- Meja Tungku Dapur Cathy Cat


Wah! Hujung minggu yang sibuk dengan woodworking! Dalam dua hari nie Rambozzi® bertungkus lumus menyiapkan tiga projek iaitu Rak Jaja, Rak Kunci Wan Fatimah Waje dan Meja Tungku Dapur Cathy Cat. Tapi projek Meja Tungku Dapur Cathy Cat adalah projek kayu yang paling susah yang Rambozzi® buat setakat nie.

Cathy Cat minta Rambozzi® buatkan satu alas (bukan meja) untuk dia letakkan dapurnya. Dapur bulat yang biasa digunakan di gerai² atau restoran². Cathy Cat mintak senang je, "tak perlu cantik tapi mestilah kukuh dan kuat untuk letakkan dapur dan boleh dilipat bila nak disimpan". Wah! Bunyi macam senang tapi dekat seminggu jugak Rambozzi® pikir dan cari pelan untuk projek nie. Masalah Rambozzi® ialah macam mana nak buat kaki meja yang boleh dilipat. Setelah puas google akhirnya Rambozzi® terjumpa satu design meja dan pelannya sekali. Namanya "a very nice table that folds up and packs flat".

Dan Rambozzi® amat berterima kasih kepada mamat nie yang tak kedekut berkongsi hasilnya kerja dan juga pelannya sekali. Terima kasih greydragon.org! Rambozzi® dapatkan pelannya di sini -> http://www.greydragon.org/furniture/foldingtable.html

Ok, sekarang Rambozzi® nak try buat meja boleh lipat nie untuk kegunaan Cathy Cat. Jom mula woodworking untuk Cathy Cat.


Untuk projek Meja Tungku Dapur Cathy Cat nie, Rambozzi® cuma gunakan kayu 1*2 inci je untuk kesemua bahagian kaki meja boleh lipat nie. Rambozzi® takde ukuran yang khusus sebenarnya, cuma ukur ikut suka je sebab Cathy Cat nak meja yang tingginya lebih kurang 2 kaki.


Lubang² untuk kaki² meja tu pun dah siap ditebuk. Sekarang Rambozzi® nak masukkan kayu bulat tu sebagai "pivot" (binatang apa pivot?).  Ok semuanya masuk dengan cantik dan ngam².


Dan sekarang adalah bahagian yang paling kritikal sekali di dalam projek Meja Tungku Dapur Cathy Cat nie! Masalah pertama Rambozzi® adalah, bagaimana nak tahu sudut yang tepat untuk potong bahagian bawah kaki meja nie? Kalau mengikutkan mamat tu, untuk mendapatkan sudut tu kena gunakan "Pythagorean theorem""Pythagorean theorem"? (Binatang apa pulak "Pythagorean theorem"?) Bab nie Rambozzi® memang buntu jugak pada mulanya. Rambozzi® mula rasa menyesal sebab tak belajar matematik dengan bersungguh-sungguh masa sekolah dulu.

Akhirnya Rambozzi® terpaksa buat dengan cara manual habis. Rambozzi® try potong kayu terbuang dulu untuk tengok macam mana ketegakan kaki meja tu bila disengetkan. Sebenarnya Rambozzi® try dua kali je hehehehehe. Pertama sekali Rambozzi® try potong miter 30°. Tapi bukaan kaki meja tu agak rapat. Jadi Rambozzi® nak luaskan sikit bukaan tu dan Rambozzi® potong lagi sekali kayu terbuang kali nie dengan miter 36°. Dan nampak bukaan kaki meja tu agak luas dan nampak stabil.

"Sebenarnya memang salah habis la cara Rambozzi® buat tu. Tapi dah memang tak tahu, nak buat macam mana lagi. Heh heh heh heh..."

Jadi, bila dah dapat bukaan kaki meja yang Rambozzi® nak, barulah Rambozzi® dapat tentukan saiz table top pulak. Dan untuk bahagian dalam atas kaki meja tu, sebagaimana di dalam gambar di atas, Rambozzi® kena bulatkan hujung kayu tu supaya table top dapat duduk dengan rata di atas kaki tu. Rambozzi® cuma potong 45°, senang.

Masalah seterusnya yang Rambozzi® hadapi ialah, macam mana nak pastikan kedua-dua belah table top tu bertemu dengan tepat di tengah² kaki meja tu. Rambozzi® gunakan cara mudah, cuma perlu ukur dan tandakan di tengah² kayu alas tu, dan pasang table top satu persatu start dari garisan tengah tu.


Dan inilah hasilnya setelah dipasang table top. Dapat dilihat di dalam gambar di atas, jarak antara kaki² meja yang tak sama antara satu sama lain. Bila dah pasang baru Rambozzi® terfikir, kena letakkan sesuatu sebagai "spacer" untuk menjarakkan kaki² meja tu dengan sama jaraknya. Bila kaki² meja tu bergesel antara satu sama lain, tak lembut la bila nak buka dan tutup meja nie. Ok, sekarang Rambozzi® rasa Rambozzi® dah faham dan tahu macam mana nak buat meja lipat macam nie lagi akan datang...

Dan untuk bahagian table top tu, Rambozzi® rasa Rambozzi® takkan gunakan plywood dah lain kali. Kurang menarik. Rambozzi® akan gunakan teknik table top yang sama yang Rambozzi® gunakan untuk Meja Microwave Jaja, Meja Oven Laili atau meja Bedroom Side Table Safa. Design macam tu dah jadi macam trademark Rambozzi®.


Gambar di atas adalah dari pandangan sisi meja. Bila dilipat, saiznya hanya lebih kurang 3-1/2 inci. Memang menjimatkan ruang.


Gambar di atas pula menunjukkan keadaan meja tu bila dibuka atau bila hendak digunakan.


Gambar di atas menunjukkan bahagian atas kaki meja yang Rambozzi® telah potong 45°. Jadi table top dapat duduk dengan tepat dan rata di atas kaki tu.



Dan gambar di atas pula menunjukkan garisan tengah untuk meja nie, dan juga merupakan "guide" untuk Rambozzi® pasang kedua-dua belah table top tu. Bila kedua-dua table top tu bertemu di tengah², meja tu akan automatik "lock" atau "terkunci" (heh heh heh) dengan rapat dan kemas.



Rupanya tak habis lagi masalah yang Rambozzi® hadapi dalam menyiapkan projek nie. Kadang², bila kedua-dua table top tu bertemu di tengah², table top tu tak berapa center sebenarnya. Masalah nie berpunca daripada ruangan atau "space" di antara kaki² kayu yang tak sama jaraknya. Jadi Rambozzi® tambahkan satu lagi kayu sebagaimana di dalam gambar di atas sebagai "stop" atau "guide" untuk memastikan kedua-dua table top bertemu dengan tepat di tengah² dan tak senget.

"Rambozzi® hanya berkesempatan menggunakan KREG® Pocket Hole Jig sekali je di dalam projek nie.. Heh heh heh heh"


Ok siap juga akhirnya projek Meja Tungku Dapur Cathy Cat! Dapat dilihat di dalam gambar di atas kedua-dua table top bertemu dengan tepat di tengah² mengikut garisan panduan tu. Dan Cathy Cat pun tak nak meja tu dicat. Dia nak siap macam tu je.


Pandangan dari atas Meja Tungku Dapur Cathy CatRambozzi® rasa Rambozzi® akan buat satu lagi meja lipat macam nie, tapi dengan table top ala-Rambozzi®. Untuk kegunaan Rambozzi® sendiri la. Boleh letak kipas ke pasu bunga ke, tengok la nanti bila Rambozzi® free. Untuk meja Cathy Cat nie, Rambozzi® cuma mengikut kehendak pelanggan. Dan Rambozzi® harap Cathy Cat suka meja nie dan sesuai dengan kegunaan Cathy Cat nanti.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

...sambungan...


Cathy Cat juga mintak Rambozzi® buatkan satu tempat khas untuk dia letakkan dapur dia nanti. Dia nak letak batu-bata atas meja tu dan letakkan dapur atas batu-bata tu. Jadi, Rambozzi® kena buat satu alas atau "takungan kayu" la untuk batu-bata tu. Nasib baik ada kayu lebihan daripada Meja Tungku Dapur Cathy Cat tu...


Batu-bata tu Rambozzi® "jumpe" kat tepi jalan je. Rambozzi® "rembat" 4 bijik pastu lari cepat² hahahahahaha.


Rambozzi® dah ukur siap² ikut saiz batu-bata tu dan pastikan ngam² untuk 4 bijik batu-bata tu.


Ok siap. Senang je ni. Tak payah "sanding" tak payah cat.


Berat jugak bila dah letak batu-bata tu. Cathy Cat akan letak "benda nie" atas meja lipat dia tu, dan letak dapur atas batu-bata tu. Boleh tahan berat jugak tuh. Hmmm... macam² "order" Rambozzi® dapat dari customerRambozzi® ikut kan je. Jangan runtuh meja lipat tu dah la.. Selamat memasak Cathy Cat!

3 Comments

  1. Replies
    1. Projek nie sbnrnya buat cincai je sbb si Cat tu nak mcm tu..
      Harga Rambozzi bergantung pada saiz dan design..
      Kalau berminat, PM Rambozzi -facebook.com/SRambozzi

      Delete
  2. Makasih tutorialnya sangat membantu.
    Salam dari INDONESIA

    ReplyDelete