- Rambozzi®: Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia


...hari ini dalam sejarah...

14 Mei 2014, MALAYSIA: Atas dasar minat, untuk perkongsian ilmu dan untuk perkembangan sektor pertukangan kayu secara D.I.Y di Malaysia, Rambozzi® hari ini melancarkan Facebook Community Page - Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia untuk para 'woodworker' di Malaysia. Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini boleh dilayari di Facebook. Juga Rambozzi® sertakan 'url' untuk komuniti ini di sini: 

Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia

Di sini Rambozzi® nak kongsikan serba sedikit informasi mengenai komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" ini. Komuniti ini diwujudkan dengan tujuan untuk mengumpulkan para peminat, penggiat seni pertukangan kayu secara D.I.Y di Malaysia. Komuniti ini bertujuan untuk berkongsi segala maklumat berkaitan dengan kerja² pertukangan kayu. Komuniti ini juga fokus ke arah pendidikan dan ilmu pengetahuan. Segala perkongsian ilmu diharapkan akan membantu menyuburkan sektor pertukangan kayu D.I.Y di Malaysia melalui komuniti ini.

Di laman Facebook komuniti ini boleh dikongsikan hasil² kerja pertukangan kayu semua penggiat seni pertukangan kayu D.I.Y ini. Juga amat dialu²kan sebarang bentuk ilmu, 'tips & tricks', maklumat² berkaitan peralatan pertukangan kayu atau 'tools', teknik² pertukangan kayu, cadangan, komen mahupun aduan. Di dalam komuniti ini, tidak ada sesiapa yang lebih pandai dan tidak ada sesiapa yang kurang pandai di dalam membuat kerja² pertukangan kayu. Perkongsian ilmu dan pengalaman kerja² pertukangan kayu yang lebih utama.

Buat masa sekarang, Rambozzi® sendiri tidak tahu berapa ramai yang akan memeriahkan komuniti ini. Rambozzi® sendiri tidak tahu sama ada komuniti akan berjaya membuahkan hasil ataupun gagal. Tapi Rambozzi® mulakan langkah pertama ini dengan berani dan yakin, dan Rambozzi® mengharapkan usaha ini akan berjaya. Mungkin sudah wujud beberapa komuniti seperti ini di Malaysia tetapi tidak salah jika diwujudkan satu lagi atau lebih untuk 'merancakkan' lagi bidang dan minat kita bersama ini.

Rambozzi® sangat² mengharapkan agar dapat melihat hasil² kerja pertukangan kayu di laman Facebook komuniti nanti. Rambozzi® bukan tukang kayu yang profesional, Rambozzi® juga amatur. Tapi Rambozzi® berani dan yakin dengan usaha bersama kita nanti. Rambozzi® juga mengharapkan agar akan wujud lebih banyak blog atau laman web untuk kerja² pertukangan kayu ini. Malaysia agak ketinggalan dalam bidang ini di media sosial, tetapi tidak pernah terlambat untuk kita sama² mulakan.

- Rambozzi®


1 Comments