Ok, kayu² di dalam gambar di atas adalah untuk rangka utama 'kitchen drawers' nie. Rambozzi® 'plan' nak buat panel² kayu, yang akan dilekatkan 'plywood' dan 'laminate'. Panel² tu akan dicantumkan menjadi 2 biji kotak. Dan kemudiannya akan dipasangkan 3 biji 'drawer' untuk setiap satu kotak tu. Banyak proses nie yang Rambozzi® kena buat satu-persatu. Rambozzi® dah dapat rasa dah 'nikmat' buat 'kitchen drawers' nie...hmmm.
Kayu² tadi Rambozzi® gam dan skrukan menjadi panel² seperti di dalam gambar di atas. Seterusnya Rambozzi® tampalkan pula 'plywood' ke atasnya, dan ditampal pula 'laminate' berwarna putih.
Ok, itu untuk bahagian 'kotak' 'kitchen drawers' nie. Seterusnya Rambozzi® nak cantumkan kesemua panel² tu menjadi dua biji 'kotak'.
Proses yang ringkas je. Rambozzi® cuma tebuk lubang² 'pilot holes' dan skrukan saja kesemua bahagian panel² tu.
Itulah hasilnya. Gambar di atas adalah merupakan asas kepada keseluruhan projek nie. Dengan siapnya dua kotak nie, Rambozzi® dapat tentukan saiz² untuk buat 'drawers' nanti. Setakat nie masih tiada masalah lagi untuk projek nie. Tapi, Rambozzi® dah tersalah ukur dan kira, dan dah kekurangan 'plywood' dan 'laminate' untuk bahagian² lainnya. Kosnya dah agak 'lari' sekarang dan besar kemungkinan Rambozzi® takkan mendapat untung yang banyak, atau mungkin rugi terus...
Sekarang Rambozzi® nak buat 'drawer' pulak. 'Drawer'² tu Rambozzi® akan 'bina' menggunakan kayu dan ditampal 'plywood' dan 'laminate'. Bunyinya mudah je:- potong kayu; buat rangka; tampal 'plywood' dan tampal 'laminate'. Tapi prosesnya tak semudah tu...
Ya, sekarang projek nie dah menjadi projek yang paling susah setakat nie! Sebenarnya, antara cara paling senang, cepat dan murah nak buat 'drawer' adalah dengan menggunakan papan atau 'plywood' yang tebal ataupun 'chipboard', bukannya dengan 'membinanya' satu-persatu menggunakan rangka² kayu. Sebab kalau guna kayu macam yang Rambozzi® buat sekarang nie, sangatlah susah dan tinggi kosnya.
Tapi, Rambozzi® tak ada pilihan sebab Rambozzi® tak boleh nak proses 'plywood' yang tebal ataupun 'chipboard'. Rambozzi® tak ada 'table saw' dan ruang kerja yang sesuai untuk potong 'plywood' atau 'chipboard' yang besar. Sebab tu Rambozzi® terpaksa buat kesemua 'drawer' tu menggunakan kayu. Sangatlah menyusahkan!
--------------------------------------------------
KEGAGALAN RAMBOZZI® - RUGI!
Jadi, Rambozzi® teruskan juga projek nie. Kosnya memang dah lari habis dah. Dan untuk projek nie, Rambozzi® rugi. Rambozzi® tak boleh nak naikkan harga lagi. Sebab dah 'deal' dengan Kak Haiza tempoh hari. Nak tak nak, Rambozzi® kena gunakan segala material yang ada dan cuba siapkan projek nie.
Rambozzi® positifkan lagi diri Rambozzi®. Dalam perniagaan, ada masa untung, ada masa rugi.
Kegagalan Rambozzi® kali nie sebenarnya adalah satu lagi langkah Rambozzi® ke arah kejayaan.
Wah! Lain macam 'penulisan' Rambozzi® kali nie hahahaha..
Dan, projek nie mengajar Rambozzi® beberapa perkara yang Rambozzi® takkan dapat di sekolah, kolej atau universiti sekalipun, iaitu pengalaman dan belajar dari kesilapan. Rambozzi® buat kerja kayu nie tanpa guru, cuma tengok Youtube dan baca blog je. Ilmu yang dapat adalah semasa membuat kerja² kayu. Pengalaman pun dari situ jugaklah.
Jadi, projek nie gagal daripada proses pertama lagi. Rambozzi® gagal dalam mengira kos dan barang dengan teliti dan tepat. Rambozzi® gagal semasa menentukan saiz untuk 'kitchen drawers' nie. Rambozzi® gagal membuat 'drawer'² dengan cantik dan kemas. Dan Rambozzi® gagal menemui cara terbaik untuk mengukur, menanda dan memasang kesemua 'drawer' dengan tepat dan cantik. Itu antara pengalaman Rambozzi® untuk projek nie.
