Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Rak Buku Kak Dilah yang Rambozzi® buat tidak berapa lama dulu telah 'mencetuskan' rasa 'saya pun nak juga' di jiwa Kak Haiza heh heh heh. Ya Kak Haiza yang sama yang pernah tempah Kitchen Drawers Kak Haiza tidak berapa lama dulu. Kak Haiza sangat suka dan berkenan dengan 'design' dan hasil kerja Rambozzi® tu. Jadi, Kak Haiza minta Rambozzi® buatkan satu rak yang lebih kurang sama dengan Rak Buku Kak Dilah tu tapi untuk kegunaan lain dan dengan sedikit perubahan mengikut citarasa Kak Haiza sendiri. Kak Haiza nak sebuah rak khusus untuk diletakkan 'microwave' dan juga 'oven'nya. Sumpah Rambozzi® tak tahu langsung apa beza kedua² 'bende' tu! Heh heh heh heh....Ok, jom mulakan 'woodworking' kali nie - Rak Microwave/Oven Kak Haiza.


Pertama sekali Rambozzi® akan buat bahagian 'top' dan juga 2 rak daripada kayu² 'pine' di atas. Semuanya adalah mengikut ukuran yang telah diberikan oleh Kak Haiza.


Untuk bahagian 'kaki' rak nie, Rambozzi® gunakan kayu² 1x2. Gambar di atas adalah bahagian² utama untuk rak nie. Semuanya dipasang dengan menggunakan 'teknik keramat' Rambozzi® - 'pocket hole joinery technique' heh heh heh heh...


Rambozzi® juga tebuk siap² lubang² 'pocket hole' di atas kaki rak nie untuk dipasangkan bahagian 'top' tadi ke atasnya nanti. Untuk tujuan itu Rambozzi® gunakan KREG® Jig R3.


Ok, itulah dia kesemua bahagian untuk projek Rak Microwave/Oven Kak Haiza. Tiba² je dah siap sedia kesemua bahagian kan? Heh heh heh heh... Sebenarnya Rambozzi® tak sempat nak ambil gambar setiap proses pemasangan bahagian² di atas sebab ruang kerja Rambozzi® amat sempit dan berserabut. Jadi, Rambozzi® terpaksa kemaskan dulu ruang kerja Rambozzi® dan susunkan cantik² baru boleh diambil gambarnya.

Ok, dua keping 'plywood' tu (lihat gambar di atas) adalah untuk menutup bahagian belakang rak nie. Rambozzi® potong sedikit bentuk segiempat kecil di bucu 'plywood'² untuk 'plug' 'microwave' dan 'oven' tu. Itu adalah atas permintaan Kak Haiza sendiri. Dan di atas 'plywood'² tu akan dipasangkan pula kayu² 1x½ untuk menguatkan lagi strukturnya.

Seterusnya proses mengecat. Berbeza dari projek Rak Buku Kak Dilah yang dicat keseluruhannya dengan 'polyurethane varnish' berwarna 'nyato', untuk Rak Microwave/Oven Kak Haiza nie pula akan dicat dengan 2 warna yang berlainan. Bahagian kaki akan dicat dengan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' manakala untuk bahagian 'top' dan 2 rak di bawahnya akan dicat dengan 'polyurethane varnish' berwarna 'nyato'. Rambozzi® cadangkan 'idea' ini kepada Kak Haiza dan dia bersetuju. Jadi, bahagian² rak di atas tu Rambozzi® cat sebanyak 3 lapisan 'polyurethane varnish' yang diselangi dengan 'sanding' antara lapisan.
"Antara 'ilmu' yang Rambozzi® dapat sepanjang berurusan dengan pelanggan adalah, kita ikut je kehendak dia. Kalau kita ada idea yang bagus, kemukakan kepada dia. Kalau dia setuju, teruskan. Kalau dia tak setuju, jangan cari pasal, beb....heh heh heh heh..."

Tiba², siaplah projek Rak Microwave/Oven Kak Haiza. Heh heh heh heh... Sebenarnya tak banyak sangat proses nak menyiapkan projek nie. Rambozzi® cuma pasangkan kesemua bahagian² tu satu-persatu dan cantumkan kesemuanya menjadi satu rak yang siap. 'Simple'. Pertukangan kayu yang sangat ringkas dan mudah.


'Design' yang sangat ringkas dan mudah untuk dibuat.


Bahagian belakang rak.


