- Meja Oven Laili



Ok, kali ni Rambozzi® dapat tempahan sebuah meja daripada Laili. Dia berminat dengan "Meja Microwave Jaja" tempoh hari. Dan Laili nak meja untuk oven dia kot... Laili suka table top macam Jaja tu. Jadi, sekali lagi Rambozzi® kena buat kerja kayu dengan teknik macam Meja Jaja tu. Ok, jom buat table top dulu. 

(Rambozzi® buat table top terlebih dulu sebab susunan kayu² tu. Bila dah siap susun, cantum dan tambah frame keliling meja tu, baru Rambozzi® dapat agak dan dapat ukuran untuk jarak antara kaki² meja. Ntah betul ntah tidak teknik Rambozzi® tu, tapi Rambozzi® pikir nak senang dan tak nak dapat susah bila nak attach table top tu pada kaki meja nanti...)



Macam Meja Jaja, Rambozzi® susun dan cantumkan kayu² 1* 1/2 tu atas sekeping plywood, dan skrukan pada plywood tu (kat bawah plywood ada kayu 1*1 empat batang). Pastu trim keliling meja tu untuk dapatkan sesiku yang tepat, nanti senang nak tambah frame keliling meja ni.



Ok, untuk meja nie, berbeza dengan Meja Jaja, Laili nak ada drawer dan dua para (para ke nama dia...) kat bawah tu. Ya, drawer Rambozzi® tak pernah buat dan pasang drawer sebelum nie. Untuk drawer  yang pertama nie, tersangat²lah susahnya!!! Nak buat drawer tu senang, nak pasang tu yang susah. Saiz dan jarak antara drawer, drawer slider dan drawer cradle (ntah, nama dia macam tu kot...) tu sangat susah nak ukur dan pasang.

Untuk dua para tu senang je. Guna plywood je, lagipun Laili yang nak macam tu.


Ok, dah siap pun drawer. Bahagian dalam drawer tu, Rambozzi® guna laminate (dah pandai laminate sekarang...) warna putih supaya nampak kemas dan bersih di dalamnya. Rambozzi® tambah drawer front kat depan drawer tu dan guna frame kayu je untuk masuk dengan tema meja nie... Pastu tambah drawer knob besi (Rambozzi® balut dulu dengan plastik sebab tak nak dia tercalar). Sekarang masa untuk cat.



Dah siap! 3 lapis varnish - hasil catnya puas hati. Bagi Rambozzi®, Meja Laili ini adalah hasil kerja pertukangan kayu Rambozzi® yang terbaik, setakat ini.. Rambozzi® puas hati dan Rambozzi®  harap Laili pun akan berpuas hati. Tahniah Rambozzi® !

2 Comments

  1. Salamm...kalau tempah mcm laili ni brape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..harganya bergantung pada saiz, kayu dll lagi.
      Blh hello-SMS-wassap Rambozzi bila2 masa utk maklumat lebih lanjut di 016-952 7489.
      Terima kasih banyak2.

      Delete