Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Rak Param masih lagi menjadi kegemaran. Kali nie Wan Fatimah Waje pun nak jugak rak macam nie. Dan Wan Fatimah Waje nie pun pernah tempah Rak Kunci Wan Fatimah Waje sebelum nie. Kali nie Wan Fatimah Waje minta Rambozzi® buatkan rak untuk dia letakkan oven kat rumah dia. Wan Fatimah Waje pun dah bagi ukuran yang dia nak dan jom start woodworking untuk Wan Fatimah Waje.


Seperti biasa, Rambozzi® kena potong kayu dulu la mengikut saiz yang diperlukan. 


Lepas tu tebuk pocket hole siap² untuk setiap kayu² tu.


Hahaha alang² dah ada dua set KREG® Pocket Hole Jig tu Rambozzi guna la serentak! Hehehehe cepat sikit siap pocket hole tu...


Dah siap semua pocket hole tu, Rambozzi® "sanding" dulu sedikit untuk menghaluskan kayu² tu.


Seterusnya proses memasang kerangka rak tu. Dan meja Black & Decker Workmate 225 tu pun memang berguna untuk proses memasang rak macam nie. Selepas Rambozzi® gam dan skrukan kerangka rak nie, Rambozzi® tinggalkan untuk kering selama semalaman sebab sesiku rak nie dah "lari sikit" sebenarnya. Jadi Rambozzi® terpaksa biar dia kering dulu supaya sesikunya kemas dan tepat.

Sementara nak tunggu kering tu Rambozzi® potong dulu siap² kayu² untuk dijadikan alas rak nie. Tapi Rambozzi® tak sempat la pulak nak ambik gambar...


Ok, gam pada kerangka rak tu pun dah kering. Seterusnya Rambozzi® kena skrukan kesemua kayu alas ke rak nie. Tapi takde gambar lagi hahahahaha...


Ok siap Rak Wan Fatimah Waje nie (tetiba je siap???). Rambozzi® cat dengan varnish tiga lapisan. Warna yang sama dengan Rak Param tempoh hari.


Seterusnya Rambozzi® nak pergi pasang rak nie kat rumah Wan Fatimah Waje. Jom ke rumah dia!


Ok inilah Rak Wan Fatimah Waje yang siap dipasang. Selesai!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan semasa Rambozzi berada di rumah Wan Fatimah Waje tu, Rambozzi® juga sempat melihat dan mengambil gambar Rak Kunci Wan Fatimah Waje tempoh hari. Dah siap digantung di dinding. Tapi gambar tu Rambozzi® tak siarkan di sini. Gambarnya ada dalam entry Rak Kunci Wan Fatimah Waje.

Pada hari itu juga, Rambozzi® menerima pujian yang cukup best daripada suami Wan Fatimah Waje! Dia tak puji rak yang baru siap nie (alamak...), tapi dia puji ukiran plastik acrylic pada Rak Kunci Wan Fatimah Waje tu! Wah!! Rambozzi® rasa macam masuk pertandingan pulak bila dia puji macam juri pertandingan! Kalau Rambozzi® tulis kat sini memang tak cukup ruang la senang citer hahahahaha....

Apa² pun, Rambozzi® ucapkan terima kasih kepada Wan Fatimah Waje dan suaminya. Dan Rambozzi® harap kedua² mereka berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi®.

Minggu lepas Rambozzi® dapat tempahan lagi daripada Laili, yang sebelum ini pernah tempah Meja Oven Laili. Kali nie Laili mintak Rambozzi® buatkan satu rak untuk dia letakkan perhiasan kat rumahnya. Tapi Laili ada design sendiri kali nie, yang pada asalnya Rambozzi® rasa agak mustahil "akan kukuh" kalau Rambozzi® buat. Tapi Rambozzi® nak cuba buat jugak, sebab ini juga adalah cabaran baru untuk Rambozzi®.

Untuk Rak Hiasan Laili kali nie Rambozzi® bercadang nak gunakan chipboard, sebab rak nie bertingkat² dan Rambozzi® rasa tak berapa yakin boleh buat kerja kayu yang cukup kukuh untuk rak nie. Dan Laili pun bersetuju dengan cadangan Rambozzi® tu. Jadi, jom start "sedikit" woodworking untuk Laili nie, heh heh heh...


Ya! Seperti yang Rambozzi® jangkakan sebelum start projek nie, memang akan ada masalah besar untuk buat rak nie. Gambar di atas adalah chipboard yang Rambozzi® cuba potong kepada saiz yang Rambozzi® nak, dan itulah hasilnya. Hancur terus laminate dia! 