Oh ya.. Besi di bahagian bawah 'top' tu sebenarnya atas pemintaan Kak Haiza sendiri. Kak Haiza nak satu tempat penyangkut untuk kain kot, jadi Rambozzi® cuma beli je besi pemegang pintu tu dan pasang.

Maka, siaplah projek Rak Microwave/Oven Kak Haiza nie. Terima kasih banyak² Kak Haiza sebab masih sudi nak terus berurusan dengan Rambozzi®. Rambozzi® sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk para pelanggan Rambozzi® - dengan syarat, ala-Rambozzi® atau Rambozzi®-style heh heh heh...


Ok, kali nie Rambozzi® nak 'bercerita' serba sedikit tentang 'jigsaw' dan jenis² 'jigsaw blade'. Sebelum tu suka Rambozzi® nak nyatakan di sini, apa yang Rambozzi® 'ceritakan' di sini adalah berdasarkan 'jigsaw' dan 'jigsaw blade' yang Rambozzi® ada, juga melalui sedikit pengalaman menggunakannya. Untuk maklumat lebih lanjut lagi tepat, bolehlah ke laman web berikut:

http://www.boschtools.com/Products/Accessories/Pages/BoschProductSubCategory.aspx?catid=1098

Dan Rambozzi® nak nyatakan di sini juga, 'entry' kali ini adalah khusus untuk sahabat Rambozzi® dari Palembang, Indonesia, Herly. Terima kasih Herly kerana sudi membaca tulisan² Rambozzi®. Terima kasih Herly kerana memberikan peluang kepada Rambozzi® untuk terus menulis dan meneruskan 'woodworking' di sini. Terima kasih, Herly.


Ok, pertama sekali, Rambozzi® memiliki 'jigsaw' BOSCH® model GST 25M (for Metal). Model ini sebenarnya khusus untuk memotong besi, dalam masa yang sama boleh juga untuk memotong kayu. Model ini tidak khusus untuk kayu tetapi jika dimasukkan 'jigsaw blade for wood' maka bolehlah digunakan untuk memotong kayu. Tapi Rambozzi® beli model ini kerana Rambozzi® sukakan 'design'nya yang menarik mata Rambozzi® heh heh heh..


Gambar di atas adalah antara 'jigsaw blade' yang Rambozzi® miliki. 'Jigsaw blades' di atas adalah produk BOSCH® jenis T-Shank Jig Saw Blades. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan heh heh heh. 

Ok, dari bawah ke atas adalah:-

BOSCH® T101B - Clean for Wood - 'blade' ini untuk memotong kayu dengan lurus dan bersih  (lihat gambar di atas).

BOSCH® T144D - Speed for Wood - 'blade' ini untuk memotong kayu dengan lurus pada kelajuan yang tinggi, tetapi hasil potongannya tidak bersih (lihat gambar di atas).

BOSCH® T119B - Basic for Wood - 'blade' ini untuk memotong kayu dengan lurus tetapi 'blade' ini khusus untuk 'chipboard' (tokey kedai tu yang cakap, bukan Rambozzi® heh heh heh).

BOSCH® T101AO - Clean for Wood - 'blade' jenis ini agak kecil saiz matanya (lihat gambar di atas) dan jenis ini adalah khusus untuk memotong lengkungan atau bulatan. 'Blade' jenis ini sangat tidak sesuai untuk memotong dengan lurus kerana kehalusan matanya menyebabkannya mudah 'terpesong' dari laluan.

Itu adalah 4 jenis 'jigsaw blades' yang Rambozzi® dah beli. Ada banyak jenis lagi 'jigsaw blade for wood' tapi buat masa nie Rambozzi® perlukan 4 jenis itu dahulu.

Jika dilihat pada gambar di atas, Rambozzi® sengaja susunkan 'jigsaw blades' itu bersebelahan dengan hasil potongannya pada kayu yang di sebelahnya. Jadi, sekarang kita tahu la macam mana hasilnya, kan?


Menurut BOSCH® di dalam videonya, bila kita hendak memotong kayu menggunakan 'jigsaw', pastikan bahagian kayu yang kita nak gunakan diterbalikkan ke bawah kerana mata 'jigsaw blade' itu menghala dan memotong ke atas. Tapi ada juga jenis 'jigsaw blade' yang matanya menghala dan memotong ke bawah.

Gambar di atas Rambozzi® labelkan sebagai 'Side A' menunjukkan bahawa 'Side A' itu adalah bahagian kayu yang Rambozzi® tidak kisah sangat kalau rosak atau nampak buruk.


