- Study Table / Coffee Table Aishah


Hujung minggu baru nie Rambozzi® mendapat tempahan dari Kak Nor yang mahukan meja belajar untuk anak kesayangannya, Aishah. Dan yang istimewanya, Kak Nor sendiri yang membekalkan kayu untuk projek nie. Memandangkan kayu² tu "sangat cantik" untuk dibuang, jadi Kak Nor minta Rambozzi® hasilkan "sesuatu" daripada kayu² tu. 

Sebelum nie pun, Kak Nor pernah tempah beberapa "produk" dari Rambozzi®, iaitu Rak Kak Nor dan "Framed Wall Shelf Kak Nor". Dan kali nie, Kak Nor mengharapkan "keajaiban" dari tangan Rambozzi® untuk membuat meja khusus untuk anaknya. Heh heh heh.. Ok, jom start woodworking untuk Kak Nor nie..


Ok, gambar di atas adalah kayu² yang Kak Nor nak Rambozzi® jadikan meja untuk anaknya.


Kayu yang sangat cantik urat dan teksturnya.


Dan gambar di atas adalah kayu yang telah dipotong kepada saiz² yang Rambozzi® nak guna untuk meja tu. Kak Nor cuma bagi ukuran tinggi je untuk meja anaknya tu, iaitu lebih kurang 14-16 inci. Dan untuk lebar dan panjang meja tu, Rambozzi® akan gunakan semaksimum yang mungkin daripada kayu² tu.


First sekali, Rambozzi® kena buat table top dulu. Dan Rambozzi® akan gunakan teknik yang biasa digunakan oleh para woodworker yang menggunakan KREG® Pocket Hole Jig! Heh heh heh heh


Tebal kayu tu adalah 3/4 inci. Jadi Rambozzi® setkan pada KREG® Pocket Hole Jig tu kepada 3/4 inci juga, dan sama juga dengan KREG® Step Drill Bit.


Ok, jom tebuk pocket hole untuk semua bahagian kayu dulu.


Gambar di atas adalah table top daripada pandangan bawah. Table top yang penuh dengan pocket holeRambozzi® akui, KREG® Pocket Hole Jig sangat membantu Rambozzi® dalam menyiapkan projek² kayu. Settingnya yang sangat mudah dan cepat. Tapi disebabkan Rambozzi® terlalu syok tebuk pocket hole tu, Rambozzi® terlepas pandang kepada beberapa pocket hole yang "tak perlu sebenarnya!" hahahahahaha!


Inilah hasilnya selepas kayu² tu dicantumkan menjadi table top. Proses yang simple dan senang je, jadi Rambozzi® tak ambil gambar la untuk proses mencantumkan kayu² tu.



Table top pun dah siap dan cantik. Tapi Rambozzi® nak "tambahkan" sedikit lagi sentuhan ke atas table top tu. Tak banyak pun, cuma Rambozzi® nak "route" sisi meja tu bagi nampak cantik sikit je lagi. Tapi Rambozzi® terlupa la pulak nak ambik gambar hasilnya lepas tu...


Ok, sekarang Rambozzi® buat kaki meja tu pulak. Sebenarnya, untuk projek nie, Rambozzi® gunakan 100% kayu² Kak Nor tu je. Dan Rambozzi® tak proses langsung kayu² tu. Rambozzi® tak belah kayu² tu kepada saiz² yang tertentu. Rambozzi® betul² gunakan kayu² tu seadanya hehehe.


Siap semua kaki² untuk meja tu.


Sekarang proses untuk mencantumkan kesemua kaki² meja tu ke meja.


Gambar di atas ni pula sebenarnya Rambozzi® nak kukuhkan lagi kaki² tu ke meja. Jadi, untuk setiap kaki tu Rambozzi® skrukan 5 skru ke meja. Dengan menggunakan KREG® Pocket Hole Jig tu, senang nak tebuk pocket hole ke kayu yang telah siap dipasang. Cuma cabut je Positioning Sliders dan juga Clamp Pad Adapter tu dan skrukan jig tu ke kayu, dan tebuk pocket hole.


Ok siap Study Table / Coffee Table AishahRambozzi® taipkan "/ Coffee Table" tu sebab Rambozzi® rasa meja tu pun sesuai jugak dijadikan coffee table. Simple, kemas dan cantik. Rambozzi® tak cat langsung meja nie sebab warna kayunya dah cukup cantik. Cuma Rambozzi® "sanding" 3 kali dengan kertas pasir 220 grit, dan bersihkan menggunakan sejenis minyak tu (apa nama ntah minyak tu tapi cap Formby's® la, jumpa kat Ace Hardware). Wangi baunya.


Table top yang sangat cantik. Meja yang sangat cantik!

9 Comments

  1. hi rambozzi,
    saya nak tempah dressing table boleh?
    mcm mana nak contact awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai...
      dressing table tu agak advance utk skil dan kemahiran Rambozzi setakat hari nie..
      design frame cermin dan kaki meja yg berukir cantik segala mcm tu Rambozzi tak khatam lg..
      blh tgk mcm mana hasil kerja Rambozzi setakat nie..basic habis.
      itu je yg blh Rambozzi bagi..
      contact Rambozzi 016-952 7489

      Delete
  2. Hi Rambozzi, skru2 pocket hole yg Rambozzi gunakan tu mmg skru khas dr Kreg atau skru kayu biasa ada di kedai hardware? TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai....Rambozzi guna skru biasa je jenis DRYWALL SCREWS tu..
      skru Kreg tu mahal, sikit pulak tu..

      Delete
    2. boleh saya tau..kayu2 yg digunakan ini dari jenis apa yer?

      br

      redzuan

      Delete
  3. Assalamualaikum tuan. better guna jig skru juga @ dry wall nya skru selepas guna jig hole?

    ReplyDelete