- Bedside Table Safa



Meja Jaja dan Laili tu nampaknya antara hasil kerja kayu Rambozzi® yang agak diminati setakat nie. Terbaru, Safa pun nak jugak tapi dalam saiz yang kecik. Dan Safa bukannya nak letak "oven" atau "microwave" macam Jaja dan Laili, tapi Safa nak letak lampu meja, di dalam bilik tidur. Automatiknya meja tu akan jadi Bedside Table la kan? Jadi Safa mintak Rambozzi® buatkan satu meja untuk dia. Ok, jom start woodworking untuk Safa nie...

"Kali nie, Rambozzi®  cuba nak ambik gambar untuk setiap proses kerja yang Rambozzi®  buat. Tapi buat permulaan nie, mana yang sempat je lah, sebab kekadang Rambozzi®  terlalu syok buat kerja sampai lupa nak ambik gambar. Sedar² dah terlepas satu proses..."



Ok, mula² macam biasa kena ada ukuran dulu baru la boleh potong ikut saiz yang nak. Safa tak bagi ukuran yang dia nak, dia serahkan semuanya pada kreativiti Rambozzi®Rambozzi® pun tak tahu saiz atau tinggi standard untuk side table, tapi untuk bedside table nie, Rambozzi® agak² lepas tinggi sikit dari katil la. Jadi, bila duduk atas katil, meja tu lebih kurang pada paras lutut kita la kan? Emmm Rambozzi® buat perabot untuk orang Asia bukan untuk orang Eropah ok hahahaha. Agak² je ok... Ikut logik je, jangan serius sangat, lebam nanti. Kerja mau happy, maa.... 


Macam meja Jaja dan Laili, Rambozzi® mula dengan buat table top dulu. Potong kayu² 1*1/2 ni sama panjang dan tebuk lubang siap² untuk lekat pada plywood nanti. Rambozzi® "counter-sink"kan lubang² skru tu - satu sebab untuk benamkan kepala skru tu, dan satu lagi sebab, dia akan jadi satu design yang agak menarik dan kemas hehehehehe.


Pastu, menggunakan Bosch Trimmer/Router tu, Rambozzi® "route"kan tepi kayu tu untuk dapatkan sisi yang menarik. Setakat nie Rambozzi® ada dua je mata router bit yang khusus untuk "route" sisi kayu tu.  (Eh dorang panggil "route" ke teknik tu?...) Router bit set kat Malaysia nie mahal giler. Yang Rambozzi® nak guna 2-3 jenis je tapi bila dah datang dalam bentuk set, dia jadi mahal. Kalau beli satu-satu, tak banyak pilihan yang ada la pulak. Adus...



Gambar atas nie beza antara kayu yang dah di"route" dengan yang belum di"route". Yang atas tu sudah, yang bawah tu belum di"route".


Lepas tu Rambozzi® susun dan cantumkan kayu² atas sekeping plywood, yang turut beralaskan 3 batang kayu 1*1 kat bawah dia. Rambozzi® gunakan gam kayu, kemaskan/ketatkan satu-persatu menggunakan "ACE One Handed Quick Action Bar Clamps" yang Rambozzi® jumpa kat Ace Hardware dan skrukan kayu² tu. Panjang clamp tu 2 kaki kot. Tapi murah giler la berbanding brand lain macam Irwin tu. Kalau ada bar clamp yang panjang macam nie memang senang nak buat table top yang jenis wood joints macam nie.


Sekarang nak kena tunggu gam tu kering dulu baru boleh "trim" keliling dan dapatkan sesiku yang tepat.


Ok, sementara tu Rambozzi® potong dulu kayu untuk frame keliling table top ni nanti. Berbeza dengan meja Jaja dan Laili dulu, masa tu Rambozzi® guna kayu 2*1/2 untuk frame keliling tu. Tapi Rambozzi® nampak dia jadi agak nipis bila dah pasang table top tu. Kali nie Rambozzi® nak try guna kayu 1*2 pulak. Tebal sikit. Ini la jadinya bila nak buat kerja kayu, tapi takde ilmu perkayuan hahahahahaha. Tapi takpe, Rambozzi® nak try jugak!


Dah siap potong kayu ikut ukuran saiz table top tadi, sekarang kena gamkan frame untuk keliling table top tu. Rambozzi® belajar teknik ni dari Youtube, ada satu mamat omputih otai ni dah berpuluh tahun buat picture frame gunakan teknik nie. Tak payah nak beli alat mahal², cukup dengan kayu terbuang dan beberapa bijik skru je, dah boleh cantumkan frame dengan kemas dan paling penting dia punya sesiku masuk dengan tepat dan bila ukur, confirm tepat 90 darjah.