Dan gambar di atas pula Rambozzi® labelkan sebagai 'Side B' di mana permukaan ini adalah permukaan yang Rambozzi® 'sayang' dan Rambozzi® tidak mahu permukaan ini tercalar atau rosak disebabkan mata 'jigsaw blade'.

Bandingkan gambar untuk permukaan berlabel 'Side A' dengan permukaan berlabel 'Side B'. Jelas kelihatan bahawa hasil potongan pada permukaan berlabel 'Side B' adalah lebih bersih dan kemas bukan?

Sebagai tambahan, untuk memastikan hasil potongan menggunakan 'jigsaw' lebih lurus, bolehlah digunakan 'straight cutting guide' (lihat gambar di bawah).

Juga ada dijual 'circle cutting guide' untuk memotong bulatan dengan tepat (lihat gambar di bawah).


Untuk memastikan potongan adalah bersih dan mengurangkan pecahan atau koyakan pada kayu, boleh juga dipasangkan 'splinter guard' pada 'jigsaw' tersebut  (lihat gambar di bawah).
Sekali lagi Rambozzi® nyatakan di sini, tulisan Rambozzi® kali ini adalah berdasarkan 'jigsaw' dan 'jigsaw blade' yang Rambozzi® miliki dan melalui pengalaman Rambozzi® sendiri. Rambozzi® tidak dapat memberi jaminan bahawa penjelasan Rambozzi® ini adalah tepat dan sahih kerana Rambozzi® bukan wakil BOSCH® heh heh heh.



Ok. Projek Rak Kasut Ziti nie adalah projek yang mengambil masa paling lama untuk 'deal' - setahun 2 bulan! Heh heh heh. Betul Rambozzi® tak tipu. Sebenarnya antara faktor yang membuatkan proses 'deal' tu lambat adalah kekangan masa antara Rambozzi® dan Ziti dan juga faktor 'design' yang kami tak dapat tentukan sampai setahun lebih! Heh heh heh. Dan bila Rambozzi® siapkan dan 'post'kan projek Rak Kasut Mr. B baru² nie, Ziti mesej Rambozzi®, "OK. Stop Rambozzi®! Sekarang giliran saya!". Heh heh heh jadi nampaknya tibalah masanya untuk mulakan 'woodworking' untuk Ziti nie - Rak Kasut Ziti.


Projek nie agak unik dan 'special' untuk Rambozzi® sebab ini adalah projek pertama yang Rambozzi® 'plan' dan 'design' terlebih dahulu dengan menggunakan SketchUp (Rambozzi® sekarang dah 'agak' pandai menggunakan SketchUp heh heh heh heh heh). 'Idea' utama untuk rak kasut nie datangnya daripada Ziti sendiri, dan dengan sedikit 'sentuhan' Rambozzi®. Bila Rambozzi® tunjukkan 'design' tu pada Ziti, Ziti suka.
"SketchUp tu hanya 'design'. Rambozzi® sendiri tidak pasti lagi sama ada rak kasut yang akan Rambozzi® buat nie akan sama dengan 'design'nya. Yang pasti, Rambozzi® rasa lebih cantik 'design' daripada 'realiti'nya nanti heh heh heh..."

Atas permintaan Ziti, Rambozzi® akan gunakan 100% kayu 'pine' untuk projek nie. Ok, mula² sekali, 'pocket holes' dulu la. Kayu² di atas adalah untuk bahagian 'storage'nya. Aduh...maaf, Rambozzi® rasa Rambozzi® kena belajar balik Bahasa Melayu. Rambozzi® tak tahu nama² yang betul untuk bahagian² di dalam sesebuah perabot!


Untuk projek nie, Rambozzi® tebuk lubang² 'pocket hole' dengan menggunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide.


Tapi ada juga beberapa bahagian yang Rambozzi® gunakan KREG® Jig R3 untuk menebuk 'pocket hole'nya.


Ok, dah siap 3 bahagian untuk ruangan simpanan kasut. Rambozzi® siapkan ketiga² bahagian ini terlebih dahulu supaya Rambozzi® dapat menentukan saiz yang tepat untuk membuat bahagian raknya.


Seterusnya Rambozzi® pasangkan pula kayu² untuk bahagian tapak rak.


Gambar di atas pula adalah untuk bahagian tepi atau sisi rak. Anak panah itu pula menunjukkan kepada 2 keping kayu terbuang yang Rambozzi® jadikan 'spacer' untuk menjarakkan sedikit kayu tersebut.


