- Rambozzi® Bosch® Cabinet



"Dengarlah
Gemala hati, dendang jiwaku
Mencurahkan pendaman
Kalbu nan tertawan

Dikaulah umpama bulan
Mengambang di angkasa raya

Oooo dewi jelita
Pandanglah beta
Pungguk teruna

Rindu asyik memuja
Paras gemilang
Ratulah desa
Engkaulah sayang

Dikaulah
Dewi pujaanku..."

"Demikianlah tadi, lagu pilihan saudara Rambozzi, "Dengarlah Gemala Hati" dendangan P.Ramlee. Kita ke lagu seterusnya, pilihan saudara Rajni, yang memilih lagu "Jangan Tak Mandi" nyanyian kumpulan XPDC, yang dipetik dari album "Darjah Satu". Saudara Rajni ingin menujukan lagu ini kepada buah hatinya Shriya Saran yang kini sedang belajar di Mumbai, dengan ucapan "Hai! Tengah buat apa tuuu? Belajar rajin² ye sayang? Dan semoga sukses selalu... Muaahs!"..."

Hahahahaha! Rambozzi® tiba² teringat kenangan mendengar radio pada tahun² lewat 80-an dan awal 90-an. Lebih kurang macam tu lah 'style' 'deejay' radio tu... Hahahahaha best betul... Nostalgia yang best...

OraitsRambozzi® bukan nak tulis tentang radio atau Rajni. Kali nie Rambozzi® nak tulis tentang "beberapa orang kekasih" Rambozzi®. "Kekasih²" Rambozzi® itu adalah "gemala hati Rambozzi®" - Dewi Pujaanku... Nama mereka semuanya sama - Bosch®... Heh heh heh heh...

Setelah bertahun Rambozzi® "memberi sedekah" kepada tauke² 'hardware' di sekitar Kuala LumpurRambozzi® "berjaya" mengumpul beberapa 'power tools' idaman Rambozzi® untuk kerja² Rambozzi®. Jenama Bosch® memang menjadi pilihan Rambozzi®. Membeli 'power tools' dari jenama Bosch® memang boleh menggembirakan hati tauke² itu. Tapi demi minat dan "cinta" Rambozzi® kepada "woodworking" ini, Rambozzi® berkorban jiwa dan raga, walaupun Rambozzi® yang menangis... Hahahahaha...

Oraits. Untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® bercadang nak buat sebuah kotak atau almari atau kabinet khusus untuk menyimpan kesemua 'power tools' dari jenama Bosch® milik Rambozzi®.

Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Bosch® Cabinet.



Untuk projek ini, ada beberapa perkara yang perlu Rambozzi® ambil kira. Antaranya:-

1. Jumlah 'power tools' yang akan disimpan di dalam kabinet ini;
2. Saiz 'power tools'  yang akan disimpan di dalam kabinet ini;
3. Susun atur yang sesuai untuk setiap 'power tools'  yang akan disimpan di dalam kabinet ini;
4. Saiz dan rekabentuk yang sesuai untuk kabinet ini.

Jadi, barulah Rambozzi® boleh potong kayu kepada saiz² yang diperlukan. Rambozzi® mulakan dengan membina beberapa keping panel kayu. Kesemua panel di atas digam dan diskrukan antara satu sama lain melalui lubang² 'pocket hole'.


Panel² tadi Rambozzi® cantumkan pula membentuk 2 binaan seperti di dalam gambar di atas. Ok. Setakat ini tiada masalah. Hanya proses penyambungan kayu ke kayu yang sangat "Ringkas & Mudah".


Oraits. Bahagian² panel di dalam gambar di atas agak 'special'. Setiap panel itu telah diukur dan ditebuk beberapa slot yang khusus untuk bentuk²  dan saiz² 'power tools' yang berlainan. Rambozzi® tidak akan perincikan mengenai tujuan dan fungsi setiap panel di atas ditebuk sebegitu rupa. Panel² di atas adalah untuk bahagian para atau 'shelf' di dalam kabinet ini.

Kesemua slot atau lubang pada panel di atas Rambozzi® tebuk dengan menggunakan:-

1. 'Drill press'
2. 'Mini router/trimmer'
3. 'Jigsaw'
4. 'Cordless drill'


Oraits. Kemudian Rambozzi® gam dan skrukan sahaja bahagian² 'shelf' tadi ke kabinet. Jarak di antara 'shelf' itu juga telah diukur dengan mengambil kira saiz atau ketinggian 'power tools' yang akan diletakkan di atas setiap satunya.

Ok. Siap 2 bahagian utama untuk projek Rambozzi® Bosch® Cabinet ini.


Seterusnya, Rambozzi® potong, gam dan skrukan pula kayu² untuk bahagian belakang dan pintu kabinet. Rambozzi® sengaja memilih 2 keping kayu yang mempunyai warna yang agak kemerahan itu kerana Rambozzi® bercadang hendak menggunakan konsep 'Bara Rambozzi®' di dalam projek ini. Cadangnyalah... Kan...


