- Fishing Rod Stand Ziq Round 1


Nampaknya "usahama" antara Rambozzi®-Ziq telah maju setapak lagi. 'Sample' atau contoh Fishing Rod Stand Ziq yang Rambozzi® sebelum nie nampaknya boleh dijual dan ada nilai pasaran, kata Ziq. Jadi, Ziq minta Rambozzi® buatkan 3 set lagi Fishing Rod Stand Ziq nie. Apa lagi, jom mulakan 'woodworking' untuk Fishing Rod Stand Ziq Round 1 nie!!!

"Rambozzi® namakan 'entry' nie Fishing Rod Stand Ziq Round 1 tu ada sebab. Mana la tau kot² ada rezeki lagi nanti, akan ada pula Round 2 atau Round 3 atau ber'round'² lagi...heh heh heh"


Untuk projek kali nie Rambozzi® takkan muatkan gambar² proses pembuatan Fishing Rod Stand Ziq nie sebab prosesnya adalah sama dan boleh dilihat di dalam 'entry' Fishing Rod Stand Ziq. Jadi, kalau ada sesape kaki² pancing yang nak cuba buat sendiri bende nie boleh lihat cara Rambozzi® di dalam 'entry' Fishing Rod Stand Ziq nie. Tapi, kalau ada yang nak tempah terus dari Rambozzi®, kecik tapak tangan, 'plywood' 4x8 Rambozzi® tadahkan! Heh heh heh heh heh...


Jadi, itulah 3 set Fishing Rod Stand Ziq yang dah siap dipasang. Macam biasa, sebelum dibungkus untuk diposkan Rambozzi® akan 'test' pasang dulu la nak tengok macam mana hasilnya. Untuk projek Fishing Rod Stand Ziq nie, Rambozzi® ada tandakan beberapa 'marking' di atas kayu² tu sebagai panduan untuk memudahkan pembeli memasang sendiri Fishing Rod Stand Ziq nie. Rambozzi® 'sengaja' tak sertakan sekali rajah panduan pemasangan. Rambozzi® hanya tandakan abjad² dari 'A' hingga 'J' di atas kayu² nie. Jadi, pasanglah mengikut turutan abjad² tu. Baru mencabar, kata kaki pancing...


Ok, sekarang Rambozzi® cabut relaikan kesemua Fishing Rod Stand Ziq tu semula untuk dimasukkan ke dalam kotak pula. Bersama² Fishing Rod Stand Ziq nie Rambozzi® bekalkan sekali skru² untuk proses pemasangannya nanti. Rambozzi® bungkus dalam kertas tu je, kalau Ziq ada plastik atau bekas yang lagi cantik lagi bagus. Kalau takde pun bagus heh heh heh. 

Dapat dilihat di dalam gambar di atas abjad 'J' di atas kayu² tu. Seperti yang Rambozzi® nyatakan tadi, Rambozzi® tandakan abjad² dari 'A' hingga 'J' sebagai panduan untuk pemasangan. Tapi jangan risau, bila dah siap dipasangkan Fishing Rod Stand Ziq tu, abjad² tu takkan kelihatan sebab Rambozzi® tandakan di tempat² yang 'strategik' heh heh heh...

Ok, Rambozzi® nak teruskan dengan projek 'woodworking' yang seterusnya. Untuk projek Fishing Rod Stand Ziq nie, Rambozzi® berharap produk nie akan meletup di pasaran. Rambozzi® berharap para pembeli akan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Dan Rambozzi® sangat² berharap produk dan projek nie akan ada lagi Round 2, Round 3 dan seterusnya...

p/s: Selamat memancing!


2 Comments

  1. Salam bro,rod stand ni nk jual ka? Brm rm? Blh pos x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam muhammad fawwaz
      Ya rod stand tu mmg untuk dijual.
      Maaf, Rambozzi tak pos. Hanya COD sekitar Dengkil, Putrajaya, Puchong.
      Blh hello-sms-wassap Rambozzi 016-952 7489 utk maklumat lanjut.
      Terima kasih.

      Delete