Ok, untuk projek Rak Dapur Jaja nie Rambozzi® akan gabungkan 2 jenis kayu iaitu kayu² 1x2 (meranti kot...) dan kayu² 'pine'. Kayu² di dalam gambar di atas telah pun dipotong kepada saiz² yang Rambozzi® nak. Dan telah ditebuk lubang² 'pocket hole' untuk proses sambungan nanti.
Selepas ditebuk lubang² di beberapa tempat pada kayu, proses seterusnya hanyalah penyambungan kayu ke kayu yang ringkas. Kayu² digam dam diskrukan melalui lubang² 'pocket hole' tadi.
Rak Dapur Jaja ini terdiri daripada 3 bahagian utama yang akan berfungsi sebagai tempat untuk diletakkan pelbagai jenis sos, kicap, cuka dan macam² lagilah. Kayu yang bertanda anak panah di dalam gambar di atas juga digam dan diskrukan melalui lubang² 'pocket hole'.
Kayu 1x2 di dalam gambar di atas pula diskrukan ke bahagian belakang rak ini yang akan berfungsi sebagai dinding di bahagian belakang rak.
2 batang lagi kayu 1x2 dipasangkan sebagai alas untuk diletakkan pelbagai barangan dapur nanti.
Ok, siap 3 bahagian utama untuk Rak Dapur Jaja nie. Ketiga² bahagian di atas akan disambungkan antara satu sama lain menjadi 1 rak. Anak panah di dalam gambar di atas sebenarnya menunjukkan kepada arah lubang² 'pocket hole' yang telah Rambozzi® tebuk awal² lagi. Tapi, tak kelihatan sebab lubang² itu berada di sebelah dalam. Ketiga² bahagian di atas akan digamkan dan diskrukan menjadi satu.
Selepas dicantumkan, sebatang lagi kayu 1x2 diskrukan ke bahagian bawah paling belakang rak. Kayu itu bertujuan untuk memastikan bentuk rak ini stabil dan kukuh.
Ok, siap proses pemasangan Rak Dapur Jaja nie. Projek ini sangat ringkas dan sangat mudah. Hasil gabungan 2 jenis kayu itu juga nampaknya agak menarik. Tapi, rak ini akan dicat. Jadi, sebelum itu Rambozzi® nak 'sanding' dulu rak ini supaya permukaannya rata, sekata dan halus.
Ok...dah siap pun proses mengecat. Warna 'pink' tu adalah pilihan Jaja sendiri. Rambozzi® hanya cuba menurut sahaja apa kehendak Jaja.
Hmmm...nak mengecat bende nie pun bukannya senang jugak bagi Rambozzi®. Rambozzi® terpaksa tampal dulu 'masking tape' di beberapa kawasan untuk mengelakkan dari terkena kayu 'pine' yang berwarna putih kuning tu. Lepas tu barulah Rambozzi® cat dengan cat minyak berwarna 'pink' sebanyak 3 lapisan yang diselangi dengan 'sanding' antara setiap lapisan. Kayu 'pine' itu pula Rambozzi® sapukan beberapa lapisan 'tung oil' sebagai lapisan perlindungan dan juga untuk mengilatkannya lagi. Mungkin Rambozzi® akan sapu beberapa lagi lapisan 'tung oil' sebab Rambozzi® rasa tak puas hati lagi nie sebenarnya heh heh heh...
Rambozzi® harap Jaja akan suka dan gembiralah dengan hasil kerja tangan Rambozzi® nie. Rambozzi® juga berharap agar rak nie dapat digunakan dengan sebaiknya oleh Jaja. Rambozzi® risau juga, sebab Rambozzi® dah ukur ruangan untuk diletakkan botol sos yang besar tu, dan botol sos yang ada di rumah Rambozzi® memang muat² masuk di dalam ruangan tu. Rambozzi® takut Jaja ada botol sos yang "lagi besar punye" je heh heh heh heh heh......
Black & Decker®
BOSCH®
DIY
Drill Press
Kerja Kayu
KREG® Jig K5
KREG® Micro Pocket Drill Guide
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Tools
Woodworking
4 Comments
pocket hole utk 1 x 2 kayu pine gune screw size ape? berape setup kedalam kreg jig tu ..sy selalu dpt split wood ,dah follow instruction set up utk kreg jig..
ReplyDeletekena tgk jugak la kayu 1x2 tu nak diskru ke kayu saiz apa..sbb tu Rambozzi tak pernah tulis saiz skru sbb ia berpandukan kepada ke mana kayu itu akan diskrukan..try baca balik dlm post sblm nie:-
Delete- KREG® Jig R3, S.J dan Rambozzi®
- Rambozzi®, Rose & Kreg® Jig R3
Jeles betul dengan benda benda gini ... teringin nak buat. Tapi kena cari cara cantum tanpa guna pocket hole tu... :)
ReplyDeleteUntuk binaan macam nie, guna super glue pun dah cukup untuk melekatkannya.
DeleteAtau kalau nak lebih yakin akan kukuh, skru terus dari luar.