Rambozzi® cukup bermasalah dengan meja kerja² pemasangan Rambozzi®. Paling problem bila nak clamp sesuatu terutamanya kayu. Meja kerja Rambozzi® yang sedia ada tak memudahkan kerja² Rambozzi®. Jadi Rambozzi® pun usya², Google², terjumpa Workbench/Workmate yang Rambozzi® rasakan sesuai untuk kerja² Rambozzi®.
Black & Decker® Workmate 225!!!
Black & Decker® Workmate 225!!!
Asalnya Rambozzi® berkenan kepada Dremel® Work Bench Portative. Tapi workbench tu terlalu kecil dan rendah. Jadi Rambozzi® buat keputusan nak beli Black & Decker® Workmate 225.
Workmate nie Rambozzi® jumpa kat Ace Hardware. Boleh tahan la harga dia, tapi Rambozzi® dah berkenan, jadi Rambozzi® kena la keluarkan modal sikit untuk beli workmate nih. Memang la agak mahal, tapi kalau boleh guna lama dan berguna, memang berbaloi la. Harap² boleh tahan lama la hehehehe...
Meja itu sendiri tersedia skala untuk ukuran unit inci dan sentimeter. Ada la gunanya kat mana² tu nanti... Panjang dua keping papan meja tu 2 kaki. Tapi "lebar yang boleh dicapai" Rambozzi® tak ukur lagi hehehehehe.
Gambar di atas nie menunjukkan workmate tu dalam keadaan yang paling rendah. Boleh la digunakan bila malas atau tak perlu berdiri untuk buat kerja.
Gambar di atas nie pulak menunjukkan workmate tu bila "set kaki yang kedua" dibuka atau digunakan. Workmate nie ada "2 set kaki" yang boleh dilipat hehehehe.
Dan gambar di atas nie pulak menunjukkan workmate nie bila didirikan sepenuhnya. Tingginya lebih kurang 3 kaki kot dari lantai. Sesuai untuk kerja di dalam keadaan berdiri.
Workmate ni juga ada "vice"nya sendiri. Boleh la nak clamp kayu² yang tak berapa besar saiznya. Dan workmate nie juga ada 4 bijik "swivel pegs" (yang warna oren tu). Bende oren tu boleh dialih²kan ke lubang² yang tersedia di atas meja workmate nie. Dan ia berfungsi sebagai clamp, kot...
Dan last sekali, workmate nie boleh dilipat bila tak nak digunakan. Bila dilipat, tebalnya lebih kurang 4 atau 5 inci, memang menjimatkan ruang la. Boleh la kalau nak selit kat mana².
Ok, itu dia Black & Decker® Workmate 225. Rambozzi® harap workmate nie dapat membantu memudahkan lagi kerja² tangan Rambozzi®. Tapi Rambozzi® kena cari projek banyak² lagi dan kerja kuat² lagi la sebab banyak dah modal keluar nie hahahahahahaha
4 Comments
brape kena for the workmate...ACE mana ada jual?
ReplyDeletehrga dia RM339..yg nie jmpe kat ACE IOI Puchong..kat ACE the mines pn ada kot..
Deletemcm mne die punye build ,tahan lasak ke ...bace review made in china ni tak power ngan made in us..
ReplyDeletevice clamp die kuat tak
boleh tahan lasaknya...vice clampnya pun agak kuat jugak la..secara keseluruhannya, ok, boleh digunapakai dan paling bagus blh dilipat utk disimpan, jimat space kerja
Delete