Tapi, Rambozzi® teruskan juga projek nie. Dan, Rambozzi® cuba perbaiki mana² bahagian yang Rambozzi® rasa boleh dikemaskan lagi. Dan akhirnya , Rambozzi® berjaya menyiapkan projek Kitchen Drawers Kak Haiza nie.
--------------------------------------------------
Ok, itulah gambar Kitchen Drawers Kak Haiza yang 'berjaya' Rambozzi® siapkan. Nampak cantik dan kemas kan? Tapi sebenarnya hanya Rambozzi® je yang tahu masalah dan peritnya nak buat bende nih! Dan kalau ada 'tukang-tukang kayu' yang berpengalaman nampak gambar nie, dorang akan gelakkan Rambozzi® sebab dorang tahu di mana kelemahan projek Rambozzi® kali nie.
Jadi, Rambozzi® nak kongsi sikit beberapa pengalaman Rambozzi® semasa membuat projek nie. Rambozzi® cuma senaraikan beberapa perkara yang memang Rambozzi® gagal fikir dan rancang dengan baik.
Label 1 - Kalau diperhatikan dengan teliti, dapat dilihat jarak di antara 'drawer' tu tak seragam; ada yang rapat dan ada yang renggang.
Label 2 - 'Drawer' paling atas nie terlalu rapat ke atas dan bergesel dengan kotak 'drawer'.
Label 3 - 'Drawer' paling bawah tu pun terlalu rapat ke bawah dan juga bergesel dengan kotak 'drawer'.
Label 4 - 'Laminate' berwarna coklat tu sebenarnya tak cukup untuk menutupi keseluruhan 'drawer front' tu. Sebab tu, Rambozzi® 'tambahkan' 'laminate' berwarna putih tu. Itu bukan satu 'design' sebenarnya. Rambozzi® 'terpaksa' buat macam tu sebab kos Rambozzi® dah hampir sampai kepada harga jual 'drawer' nie. Sebab tu Rambozzi® kata projek nie gagal dan rugi.
Untuk menyiapkan 'drawer front' tu Rambozzi® dah habis fikir dah, sebab tu hasilnya macam tu. Rambozzi® cuma cuba siapkan projek nie dengan mengikut gerak hati Rambozzi® je. Apa respon Kak Haiza tu nanti, Rambozzi® tak tahu lagi. Dan untuk projek nie Rambozzi® bersedia, kalau Kak Haiza tak suka, maka Rambozzi® takkan jual kepada Kak Haiza dan Rambozzi® menanggung kerugian. Yang nie Rambozzi® tanggung!
Jadi, dengan itu siaplah projek kali nie, Kitchen Drawers Kak Haiza. Projek nie menyebabkan Rambozzi® terfikir nak beli satu lagi 'power tools' untuk memotong 'plywood' atau 'chipboard' yang tebal, sama ada 'circular saw' ataupun 'jigsaw'. Dan Rambozzi® rasa Rambozzi® akan beli secepat mungkin!
8 Comments
Hi bro, tumpang tanya...kat mana selalu dapat beli chipboard. Saya kat area Selangor
ReplyDeleteHai..kat area Taman Perindustrian Puchong Utama ada kedai2 yg jual chipboard..kat area kilang2 dkt sg buloh menghala ke paya jaras tu pun ada jugak..tp Rambozzi tak pernah beli sbb dorang jual saiz besar 4x8 dan kena potong sendiri kat situ kalau nk ikut saiz..
DeleteHi Rambozzi, apa size kayu untk buat panel tu? 2x1 ke?
DeleteHi Khalifah...panel2 tu Rambozzi guna kayu 1 x 1/2. Projek ni lg mudah kalau buat panel2 tu guna chipboard atau plywood. Tp buat masa nie Rambozzi tak boleh nak proses chipboard atau plywood, sbb tu guna kayu je. Kalau nak guna kayu 2x1 pun blh tapi bende ni akan jadi sgt berat.
Deletesalam mohon email kat saya gudiqcrew@gmail.com. sy mencari kat mana ader jual laminated tue yer hajat nak wat perabot sendiri di rumah :) :)
DeleteSalam gudiq Art N design...
Deletekalau nak beli chipboard blh try tgk kat kawasan perindustrian Puchong Utama.
Assalam Rambozi,
Delete"Laminate" tu ade jual di kedai hardware ke? Kalo di area bangi tau x kt mana?
Waalaikumussalam..
Deletekat bangi Rambozzi tak tahu..kat kawasan perindustrian puchong utama ada banyak.
sila join kami di FB page - Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia.
kat situ Rambozzi ada bg info pasal kedai yg jual laminate tu.