- Coffee Table Maya


 "...sikap Yuzie yang suka 'food selfie' dengan Microwave Oven/Cart Yuzie dan Coffee Table Yuzie telah menyebabkan kawannya, Maya pun teringin nak 'selfie' jugak dengan perabotnya sendiri..."


Jadi, baru² nie Maya telah menghubungi Rambozzi® dan meminta Rambozzi® buatkan sebuah 'coffee table' seperti Coffee Table Yuzie tu. Sebenarnya, Yuzie sendiri yang telah memperkenalkan Rambozzi® kepada Maya heh heh heh. Coffee Table Yuzie telah berjaya menarik perhatian Maya untuk dia turut memilikinya. Dan Rambozzi® amat berterima kasih kepada Yuzie yang telah memperkenalkan Rambozzi® kepada Maya.

Terima kasih banyak² Yuzie.

Pada Rambozzi®, ini adalah sesuatu yang sangat positif untuk Rambozzi® sebab Rambozzi® rasa, kalau Yuzie tak berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi®, mana mungkin dia akan 'recommend'kan Rambozzi® kepada sesiapa pun. Sekali lagi, terima kasih banyak², Yuzie dan terima kasih banyak², Maya.

Ok, Maya mahukan sebuah 'coffee table' yang serupa dengan Coffee Table Yuzie. Tapi, Maya nak 'coffee table'nya itu dicat putih sama macam Microwave Oven/Cart Yuzie. Jadi, Maya boleh dapat kedua² hasil kerja Rambozzi® untuk Yuzie dulu serentak la kan heh heh heh.. Rambozzi® ok je, tak ada masalah. Rambozzi® sendiri dah ada sedikit sebanyak pengalaman untuk membuat sebuah 'coffee table' seperti itu. Dan sebelum Rambozzi® mulakan 'woodworking' untuk MayaRambozzi® terlebih dahulu kemukakan beberapa 'idea' kepada Maya.


SketchUp di atas Rambozzi® tunjukkan kepada Maya untuk memberi sedikit 'idea' kepadanya. Dan Maya memilih 'Table Top Type C (Mitered Corner)' untuk 'coffee table'nya. Coffee Table Yuzie dulu adalah 'Table Top Type A'. Jadi, bila Maya dah membuat keputusannya, bolehlah Rambozzi® mulakan 'woodworking' untuk projek Coffee Table Maya nie. Jom 'woodworking'!


Projek 'coffee table' seperti ini tidaklah susah sangat dan tidak banyak proses kerjanya. Hanya satu 'woodworking' yang sangat ringkas dan mudah. Ok, bahagian² kayu² di atas adalah untuk bahagian 'support' di bawah 'table top' (Rambozzi® tak tahu lagi apa nama betul dia heh heh heh) dan juga kaki² meja. Semuanya dipasang menggunakan teknik keramat Rambozzi® - 'pocket hole joinery technique'.


Seterusnya, Rambozzi® cantumkan kesemua kayu² di dalam gambar di atas untuk dijadikan 'table top' - juga dengan menggunakan 'pocket hole'. Kayu² panjang yang di'clamp'kan di atas 'table top' tu bertujuan untuk memastikan kayu² 'table top' tu sekata dan 'flush' sesama sendiri - sebelum gam kayu mengeras. Dan seperti yang selalu diperkatakan oleh para 'American Woodworker' - "never enough clamps"Rambozzi® rasa, Rambozzi® pun terpaksa membeli lebih banyak lagi 'clamp' selepas ini. Memang tak cukup 'clamp'!


Untuk bahagian 'support' tadi juga Rambozzi® tebuk lubang² 'pocket hole' siap² untuk diskrukan kaki meja nanti. Ok, ini adalah antara kelebihan KREG® Jig K5 di mana 'sayapnya' sangat² membantu dan berguna untuk menebuk lubang 'pocket hole' di dalam situasi seperti di dalam gambar di atas. Kita boleh merancang dan membuat tandaan di atas kayu di mana kita hendak tebuk 'pocket hole', tapi kadang² ada beberapa tempat yang kita terlepas pandang ataupun terlupa. Di saat seperti itu, KREG® Jig K5 atau KREG® Jig R3 sangat membantu!


Ok, tibalah masanya untuk memasang kesemua bahagian menjadi sebuah 'coffee table' yang siap. Untuk projek kali nie pun, tidak banyak proses kerja yang hendak Rambozzi® kongsikan di sini. Proses kerjanya adalah sama seperti Coffee Table Yuzie dan Study Table / Coffee Table Aishah dulu.


Ok, siap proses memasang Coffee Table Maya. Seterusnya Rambozzi® akan 'sanding' dulu 'coffee table' nie dengan kertas pasir 80 grit dan diikuti dengan kertas pasir 120@150 grit. Selepas itu barulah 'coffee table' nie akan dicat. Dan seperti Microwave Oven/Cart YuzieCoffee Table Maya nie juga akan dicat menggunakan kain, lagi heh heh heh... Maya nie pun sama seperti Yuzie - "Maya nak warna putih dan nampak ira kayunya" - satu 'permintaan' yang cukup 'simple' tapi cukup perit bagi Rambozzi® yang nak mengecatnya nanti heh heh heh heh... Tapi, dengan pengalaman mengecat Microwave Oven/Cart Yuzie dulu, Rambozzi® yakin Rambozzi® boleh mendapatkan hasil yang terbaik untuk Maya. Ok, jom mengecat!


Ok, siaplah Coffee Table Maya nie... Meja nie Rambozzi® cat dengan cat minyak warna putih sebanyak 3 lapisan. Seperti Microwave Oven/Cart Yuzie dulu, meja nie juga dicat dengan menggunakan kain heh heh heh. Dan, cat warna putih dengan menggunakan kain untuk menampakkan ira kayu 'pine' nie juga masih lagi susah bagi Rambozzi®! Takpe, ini kali kedua Rambozzi® cat dengan teknik tu. Rambozzi® akan kemaskan lagi di masa akan datang.

Rambozzi® harap Maya akan suka dan berpuas hati dengan hasil kerja 'woodworking' Rambozzi® nie.
Rambozzi® rasa, 'coffee table' seperti ini sudah menjadi antara hasil kerja Rambozzi® yang agak diminati, walaupun tak ramai heh heh heh. Sebabnya, ketika Rambozzi® buat meja Maya nie, sebenarnya Rambozzi® buat dua! Satu lagi untuk Lily, yang juga sangat berkenan dengan 'coffee table' seperti ini. Jadi, alang² tu Rambozzi® buat 2 terus.


Haa itu dia gambarnya Coffee Table Maya (bawah) dan Coffee Table Lily (atas). Pandai Rambozzi® ambik gambar kan? heh heh heh heh heh heh.... Sebenarnya, Rambozzi® nak tunjukkan perbezaan antara meja yang dicat putih dengan meja yang tidak dicat. Rambozzi® nak Maya (dan Yuzie juga) nampak bahawa meja itu dicat - bukannya warna asal kayu. Dan gambar di atas tu rasanya dah cukup untuk dijadikan bahan bukti kan? heh heh heh...

Ok, tamat citer Coffee Table Maya nie. Sekarang, Rambozzi® nak teruskan pula ke projek seterusnya - Coffee Table Lily. Jom 'woodworking' lagi!


0 Comments