Ok, kali nie Rambozzi® nak 'bercerita' serba sedikit tentang 'jigsaw' dan jenis² 'jigsaw blade'. Sebelum tu suka Rambozzi® nak nyatakan di sini, apa yang Rambozzi® 'ceritakan' di sini adalah berdasarkan 'jigsaw' dan 'jigsaw blade' yang Rambozzi® ada, juga melalui sedikit pengalaman menggunakannya. Untuk maklumat lebih lanjut lagi tepat, bolehlah ke laman web berikut:
Dan Rambozzi® nak nyatakan di sini juga, 'entry' kali ini adalah khusus untuk sahabat Rambozzi® dari Palembang, Indonesia, Herly. Terima kasih Herly kerana sudi membaca tulisan² Rambozzi®. Terima kasih Herly kerana memberikan peluang kepada Rambozzi® untuk terus menulis dan meneruskan 'woodworking' di sini. Terima kasih, Herly.
Ok, pertama sekali, Rambozzi® memiliki 'jigsaw' BOSCH® model GST 25M (for Metal). Model ini sebenarnya khusus untuk memotong besi, dalam masa yang sama boleh juga untuk memotong kayu. Model ini tidak khusus untuk kayu tetapi jika dimasukkan 'jigsaw blade for wood' maka bolehlah digunakan untuk memotong kayu. Tapi Rambozzi® beli model ini kerana Rambozzi® sukakan 'design'nya yang menarik mata Rambozzi® heh heh heh..
Gambar di atas adalah antara 'jigsaw blade' yang Rambozzi® miliki. 'Jigsaw blades' di atas adalah produk BOSCH® jenis T-Shank Jig Saw Blades. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan heh heh heh.
Ok, dari bawah ke atas adalah:-
BOSCH® T101B - Clean for Wood - 'blade' ini untuk memotong kayu dengan lurus dan bersih (lihat gambar di atas).
BOSCH® T144D - Speed for Wood - 'blade' ini untuk memotong kayu dengan lurus pada kelajuan yang tinggi, tetapi hasil potongannya tidak bersih (lihat gambar di atas).
BOSCH® T119B - Basic for Wood - 'blade' ini untuk memotong kayu dengan lurus tetapi 'blade' ini khusus untuk 'chipboard' (tokey kedai tu yang cakap, bukan Rambozzi® heh heh heh).
BOSCH® T101AO - Clean for Wood - 'blade' jenis ini agak kecil saiz matanya (lihat gambar di atas) dan jenis ini adalah khusus untuk memotong lengkungan atau bulatan. 'Blade' jenis ini sangat tidak sesuai untuk memotong dengan lurus kerana kehalusan matanya menyebabkannya mudah 'terpesong' dari laluan.
Itu adalah 4 jenis 'jigsaw blades' yang Rambozzi® dah beli. Ada banyak jenis lagi 'jigsaw blade for wood' tapi buat masa nie Rambozzi® perlukan 4 jenis itu dahulu.
Jika dilihat pada gambar di atas, Rambozzi® sengaja susunkan 'jigsaw blades' itu bersebelahan dengan hasil potongannya pada kayu yang di sebelahnya. Jadi, sekarang kita tahu la macam mana hasilnya, kan?
Menurut BOSCH® di dalam videonya, bila kita hendak memotong kayu menggunakan 'jigsaw', pastikan bahagian kayu yang kita nak gunakan diterbalikkan ke bawah kerana mata 'jigsaw blade' itu menghala dan memotong ke atas. Tapi ada juga jenis 'jigsaw blade' yang matanya menghala dan memotong ke bawah.
Gambar di atas Rambozzi® labelkan sebagai 'Side A' menunjukkan bahawa 'Side A' itu adalah bahagian kayu yang Rambozzi® tidak kisah sangat kalau rosak atau nampak buruk.
Dan gambar di atas pula Rambozzi® labelkan sebagai 'Side B' di mana permukaan ini adalah permukaan yang Rambozzi® 'sayang' dan Rambozzi® tidak mahu permukaan ini tercalar atau rosak disebabkan mata 'jigsaw blade'.
Bandingkan gambar untuk permukaan berlabel 'Side A' dengan permukaan berlabel 'Side B'. Jelas kelihatan bahawa hasil potongan pada permukaan berlabel 'Side B' adalah lebih bersih dan kemas bukan?
Sebagai tambahan, untuk memastikan hasil potongan menggunakan 'jigsaw' lebih lurus, bolehlah digunakan 'straight cutting guide' (lihat gambar di bawah).
Juga ada dijual 'circle cutting guide' untuk memotong bulatan dengan tepat (lihat gambar di bawah).
Untuk memastikan potongan adalah bersih dan mengurangkan pecahan atau koyakan pada kayu, boleh juga dipasangkan 'splinter guard' pada 'jigsaw' tersebut (lihat gambar di bawah).
Sekali lagi Rambozzi® nyatakan di sini, tulisan Rambozzi® kali ini adalah berdasarkan 'jigsaw' dan 'jigsaw blade' yang Rambozzi® miliki dan melalui pengalaman Rambozzi® sendiri. Rambozzi® tidak dapat memberi jaminan bahawa penjelasan Rambozzi® ini adalah tepat dan sahih kerana Rambozzi® bukan wakil BOSCH® heh heh heh.
BOSCH®
Jigsaw
Jigsaw Blades
Kerja Kayu
Kerja Plastik
Melayu Malaysia
Peralatan Pertukangan Kayu
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
3 Comments
Mantap Kapten Rambo ... terima kasih kembali ..... :)
ReplyDeleteHaha sama2 Herly!
Deletehebat bro....bro memang hebat!
ReplyDelete