Aduh macam mana nak buat bagi cantik nih? Untuk setiap tingkat rak nie, memang Rambozzi® kena potong dulu la kesemua chipboard tu. Tapi kalau dah macam nie hasil dia, memang masalah besar la kan? Tapi nasib baik Rambozzi® teringat pada perabot yang ada pvc edging tu. Rambozzi® rasa edging boleh tutup kelemahan atau keburukan chipboard nie...


Tapi Rambozzi® tak nak pakai pvc edging untuk rak nie. Kali nie Rambozzi® nak try guna veneer pulak. Kulit kayu yang Rambozzi® beli nie adalah kulit kayu nyatuh (kata Cina kedai tu la). Rambozzi® potong kepada saiz yang Rambozzi® nak guna sebagai edging untuk rak nie dan gam kepada rak tu.


Gambar di atas adalah proses menampal veneer tu pada rak. Tampal tu senang tapi nak trim supaya sama dengan sisi rak tu yang payah sikit. Sebab veneer tu mudah patah atau pecah atau terkoyak. Dan juga risiko mata pisau terkena pada laminate rak tu.

Untuk proses memasang dan seterusnya Rambozzi® tak sempat nak ambik gambar sebab Rambozzi® terlalu tension dengan projek nie. Rak nie cuma ada dua dinding je kat belakang sebagai support keseluruhan rak. Memang tak kukuh langsung la. Nak drill chipboard nie pun bukan macam drill kayu. Chipboard nie terlalu lembut dan mudah pecah. Nak skru pun kena hati²!!!


Akhirnya Rambozzi® berjaya memasang kesemua komponen rak nie dan juga menampal veneer dengan kemas di setiap sisi rak dan tingkat rak. Masalah seterusnya adalah tapak rak nie. Disebabkan rak nie terbuka di bahagian hadapannya dan takde kayu sokongan, maka risiko rak nie akan tumbang ke depan adalah sangat tinggi. Rambozzi® terpaksa alas tapaknya dengan beberapa keping chipboard lagi supaya lebih tebal dan tegap. Dan Rambozzi® juga tambahkan frame di sekeliling tapak tu supaya chipboard tu "terkepung" dan tak mudah pecah. Dan frame tu juga Rambozzi® tampalkan veneer supaya sekata warnanya dengan keseluruhan edging rak nie. Leceh punye keje!

Hasilnya, tapak rak nie (Rambozzi® rasa) cukup kuat untuk menampung berat keseluruhan rak nie.


Ok siap rak Laili nie. Rambozzi® akui rak nie nampak macam senang tapi berpeluh gak Rambozzi® nak siapkan. Peh!


Macam biasa, banyak lagi yang Rambozzi® perlu pelajari untuk kerja² kayu nie. Bab edging tu memang bukan boleh expert dalam masa  2-3 hari je.


Siap Rak Hiasan Laili! Rambozzi® harap Laili suka dan kena dengan idea asal Laili.

Jaja datang lagi! Kali nie Jaja nak Rambozzi® buat bekas untuk dia letak segala macam garam gula dan lain² pulak. Jaja betul² dah jadi pelanggan tetap Rambozzi®. Rasa²nya Jaja dah tak beli perabot kat kedai dah sejak jumpa Rambozzi® kot...hehehehehehe. Tapi Rambozzi® teringat, Jaja pernah cakap pada Rambozzi®, kalau beli rak kecik² macam nie yang diperbuat daripada plastik kat kedai, tak tahan lama dan tak boleh letak barang banyak sangat, apatah lagi yang berat². Sebab tu dia suka perabot atau rak² kecik macam nie daripada kayu. 

Rambozzi®  akui Rambozzi®  masih amatur lagi dalam kerja² kayu nie. Tapi dengan adanya Jaja sebagai salah seorang pelanggan tetap (atau peminat setia kot, haha), Rambozzi® semakin bersemangat dan berkeyakinan bahawa produk² hasil kerja tangan Rambozzi® adalah kemas dan boleh digunakan. Ok, untuk projek Tray Jaja 2 nie, tak banyak gambar proses yang Rambozzi® ambil. Sebab terlalu simple dan tak banyak proses.

Jaja pun dah bagi ukuran yang dia nak pada Rambozzi®. Dan, jom start woodworking untuk Jaja, lagi...


Macam projek Rak Jaja yang merupakan projek pertama "merasmikan" KREG® Pocket Hole Jig, Tray Jaja nie juga merupakan projek pertama yang dibuat menggunakan Black & Decker Workmate 225. Wah bertuah betul Jaja! Semua barang² terbaik Rambozzi® dia yang rasmikan!

'Tray' nie tak banyak sangat proses yang Rambozzi® nak share dalam entry blog kali nie. "Joint"nya pun simple dan dilekatkan guna gam dan skru je. Senang. Lepas tu Rambozzi® "sanding" sikit dan cat dengan 'varnish', dua lapisan. Siap!



Ok siap Tray Jaja nie. Kerja kayu yang simple dan kemas.





Pandangan dari atas. Boleh tahan berkilat 'varnish' tu. Apa² pun, Rambozzi® harap Jaja suka dan bersesuaian dengan apa yang dia nak letak atas 'tray' nie. I like!
Rambozzi® cukup bermasalah dengan meja kerja² pemasangan Rambozzi®. Paling problem bila nak clamp sesuatu terutamanya kayu. Meja kerja Rambozzi® yang sedia ada tak memudahkan kerja² Rambozzi®. Jadi Rambozzi® pun usya², Google², terjumpa Workbench/Workmate yang Rambozzi® rasakan sesuai untuk kerja² Rambozzi®.

Black & Decker® Workmate 225!!!

Asalnya Rambozzi® berkenan kepada Dremel® Work Bench Portative. Tapi workbench tu terlalu kecil dan rendah. Jadi Rambozzi® buat keputusan nak beli Black & Decker® Workmate 225.


Workmate nie Rambozzi® jumpa kat Ace Hardware. Boleh tahan la harga dia, tapi Rambozzi® dah berkenan, jadi Rambozzi® kena la keluarkan modal sikit untuk beli workmate nih. Memang la agak mahal, tapi kalau boleh guna lama dan berguna, memang berbaloi la. Harap² boleh tahan lama la hehehehe...


Meja itu sendiri tersedia skala untuk ukuran unit inci dan sentimeter. Ada la gunanya kat mana² tu nanti... Panjang dua keping papan meja tu 2 kaki. Tapi "lebar yang boleh dicapai" Rambozzi® tak ukur lagi hehehehehe.


Gambar di atas nie menunjukkan workmate tu dalam keadaan yang paling rendah. Boleh la digunakan bila malas atau tak perlu berdiri untuk buat kerja.


Gambar di atas nie pulak menunjukkan workmate tu bila "set kaki yang kedua" dibuka atau digunakan. Workmate nie ada "2 set kaki" yang boleh dilipat hehehehe.


Dan gambar di atas nie pulak menunjukkan workmate nie bila didirikan sepenuhnya. Tingginya lebih kurang 3 kaki kot dari lantai. Sesuai untuk kerja di dalam keadaan berdiri.

Workmate ni juga ada "vice"nya sendiri. Boleh la nak clamp kayu² yang tak berapa besar saiznya. Dan workmate nie juga ada 4 bijik "swivel pegs" (yang warna oren tu). Bende oren tu boleh dialih²kan ke lubang² yang tersedia di atas meja workmate nie. Dan ia berfungsi sebagai clamp, kot...


Dan last sekali, workmate nie boleh dilipat bila tak nak digunakan. Bila dilipat, tebalnya lebih kurang 4 atau 5 inci, memang menjimatkan ruang la. Boleh la kalau nak selit kat mana².


Ok, itu dia Black & Decker® Workmate 225. Rambozzi® harap workmate nie dapat membantu memudahkan lagi kerja² tangan Rambozzi®. Tapi Rambozzi® kena cari projek banyak² lagi dan kerja kuat² lagi la sebab banyak dah modal keluar nie hahahahahahaha



Hujung minggu baru nie Rambozzi® mendapat tempahan dari Kak Nor yang mahukan meja belajar untuk anak kesayangannya, Aishah. Dan yang istimewanya, Kak Nor sendiri yang membekalkan kayu untuk projek nie. Memandangkan kayu² tu "sangat cantik" untuk dibuang, jadi Kak Nor minta Rambozzi® hasilkan "sesuatu" daripada kayu² tu. 

Sebelum nie pun, Kak Nor pernah tempah beberapa "produk" dari Rambozzi®, iaitu Rak Kak Nor dan "Framed Wall Shelf Kak Nor". Dan kali nie, Kak Nor mengharapkan "keajaiban" dari tangan Rambozzi® untuk membuat meja khusus untuk anaknya. Heh heh heh.. Ok, jom start woodworking untuk Kak Nor nie..