Masking tape putih kat bawah tu ada tujuan gak tu. Kegunaannya adalah untuk mengelakkan frame tu daripada melekat pulak kat meja kerja Rambozzi® tu nanti.


Sekarang, gam pada table top dan frame pun dah kering dan kukuh, masa untuk masukkan table top ke dalam frame. Datang lagi satu masalah, table top tu agak besar sikit je dari frame. Pulak! (Sebenarnya, masa buat meja Jaja dan Laili tu pun jadi macam ni jugak hehehehe. Rambozzi® kena buat banyak kali lagi baru boleh jadi otai.) Itu yang terangkat sebelah tu. Tapi takpe, Rambozzi® "trim" slow² table top tu sampai dia boleh masuk dalam frame tu.


Ok. Dah berjaya pun masuk dengan ngam dan cantik. Lepas kena "sanding" dengan kertas pasir ni lagi cun ni. Rambozzi® ada beli satu electric sander yang murah. Tapi adat barang murah, hasil dia lagi baik kalau Rambozzi® sanding sendiri pakai tangan...

Ada satu mamat omputih nie "share", asas untuk "sanding" yang baik, pertama "sanding" guna kertas pasir kasar 80 grit, pastu guna pulak kertas yang medium sikit 150 grit. Dan untuk antara setiap lapisan cat, "sanding" guna kertas pasir 220 grit. Biasanya, Rambozzi® suka guna varnish sebab tahan air, Rambozzi® akan cat 2 atau 3 lapisan, yang mana antara lapisan tu diselangi dengan "sanding" guna kertas pasir 220 grit. Kalau rajin lagi, cat la banyak lapisan lagi, diselangi dengan "sanding", hasilnya memang macam dari kedai perabot la, senang citer....

"Ada modal lebih nanti, Rambozzi® nak beli electric sander yang jenis pusing random punya. Tengok la Bosch ke, Dewalt ke...tak nak dah beli yang murah..."


Untuk sisi table top ni Rambozzi® "route" guna "router bit" yang kat atas nie.


Gambar atas ni table top pandangan dari bawah.


Sekarang kena potong kayu untuk kaki meja pulak. Rambozzi® guna kayu 2*2, dah siap ketam, sisi kayu pun dah halus dan bulat sikit. Jumpa kat hardware. Untuk bahagian bawah kaki meja tu, Rambozzi® potong slot kaki tu guna Miter Saw je. Senang dan cepat. Nanti dah advance, boleh la nak buat design stail lain pulak. Buat masa ni, mana yang senang je dulu...

Ok, sekarang kita nak masuk ke bahagian yang paling kritikal sekali. Proses nak pasang table top ke kaki meja. Nak pasang kaki meja tu ada beberapa teknik yang Rambozzi® tau, dan kukuh kalau kena caranya. Paling mudah butt joint je la kan?. Tapi, American Woodworkers kata dan dakwa, butt joint akan lagi kuat dan kukuh kalau pasang guna teknik pocket hole. Cakap senang la kalau ada tools. Paling top dan best ialah Kreg Jig, tapi sampai hari ni Rambozzi® tak dapat² lagi la alat ni. Ada satu mamat tu iklan dalam Mudah.my, tapi haram sampai hari ni bila call dia je, "sorry bang, stok tak sampai lagi la...". Dah takde stok, yang ko gi iklan dalam Mudah tu pasal apa?

Jadi, Rambozzi® pun terpaksa la buat jig ni sendiri. Baca² dalam internet, dapat la setting mudah untuk buat sendiri.


Ya! Rambozzi® Pocket Hole Jig! Rambozzi® buat 3-4 bijik gak bende ni. Satu jenis untuk buat pocket hole pada kayu 1*1 dan satu lagi jenis untuk kayu 1*2 dan 2*2. Jig ni Rambozzi® guna kayu 1*2. Kayu halus kat tepi tu sebenarnya berfungsi sebagai stop block, bila letak atas kayu 1*1, automatik dia akan center. Sama la jugak dengan jig untuk kayu 1*2 dan 2*2 tu. Tapi yang tu ada dua lubang. Rambozzi® dah ukur ngam², cuma samakan hujung jig ni dengan hujung kayu, dan tebuk lubang, terus jadi center dan ngam² untuk skru masuk dan "joint"kan ke kayu yang lain.



Sebenarnya, ini jig yang kedua Rambozzi® buat untuk kayu 1*1. Sebab bila dah guna banyak kali, dia akan "haus" dan lari la dia punya setting. Sebab tu Rambozzi® nak sangat Kreg Jig tu! Mahal pun mahal la! Takpe, satu hari nanti Rambozzi® akan miliki jugak Kreg Jig tu..


Ini cara Rambozzi® guna pocket hole jig tu.


Dan ini hasil dari Rambozzi® Pocket Hole Jig. Kadang² lubang dia cantik, kadang² lubang dia tak cantik. Tengok kayu dan nasib la macam mana. Tapi takpe, lubang² ni pun takkan kelihatan sebenarnya sebab dia akan ada kat bawah, bukan kat atas permukaan perabot yang Rambozzi® nak buat. Jadi, tak kisah la cantik ke buruk ke, dia tetap takkan kelihatan.


Ok, dah siap pasang kaki meja. Tengok! Pocket hole tu nanti, bila dah letak table top kat atas, memang tak nampak punya. Cuma jangan pasang ke luar je sebab nanti nampak la kat luar tu. Macam Rambozzi® pasang dalam gambar atas ni, Rambozzi® pusing dia menghala ke dalam atau ke atas, jadi tak nampak la nanti.





Sekarang Rambozzi® nak pasang table top pulak ke atas kaki meja ni.



Rambozzi® nak "route" lagi sekali keliling "table top" ni supaya lagi "cun" punye...




Siap meja dan para kat bawah tu. Proses seterusnya nak buat drawer pulak.


Gambar kat atas ni adalah kepingan² frame² dan laminate untuk drawer yang dah siap dipotong mengikut ukuran. Kecuali laminate tu je lah yang kena gam dulu, trim, dan baru dia akan kemas..


Gambar atas nie adalah Virutex Laminate Cutter buatan Sepanyol kot kalau tak silap Rambozzi®. Mesin yang ringkas, tak guna elektrik pun, tapi mahal giler! Tapi takpe, sekali beli dan boleh pakai untuk bertahun² mendatang, memang berbaloi la. Berapa kali gak Rambozzi® test cutter ni baru dapat potongan yang cantik dan tak pecah²...


Dan untuk "trim" laminate tu Rambozzi® gunakan "flush trim router bit" kat atas tu.


Jadi, itulah koleksi mata router bit yg Rambozzi® ada, setakat ni la.. Banyak lagi yang nak kena beli nanti, tapi itu kemudian citer la..


Ok, siap setakat ni Bedside Table Safa nie.. Tinggal nak pasang "drawer front" kat drawer ni, pastu "sanding" sikit mana² bahagian yang tak berapa halus lagi, dan last sekali cat.




Ok, sekarang tibalah masanya untuk proses terakhir iaitu mengecat! Rambozzi® akui mengecat adalah proses yang paling Rambozzi tak suka buat. Sebab susah nak dapat hasil kemasan yang licin dan halus berkilat. Lagi satu sebab prosesnya memakan masa yang lama. Slow! Jarak masa untuk kering antara satu lapisan dengan satu lapisan yang lain tu agak memenatkan Rambozzi®. Tapi kalau tak cat, tak siap la projek ni.

Jadi, untuk Bedside Table Safa nie, Rambozzi® cat tiga lapisan. Lapisan pertama, Rambozzi® sapukan "wood stain" dulu. "Wood stain" tu warnanya agak kemerahan, apa ntah kod kaler dia lupa dah.. Lepas tu bila dah kering, Rambozzi® "sanding" pulak dengan kertas pasir 220 grit.

Lepas tu, Rambozzi® cat lapisan kedua, kali nie dengan menggunakan "polyurethane varnish" warna coklat. (Sebenarnya varnish tu pun ada kod warna jugak, bukan warna coklat sebenarnya, tapi warna kayu apa ntah....) 

Bila dah kering, "sanding" lagi sekali dengan kertas pasir 220 grit.

Dan Rambozzi® cat lagi satu lapisan varnish yang sama, untuk lapisan terakhir. Rambozzi® biarkan kering semalaman dan hasil warnanya adalah coklat kemerah-merahan. Cantik dan kemas! Hmmmm... dah ada kemajuan sikit dalam pertukangan Rambozzi®. Good! I Like!

"Sebenarnya, untuk setiap lapisan memang Rambozzi® biarkan kering semalaman. 3 lapisan bermakna 3 malam! Letih!"





Siap projek Bedside Table Safa.

4 Comments

  1. kemah keje mu.
    nanti aku suruh uncle wan usha blog mu ni....

    hihe.

    :O

    ReplyDelete
  2. Hi abang,

    You boleh dapatkan Pocket Hole Jig kat link di sini:

    http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=2611676&hl=

    Jig ini buatan Italy. Harga bukan mahal sangat, tapi kualiti sama dengan Kreg Jig.

    Stock banyak. Tak perlu tunggu!

    Jika minat, email zweigoh@live.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...saya dah usya aritu..nnt kalau berminat saya hello..
      terima kasih

      Delete
  3. ok. kalau ada project baru dan perlu tebuk pocket hole lagi, email ke alamat di atas.

    ReplyDelete