Watey telah memberi design dan ukuran rak kasut yang dia nak pada Rambozzi®. Sedikit berlainan daripada Rak Kasut Fatiha. Jadi, jom start woodworking untuk projek Rak Kasut Aina.
Projek yang simple je. Dan designnya pun tak susah sangat. Tapi tetap menarik bagi Rambozzi® sebab boleh memantapkan lagi teknik² kerja tangan Rambozzi®. Gambar di atas adalah bahagian² kayu yang telah dipotong kepada saiz² yang diperlukan.
Rambozzi® akan cantumkan kayu² ini dengan teknik ringkas yang omputih tu panggil "edge joining". Dan semestinya menggunakan KREG Pocket Hole Jig! Hahahahaha!
"Rambozzi® selalu "mempromosikan KREG® Pocket Hole Jig secara percuma dan berterusan" di dalam blog Rambozzi® nie ada sebab. Manalah tahu kot² company KREG® tu terperasan blog Rambozzi® nie, dan dorang bermurah hati nak sponsorkan beberapa set KREG® Pocket Hole Jig pada Rambozzi® kan? Heh heh heh... Sebenarnya perkara nie tak mustahil berlaku (terutamanya di U.S) sebab itu antara strategi perniagaan di U.S yang Rambozzi® perasan berlaku ke atas para woodworker di sana. Satu program yang membantu woodworker dan membantu mempromosikan produk mereka sekaligus menaikkan nama dan imej sesebuah company tu.
Tapi Rambozzi® rasa dorang tak main pilih macam tu je sape² untuk represent produk company dorang kan? Mesti la dorang cari woodworker yang dah sangat mahir dan otai... Rambozzi® tak tahulah pulak macam mana konsep program dorang tu tapi memang menarik lah kan? Kat Malaysia rasanya takde lagi benda macam nie, kot..."
Hehehe dah siap pasang dah pun kesemua bahagian untuk rak kasut nie. Simple sangat sebenarnya. Tapi tetap kena "sanding" dan cat beberapa lapisan dulu.
Sebenarnya, kayu yang Rambozzi® gunakan untuk Rak Kasut Aina nie sangat cantik alur urat kayunya. Tak perlu cat dengan cat minyak. Cukup kalau guna syelek atau clear varnish. Atau tak payah cat langsung. Tapi Rambozzi® ikutkan saja kehendak pelanggan. Apa hasil cat nanti pun tak tahulah macam mana hehehehe...
Dan itu dia rak yang siap dicat dengan warna hitam. Dua lapisan je tapi berkilat.
Hmmm apa² Rambozzi® kena tunjukkan dulu pada Watey, kalau dia suka Rambozzi® pun lagi suka. Hasil kerja yang sangat simple dan mudah.
2 Comments
kayu tu jenis ape? kalo nak beli kat kedai kayu ape nama kayu tu?
ReplyDeletekayu tu jenis PINE..kayu tu sbnrnya tak perlu dicat sbb dah cantik..
DeleteRambozzi cuma ikut kehendak pelanggan Rambozzi je.
itu kayu PINE..terima kasih..