Ok, siap bahagian² utama untuk rak kasut nie. Maaf, kualiti gambar di atas 'tiba²' menjadi agak tidak memuaskan heh heh heh heh.


Seterusnya Rambozzi® cuba pasangkan kesemua bahagian tu dengan hanya menggunakan 'clamp' untuk melihat dan mendapatkan sedikit 'idea' untuk proses seterusnya. Setakat nie semuanya berjalan lancar.


Ok, dah datang masalah pertama. Rambozzi® terpaksa memotong sedikit kayu di bahagian tepi untuk ruangan² simpanan kasut. Sebab ia bergesel sesama sendiri dan tidak boleh dibuka ke depan. Rambozzi® ukur dan tandakan dan potong sedikit kayu² tu menggunakan 'jigsaw' tu.


Ok itulah dia 3 bahagian untuk ruangan simpanan kasut.


Rambozzi® terlupa nak nyatakan tadi, Ziti mahu rak kasutnya itu ada ruangan udara untuk mengelakkan bau kasut terperap di dalam rak kasutnya. Untuk itu, Rambozzi® 'plan' nak tampal beberapa keping 'plywood' di bahagian dalam ruangan simpanan kasut itu dan juga di bahagian sisi rak.


Tapi sebelum tu Rambozzi® kena cat dulu 'plywood'² tu sebab bila dah ditampalkan ke bahagian belakang ruangan simpanan kasut nanti susah pula nak dicat. Rambozzi® cat menggunakan 'polyurethane varnish' sebanyak 3 lapisan. Warna untuk 'polyurethane varnish' itu juga telah dipersetujui Ziti. Rambozzi® juga tampalkan 'masking tape' di atas 'plywood'² itu supaya ada ruang untuk disapukan gam kayu nanti. Tapi sayangnya Rambozzi® terlupa pula nak ambil gambar selepas 'plywood'² itu ditampalkan ke belakang ruangan simpanan kasut.


Sekarang tibalah masanya untuk mencantumkan kesemua bahagian menjadi rak kasut. Ruangan² simpanan kasut tu Rambozzi® pasangkan ke rak dengan hanya menggunakan skru sahaja. Dan Rambozzi® pasangkan juga 'magnet'² tu (lihat di gambar di atas) untuk memastikan ruangan simpanan itu 'duduk' di tempatnya dan tidak terkeluar ke depan. Sekali lagi, maafkan Rambozzi® sebab tak tahu nama yang betul untuk 'magnet'² tu. Tapi 'magnet'² tu ada dijual di kedai peralatan pembuatan perabot.


Ok, rantai² di dalam gambar di atas pula bertujuan untuk memastikan ruangan² simpanan kasut terbuka ke depan dengan 'sekata'. Ini 'idea' secara D.I.Y Rambozzi® sebab Rambozzi® tak jumpa 'brackets' yang sesuai untuk ruangan² simpanan kasut tu.


Seterusnya Rambozzi® tebuk pula lubang 'pocket hole' untuk dipasangkan bahagian atas atau penutup untuk rak nie. Ada pembaca Rambozzi® yang bertanya, "Rambozzi® dah ada KREG® Jig K5, adakah KREG® Jig R3 dan KREG® Jig Mini yang dulu masih digunakan?" Ya! KREG® Jig R3 dan KREG® Jig Mini masih Rambozzi® gunakan terutamanya untuk saat dan ketika seperti di dalam gambar di atas. Kadang², Rambozzi® tak tahu bila dan di mana perlu ditebuk 'pocket hole' sehinggalah bila tiba masa ianya diperlukan, maka itu adalah tugas KREG® Jig R3 dan KREG® Jig Mini.


Ok, kini tibalah pula masalah kedua! Kasut² lelaki terutamanya jenis 'sport' seperti di dalam gambar di atas tidak muat di dalam ruangan simpanan kasut tu! Sebabnya Rambozzi® ukur dan potong kayu² tu khusus untuk kasut² wanita! Itu adalah satu kesilapan yang amat besar sebab Ziti sudah bersuami dan suaminya tidak memakai kasut wanita! Hahahahaha aduh ini kesilapan terbesar Rambozzi®...


Jadi, Rambozzi® tunjukkan gambar tadi kepada Ziti dan berikan beberapa cadangan kepada Ziti untuk menyelesaikan masalah itu. Dan keputusannya, Rambozzi® kena besarkan sedikit ruangan simpanan kasut di paras bawah khusus untuk kasut² lelaki. Itu keputusan Ziti dan Rambozzi® akur.

