- KREG® POCKET HOLE JIG!!!


FINALLY!!! Yes! Akhirnya Rambozzi® dapat jugak KREG® Pocket Hole Jig nih! Mamat yg iklan dalam Mudah tu helo Rambozzi® hujung minggu baru nie, katanya "stok KREG® dah sampai, encik masih berminat lagi ke nak beli?" Rambozzi® tak pikir panjang, terus cakap ya je. Mulanya dia nak courier je pada Rambozzi®. Tapi Rambozzi® tak dapat tahan perasaan dan sabar. Jadi keesokannya Rambozzi® terus bergegas ke kedai dia. Rambozzi® nak tengok dan pegang dulu baru beli.


Alang² dah sampai ke Malaysia, Rambozzi® beli dua set terus. KREG Jig® Mini dan KREG Jig® Jr. Harga untuk pasaran Malaysia nie agak mahal la. Tapi Rambozzi® tak kira dah semua tu. Memang Rambozzi® nak sangat KREG® ni. Lagipun KREG® ni tahan lasak dan "lifetime warranty". Dan original "Made in USA".



Dan tiba masa untuk keluarkan dari kotak. Jeng! Jeng! Jeng! Peh! Saspen beb! Hahahaha! Packaging yang sangat cantik dan menarik. Rasa sayang nak keluarkan dari kotak hehehe. Rambozzi® rasa sangat teruja, kalah perasaan jatuh cinta kali pertama!



Dan ini isi dalamnya, set lengkap sama macam iklan dalam web KREG®.


Ini set lengkap untuk KREG Jig® Jr.



Dan ini pula set lengkap untuk KREG Jig® Mini.


Dua set KREG® Pocket Hole Jig milik Rambozzi®. Dan kotak KREG Jig® Jr. tu pulak ngam² boleh simpan KREG Jig® Mini tu sekali. Rambozzi® rasa, dalam banyak² tools yang Rambozzi® dah beli setakat nie, KREG Jig® nie adalah tools kegemaran, kesayangan dan kebanggaan Rambozzi®. My Precious!


Sekarang tiba masanya untuk "try test tengok" KREG Jig® nie. Kombinasi terbaik BOSCH® Cordless Drill dan KREG® Step Drill Bit! Hehehe


Dan inilah hasilnya pocket hole menggunakan KREG® Pocket Hole JigRambozzi® test kedua-dua KREG Jig® nie. Masing² khusus untuk saiz kayu yang berkenaan.


Rambozzi® try pada kayu terbuang je. Pocket hole yang kemas dan cantik. Perfect! Hmm.. macam mana Rambozzi® nak komen ye...Rambozzi® ni amatur dan bukan seorang yang pandai dan tepat untuk review produk ni hahahaha. Tapi boleh la review sikit sebagai pengguna kot... 

Ok... untuk KREG® Step Drill Bit dan KREG® Pocket Hole Jig nie, bila Rambozzi® drill pada kayu tu, sangat lembut dan lancar tebukan lubangnya. Tiada lekat² atau tersekat². Sangat lancar dan laju. Sekejap je dah siap lubang tu. Nak setting atau positioning jig tu pada kayu pun senang dan menjimatkan masa. Mana² jenis kayu atau saiz kayu pun takkan menjadi masalah. Yang paling penting sekali, positioning jig nie sangat tepat dan berkesan! Letak je pada kayu mengikut setting untuk kayu tu, dan drill. Skru akan keluar dengan tepat di tengah² kayu yang ditebuk. Cuma kalau nak center jig ni pada kayu je kena set secara manual.

Untuk cantuman kayu ke kayu pula, dengan menggunakan skru khusus dari KREG® iaitu KREG® "self-tapping screws" yang dibekalkan di dalam pakej nie, bila Rambozzi® skrukan menggunakan Cordless Drill, dapat dirasakan "tarikan" dari kayu yang dah dilubangkan tu ke kayu lagi satu tu. Macam magnet plak. Tapi itulah hasilnya. Sangat kemas dan sambungan kayu pun jadi tepat dan kukuh. Memang tak lari la senang citer...

Ok, selesai untuk KREG® Pocket Hole Jig. Walaupun KREG® ni direka untuk memudahkan kerja membuat pocket hole, tapi Rambozzi® tetap kena praktis banyak kali jugak ni. Rambozzi® rasa, bidang pertukangan kayu di zaman "social media" nie dah menjadi semakin menarik dan seronok untuk diceburi. Peralatan pertukangan yang ada di pasaran sekarang sangat menarik dan sangat membantu memudahkan, mempercepatkan dan mencantikkan lagi hasil kerja kayu. Yang pentingnya keseronokan ketika membuat kerja kayu tu. Tak dapat Rambozzi® nak luahkan, kena try buat sendiri baru tahu keseronokan seorang tukang kayu nie hehehehehehe....


Dan sebelum Rambozzi® terlupa, terima kasih banyak² En. Awie sebab ingat dan telefon Rambozzi® maklumkan tentang "ketibaan" KREG® Pocket Hole Jig ni ke Malaysia hehehe. Walaupun dah lama tapi dia masih ingat Rambozzi® dan simpankan untuk Rambozzi®. Nasib baik Rambozzi® tak maki dia dalam blog aritu hahahaha....

10 Comments

  1. saya pun tengah pikir nk ambil satu kreg jig..tgok harga boleh tahan jugak. agak2 berbaloikan beli kreg jig nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KREG nie sangat²lah berbaloi! mahal sikit takpe..
      Rambozzi cadangkan kalau utk projek² kecik mcm Rambozzi, beli Kreg Jig® Jr. R3 atau Kreg Jig® Mini.
      tapi kalau utk projek² yg agak besar, KREG Jig K4 tu pun ok.

      Delete
    2. assalamualakum...tuan bapa harganya yang mini tu...

      Delete
  2. Boleh beri alamat atau telepon nombor kedai yg jual Kreg Jig ni..saya berminat utk beli..tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je..pegi je ke MUDAH.MY dan search KREG..
      jgn lupa pilih ENTIRE MALAYSIA..
      segala maklumat KREG ada kat situ..
      atau blh call terus AWIE 013-328 4545 (Paya Jaras, Selangor)

      Delete
    2. ada sesiapa nak jual KREG Pocket Hole jig mini,, saya nak beli

      Delete
    3. nang kubai try tgk dalam mudah.my

      Delete
  3. boleh guna sbarang skru ke kalau nk sambung kayu tu..... ke guna skru yg kreg jig jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je roszaidi osman. Tapi memang takkan sama macam Kreg Screw.
      Boleh baca artikelnya lagi:-

      http://rambozzi.blogspot.com/2014/11/rambozzi-skru.html

      Delete
  4. assalamualaikum..tuan berapa harga kreg mini tu...

    ReplyDelete