Sekarang, tibalah masalah pertama untuk projek ini! Panel untuk bahagian pintu kabinet ini tidak sama saiznya dengan kabinet yang siap dibina tadi! Hahahahahaha! Aduh.......

Sebenarnya, Rambozzi® telah merancang dengan teliti sebelum memulakan projek ini. Rambozzi® juga telah membuat lakaran menggunakan 'SketchUp'! Tapi, disebabkan beberapa faktor, dan kecuaian Rambozzi® sendiri, projek ini telah "lari jauh" dari perancangan asal Rambozzi®.

Oraits. Jom kita buat sedikit 'post-mortem' ya heh heh heh heh...


Oraits. 'SketchUp' di atas adalah 'idea' asal Rambozzi® untuk projek ini. 2 bahagian kayu yang bertanda anak panah merah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada saiz dan cara sebenar bahagian itu perlu digam dan diskrukan.


Tetapi, untuk menutup 'end grain' yang kelihatan, maka Rambozzi® dengan yakinnya memotong kayu² untuk bahagian yang bertanda anak panah merah di dalam gambar di atas lebih panjang dari 'plan' asal. Dan bahagian itu pula diskrukan ke bahagian atas, bukan di bahagian dalam seperti kayu² yang berwarna biru itu. Maka, keadaan itu sudah cukup untuk merosakkan perancangan asal Rambozzi®! Bahagian pintu itu tidak akan sama saiz dengan kabinet itu! Yeah!!!



Tiada pilihan, Rambozzi® akan skrukan bahagian pintu itu di tengah² kabinet. Dan akan kelihatan bahagian atas dan bawah kabinet yang tidak ditutupi dengan pintu itu. Hmmmm... Boleh laa... Nasib baik untuk Rambozzi® sendiri. Kalau untuk pelanggan, memang Rambozzi® sendiri yang 'reject' projek ni! Hahahahahaha!

Tak mengapa. Ia tidaklah seteruk mana. Ia masih boleh dipasang dengan kemas dan tidak nampak sangat "cela"nya nanti heh heh heh heh... Rambozzi® perlu sentiasa positif dan tidak akan menyerah kalah. Rambozzi® perlu bersedia menghadapi kemungkinan kegagalan atau kecuaian seperti ini. Dan Rambozzi® perlu cepat berfikir dan mencari cara² atau 'idea'² yang bernas untuk menangani permasalahan seperti ini. Mengalah bukanlah satu pilihan bagi Rambozzi®...



Oraits. Maka siaplah 2 bahagian utama untuk projek Rambozzi® Bosch® Cabinet ini.

Ok. Asalnya, Rambozzi® memang bercadang nak gantung kabinet ini ke dinding, dengan 1 daripada 2 bahagian di atas akan berfungsi sebagai pintu. Tapi, bila siap sahaja 2 bahagian di atas, kabinet ini menjadi terlalu berat. Itu belum dimasukkan sebarang 'power tools' lagi tu...

Sekali lagi, Rambozzi® terpaksa ubah 'plan'. Rambozzi® Bosch® Cabinet tidak akan digantung ke dinding.

"Rambozzi® sentiasa merancang dengan teliti untuk setiap projek 'woodworking' yang akan Rambozzi® buat. Tetapi memang Rambozzi® tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kalau tak banyak pun pasti ada sedikit kecuaian Rambozzi®. Tapi itu bukan alasan untuk Rambozzi® menyerah kalah. Sebaliknya Rambozzi® akan terus berusaha untuk memperbaiki setiap kesilapan yang Rambozzi® lakukan. Dan Rambozzi® belajar dari kesilapan Rambozzi®..."

Oraits. Seterusnya Rambozzi® akan 'sanding' sehingga halus dan kemas keseluruhan kabinet ini. Rambozzi® Bosch Cabinet ini tidak akan dicat dengan sebarang kemasan. Hanya akan dicat sedikit warna merah di beberapa bahagian sahaja untuk mendapatkan atau mengekalkan konsep 'Bara Rambozzi®' itu.


Dan projek ini siap sepenuhnya!


Warna merah itu adalah cat minyak yang disapu sebanyak 3 lapisan. Lapisan pertama adalah cat 'undercoat' dan diikuti 2 lapisan cat minyak berwarna merah. Setiap lapisan cat diselangi dengan 'sanding' menggunakan kertas pasir grit 400.

Sebenarnya, Rambozzi® tidak bercadang pun untuk mengecat warna merah itu dengan cat minyak. Tetapi, warna kayu yang agak kemerahan tadi, tidak cukup merah bagi Rambozzi®. Tidak cukup "bara" heh heh heh heh. Sebab itu Rambozzi® terpaksa juga mengecatnya untuk mendapatkan konsep 'Bara Rambozzi®' itu.


Oraits. Nyaris terlupa pula Rambozzi®Rambozzi® skrukan juga beberapa 'furniture fittings' ke kabinet ini seperti engsel, 'bag clip' dan juga 'furniture glides'.


Satu hasil kerja yang sangat Ringkas & Mudah".


Dan "sangat Rambozzi®"...


Setiap 'power tools' diletakkan ke tempatnya dengan kemas dan teratur.


Ini adalah "nyawa" dan "hidup" Rambozzi®. Ini adalah "dunia" Rambozzi®. Ini adalah "cinta" Rambozzi®.


Dan, di dalam gambar di atas, dapat dilihat Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional. Ya! Akhirnya Rambozzi® berjaya juga memiliki sebuah 'table saw'! Oh! Jangan ditanya bagaimana perasaan Rambozzi® ketika ini... Jangan ditanya betapa "terharunya" Rambozzi® ketika ini...



OraitsRambozzi® tidak akan menulis mengenai Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional itu di dalam 'entry' ini. Rambozzi® akan cuba memberikan sedikit 'review' mengenainya di dalam 'entry' yang akan datang.

OraitsBosch® Table Saw GTS 10 J Professional itu menambah satu lagi koleksi 'power tools' dari jenama Bosch® kegemaran Rambozzi®. Di bawah adalah senarai 'power tools' dari jenama Bosch® yang Rambozzi® miliki. Rambozzi® akan hanya senaraikan nama modelnya sahaja. Rambozzi® tidak akan nyatakan harganya di sini. Sebab, lain 'hardware' lain harganya. Lain pembeli, lain pula harga 'special'nya...

1. Bosch® Impact Drill GSB 10 RE
2. Bosch® Cordless Lithium-Ion Screwdriver IXO 3.6V
3. Bosch® Slide Miter Saw GCM 800 S
4. Bosch® Mini Router/Trimmer GMR 1
5. Bosch® Cordless Drill GSR 1440-Li
6. Bosch® Planer GH010-82
7. Bosch® Orbital Sander GSS 230
8. Bosch® Jigsaw GST 25 M
9. Bosch® Cordless Circular Saw GKS10.8V-Li Solo & Bosch® Starter Kit 10.8 V
10. Bosch® Cordless Drill/Driver Lightseries GSR1080-2-LI
11. Bosch® Orbital Sander GEX 125-1 AE Professional
12. Bosch® Line and Point Laser GLL1P Professional
13. Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional

Senarai di atas adalah "di antara" beberapa 'power tools' dari jenama Bosch® yang telah Rambozzi® miliki. Pembaca yang sentiasa melawat dan membaca blog Rambozzi® ini akan tahu bahawa, Rambozzi® tidak akan berhenti membeli 'power tools' setakat ini sahaja. Ia masih belum cukup bagi Rambozzi®. Dan memang masih ada beberapa 'power tools' lagi yang Rambozzi® "nak miliki" - walaupun ada di antaranya yang bukan dari jenama Bosch®.

Rambozzi® bukan tamak 'power tools'Rambozzi® hanya "gila" 'power tools' dan "woodworking" sahaja. Heh heh heh heh...


13 Comments

  1. Awie-Bruce Lee-Rajni! Barisan retis popular yg cool mewarnai blog rambozzi hehe... I likeee

    ReplyDelete
  2. Salam bro,

    Saya baru berkirim email. Harap tuan sudi membalasnya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jiGOMorrison.
      Ye Rambozzi dah baca email tu.
      Rambozzi akan kaji dan fahami dulu, dan Rambozzi akan balas.

      Delete
  3. Dah sangat bagus koleksi tu Rambozzi. Macam kedai.

    Happy woodworking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye dah sangat bagus, buat masa nie... Heh heh heh heh

      Delete
  4. Saya ada cek miter gauge table saw bosch tu tadi. Agak longgar. Too much play. Tapi boleh modify atau guna slide miter saw saja utk miter cut. Tapi ripping fence dia excellent. Yang Rambozzi punya ok ke miter gauge dia.
    Happy woodworking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sama mcm miter gauge Rambozzi punye tu. Banyak main (too much play too) hehehehehe.
      Tapi takpe, Rambozzi akan buat table saw sled nanti. Lagi tepat dan lebih selamat.
      Ripping fencenya memang terbaik. Tidak setepat Incra systems tetapi masih boleh dapat tepat menggunakan square masa nak set fence tu.
      Bagi Rambozzi, mesin nie terbaik!

      Delete
  5. Huhuhuhu...harga tool naik kira-kira 10% di Lazada.com. Agaknya kesan compounding effect 6% x 6% darab lagi. Bagus beli terus dari kilang kalau macam ni. Geramnya...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Rilek dulu la bro... Kita tunggu tengok dulu sebulan dua nie macam mana. Harap² ada kawalan dan pemantauan harga la utk bidang kita nie...

      Delete
  6. Tumpang tanya Encik Rambozzi. Boleh ke kayu yang telah digam dicabut semula? Projek kayu sekolah anak, tersenget kayu. Kalo bole nak betulkan jadi straight. Tapi dia dah gam guna gam kayu. Bole ke dicabut? Guna apa? Terima kasih in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau nak cabut semula. Tapi kayu tu akan terkoyak la. Patahkan je la kuat². Kalau ada koyakan kayu yang melekat, cuba kemaskan balik guna pahat atau ketam yang tajam.

      Delete
  7. Terima kasih reply komen saya. Saya cuba buat hari ni.

    ReplyDelete