Tapi, kayu² tu Rambozzi® dah skru dan gam! Gam kayu nie, sekali dia dah 'melekat' memang susah la nak dicabut semula. Rambozzi® terpaksa gergaji kayu tu! Aduh! Nasib baik satu je, kalau Ziti minta besarkan ketiga² ruangan simpanan kasut tu, boleh tahan gila jugak la kerja tu! Heh heh heh...


Fuhhh! Selesai masalah tadi. Ok, untuk bahagian terakhir rak kasut nie, Rambozzi® tampalkan sekeping 'plywood' di belakang rak nie. 'Simple' dan mudah.


Rambozzi® cat keseluruhan rak kasut nie dengan menggunakan 'polyurethane clear varnish' sebanyak 2 lapisan sahaja sebab kayu² 'pine' itu sendiri sudah diketam dan di'sanding' dengan cantik dan bersih permukaannya. Rambozzi® pasangkan juga 'cabinet knobs' tu.


Maka, siaplah projek Rak Kasut Ziti nie. Rambozzi® tunjukkan gambar rak kasut tu kepada Ziti dan respon Ziti hanya satu perkataan, "CUN!". Fuhhh! Lega Rambozzi®.







Secara peribadi, bagi Rambozzi® Rak Kasut Ziti nie adalah 'masterpiece' Rambozzi®. Rambozzi® berpuas hati dengan 'design'nya, pemilihan warnanya, pemasangannya, kekemasannya dan juga masalah²nya heh heh heh. Ini adalah hasil kerja yang paling cantik bagi Rambozzi® setakat ini. Ya! Rambozzi® puji diri Rambozzi® sendiri sebab Rambozzi® amat berpuas hati! Dan Rambozzi® berharap Ziti pun akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi® nie...



Ok...Rambozzi® ada menerima e-mel daripada seorang pembaca bernama Ridzuan. Ridzuan nie teringin nak membeli sebuah KREG® Jig System tetapi kurang jelas tentang beberapa hal mengenainya. Jadi, Ridzuan meminta pandangan Rambozzi® untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan di antara KREG® Jig K3, KREG® Jig K4 dan KREG® Jig K5, dan mana yang lebih baik antara ketiga² versi tu. Di sini, Rambozzi® akan cuba memberikan penjelasan sebaik mungkin mengikut cara dan pemahaman Rambozzi®. Untuk maklumat lebih tepat, Rambozzi® rasa baik Ridzuan semak sendiri di laman web KREG®...
"Rambozzi® bukan seorang pakar untuk 'review' sesuatu produk. Rambozzi® juga takkan dapat memberikan penjelasan setepat 'company' itu sendiri."

Ok.. KREG® Jig K3 (gambar di atas) adalah versi yang sudah lama. Tapi KREG® Jig K3 bukan yang terburuk dalam sejarah KREG®. Sebabnya, versi K3 nie boleh dikatakan 'hampir sempurna'. Kesemua yang diperlukan untuk menebuk 'pocket hole' ada pada K3.


KREG® Jig K3 nie senang digunakan, dengan 'clamp handle'nya (label A) yang berada di depan memudahkan 'woodworker' mengapit kayu ke 'jig' tu dengan cepat. Slot untuk menetapkan 'stop collar' pada 'step drill bit' (label B) juga berada di tempat yang sepatutnya Tapi biasa la orang Amerika nie, kuasa pengguna dorang terlebih kuat sangat. Jadi, para 'woodworker' tu banyak la pulak komplennya. Untuk versi K3 nie, paling dorang komplen adalah 'dust collection port'nya (label D) yang tidak boleh dipusing²kan.


Jadi, KREG® keluarkan model KREG® Jig K4 (gambar atas).


Rupa²nya KREG® Jig K4 nie lagi teruk! Kesemua 'feature' daripada versi K3 sebelum nie ada pada K4. Tapi para 'woodworker' tu komplen "kenapa nak letak 'clamp handle' tu kat belakang?" (label A). Itu kesilapan K4 yang paling teruk! Untuk lain² 'feature' kesemuanya OK.


Hasil daripada maki-hamun para 'woodworker' tu KREG® lancarkan versi KREG Jig K5 (gambar atas). K5 diumumkan oleh KREG® sebagai yang terbaik daripada mereka!


