Dulu, 'not a very long time ago', Shima pernah menempah Meja Shima (gambar atas) dari Rambozzi®. Shima nie adalah seorang yang sangat teliti dalam apa² jua barang yang hendak dibelinya. Rambozzi® cakap macam nie sebab ini kali kedua Rambozzi® berurusan dengan Shima dan, Shima tetap Shimalah senang citer hehehehe. Shima sentiasa datang dengan 'idea'nya yang tersendiri yang membuatkan Rambozzi® agak "takut" disebabkan ketelitiannya itu.
Untuk projek ini, 'idea' asal sebenarnya adalah dari seorang kawan Rambozzi®, bukan 'idea' Rambozzi® pun heh heh heh. Tapi, Shima nie dah "ternampak" hasil kerja kawan Rambozzi® tu dan minta Rambozzi® buatkan satu untuknya. Tapi, dengan sedikit perubahan dan penambahan la. Rasanya, bukan sikit² punya penambahan jugak hehehehe...
Apa² pun, terima kasih banyak² Wahyudi Wahab atas cetusan 'idea' yang sangat menarik nie. Terima kasih banyak².
Ok, Shima berikan ukuran yang dikehendakinya serta beberapa penambahan untuk projek ini. Sangat spesifik dengan beberapa cabaran baru untuk Rambozzi®. Ya. Shima cabar Rambozzi® buat sesuatu yang memang di luar kemahiran Rambozzi®! Tapi dengan "selambernya" Shima meyakini bahawa Rambozzi® boleh melakukannya. Itu keyakinan Shima, tapi bagi Rambozzi® pula, "ini cari penyakit!!!" hahahahaha..... Ok, jangan buang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Baby Co-Sleeper Shima.
"Ada cabaran yang kita boleh dan sanggup harungi. Kadang² cabaran dan "halangan" tu bukan sesuatu yang besar pun. Tapi ada pula "larangan" untuk kita "mencabar"nya. Bila ia datang dalam hidup kita, simpan je la di dalam "hati"..."
"Adakah Rambozzi® membuat lakaran SketchUp untuk setiap projek Rambozzi®?"
Ya! Semenjak Rambozzi® "tahu" menggunakan SketchUp, memang Rambozzi® akan buat lakaran SketchUp untuk setiap projek Rambozzi®. Rambozzi® jarang tunjukkan lakaran SketchUp untuk projek² Rambozzi®, tapi kali nie Rambozzi® tunjukkan, walaupun malu sebab kemahiran Rambozzi® menggunakan SketchUp juga sangat amatur - macam hasil kerja kayu Rambozzi® jugak hehehehehe malu weh!
Apa² pun, SketchUp tu hanyalah "gambaran pelukis" sahaja heh heh heh. Hasil sebenarnya nanti bergantung sepenuhnya pada kemahiran Rambozzi®, selain dari beberapa faktor lain seperti 'material' yang digunakan dan lain² lagi. Tapi itulah asasnya, paling penting adalah nak "menjaga" ketepatan saiz yang Shima nak. Eh! Lupa pulak! Jom mulakan 'woodworking' kali ini - Baby Co-Sleeper Shima heh heh heh heh.....
Ok, seperti biasa Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu ke saiz² yang diperlukan. Rambozzi® tidak potong terus kesemua bahagian, Rambozzi® akan buat secara berperingkat sebab projek ini memang tidak mengikut lakaran SketchUp sepenuhnya. Rambozzi® boleh 'plan', merancang dan "mengharap ia menjadi kenyataan", tapi takdir jua yang menentukan hehehe.
Ok, Rambozzi® tebuk dulu lubang² 'pocket hole' menggunakan KREG® Jig K5 yang dipasangkan KREG® Micro Pocket Drill Guide.
Ok. Mula² sekali Rambozzi® nak selesaikan masalah paling besar dalam projek ini. Kalau Rambozzi® berjaya selesaikan masalah ini, maka bolehlah diteruskan projek ini. Kalau gagal, projek ini akan terbatal secara automatiknya heh heh heh.
Kayu di atas akan dipotong bentuk lengkungan seperti alunan ombak di pantai. Ya! Bentuk ombak! Ini adalah kehendak Shima. Sangat mencabar dan sangat menakutkan Rambozzi®! Ini bukan kemahiran Rambozzi® tapi kali ini Rambozzi® terpaksa mahirkan diri Rambozzi®.