Ok, gambar di atas adalah kayu² yang Kak Nor nak Rambozzi® jadikan meja untuk anaknya.


Kayu yang sangat cantik urat dan teksturnya.


Dan gambar di atas adalah kayu yang telah dipotong kepada saiz² yang Rambozzi® nak guna untuk meja tu. Kak Nor cuma bagi ukuran tinggi je untuk meja anaknya tu, iaitu lebih kurang 14-16 inci. Dan untuk lebar dan panjang meja tu, Rambozzi® akan gunakan semaksimum yang mungkin daripada kayu² tu.


First sekali, Rambozzi® kena buat table top dulu. Dan Rambozzi® akan gunakan teknik yang biasa digunakan oleh para woodworker yang menggunakan KREG® Pocket Hole Jig! Heh heh heh heh


Tebal kayu tu adalah 3/4 inci. Jadi Rambozzi® setkan pada KREG® Pocket Hole Jig tu kepada 3/4 inci juga, dan sama juga dengan KREG® Step Drill Bit.


Ok, jom tebuk pocket hole untuk semua bahagian kayu dulu.


Gambar di atas adalah table top daripada pandangan bawah. Table top yang penuh dengan pocket hole. Rambozzi® akui, KREG® Pocket Hole Jig sangat membantu Rambozzi® dalam menyiapkan projek² kayu. Settingnya yang sangat mudah dan cepat. Tapi disebabkan Rambozzi® terlalu syok tebuk pocket hole tu, Rambozzi® terlepas pandang kepada beberapa pocket hole yang "tak perlu sebenarnya!" hahahahahaha!


Inilah hasilnya selepas kayu² tu dicantumkan menjadi table top. Proses yang simple dan senang je, jadi Rambozzi® tak ambil gambar la untuk proses mencantumkan kayu² tu.



Table top pun dah siap dan cantik. Tapi Rambozzi® nak "tambahkan" sedikit lagi sentuhan ke atas table top tu. Tak banyak pun, cuma Rambozzi® nak "route" sisi meja tu bagi nampak cantik sikit je lagi. Tapi Rambozzi® terlupa la pulak nak ambik gambar hasilnya lepas tu...


Ok, sekarang Rambozzi® buat kaki meja tu pulak. Sebenarnya, untuk projek nie, Rambozzi® gunakan 100% kayu² Kak Nor tu je. Dan Rambozzi® tak proses langsung kayu² tu. Rambozzi® tak belah kayu² tu kepada saiz² yang tertentu. Rambozzi® betul² gunakan kayu² tu seadanya hehehe.


Siap semua kaki² untuk meja tu.


Sekarang proses untuk mencantumkan kesemua kaki² meja tu ke meja.


Gambar di atas ni pula sebenarnya Rambozzi® nak kukuhkan lagi kaki² tu ke meja. Jadi, untuk setiap kaki tu Rambozzi® skrukan 5 skru ke meja. Dengan menggunakan KREG® Pocket Hole Jig tu, senang nak tebuk pocket hole ke kayu yang telah siap dipasang. Cuma cabut je Positioning Sliders dan juga Clamp Pad Adapter tu dan skrukan jig tu ke kayu, dan tebuk pocket hole.


Ok siap Study Table / Coffee Table Aishah. Rambozzi® taipkan "/ Coffee Table" tu sebab Rambozzi® rasa meja tu pun sesuai jugak dijadikan coffee table. Simple, kemas dan cantik. Rambozzi® tak cat langsung meja nie sebab warna kayunya dah cukup cantik. Cuma Rambozzi® "sanding" 3 kali dengan kertas pasir 220 grit, dan bersihkan menggunakan sejenis minyak tu (apa nama ntah minyak tu tapi cap Formby's® la, jumpa kat Ace Hardware). Wangi baunya.


Table top yang sangat cantik. Meja yang sangat cantik!

Wah! Hujung minggu yang sibuk dengan woodworking! Dalam dua hari nie Rambozzi® bertungkus lumus menyiapkan tiga projek iaitu Rak Jaja, Rak Kunci Wan Fatimah Waje dan Meja Tungku Dapur Cathy Cat. Tapi projek Meja Tungku Dapur Cathy Cat adalah projek kayu yang paling susah yang Rambozzi® buat setakat nie.

Cathy Cat minta Rambozzi® buatkan satu alas (bukan meja) untuk dia letakkan dapurnya. Dapur bulat yang biasa digunakan di gerai² atau restoran². Cathy Cat mintak senang je, "tak perlu cantik tapi mestilah kukuh dan kuat untuk letakkan dapur dan boleh dilipat bila nak disimpan". Wah! Bunyi macam senang tapi dekat seminggu jugak Rambozzi® pikir dan cari pelan untuk projek nie. Masalah Rambozzi® ialah macam mana nak buat kaki meja yang boleh dilipat. Setelah puas google akhirnya Rambozzi® terjumpa satu design meja dan pelannya sekali. Namanya "a very nice table that folds up and packs flat".

Dan Rambozzi® amat berterima kasih kepada mamat nie yang tak kedekut berkongsi hasilnya kerja dan juga pelannya sekali. Terima kasih greydragon.org! Rambozzi® dapatkan pelannya di sini -> http://www.greydragon.org/furniture/foldingtable.html

Ok, sekarang Rambozzi® nak try buat meja boleh lipat nie untuk kegunaan Cathy Cat. Jom mula woodworking untuk Cathy Cat.


Untuk projek Meja Tungku Dapur Cathy Cat nie, Rambozzi® cuma gunakan kayu 1*2 inci je untuk kesemua bahagian kaki meja boleh lipat nie. Rambozzi® takde ukuran yang khusus sebenarnya, cuma ukur ikut suka je sebab Cathy Cat nak meja yang tingginya lebih kurang 2 kaki.


Lubang² untuk kaki² meja tu pun dah siap ditebuk. Sekarang Rambozzi® nak masukkan kayu bulat tu sebagai "pivot" (binatang apa pivot?).  Ok semuanya masuk dengan cantik dan ngam².


Dan sekarang adalah bahagian yang paling kritikal sekali di dalam projek Meja Tungku Dapur Cathy Cat nie! Masalah pertama Rambozzi® adalah, bagaimana nak tahu sudut yang tepat untuk potong bahagian bawah kaki meja nie? Kalau mengikutkan mamat tu, untuk mendapatkan sudut tu kena gunakan "Pythagorean theorem". "Pythagorean theorem"? (Binatang apa pulak "Pythagorean theorem"?) Bab nie Rambozzi® memang buntu jugak pada mulanya. Rambozzi® mula rasa menyesal sebab tak belajar matematik dengan bersungguh-sungguh masa sekolah dulu.

Akhirnya Rambozzi® terpaksa buat dengan cara manual habis. Rambozzi® try potong kayu terbuang dulu untuk tengok macam mana ketegakan kaki meja tu bila disengetkan. Sebenarnya Rambozzi® try dua kali je hehehehehe. Pertama sekali Rambozzi® try potong miter 30°. Tapi bukaan kaki meja tu agak rapat. Jadi Rambozzi® nak luaskan sikit bukaan tu dan Rambozzi® potong lagi sekali kayu terbuang kali nie dengan miter 36°. Dan nampak bukaan kaki meja tu agak luas dan nampak stabil.

"Sebenarnya memang salah habis la cara Rambozzi® buat tu. Tapi dah memang tak tahu, nak buat macam mana lagi. Heh heh heh heh..."

Jadi, bila dah dapat bukaan kaki meja yang Rambozzi® nak, barulah Rambozzi® dapat tentukan saiz table top pulak. Dan untuk bahagian dalam atas kaki meja tu, sebagaimana di dalam gambar di atas, Rambozzi® kena bulatkan hujung kayu tu supaya table top dapat duduk dengan rata di atas kaki tu. Rambozzi® cuma potong 45°, senang.

Masalah seterusnya yang Rambozzi® hadapi ialah, macam mana nak pastikan kedua-dua belah table top tu bertemu dengan tepat di tengah² kaki meja tu. Rambozzi® gunakan cara mudah, cuma perlu ukur dan tandakan di tengah² kayu alas tu, dan pasang table top satu persatu start dari garisan tengah tu.


Dan inilah hasilnya setelah dipasang table top. Dapat dilihat di dalam gambar di atas, jarak antara kaki² meja yang tak sama antara satu sama lain. Bila dah pasang baru Rambozzi® terfikir, kena letakkan sesuatu sebagai "spacer" untuk menjarakkan kaki² meja tu dengan sama jaraknya. Bila kaki² meja tu bergesel antara satu sama lain, tak lembut la bila nak buka dan tutup meja nie. Ok, sekarang Rambozzi® rasa Rambozzi® dah faham dan tahu macam mana nak buat meja lipat macam nie lagi akan datang...

Dan untuk bahagian table top tu, Rambozzi® rasa Rambozzi® takkan gunakan plywood dah lain kali. Kurang menarik. Rambozzi® akan gunakan teknik table top yang sama yang Rambozzi® gunakan untuk Meja Microwave Jaja, Meja Oven Laili atau meja Bedroom Side Table Safa. Design macam tu dah jadi macam trademark Rambozzi®.


Gambar di atas adalah dari pandangan sisi meja. Bila dilipat, saiznya hanya lebih kurang 3-1/2 inci. Memang menjimatkan ruang.


Gambar di atas pula menunjukkan keadaan meja tu bila dibuka atau bila hendak digunakan.


Gambar di atas menunjukkan bahagian atas kaki meja yang Rambozzi® telah potong 45°. Jadi table top dapat duduk dengan tepat dan rata di atas kaki tu.



Dan gambar di atas pula menunjukkan garisan tengah untuk meja nie, dan juga merupakan "guide" untuk Rambozzi® pasang kedua-dua belah table top tu. Bila kedua-dua table top tu bertemu di tengah², meja tu akan automatik "lock" atau "terkunci" (heh heh heh) dengan rapat dan kemas.



Rupanya tak habis lagi masalah yang Rambozzi® hadapi dalam menyiapkan projek nie. Kadang², bila kedua-dua table top tu bertemu di tengah², table top tu tak berapa center sebenarnya. Masalah nie berpunca daripada ruangan atau "space" di antara kaki² kayu yang tak sama jaraknya. Jadi Rambozzi® tambahkan satu lagi kayu sebagaimana di dalam gambar di atas sebagai "stop" atau "guide" untuk memastikan kedua-dua table top bertemu dengan tepat di tengah² dan tak senget.

"Rambozzi® hanya berkesempatan menggunakan KREG® Pocket Hole Jig sekali je di dalam projek nie.. Heh heh heh heh"


Ok siap juga akhirnya projek Meja Tungku Dapur Cathy Cat! Dapat dilihat di dalam gambar di atas kedua-dua table top bertemu dengan tepat di tengah² mengikut garisan panduan tu. Dan Cathy Cat pun tak nak meja tu dicat. Dia nak siap macam tu je.


Pandangan dari atas Meja Tungku Dapur Cathy Cat. Rambozzi® rasa Rambozzi® akan buat satu lagi meja lipat macam nie, tapi dengan table top ala-Rambozzi®. Untuk kegunaan Rambozzi® sendiri la. Boleh letak kipas ke pasu bunga ke, tengok la nanti bila Rambozzi® free. Untuk meja Cathy Cat nie, Rambozzi® cuma mengikut kehendak pelanggan. Dan Rambozzi® harap Cathy Cat suka meja nie dan sesuai dengan kegunaan Cathy Cat nanti.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

...sambungan...


Cathy Cat juga mintak Rambozzi® buatkan satu tempat khas untuk dia letakkan dapur dia nanti. Dia nak letak batu-bata atas meja tu dan letakkan dapur atas batu-bata tu. Jadi, Rambozzi® kena buat satu alas atau "takungan kayu" la untuk batu-bata tu. Nasib baik ada kayu lebihan daripada Meja Tungku Dapur Cathy Cat tu...


Batu-bata tu Rambozzi® "jumpe" kat tepi jalan je. Rambozzi® "rembat" 4 bijik pastu lari cepat² hahahahahaha.


Rambozzi® dah ukur siap² ikut saiz batu-bata tu dan pastikan ngam² untuk 4 bijik batu-bata tu.


Ok siap. Senang je ni. Tak payah "sanding" tak payah cat.


Berat jugak bila dah letak batu-bata tu. Cathy Cat akan letak "benda nie" atas meja lipat dia tu, dan letak dapur atas batu-bata tu. Boleh tahan berat jugak tuh. Hmmm... macam² "order" Rambozzi® dapat dari customer. Rambozzi® ikut kan je. Jangan runtuh meja lipat tu dah la.. Selamat memasak Cathy Cat!
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ▼  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ▼  April 2013 (10)
      • - Rak Wan Fatimah Waje
      • - Rak Hiasan Laili
      • - Tray Jaja
      • - Black & Decker® Workmate 225
      • - Study Table / Coffee Table Aishah
      • - Meja Tungku Dapur Cathy Cat
      • - Penyangkut Kunci Wan Fatimah Waje
      • - Rak Jaja
      • - Kunci Mama Kunci Papa Lela
      • - KREG® POCKET HOLE JIG!!!
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes