Kembali kepada kerja kayu. Kali ni Rambozzi® dapat tempahan daripada Param. Dia nak rak khusus untuk letak "pelbagai jenis sabun". Ya! Pelbagai jenis sabun! Dan ini design Param sendiri. Cuma ukuran je Rambozzi® yang bagi pada dia, selepas Rambozzi® berkira² nak buat besar mana. Param nak pasang kat dinding tapi tak nak ada "support bracket". Dia nak sebijik macam tu je lekat kat dinding. Jadi, Rambozzi® pikir, tak boleh la nak buat besar dan berat, nanti roboh pulak.
Ok, dah siap cantumkan kesemua kayu tu, Rambozzi® try cat guna "wood stain" 1 layer, dan diikuti dengan 2 layer "varnish". Tujuannya nak bagi rak tu halus licin dan kalis air. Wood stain dan varnish tu pun warna kemerahan sebab Param nak warna tu. Sama warna dengan Rak Bunga Ema.
Dah siap, kena pergi pasang la pulak....
Ok siap! Rak "Pelbagai Jenis Sabun" Param!
2 Comments
Kalau tebuk terus kayu tu untuk ikat ke diding terus .
ReplyDeletex ok ke bang.
Ok je. Tapi kena pastikan kayu tu jenis yg agak keras.
DeleteDan kena ambil kira beban yang akan diletakkan ke atas rak tu jugak.