- Meja Microwave Jaja



Jaja nak order lagi dengan Rambozzi®. Kali ni meja untuk letak microwave. Jaja siap² bagi ukuran yang dia nak. Design pun dia yang nak macam ni. Rambozzi® ikutkan je.


Cabaran meja ni ialah dia punya table top. Kalau nak ikutkan teknik yang betul nak cantumkan kayu² tu jadi sekeping meja, kena guna "biscuits" nak cantumkan kayu² tu. Tapi Rambozzi® tak pernah tahu pun teknik tu. Rambozzi® ambik cara mudah tapi kukuh. Susun kayu² tu atas sekeping "plywood". Pastu gamkan guna wood glue dan pakukan je cantik². Kemudian Rambozzi® try tutup lubang² paku tu dengan "wood filler" tapi tak guna betul, bila cat dia nampak jugak. Tulis kat botol tu boleh dicat, tak guna betul.

Ok, untuk frame keliling table top tu, Rambozzi® guna kayu yang besar sikit dari yang kat dalam tu. Pastu guna router nak bagi tepi dia tu cantik dan tak bersegi sangat.

Jaja nak simple je dan atas bajet dia la tu. Jadi, Rambozzi® ikutkan je. Dah siap, cantik dan berkilat (selepas kena varnish 3 lapis). Good!

0 Comments