KREG® letakkan semula 'clamp handle' (label A) tu ke depan untuk memudahkan pengguna. Pastu, KREG® buatkan 'dust collection port' tu (label B) boleh berpusing² ke kiri dan kanan (bende macam tu pun dorang nak komplen ke?). KREG® juga tambahkan dua 'storage' di kiri dan kanan 'jig' tu (label C) yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat penyimpanan tetapi juga sebagai alas jika 'jig' tu digunakan untuk papan atau 'plywood' yang besar. KREG® turut mengubah cara 'guide block' dilekatkan ke 'jig' (label D). Untuk versi² sebelum nie, bende bulat tu perlu dipulas dan diketatkan untuk memastikan 'guide block' 'duduk' di tempatnya. Sekarang, KREG® ubah bende bulat tu cuma perlu ditarik keluar, letakkan 'guide block' dan lepas, terus dia kemah-keming. Dah tak payah nak pulas² dah, lambat.

Ok, sekarang sampailah masanya untuk 'feature' yang paling gempak bagi Rambozzi®, dan juga sebab utama Rambozzi® beli KREG® Jig K5. Lihat label E. Itu adalah 'clamp' untuk K5 nie. 'Clamp' tu boleh dilaraskan kekuatan apitannya tanpa menggunakan sebarang 'tools'. Tekan je bende plastik berwarna kelabu kat atas 'clamp' tu dan tolak ke depan sehingga kena pada kayu yang hendak di'clamp'. Dah! Siap! Lepas tu 'clamp' je macam biasa menggunakan 'clamp handle' tu. Percayalah, kuasa 'clamp'nya sangat kuat! Jadi kalau Ridzuan tanya Rambozzi®, Rambozzi® jawab, "belilah KREG® Jig K5!".

Ok. Tapi orang putih tu memang tak boleh diajar! Dorang komplen lagi K5 nie. "Mana perginya slot untuk setkan 'stop collar' pada 'step drill bit'?" (label F). Ya, slot tu sudah tiada. Kalau dilihat pada versi² sebelum nie, memang ada slot untuk setkan kedalaman tu. Tapi, untuk K5 nie, KREG® buang 'feature' tu dan tambah satu kotak kecik khusus untuk setkan 'stop collar' pada 'step drill bit'. Ada betulnya jugak komplen dorang tu. Sebab, baik slot tu ada pada 'jig' tu sendiri daripada buat satu benda kecik yang senang hilang! Aduh...macam² dorang nie nak komplen...

Terus-terang juga Rambozzi® katakan di sini, KREG® Jig nie memang mahal. Tapi, tak rugi langsung kalau beli! Walau untuk 'beginner' sekalipun. Jadi, Rambozzi® nasihatkan Ridzuan, BELI!. Sementara masih ada stok kat Malaysia nie. Ada sorang kenalan Rambozzi® dari Indonesia cakap, Rambozzi® beruntung sebab kat Malaysia macam² 'tools' boleh dapat. Kat Indonesia susah giler nak beli 'tools' yang gempak.

Jadi, tamatlah citer KREG® Jig K3-vs-K4-vs-K5 kali nie heh heh heh...Rambozzi® harap Rambozzi® sudah menjawab persoalan Ridzuan tu. Ridzuan boleh tengok dan baca lagi di laman web KREG®. Rambozzi® nie jawab ikut suka Rambozzi® je. Ntah betul ntah tidak heh heh heh heh heh....

"...sebenarnya boleh je Rambozzi® nak jawab soalan Ridzuan tu tanpa 'entry' nie.. Rambozzi® boleh je nak jawab "Ridzuan. Beli K5!". Tapi tangan Rambozzi® nie rasa gatal nak menulis sebab blog Rambozzi® nie tanpa Rambozzi® sedari dah jadi sumber rujukan seluruh Malaysia sampai ke Indonesia heh heh heh heh heh heh....."

Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ▼  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ▼  May 2014 (11)
      • - Rak Microwave/Oven Kak Haiza
      • - Jigsaw Blades
      • - Rak Kasut Ziti
      • - KREG® Jig K3-vs-K4-vs-K5
      • - Rambozzi®: Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia
      • - Rambozzi®, KREG® Jig & Herly
      • - Rambozzi® & SketchUp
      • - Microwave/Oven Cart Yuzie
      • - Rambozzi® Wooden Pen Stand (from Scrap Wood)
      • - Coffee Table Yuzie
      • - Fishing Rod Stand Ziq Round 1
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes