Aduh...baru² nie Rambozzi® rajinkan diri dan tabahkan hati mempelajari sesuatu yang baru iaitu SketchUp. SketchUp nie adalah satu program untuk merekabentuk produk, plan, 'design' perabot dan macam² lagilah kegunaannya. Rambozzi® memang tak pandai langsung merekabentuk perabot menggunakan komputer. Tapi, geng² 'woodworker' orang putih tu kata, di zaman sosial media nie, selain daripada 'cool tools' seperti KREG® Jig, mesin² Bosch atau DeWalt, SketchUp juga adalah antara 'tools' yang wajib ada pada seseorang 'woodworker'. Jadi, Rambozzi® juga tidak mahu ketinggalan dan Rambozzi® cuba belajar serba sedikit untuk kegunaan Rambozzi®. Tapi, daripada 10 yang diajar, 1 1/2 je lah yang Rambozzi® faham dan dapat heh heh heh heh.....
Sebagai permulaan, Rambozzi® belajar dan cuba buat 'design' yang mudah dan ala-Rambozzi® dulu. Lagipun, kalau dilihat pada hasil² kerja tangan Rambozzi®, mana ada 'design' yang susah pun. Semua yang Rambozzi® buat adalah 'woodworking' yang sangat mudah dan sangat asas.
Mungkin selepas nie, Rambozzi® akan cuba masukkan lakaran daripada SketchUp di dalam 'post' Rambozzi® untuk sesuatu projek. Tapi, mana yang Rambozzi® boleh 'design' je la kan heh heh heh.. Ok, jom mulakan SketchUp pertama untuk 'woodworking' kali nie!
Ok, itu yang pertama yang Rambozzi® 'design'. 'Coffee table' yang lebih kurang sama dengan projek Rambozzi® sebelum nie iaitu Coffee Table Yuzie. Itulah percubaan pertama Rambozzi® menggunakan SketchUp. Sangat ringkas dan mudah. Nampak macam mudah tapi berjam² jugak Rambozzi® cuba siapkan 'design' tu heh heh heh...
Gambar di atas pula adalah 'design' kedua Rambozzi® menggunakan SketchUp. Juga 'coffee table' tapi dengan sedikit kelainan terutamanya bahagian kaki meja dan 'mitered corner' untuk bahagian 'table top'.
Dan 2 gambar di atas pula Rambozzi® dah 'advance' sedikit (heh heh heh). Dan 2 SketchUp tu sebenarnya juga adalah projek terbaru Rambozzi® yang masih di dalam proses pemasangan. Dan terus-terang Rambozzi® katakan di sini, hasil kerja Rambozzi® nanti memang akan berbeza daripada 'design' SketchUp sebab Rambozzi® bekerja dengan teknik, pengalaman dan cara kerja yang Rambozzi® tahu sahaja. Jadi, memang cantik 'design' la daripada hasil kerja sebenar nanti heh heh heh heh.....
Apa² pun, Rambozzi® rasa SketchUp nie tidaklah susah sangat untuk dipelajari dan digunakan. Lagipun, bukan semua 'function' yang ada di dalam SketchUp akan Rambozzi® gunakan. Rambozzi® hanya akan belajar dan gunakan mana² yang berkaitan dengan kerja Rambozzi® sahaja. Kalau nak dipelajari kesemua teknik dan 'skill' di dalam SketchUp nie, Rambozzi® rasa baik Rambozzi® mantapkan lagi teknik 'woodworking' Rambozzi®, kan? Kan? Kan?
p/s: Rambozzi® rasa, kalau orang² di dalam bidang I.T seperti Herly (kenalan Rambozzi® dari Palembang, Indonesia) buat 'design' menggunakan SketchUp nie, hasilnya pasti lagi dahsyat. Racun style Herly! heh heh heh...
DIY
Kerja Kayu
Meja Kayu
Meja Oven
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Buku
Rak Kasut
Sketchup
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
0 Comments