- Holobox Din Pt.II


Dulu, Rambozzi® sangkakan projek² yang menggunakan 'laminate' seperti Wall Shelf Kak Lang Idah dan Kitchen Drawers Kak Haiza adalah antara projek paling susah di dalam 'woodworking' Rambozzi® ini. Rupa²nya tidak....

Ini adalah projek paling susah bagi Rambozzi® setakat ini! Maaf. Untuk 'entry' kali ini Rambozzi® tidak akan kongsikan gambar² proses pembuatannya! Sebaik Rambozzi® bersetuju menerima projek ini daripada DinRambozzi® sudah memasang "impian"Rambozzi® tidak akan fokuskan kepada proses²nya. Rambozzi® akan hanya cuba sebaik mungkin untuk menyiapkannya sahaja!

Oraits. Projek ini adalah lanjutan daripada projek Holobox Din. Projek ini adalah bahagian kedua dari tiga bahagian keseluruhan projek ini. Rambozzi® "tak sampai hati" nak menulis lebih panjang lagi. Nak menulis nie pun Rambozzi® dah rasa sangat susah hahahaha...

Oraits. Jom mulakan 'woodworking' kali ini - Holobox Din Pt. II.


Rambozzi® mulakan dengan membina rangka dan jadilah ia sebuah kotak seperti di dalam gambar di atas. Mengekalkan teknik² yang sama seperti "Jurus Keramat Rambozzi®" iaitu teknik 'pocket hole' dan diteruskan ke proses menampal 'plywood' ke rangka kayu berkenaan - projek ini bermula dengan 'smooth', lancar dan penuh senyuman.

Sekali lagi, itu hanyalah mainan perasaan Rambozzi®. Itu hanya mimpi indah Rambozzi®. Gangguan akan menjelma menghantui Rambozzi®. Malam yang sepi dan sunyi di dalam 'studio' Rambozzi® ini "diserikan" lagi dengan nyanyian songsang si pungguk di dahan meranti dan ungka² di dalam hutan berhampiran. Rambozzi® teruskan meredah kegelapan malam ini dengan menyelitkan sedikit keberanian di minda Rambozzi®. Jauh di dalam hati Rambozzi®, ada satu perasaan takut dan ngeri telah menyelubungi Rambozzi®. Pelbagai bayangan yang mengerikan menjelma di depan mata Rambozzi®. Ia sebenarnya hanyalah ilusi ciptaan minda Rambozzi®. Adakah dakwaan penduduk kampung mengenai kewujudan pontianak di kampung ini adalah benar? Adakah ia hanya cerita rekaan untuk menakut²kan 'woodworker' yang bekerja malam seperti Rambozzi® ini? Mengapa pula Rambozzi® menulis novel seram ini? Heh heh heh heh... Dan mengapa pula Rambozzi® gelak?......


Ok ok. Selepas menampal 'laminate' Rambozzi® tebuk pula satu lubang di bahagian belakang kotak ini.


Siap menebuk lubang itu. Disebabkan mata 'router bit' itu Rambozzi® gunakan untuk menebuk lubang, bukan sekadar 'trim' sahaja seperti biasa, mata 'router bit' itu telah tumpul. Dan ada sedikit kesan terbakar di hujung mata 'router bit' itu. Itu adalah kesan daripada penggunaan 'mini router/trimmer' pada satu tahap yang agak 'extreme' atau 'hardcore' heh heh heh heh... Tak apa, mata 'flush trim router bit' dengan 3 bilah mata pisau hanya berharga RM10.50 sahaja. Nak tahu beli kat mana, wassap je Rambozzi® hehehehe...


Oraits. Itulah rupanya bila bahagian pertama dan kedua Holobox Din ini disusunkan. 'Uolls' takkan tahu betapa peritnya nak siapkan hingga ke peringkat di atas. Ada beberapa tetapan atau 'settings' lagi di bahagian dalam dan luar kotak ini yang perlu disiapkan. Rambozzi® pada masa ini amat tertekan. Ini bukan 'woodworking' yang Rambozzi® suka buat! Ini agak sukar dengan kemahiran Rambozzi® setakat ini. Memikirkan 'settings'  yang sesukar ini membuatkan Rambozzi® "teringatkan seseorang"... "Seseorang" itu juga mempunyai nama yang huruf permulaannya adalah sama seperti Rambozzi® iaitu huruf "R"...


Namanya adalah Rafi. Atau lebih dikenali sebagai Baba Rafi si Kebab TurkiRambozzi® nak makan kebab dulu, dan sambil makan² tu Rambozzi® akan fikirkan 'settings' yang sesuai untuk projek ini - mengikut kehendak Din. Satu hari nanti, Rambozzi® nak ajak si Rafi tu makan kebab tu sekali dengan Rambozzi® heh heh heh heh... Rafi ooo Rafi...