Rambozzi® mulakan dengan melukis satu garisan di tengah² kayu dan juga satu garisan panjang untuk dijadikan 'guide' untuk memotong bentuk lengkungan ini. Jarak garisan panjang dari sisi kayu bergantung kepada berapa besar bentuk lengkungan yang hendak dipotong. Rambozzi® tak berani nak buat bentuk yang besar, jadi Rambozzi® cuma lukis garisan panjang yang tidak jauh dari sisi kayu, dengan harapan bentuk ombaknya nanti tidaklah besar sangat hehehehe.
"Untuk "sesuatu" yang "sukar, kompleks dan mustahil" seperti ini, Rambozzi® akan cuba selesaikan "masalah" yang paling kritikal dahulu. Kalau berjaya Rambozzi® selesaikannya, berjayalah ia. Kalau gagal, maka jelaslah ia "tidak boleh diteruskan". Tapi, sebelum gagal, Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk "menjayakannya". Masa nie bukan 'power tools' atau 'skills' atau pengalaman yang Rambozzi® perlukan, tetapi adalah "hati"."
Rambozzi® gunakan jangka sudut atau 'protractor' untuk melukis bentuk lengkungan itu. Ok, ini agak kritikal dan agak susah untuk Rambozzi® terangkan. Garisan tengah itu adalah sebagai garisan permulaan di mana 'protractor' itu Rambozzi® 'center'kan di atas garisan itu. Rambozzi® toreh sedikit bentuk V di atas 'protractor' itu menggunakan pisau di penanda bernombor 60 dan 120 supaya pensil boleh diletakkan di antara torehan itu. Tujuannya adalah supaya Rambozzi® mendapat tandaan yang sangat tepat - di tempat yang sama di atas 'protractor' - untuk setiap lengkungan yang hendak dilukis. Torehan itu 'Rambozzi® jadikan 'guide' di mana 'guide' itu perlu diletakkan selari dengan garisan panjang. Ok, aduh susahnya nak terangkan hehehehe.... Dan Rambozzi® lukis satu garisan melengkung.
Ok, berpandukan gambar di atas, anak panah merah itu menunjukkan kepada hasil daripada 'guide' pada nombor 60 dan 120 di atas 'protractor'. Oh ya. 60 dan 120 itu untuk saiz lengkungan yang Rambozzi® nak. Boleh ditukarkan ke nombor² lain untuk saiz lengkungan yang lebih besar atau lebih kecil.
Kemudian, Rambozzi® terbalikkan 'protractor' itu dan lukis lengkungan yang seterusnya. Perhatikan di dalam gambar di atas, Rambozzi® "temukan" 'guide' pada nombor 60 ke penghujung lengkungan pertama di atas kayu. Rambozzi® nak sambung lengkungan itu. Dan, itulah tujuan utama garisan panjang di atas kayu itu. Rambozzi® selarikan 'guide' 60 dan 120 di atas garisan panjang di atas kayu, dan lukis bentuk lengkungan kedua. Aduh! Sangatlah susah nak diterangkan!
Ok, itu hanyalah 'idea' Rambozzi® untuk memastikan bentuk lengkungan itu cantik dan lembut. Ada satu istilah khusus iaitu 'tangent to the curve'. Bro, 'tangent' tu matematik, bro. Bro, Rambozzi® memang tak cekap matematik, bro. Kalau Rambozzi® cekap matematik, lengkungan tu boleh dibuat dengan menggunakan formula. Lengkungan itu boleh dibuat dengan menggunakan 'calculator', bro! Tapi bila dah tak pandai matematik, inilah cara Rambozzi® hahahahahaha lawak betul, bro! Aduh.....,bro. "Parah Rambozzi®", bro.....
Heh heh heh... Ok, Rambozzi® ulang proses² tersebut dan sambungkan bentuk lengkungan itu.
Bentuk lengkungan itu perlu dilukiskan di sepanjang kayu di atas.
Itu baru melukis bentuk lengkungan. Bila siap je melukis lengkungan tu, Rambozzi® berhenti sekejap, minum Nescafe seteguk dua, dan Rambozzi® "menangis", bro. Jap, bro. Rambozzi® tengah sebak sangat nie dan Rambozzi® tak boleh menulis dah nie. Bagi masa pada Rambozzi® jap bro. Tak tahan nie. Huuuu huuuu huuuu huuuu huuuu huuuu huuuu.....
"Aduh...kalau macam nie punya "susah" memang rasa nak menangis. "Rasa panas dalam dada" nak bernafas pun tak lepas..."
Rambozzi® nangis jap tadi sebab itu baru lukisan! Belum nak memotong bentuknya lagi! Huhu!
Untuk membentuk lengkungan itu, Rambozzi® mulakan dengan menebuk sedikit kayu itu dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'forstner drill bit'. Rambozzi® tak boleh nak gunakan 'jigsaw' sebab bentuk lengkungan itu agak kecil.
Rambozzi® cuma tebuk agak rapat ke garisan yang dilukis tadi.
Haaa itulah hasilnya setakat ini.
Seterusnya, Rambozzi® pasangkan pula 'drum sander' pada 'drill press'. Menggunakan 'drum sander', Rambozzi® akan cuba dapatkan bentuk lengkungan secantik yang boleh. Cuma Rambozzi® betul² kena berhati² dan teliti supaya tidak melebihi garisan di atas kayu.
Dan bila siap je bentuk lengkungan atau ombak tu, Rambozzi® "terpaksa" menangis sekali lagi, bro. Jap jap jap. "Sebak" sangat nie. Huuuu huuuu huuuu huuuu huuuu huuuu huuuu.....
"Bentuk ombak itu adalah yang paling susah dan "mustahil" bagi Rambozzi®. "Kesusahan" itu menyebabkan Rambozzi® menamakan ia "Wombak Rindu" hehehehe. Dan ia untuk awak ..."
Ya. Bagi tukang yang pro, setakat bentuk ombak macam nie dorang boleh buat sambil makan kebab je. Tapi Rambozzi® yang 'super amateur' nie, nak siapkan satu tu pun dah rasa macam "dilambung ombak" hahahahahaha. Sangat susah dan sangat mencabar! Tapi, dalam masa yang sama, Rambozzi® sudah mendapat satu teknik yang baru.
Kayu yang siap dibentuk tadi akan dijadikan 'master copy'. Ada 2 lagi batang kayu yang perlu dibentuk. Rambozzi® hanya tiru dan lukis semula di atas 2 lagi kayu.
Dan Rambozzi® ulangi proses yang sama.
Tapi kali ini Rambozzi® tak akan bentukkan ia menggunakan 'drum sander', sebaliknya menggunakan 'mini router/trimmer' pula.
Rambozzi® 'clamp'kan kayu yang hendak dibentuk ke atas kayu 'master copy' tadi.
Mata 'flush trim router bit' akan mengikut bentuk kayu 'master copy' dan kita akan mendapat bentuk yang sama untuk setiap kayu.
Perlu dipastikan bahawa mata 'flush trim router bit' itu disetkan cukup panjang untuk memotong kayu yang di bahagian atas itu (sila lihat gambar di atas).
Ok, maka dengan itu selesailah masalah paling kritikal untuk projek Baby Co-Sleeper Shima ini. Fuhhh!!!
Seterusnya, Rambozzi® cantumkan kayu berbentuk ombak tadi ke bahagian kayu yang lain. Ada 3 bahagian kesemuanya. Ketiga² bahagian ini adalah untuk pagar katil ini. Kayu² di atas Rambozzi® cantumkan dengan menggunakan RamboClamp® seperti di dalam gambar di atas. Projek Baby Co-Sleeper Shima ini adalah projek pertama yang menggunakan RamboClamp®. Tahniah Shima! Heh heh heh heh...
Agak sukar juga nak skrukan bahagian² ini. Rambozzi® cuba dapatkan cara terbaik tapi setakat ini cara di atas adalah yang paling membantu.
Kemudian Rambozzi® gam dan skrukan pula bahagian alas untuk katil ini.
Dan sebelum gam itu kering, Rambozzi® 'clamp'kan kesemua bahagian kayu untuk memastikan ia bercantum dan melekat dengan kemas.
Untuk bahagian kaki katil ini, Rambozzi® skrukan terlebih dahulu 'furniture glides' ke bawah kaki katil terlebih dahulu. Katil ini akan menjadi sangat berat, sebab itu Rambozzi® pasangkan 'furniture glides' tu. Untuk memastikan Rambozzi® mendapat ukuran yang paling tepat, Rambozzi® susunkan kaki yang telah dipasangkan 'furniture glides' dan letakkan sekeping kayu terbuang yang sama tebalnya dengan kayu yang digunakan untuk bahagian alas katil, dan ukur. Bila dah dapat ukuran yang diperlukan barulah kayu kaki itu dipotong. Tapi yang di dalam gambar di atas itu sebenarnya sudah dipotong heh heh heh heh. Boleh juga kalau terus diukur dan dipotong sahaja. Tapi Rambozzi® nak dapatkan ukuran paling tepat. Jadi, Rambozzi® gunakan cara di atas.
Ok, bahagian² kayu di atas adalah untuk bahagian kaki katil.
Kaki katil ini akan ditutupi dengan dinding sebab Shima mahukan bahagian bawah katil ini mempunyai ruangan yang boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai barang seperti mainan kanak² dan sebagainya.
Dan begitulah rupa bahagian kaki katil. Di bahagian bawah katil ini akan dipasangkan lantai dan dipasangkan pintu yang boleh dibuka-tutup. Jadi, akan ada satu ruangan simpanan di bawah katil ini. Ini adalah 'idea' dan kehendak Shima.
Sekarang Rambozzi® gam dan skrukan kaki katil ke katilnya dulu hehehehehe.
Siap bahagian yang paling penting dan paling kritikal untuk projek ini. Seperti yang Rambozzi® jangkakan, katil ini sudah menjadi sangat berat. 'Furniture glides' tadi akan memudahkan katil ini ditolak dan dialih²kan.
Projek ini nampak ringkas dan mudah. Tapi proses pemasangannya agak susah bagi Rambozzi® kerana saiznya agak besar dan juga agak berat. Tapi masih lagi ringkas dan mudah - kecuali bahagian kayu yang berbentuk ombak tu, nangis punye hehehehehehe.
"Wombak Rindu" tu - bagi Rambozzi® - sangat lemah-lembut dan "cantik"...
Sekarang bolehlah Rambozzi® pasangkan pula bahagian lantai untuk dijadikan ruang simpanan di bawah katil ini. Hanya kayu² yang disambungkan dan diskrukan ke bahagian bawah katil.
Satu perkara yang perlu diambil kira adalah, saiz lantai itu perlu tepat supaya dapat mengekalkan sesiku kaki katil ini. Sebab itu Rambozzi® potong dan pasangkan kayu untuk bahagian lantai ini kemudian.
Ok, setakat ini projek ini sudah hampir siap. Dan sampai ke proses di atas, katil ini sudah menjadi sangat berat. Rambozzi® dah dapat bayangkan betapa susahnya bila nak mengecat nanti.
Kemudian, Rambozzi® buatkan pula pintu untuk ruangan simpanan itu. Oh maaf, Rambozzi® dah tak sempat langsung nak ambil gambar untuk proses pembinaan lantai dan pintu katil nie, sebab tahap 'stress' Rambozzi® dah makin memuncak pada ketika ini hehehehehe.
Ok, pintu itu dipasangkan dengan menggunakan beberapa 'furniture fittings' seperti engsel, 'lid stay hinges' dan 'drawer handle'.
..........
Baby Co-Sleeper Shima ini sudah siap dipasang sepenuhnya. Proses seterusnya adalah 'sanding'. Rambozzi® akan tumpukan pada bahagian alas katil dan lantai di bahagian bawah katil. Ini kerana Rambozzi® nak pastikan bahawa kayu² yang disambung²kan itu 'level' atau sama aras antara satu sama lain. Rambozzi® akan 'sanding' dengan menggunakan kertas pasir 80 grit, disusuli dengan kertas pasir 120 atau 150 grit dan disudahi dengan kertas pasir 220 atau 240 grit. Ya! 3 kali 'sanding' dengan kertas pasir yang berlainan grit!
Selepas itu, keseluruhan katil ini akan dicat dengan cat minyak berwarna putih yang dibancuh nipis supaya tidak menutupi ira kayu. Rambozzi® akan gunakan teknik sama seperti yang pernah Rambozzi® gunakan untuk projek Microwave/Oven Cart Yuzie, Coffee Table Maya dan Rak Dapur Ain. Rambozzi® akan sapukan beberapa lapisan cat yang telah dicairkan dengan hanya menggunakan kain sahaja. Rambozzi® tak gunakan berus sebab kalau menggunakan berus, cat itu akan menjadi agak 'solid' dan akan ada risiko cat akan menutupi ira kayu. Setakat hari ini, pada masa ini, itulah teknik terbaik yang Rambozzi® tahu heh heh heh heh.....
