- Framed Wall Shelf Kak Nor



Semasa Rambozzi® pergi pasang Rak Kak Nor tu, sebenarnya Rambozzi® turut pasang sekali Framed Wall Shelf yang Kak Nor beli dari Rambozzi® lama dulu. Tapi takde orang nak pasang. Jadi Rambozzi® tolong pasangkan sekali untuk Kak Nor.



Yang nie lama dulu Rambozzi® buat, masa baru² berkecimpung dalam kerja pertukangan kayu ni. Sape² yang baru buat kerja kayu, pasti nak dan akan buat frame gambar hahahahahaha! Tapi Rambozzi® kreatif sikit je, Rambozzi® letak alas kat depan frame dan dia jadi wall shelf. Cool!

0 Comments