Rambozzi® masih "tercari² sesuatu yang tepat untuk Rambozzi®".

Rambozzi® ada terjumpa di dalam 'internet', satu pembaris - jenis yang boleh dilaraskan - ada 'ruler stop' yang boleh disetkan untuk mengulangi penandaan yang sama dan tepat - tapi berharga hampir RM600.00! Oh! Minta maaf banyak² la. Rambozzi® tak sanggup nak keluarkan duit sebanyak itu untuk sebatang pembaris!

Jadi, Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® cuba buat sendiri pembaris yang boleh dilaraskan fungsi penandaannya mengikut bahan² dan kemahiran yang Rambozzi® ada, setakat ini. Jadi, tanpa membuang masa lagi, sama seperti yang Rambozzi® nyatakan selalu, dan Rambozzi® akan terus mengulanginya "hingga akhir hayat" Rambozzi®, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® RamboRulezz®.


Ok. Rambozzi® RamboRulezz® ini akan Rambozzi® buat dengan menggunakan lebihan kayu sahaja. Tapi, kayu ini sangat 'special'. Sebab kayu jenis ini memang tak pernah lagi Rambozzi® gunakan sebelum ini - ia mahal! Heh heh heh. Kayu² di dalam gambar di atas adalah dari jenis nyato, atau nyatuh - ntah Rambozzi® tak pasti ejaan mana yang betul ntah heh heh heh heh...

2 keping kayu itu Rambozzi® pastikan sama tebalnya dan juga lebarnya. Rambozzi® dapatkan kelebarannya dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander' sahaja kerana buat masa ini Rambozzi® masih belum "memiliki" 'table saw' - "idaman" Rambozzi®. Kayu² itu kemudiannya Rambozzi® potong sama panjang dengan menggunakan 'slide miter saw'.


Pertama sekali, Rambozzi® dapatkan dahulu ketebalan pembaris yang hendak dimasukkan ke dalam slot yang akan ditebuk nanti. Ya! Rambozzi® akan tebuk slot di atas kayu itu. Jadi, Rambozzi® lukiskan 2 garisan yang sama jaraknya dengan ketebalan pembaris aluminium di atas. Slot akan ditebuk berpandukan garisan itu.


Slot di atas kayu akan ditebuk dengan menggunakan 'mini router/trimmer' seperti di dalam gambar di atas. 'Router bit' yang dipasangkan ke 'mini router/trimmer' seperti di dalam gambar di atas adalah jenis 'straight router bit'. Ada juga yang panggil ia sebagai 'dado router bit'.


Rambozzi® laraskan dahulu ketinggian mata 'router bit' itu tinggi sedikit sahaja dari ketebalan sebenar pembaris aluminium itu. Sebab Rambozzi® nak pastikan supaya slot itu nanti tidak terlalu ketat yang akan menyukarkan pergerakan pembaris di dalam slot itu nanti.


Ok. Gambar di atas menunjukkan mata 'router bit' itu yang telah dilaraskan.


Seterusnya, Rambozzi® 'clamp'kan 'square' itu ke atas kayu yang hendak ditebuk slot dan Rambozzi® letakkan juga sekeping lagi kayu terbuang, rapat ke kayu itu. Tujuannya adalah untuk mengelakkan bahagian hujung kayu yang ditebuk slot itu pecah bila mata 'router bit' "keluar" atau 'exit' dari kayu itu nanti. Ok, itu agak susah Rambozzi® nak terangkan dalam bahasa yang mudah. Kayu itu adalah 'sacrificial piece' yang berfungsi untuk mengelakkan 'tearout'.


"The only way to control these exit wounds is to use a sacrificial backer. A backer is just another piece of wood held against the rear edge of the wood being cut. It supports the wood and makes the cutter think that it hasn’t exited the wood yet. As the cutter exits the workpiece up front there is no chipping or tearout."

Maaf. Rambozzi® bukan nak "angkat" sangat bahasa Inggeris hahahaha. Tapi ini adalah antara "masalah" Rambozzi® sebenarnya. Rambozzi® tak pandai nak menerangkannya di dalam bahasa yang mudah difahami. Sebab, Rambozzi® nie pun bukannya faham sangat! Hahahahahahahahaha!


Ok. Sekarang Rambozzi® sudah bersedia nak menebuk slot itu. Halamak! Berdebar² pulak rasanya. Teringat² lagi semasa mata 'router bit' itu "makan" jari Rambozzi® tempoh hari! Hidup Rambozzi® sekarang ini banyak sangat debarannya. Setiap masa hati Rambozzi® berdebar². Tak tenteram. Tak aman. Heh heh heh heh... Takpe. Rambozzi® nak tebuk slot itu dulu...


Ok. Itu potongan yang pertama. Agak jauh dari garisan penanda itu hehehehehe. Tapi tak apa. Memang Rambozzi® sengaja buat begitu sebab nak dapatkan ketepatan terbaik. Seterusnya Rambozzi® hanya perlu tebuk lagi sehingga mendapat lebar yang Rambozzi® nak. Untuk tebukan² yang berikutnya, Rambozzi® hanya anjakkan sedikit demi sedikit 'square' itu supaya mata 'router bit' kena pada kayu itu.


Ok. Itu agak sempurna bagi Rambozzi®. Pembaris itu masih sedikit lebar dari slot yang siap ditebuk itu. Tak apa. Rambozzi® akan 'sanding' menggunakan 'sanding block' untuk mendapatkan lebar yang lebih tepat. Rambozzi® sengaja tidak menebuk dengan tepat menggunakan 'mini router/trimmer' tadi kerana bimbang akan terlebih lebar pula nanti. Jadi, baik Rambozzi® cuba buat secara 'manual' pula. Biar lambat asal selamat.


Sekarang Rambozzi® nak 'sanding' dahulu slot itu sedikit.


Da ya! Ianya berhasil. Kadang² kita perlukan 'power tools' untuk membantu kita mendapatkan hasil terbaik. Tapi, kadang², kita hanya perlukan tangan dan "hati" kita untuk mencapainya. "Hulurkan tanganmu, sambutlah tanganku, biar kupimpinmu ke pantai impian kita..." Heh heh heh heh macam novel pulak ye... Satu hari nanti Rambozzi® nak tulis "novel cinta"! 'One day'...


Ok. Untuk kayu yang lagi satu itu, Rambozzi® tidak akan tebuk slot. Kayu itu akan dilekatkan terus ke kayu yang ada slot tadi. Rambozzi® hanya perlu tebuk satu lubang kecil sahaja, yang akan dimasukkan skru dan nat yang akan berfungsi sebagai 'lock' untuk mengunci pergerakan pembaris di dalam slot nanti. Rambozzi® tandakan dahulu tempat yang sesuai untuk ditebuk lubang.


Dan tebuk. Jika diperhatikan gambar di atas, ada 2 saiz lubang berbeza di tempat yang sama. Lubang yang besar di bahagian atas akan dimasukkan 'washer' dan lubang kedua yang lebih kecil itu adalah laluan untuk 'thread' pada skru.


Rambozzi® masukkan dahulu 'washer' seperti di dalam gambar di atas. Ermmm... nama dia 'washer' kot.....heh heh heh heh.


Untuk mengelakkan 'washer' itu dari bergerak², Rambozzi® "matikan" ia dengan menggunakan 'super glue' itu.


Untuk mengelakkan 'washer' itu dari tercabut atau terangkat keluar pula nanti, Rambozzi® akan skrukan 'keyhole hanger' itu di atas bahagian 'washer'. "Harapan" Rambozzi® agar ia "bercantum" dan "kekal selamanya" heh heh heh heh...


Ok. Dah tak banyak proses yang tinggal. Sekarang Rambozzi® nak gamkan dahulu kedua² kayu tersebut.


Dan 'clamp'kan ia dengan kemas.


Dan siap! Rambozzi® RamboRulezz® ini sudah siap dan projek ini Rambozzi® isytiharkan - berjaya! Yay! Hahahahaha!

Ok. Rambozzi® RamboRulezz® ini sebenarnya sangat membantu bila kita ingin mendapatkan penandaan yang tepat dan sama setiap kali. Hanya laraskan pembaris aluminium itu dan 'lock' pada kedudukan atau penandaan yang kita nak. Fungsi yang sangat ringkas - tapi sangat kritikal dan sangat penting! Rambozzi® RamboRulezz® ini berjaya dan ya - ia boleh digunapakai.


Kejayaan itu menyebabkan Rambozzi® jadi sangat seronok dan Rambozzi® buat satu lagi Rambozzi® RamboRulezz® ini - tapi dalam saiz yang lebih kecil hehehehehehehe. Kedua² Rambozzi® RamboRulezz® itu akan Rambozzi® sapukan beberapa lapisan 'tung oil' sahaja. Ia tidak akan dicat. Biarkan ia dengan kecantikan semulajadinya yang suci heh heh heh heh...


Rambozzi® harap, Rambozzi® RamboRulezz® ini akan membantu Rambozzi® mendapatkan lebih ketepatan dan kekemasan di dalam kerja² kayu Rambozzi®. Oh! Sebenarnya ia masih tidak mencukupi bagi Rambozzi®! Masih ada terlalu banyak yang Rambozzi® "nak". Hanya masa yang akan menentukan segala²nya. Jadi, jom kita tunggu sama² heh heh heh heh.....


6 Comments

  1. Salam Rambozzi, Dah lama saya nak buat t-ruler mcm tu tp xde idea. Pembaris mcm tu dah lama beli n "t" dia tak buat2 lg. Boleh saya tempah dan brapa ongkosnya? Tks zamzai88@gmail.com. Zam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zam Zai..boleh..contact Rambozzi dulu @ 016-952 7489 dan kita bincang dlu..sbb Rambozzi perlukn detail pembarisnya dulu..

      Delete
  2. Salam...R

    Menarik pembaris tu...keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nazree.
      Ye mmg sgt menarik pada Rambozzi.
      Terima kasih byk2!

      Delete
  3. salam tuan rambozzi....skru jenis aper yer yg digunakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam bro. Skru pemulas/locking tu ke? Itu hanya DIY je. Ntah datang dari mana ntah hahahahaha!

      Delete