- KREG® Jig K3-vs-K4-vs-K5


Ok...Rambozzi® ada menerima e-mel daripada seorang pembaca bernama Ridzuan. Ridzuan nie teringin nak membeli sebuah KREG® Jig System tetapi kurang jelas tentang beberapa hal mengenainya. Jadi, Ridzuan meminta pandangan Rambozzi® untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan di antara KREG® Jig K3, KREG® Jig K4 dan KREG® Jig K5, dan mana yang lebih baik antara ketiga² versi tu. Di sini, Rambozzi® akan cuba memberikan penjelasan sebaik mungkin mengikut cara dan pemahaman Rambozzi®. Untuk maklumat lebih tepat, Rambozzi® rasa baik Ridzuan semak sendiri di laman web KREG®...
"Rambozzi® bukan seorang pakar untuk 'review' sesuatu produk. Rambozzi® juga takkan dapat memberikan penjelasan setepat 'company' itu sendiri."

Ok.. KREG® Jig K3 (gambar di atas) adalah versi yang sudah lama. Tapi KREG® Jig K3 bukan yang terburuk dalam sejarah KREG®. Sebabnya, versi K3 nie boleh dikatakan 'hampir sempurna'. Kesemua yang diperlukan untuk menebuk 'pocket hole' ada pada K3.


KREG® Jig K3 nie senang digunakan, dengan 'clamp handle'nya (label A) yang berada di depan memudahkan 'woodworker' mengapit kayu ke 'jig' tu dengan cepat. Slot untuk menetapkan 'stop collar' pada 'step drill bit' (label B) juga berada di tempat yang sepatutnya Tapi biasa la orang Amerika nie, kuasa pengguna dorang terlebih kuat sangat. Jadi, para 'woodworker' tu banyak la pulak komplennya. Untuk versi K3 nie, paling dorang komplen adalah 'dust collection port'nya (label D) yang tidak boleh dipusing²kan.


Jadi, KREG® keluarkan model KREG® Jig K4 (gambar atas).


Rupa²nya KREG® Jig K4 nie lagi teruk! Kesemua 'feature' daripada versi K3 sebelum nie ada pada K4. Tapi para 'woodworker' tu komplen "kenapa nak letak 'clamp handle' tu kat belakang?" (label A). Itu kesilapan K4 yang paling teruk! Untuk lain² 'feature' kesemuanya OK.


Hasil daripada maki-hamun para 'woodworker' tu KREG® lancarkan versi KREG Jig K5 (gambar atas). K5 diumumkan oleh KREG® sebagai yang terbaik daripada mereka!


KREG® letakkan semula 'clamp handle' (label A) tu ke depan untuk memudahkan pengguna. Pastu, KREG® buatkan 'dust collection port' tu (label B) boleh berpusing² ke kiri dan kanan (bende macam tu pun dorang nak komplen ke?)KREG® juga tambahkan dua 'storage' di kiri dan kanan 'jig' tu (label C) yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat penyimpanan tetapi juga sebagai alas jika 'jig' tu digunakan untuk papan atau 'plywood' yang besar. KREG® turut mengubah cara 'guide block' dilekatkan ke 'jig' (label D). Untuk versi² sebelum nie, bende bulat tu perlu dipulas dan diketatkan untuk memastikan 'guide block' 'duduk' di tempatnya. Sekarang, KREG® ubah bende bulat tu cuma perlu ditarik keluar, letakkan 'guide block' dan lepas, terus dia kemah-keming. Dah tak payah nak pulas² dah, lambat.

Ok, sekarang sampailah masanya untuk 'feature' yang paling gempak bagi Rambozzi®, dan juga sebab utama Rambozzi® beli KREG® Jig K5. Lihat label E. Itu adalah 'clamp' untuk K5 nie. 'Clamp' tu boleh dilaraskan kekuatan apitannya tanpa menggunakan sebarang 'tools'. Tekan je bende plastik berwarna kelabu kat atas 'clamp' tu dan tolak ke depan sehingga kena pada kayu yang hendak di'clamp'. Dah! Siap! Lepas tu 'clamp' je macam biasa menggunakan 'clamp handle' tu. Percayalah, kuasa 'clamp'nya sangat kuat! Jadi kalau Ridzuan tanya Rambozzi®, Rambozzi® jawab, "belilah KREG® Jig K5!".

Ok. Tapi orang putih tu memang tak boleh diajar! Dorang komplen lagi K5 nie. "Mana perginya slot untuk setkan 'stop collar' pada 'step drill bit'?" (label F). Ya, slot tu sudah tiada. Kalau dilihat pada versi² sebelum nie, memang ada slot untuk setkan kedalaman tu. Tapi, untuk K5 nie, KREG® buang 'feature' tu dan tambah satu kotak kecik khusus untuk setkan 'stop collar' pada 'step drill bit'. Ada betulnya jugak komplen dorang tu. Sebab, baik slot tu ada pada 'jig' tu sendiri daripada buat satu benda kecik yang senang hilang! Aduh...macam² dorang nie nak komplen...

Terus-terang juga Rambozzi® katakan di sini, KREG® Jig nie memang mahal. Tapi, tak rugi langsung kalau beli! Walau untuk 'beginner' sekalipun. Jadi, Rambozzi® nasihatkan Ridzuan, BELI!. Sementara masih ada stok kat Malaysia nie. Ada sorang kenalan Rambozzi® dari Indonesia cakap, Rambozzi® beruntung sebab kat Malaysia macam² 'tools' boleh dapat. Kat Indonesia susah giler nak beli 'tools' yang gempak.

Jadi, tamatlah citer KREG® Jig K3-vs-K4-vs-K5 kali nie heh heh heh...Rambozzi® harap Rambozzi® sudah menjawab persoalan Ridzuan tu. Ridzuan boleh tengok dan baca lagi di laman web KREG®Rambozzi® nie jawab ikut suka Rambozzi® je. Ntah betul ntah tidak heh heh heh heh heh....

"...sebenarnya boleh je Rambozzi® nak jawab soalan Ridzuan tu tanpa 'entry' nie.. Rambozzi® boleh je nak jawab "Ridzuan. Beli K5!". Tapi tangan Rambozzi® nie rasa gatal nak menulis sebab blog Rambozzi® nie tanpa Rambozzi® sedari dah jadi sumber rujukan seluruh Malaysia sampai ke Indonesia heh heh heh heh heh heh....."

9 Comments

  1. Baru nk tanya psl apa beza version2 Kreg jig ni, rupanya dah ada post pslnya, sib baik selongkar dulu, klau tk malu jer, TQVM Bro.

    R.Y

    ReplyDelete
  2. blah utara ada x supplier kreg ni rambozzi?

    king

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam mudah ada blh KL ngn kelantan... jauh bro klu nk COD...

      Delete
    2. Yg kat sg buloh (dlm mudah) tu boleh dipercayai. Order je nnt dia post. Tapi hello la dia dulu utk check stok. Kalau ada mslh dgn dia, bgtau Rambozzi. Rambozzi blh cuba tlg bro..

      Delete
    3. Sy pon baru order ngan dia, barang dah sampai.....tq rambozzi

      Delete
    4. tumpang tanyo boss.. lubang yang ditebuk tue ditutup gunakan apa ya?

      Delete
    5. Rambozzi tak pernah tutup lubang² pocket hole tu bro. Sebab ia tak kelihatan atau ditebuk di bahagian belakang atau bawah kayu.

      Delete