- Rak Zaza


Ok, hujung minggu baru² nie, Rambozzi® dapat "beberapa tempahan" daripada Zaza. Zaza nak 2 buah rak untuk dilekatkan ke dinding bilik air, nak letak segala macam sabun la tu, kot. Dan sekali lagi, Rak Param menjadi pilihan Zaza. Termasuk Zaza nie, dah 4 orang termasuk Param yang tempah rak nie dari Rambozzi®. Mungkin Rambozzi® kena cari satu nama yang sesuai untuk rak jenis nie. Atau Rambozzi® kekalkan je nama Rak Param nie je, kot.. :-

 Rak Kak Nor  Rak Param  Rak Wan Fatimah Waje

Untuk rak nie, Rambozzi® dah tahu serba sedikit cara² dan teknik² serta masalah²nya. Sekarang, tanpa membuang masa, jom mulakan woodworking untuk Rak Zaza nie..


Ok, untuk projek kali nie, sambil² Rambozzi® menulis tentang proses kerja, Rambozzi® nak selitkan jugak tentang "jig" atau alat² yang Rambozzi® gunakan untuk membantu memudahkan kerja² Rambozzi®. Seperti di dalam gambar di atas, itu adalah meja kerja terbaru Rambozzi® untuk proses menebuk pocket hole. Senang citer meja ni khusus untuk tebuk pocket hole je. Papan chipboard (label 1) tu Rambozzi® jumpa kat mana ntah, tapi disebabkan keadaannya masih baik, Rambozzi® kutip. Lagipun, papan chipboard tu dibeli di IKEA (ada label kat belakang dia) heh heh heh. Label 2 tu pulak adalah "pagar" atau "fence" untuk "mengepung" habuk² kayu daripada bertebaran tak tentu arah. Tapi ada jugak habuk yang terlepas dari "kepungan" tu hehe. Yang paling "special" adalah lubang berlabel 3 tu. Rambozzi® tebuk papan chipboard tu dan letakkan sebiji bekas plastik bulat kat bawahnya, sama saiz dengan lubang tu. Tujuannya untuk buang habuk² tu la. Rambozzi® juga letakkan sebiji "toggle clamp" kat atas papan tu untuk "clamp" kayu yang nak ditebuk. Besi berlabel 4 tu sebenarnya tools untuk buka spark plug kat kereta, tapi Rambozzi® jadikan dia sebagai pemegang untuk clamp tu, sebab pemegang asal clamp tu pendek sangat. Jadi, bila pemegang tu panjang, clamp tu tak lah berat sangat bila nak ditarik untuk di"clamp"kan. Label 5 tu adalah besi untuk clamp berlainan saiz untuk berlainan saiz kayu. Dan blok kayu berlabel 6 tu pula adalah "clamp pad".

Sebelum nie Rambozzi® gunakan face clamp untuk clamp KREG Pocket Hole Jig dan kayu setiap kali nak tebuk pocket hole. Kalau setakat 2-3 lubang takpelah, tapi kalau dah banyak sangat pocket hole yang nak ditebuk, "kejang" jugak tangan nak guna face clamp tu. Jadi, Rambozzi® buat meja tu khusus untuk memudahkan dan mempercepatkan proses menebuk pocket hole.


Untuk proses pemasangan atau "assembly" pun senang dengan menggunakan "toggle clamp" yang dilekatkan ke meja kerja. Tapi meja kerja Rambozzi® ni sesuai untuk projek² kecik je. Anak panah di dalam gambar di atas menunjukkan "clamp pad" yang boleh ditukar mengikut saiz yang kita nak la. Rambozzi® cuma gunakan blok kayu lebihan projek je sebagai "clamp pad".


Ok dah siap pasang kesemua kerangka utama untuk Rak Zaza nie. Seterusnya Rambozzi® nak cantumkan kesemuanya menjadi rak lengkap.


Siap pasang kesemua bahagian untuk kedua² rak nie. Seterusnya Rambozzi® kena potong kayu untuk bahagian alas rak² nie.


Ok itu adalah kayu² untuk dijadikan alas untuk rak nie. Rambozzi® potong kesemuanya sama panjang mengikut ukuran yang dikehendaki. Dan kalau mengikut kepada 3 versi asal rak nie, kesemuanya Rambozzi® lubangkan dan diskru daripada atas. Jadi, Rambozzi® kena la tebuk 'pilot hole' dulu ke kesemua kayu² tu. Lepas tu Rambozzi® 'countersink'kan pula supaya skru² tu terbenam dan tidak timbul di atas permukaan kayu. Tapi untuk projek kali nie, Rambozzi® tak nak gunakan mata 'drill' 'countersink' yang biasa, Rambozzi® nak gunakan 'spade drill bit' sebab lubangnya lagi cantik. Rambozzi® gunakan Wolfcraft 4522 Tec Mobil Drill Stand sebab ia boleh setkan kedalaman lubang 'countersink' yang Rambozzi® kehendaki. Tapi, kalau ada 'drill press' lagi mudah dan lagi sebab 'drill press' tu lain daripada 'drill stand'. Tapi itu kemudian citer la, sebab Rambozzi® takde lagi 'drill press' tu..

Satu pelajaran baru yang Rambozzi® pelajari semasa menebuk lubang² 'countersink' nie adalah, kalau nak 'drill' tu jangan 'drill' dengan laju terus. Sebaliknya kena 'drill' mula dengan perlahan sehingga terbentuknya bulatan yang kemas di atas kayu tu, barulah dibenamkan dengan laju sampai ke kedalaman yang dikehendaki. Sebabnya, kalau terus 'drill' dengan laju, kayu tu akan pecah² dan lubangnya tak cantik. Yang nie Rambozzi® baru tahu..



Gambar di atas adalah lubang 'countersink' yang telah siap ditebuk. Hehehe nampak tak berapa kemas kan? Ok sekarang Rambozzi® dah tahu tekniknya..

Seterusnya Rambozzi® kena pasangkan kesemua bahagian kayu menjadi 2 set rak. Kemudian, proses mengecat la macam biasa. Rambozzi® kena 'sanding' dulu kesemua permukaan kayu barulah boleh mengecat.




Ok selesailah proses menyiapkan Rak Zaza nie. Untuk rak² nie, Rambozzi® cat menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebagai lapisan asasnya, dan dikemaskan dengan 'polyurethane varnish' berwarna merah. Rak² tu dicat dengan tiga lapisan 'varnish', diselangi dengan 'sanding' antara lapisan.

Seterusnya, Zaza minta Rambozzi® tolong pasangkan rak² ke dinding di stokisnya. Ok, jom ke stokis Zaza.
--------------------------------------------------



Rak pertama Rambozzi® pasangkan di luar bilik air.



Dan rak kedua di dalam bilik air.





Maka, siaplah projek Rak Zaza. Rambozzi harap Zaza suka dengan hasil kerja Rambozzi® nie.

Sekarang, Rambozzi® nak sambung siapkan projek Zaza yang seterusnya...


 

1 Comments

  1. Untuk model dan bentuknya elegan banget sob.. ijin save gambar proses akhirnya sob, buat nambah referensi.. 😁

    ReplyDelete