Oraits. Di bahagian belakang kotak Holobox Din Pt.II ini terdapat sebuah pintu kecil. Sebuah 'tablet' akan dilekatkan ke atas pintu itu. 'Tablet' itu akan dilekatkan dengan menggunakan Velcro Pads. Jadi, ia boleh dicabut dan disimpan bila tidak digunakan pada Holobox Din Pt.II ini.


OraitsRambozzi® akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai Holobox Din Pt.II ini. 'Tablet' itu digunakan untuk mengawal imej² yang akan dipancarkan oleh TV di bahagian atasnya iaitu di dalam kotak Holobox Din.


Pintu kecil itu sebenarnya boleh dibuka sedikit ke depan dengan hanya menekan sahaja pintu itu, dan ia akan keluar secara automatik.


Segala wayar² dan kabel² untuk TV, 'tablet', 'speaker' dan lain² akan dimasukkan melalui lubang² yang bertanda anak panah merah seperti di dalam gambar di atas.


TV akan diletakkan di dalam kotak di bahagian atas. Asalnya Rambozzi® nak gunakan 'lid stay' untuk mengawal bukaan pintu itu. Tetapi ia tersangkut pada kayu penahan pada pintu itu. Jadi Rambozzi® terpaksa gunakan tali sahaja untuk memastikan pintu itu tidak terbuka jauh ke belakang.

Bahagian paling atas yang mengandungi TV tadi boleh diangkat keluar tanpa menggunakan sebarang 'tools'.


Bahagian di bawah TV tadi juga boleh diangkat keluar - untuk membolehkan Din membuat susun atur atau 'settings' mengikut keperluannya di bahagian dalam kotak Holobox Din Pt.II itu.


Ini adalah bahagian kotak Holobox Din Pt.II ini. Dah macam CPU komputer pulak kan? Hahahaha...


Anak panah merah itu menunjukkan kepada 'magnetic catch-and-push latch'. Hanya tekan sahaja untuk menutup dan membuka pintu kecil itu. Anak panah kuning itu pula menunjukkan kepada 'pneumatic door opener'. Ia akan menolak pintu keluar apabila pintu itu ditekan, dan 'magnetic catch-and-push latch' akan melepaskan "pegangannya" pada pintu tersebut. Haaa... lebih kurang macam tu la Rambozzi® pun tak tahu nak 'explain' macam mana nie hahahahahaha!


Segala wayar dan kabel itu pula akan dimasukkan ke dalam slot khas untuk melindunginya daripada kelihatan.


Rambozzi® hanya selitkan sahaja wayar² itu ke dalam slot itu. Slot itu sebenarnya adalah kotak berwarna putih yang biasanya digunakan untuk menutup wayar telefon di rumah kita. Tapi serius! Serius Rambozzi® tak tahu namanya apa hahahahahahahaha..... Rambozzi® hanya catkan slot itu dengan cat minyak berwarna hitam supaya sama warna dengan Holobox Din ini.


Slot itu boleh ditutup dengan penutupnya. Jadi, wayar² itu takkan kelihatan.


Oraits. Siap bahagian 2 daripada 3 projek Holobox Din ini. Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, projek ini sangat susah bagi Rambozzi®. Tinggal satu lagi bahagian iaitu bahagian ketiga. Rambozzi® tak boleh nak bayangkan betapa susahnya bahagian 3 itu nanti. Memang Din ada tunjukkan 'design'nya pada Rambozzi®. Tapi sampai ke hari ini, Rambozzi® masih tak boleh nak bayangkan bagaimana rupanya bila siap nanti. Rambozzi® dah dapat merasa "kengeriannya" bila membuatnya nanti.

Kepada Din, ini adalah yang terbaik yang boleh Rambozzi® berikan, dengan kemahiran dan pengalaman Rambozzi® setakat ini. Maafkan segala kelemahan dan kekurangan Rambozzi® di dalam projek ini. Rambozzi® hanyalah insan biasa. Rambozzi® juga mempunyai hati dan perasaan. "Hati" Rambozzi® ini sangat halus dan mudah "tersentuh". Ketika menulis 'outro' ini "hati" Rambozzi® terasa sangat berat dan sebak. Tanpa Rambozzi® sedari, sekali lagi airmata Rambozzi® jatuh berderai ke atas baki 'laminate' yang di'trim' tadi... Heh heh heh heh heh heh..........


0 Comments