Proses mengecat adalah proses yang paling banyak mengambil masa Rambozzi®. Sebab, kalau Rambozzi® tidak ada 'mood' atau malas, Rambozzi® tak akan mengecat. Lagipun, Rambozzi® mengecat menggunakan berus. Bagi Rambozzi®, mengecat adalah satu kerja halus dan seni. 'Feel' kena lebih, bro. Heh heh heh heh...
Bila mengecat, Rambozzi® sebenarnya lebih kepada berehat. Waktu mengecat adalah masa Rambozzi® menenangkan diri, melepaskan penat dan mengenang nasib Rambozzi® sebagai seorang 'woodworker'. Bukan mengenang nasib sebab hidup susah atau sebab tak layak dapat BR1M heh heh heh, tapi lebih kepada mengenang "perjalanan" dan "pengalaman" sepanjang menjadi seorang 'woodworker'. 'Woodworking' jelas kelihatan seperti satu pekerjaan yang banyak menggunakan tenaga. Tapi bagi Rambozzi®, 'woodworking' lebih banyak menggunakan dan memerlukan akal fikiran yang jelas, jiwa yang tenang dan hati yang gembira. Tanpa elemen² itu, tenaga sahaja memang tidak mencukupi. Ada "penumpuan" yang perlu diberikan.
Ok, siap proses mengecat. Aduh! Payah jugak nak mengecatnya... 3 lapisan cat minyak berwarna putih. Bahagian kaki pula dicat agak 'solid' kerana kayunya agak kasar dengan ira kayu yang juga berbeza daripada bahagian² lain. Bahagian dalam hanya dicat satu lapisan sahaja kerana ruangan dalam yang agak sempit menyukarkan untuk mengecat sama ada menggunakan berus atau gosokan kain.
Rambozzi® akui, agak sukar untuk mengekalkan 'stroke' dan tona warna putih yang sekata. Perbezaan warna kayu yang dicantumkan menyebabkan tidak semua bahagian mendapat warna putih yang sama. Hmmm... Rambozzi® kena tunjukkan pada Shima dulu dan mendapatkan kepastiannya sama ada warna putih ini memenuhi citarasanya ataupun tidak. Seperti yang Rambozzi® nyatakan di atas, Shima agak teliti orangnya. Oh! Shima bukan seorang yang cerewet. Ada perbezaan yang ketara di antara teliti dan cerewet. Hehehehehe.....
Rambozzi® akan tunjukkan hasil kerja ini kepada Shima dahulu. Jika Shima suka, sukalah Rambozzi®. Jika Shima mahukan lebih lagi, terpaksalah Rambozzi® menambah lagi dan cuba mengikut kehendak Shima. Itulah Rambozzi®, sentiasa cuba memberikan "yang terbaik" dengan apa yang Rambozzi® ada. Bukan senang nak memenuhi kehendak pelanggan, bro. Heh heh heh...
Secara keseluruhannya, Rambozzi® berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Sebab, projek ini paling sukar dan agak lama masa yang Rambozzi® luangkan untuk menyiapkannya. Agak dalam 'feelings' yang Rambozzi® curahkan. Memang Rambozzi® berpuas hati. Tetapi, terpulang kepada Shima untuk menilainya. Rambozzi® dah berikan tumpuan "sepenuh hati" terhadap projek Baby Co-Sleeper Shima ini.
Projek ini adalah antara projek yang paling sukar bagi Rambozzi®. Tapi, walau "sesukar" mana sekalipun, walau "sekompleks" mana sekalipun, dan walau penuh dengan "halangan" sekalipun, selagi mampu Rambozzi® akan "berusaha" memberikan yang terbaik dengan kemahiran dan "hati" yang Rambozzi® miliki hehehehe. Ya. 'Woodworking' bagi Rambozzi® bukan sekadar sambungan kayu ke kayu. Tetapi juga "ikatan" antara "hati ke hati"... Heh heh heh heh...
Baby Co-Sleeper
BOSCH®
Deepest Feelings
DIY
Drill Press
I Love You
Jigs
Katil Bayi
Katil Kayu
Kayu Palet
Kerja Kayu
KREG®
Melayu Malaysia
Perabot
Rak Kayu
RamboClamp®
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
2 Comments
salam bro, nk tanye skit..ni kayu jenis ape, n bro beli kt mne..
ReplyDeletesalam bro...itu kayu pine bekas palet...beli kat mana tu umum sgt, bro...
Deletekat klang ada - pekan, pahang ada - sabah - gurun, kedah pun ada..kat n9 pun ada
try tgk dlm FB page "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia"