- Rambozzi®, KREG® Jig & Herly


Baru² nie Rambozzi® menerima mesej daripada seorang pembaca Rambozzi® iaitu Herly dari Palembang, Indonesia. Herly bertanyakan beberapa hal mengenai KREG® Jig dan juga serba sedikit mengenai pertukangan kayu. Jadi, Rambozzi® tuliskan 'entry' kali ini khusus untuk Herly dan juga untuk para 'woodworker' di luar sana.
"Rambozzi® tak tahu berapa ramai orang yang membaca blog Rambozzi® nie. Rambozzi® adalah 'woodworker' yang sangat amatur tapi Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk berkongsi apa yang Rambozzi® tahu melalui pengalaman Rambozzi®."
Rambozzi® rasa antara perkara yang menarik perhatian Herly ke blog Rambozzi® nie adalah hal² berkaitan pertukangan kayu dan juga KREG® Jig. Ini juga menunjukkan bahawa blog Rambozzi® nie berada di landasan yang betul dan menuju ke arah yang Rambozzi® harapkan iaitu bertujuan untuk berkongsi ilmu dan mengumpulkan geng² yang meminati kerja² pertukangan kayu heh heh heh heh.

Jadi, Herly nie baru saja menerima KREG® Jig R3 yang di'order'nya secara 'online'. Dan perkara pertama yang Herly nie buat adalah, mengirimkan gambar²nya kepada Rambozzi® (sebenarnya Rambozzi® yang minta Herly hantarkan gambar² tu heh heh heh).




Sama seperti Rambozzi® ketika mula² mendapat KREG® Jig tidak berapa lama dulu (lihat KREG® POCKET HOLE JIG!!!), Herly juga sangat teruja menerima barang nie.


Jadi, Herly nie bertanya kepada Rambozzi® beberapa soalan berkaitan KREG® Jig dan juga asas di dalam pertukangan kayu yang "Rambozzi® tak tahu nak jawab macam mana sebenarnya" heh heh heh heh.... Tapi Rambozzi® akan cuba menjawab soalan Herly tu sebaik mungkin, dengan cara Rambozzi®.


Ok, sebelum tu, Rambozzi® nak pesan kepada Herly dan juga sesiapa yang menggunakan KREG® Jig nie, "AWAS!!! BERHATI² KETIKA MENGGUNAKAN KREG® STEP DRILL BIT TU! JANGAN BIARKAN KREG® STEP DRILL BIT TU TERJATUH KE LANTAI" (sila lihat gambar di atas). Sebab, 'drill bit' tu mudah tumpul dan lebih teruk lagi, patah! Kalau nak beli semula ia sangat mahal dan susah didapati.


Gambar di atas Rambozzi® "pinjam" dari laman web KREG® sendiri heh heh heh. Rambozzi® kongsikan di sini sebagai peringatan dan untuk panduan kita bersama. Kalau patah 'drill bit' tu, buang je lah, memang dah tak boleh digunakan lagi... Jadi, baik kita berhati² sebelum kena.

 VS

Berbalik kepada soalan Herly tadi, Herly terkeliru dengan teknik pemasangan yang sesuai dan kukuh untuk sesuatu projek 'woodworking'. Terus-terang Rambozzi® katakan di sini, Rambozzi® tidak ada jawapan yang tepat untuk soalan tu sebab Rambozzi® bukan pakar atau profesional di dalam bidang nie. Rambozzi® amatur! Tapi Rambozzi® akan jawab berdasarkan pengalaman dan 'pemahaman' Rambozzi®.

Ok, lihat gambar di atas. Teknik pemasangan atau penyambungan di atas adalah dengan menggunakan 'pocket hole' yang berbeza². Gambar A - kayu itu diskrukan ke kaki²nya. Gambar B - kaki² diskrukan ke kayu. Nampak macam sama tapi memang sangat berbeza. Jadi, soalan Herly tadi senang je - yang mana antara kedua tu yang lebih kuat dan kukuh? Rambozzi® pilih cara B. Sebab kayu tu 'duduk' di atas kaki²nya. Oh ya, ini bukan jawapan yang tepat, ini hanya pendapat Rambozzi®.


Sebab Rambozzi® memilih cara B adalah berkait rapat dengan beban. Untuk sesuatu projek 'woodworking' kita perlu tahu projek tu akan digunakan untuk apa. Berapa berat beban yang akan diletakkan ke atasnya nanti. Kita sendiri yang tentukan cara pemasangan yang bersesuaian dengan beban yang akan ditanggung perabot itu nanti. Kalau dilihat gambar di atas, kayu yang diskrukan ke kaki² akan lebih kuat dan kukuh sebab kayu itu 'ditampung' oleh kaki²nya. Ini bukan teori Rambozzi®, ini hanyalah logik akal dan fizik yang asas - pada pendapat dan 'ilmu' Rambozzi® la kan heh heh heh.


Dan untuk mengukuhkan lagi sambungan tu, Rambozzi® biasanya akan gunakan gam kayu seperti di dalam gambar di atas. KREG® sendiri mencadangkan penggunaan kayu untuk sambungan 'pocket hole'. Ini bukan cadangan Rambozzi®, ini cadangan dari KREG® sendiri! Jadi, pilihlah gam kayu yang berkualiti dan dijamin kuat.


Sekarang mari kita lihat contoh projek Rambozzi® yang masih dalam proses nie. Ok, pemilihan kayu untuk projek seperti di atas biasanya Rambozzi® tentukan selepas mendapat persetujuan daripada pelanggan Rambozzi®, berdasarkan ukuran, 'design' dan semestinya bajet pelanggan itu sendiri.


Untuk sambungannya, Rambozzi® menggunakan cara A tadi.


Logiknya, sambungan itu nampak tidak berapa kukuh. Tapi Rambozzi® tidak risau sangat. Sebab nanti akan diskrukan pula 'table top' ke atasnya. Cantuman kedua² bahagian tu akan menguatkan lagi binaan tu. Itu logiknya, kan?


Untuk bahagian para di bawahnya, Rambozzi® akan skrukan ke rangka rak nie. Logiknya, para tu mungkin akan roboh atau runtuh ke bawah jika diletakkan beban yang terlalu berat ke atasnya.


Tapi Rambozzi® tak risau. Sebab Rambozzi® akan skrukan sebatang lagi kayu di bawahnya sebagai sokongan atau 'support' untuk para tu. 
 

Itu hasilnya selepas dipasang diskrukan kesemuanya. Para tu akan diskrukan ke rangka rak dan di bawahnya ada kayu sokongan. Rambozzi® rasa, itu sangat kuat dan kukuh. Rak tu akan digunakan untuk diletakkan 'microwave/oven'. Dan Rambozzi® rasa, teknik Rambozzi® tu sesuai dan kukuh untuk menampung beban 'microwave/oven'.

Jadi, Herly, jangan risaukan teknik yang betul dan tepat untuk sesuatu sambungan kayu tu. Yang pentingnya, kita tahu di mana kita perlu kukuhkan sesuatu binaan tu. Kita sendiri yang tentukan teknik pemasangannya. Kalau ada kelonggaran atau ada bahagian yang tidak berapa kemas atau kukuh, kita juga yang akan memastikannya kuat dan kukuh. Ingat, kita yang buat dan kita yang berkuasa untuk menentukan kejayaan sesuatu projek 'woodworking' tu.

Di dalam dunia 'woodworking' secara D.I.Y nie, kita adalah 'master'. Kita adalah raja. "We are lions!" Heh heh heh heh. Jadi, jangan takut mencuba. Jangan takut dengan kesilapan. Rambozzi® banyak belajar dari kesilapan Rambozzi® sendiri. Tapi Rambozzi® takkan berputus asa. Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk kejayaan Rambozzi®. Dunia 'woodworking' nie adalah satu²nya tempat yang Rambozzi® amat minati. Ya, Rambozzi® masih amatur, tapi itu bukan penghalang untuk Rambozzi® terus berada dan berjaya di dalam dunia 'woodworking' nie!


6 Comments

  1. Hahahaha ... nice article kapten ... banyak ilmu yang bisa didapat disini .... Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heh heh heh... Iya Herly!
      Rambozzi masih menunggu hasil kerja pertama Herly.
      Buat yg terbaik dan tercantik!

      Delete
  2. Salam rambozzi..nk tanya dimana nk beli jig set ni dan berapa hargany? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abdul Rahman...
      KREG Jig tu boleh dibeli dari http://www.zandtools.com/ atau blh juga try check kat mudah.my
      Segala maklumat penjual (En. Awie) ada kat situ.
      Bab harga blh tanya sendiri pada penjual tu sbb Rambozzi tak berani nak letak harga kat sini, itu barang dia heh heh heh...

      Delete
  3. salam rambozzi...
    nak tanya...kayu penanti yg kita nak sambung tu perlu tebuk jgk ker....
    klu guna benda nie... takut kayu tu pecah jer....sorry mmg x tau dan x pernah guna....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro Mohd Hamezuol

      Apa maksud "kayu penanti" tu bro? Yang mana tu?

      Delete