- Shot Through the Heart Pt.II - In These Arms

 



Dah lama Rambozzi® cuba mencari 'idea' terbaik untuk menyimpan "hati" Rambozzi® - "the Heart" - di satu tempat yang selamat, dan tidak terkena habuk kayu heh heh heh heh... Asalnya Rambozzi® nak letakkan "the Heart" itu di dalam sebuah 'frame', tapi nampak seperti tidak berapa sesuai bagi Rambozzi®Rambozzi® juga pernah terfikir nak lekatkan "the Heart" itu ke meja kerja Rambozzi®, tapi Rambozzi® takut pula ia tercalar atau terluka terkena 'mini router/trimmer' nanti hehehehehehe... 

Rambozzi® nak letakkan ia di satu tempat yang boleh Rambozzi® lihat, tetapi dalam masa yang sama ia berada dalam keadaan yang selamat dari sebarang ancaman.

Bila disebut perkataan selamat, ia membawa sekali perkataan perlindungan. Ya! Rambozzi® nak lindungi "the Heart" itu. Untuk melindunginya, Rambozzi® perlukan sesuatu yang nampak gagah dan perkasa atau "katang". Heh heh heh heh...


Ok. Rambozzi® ada terfikir nak buat sebuah perisai mirip perisai Captain America tu. Tapi ia tidak cukup kuat untuk melindungi "the Heart" itu. Terlalu kebaratan hehehehe. Rambozzi® nak sesuatu yang lebih "timur"


Dan Rambozzi® teringatkan perisai milik pahlawan Iban.

Ya! Perisai itu nampak lebih "gagah" dan nampak lebih "pahlawan sejati"Rambozzi® akan cuba buat sebuah perisai yang hampir serupa seperti perisai pahlawan Iban itu untuk melindungi "the Heart"Rambozzi® tidak akan cuba meniru rekabentuknya bulat², tapi akan hanya mengambil sedikit 'mood' dan "semangatnya" sahaja.

Perisai "the Heart" ini akan digantung di dinding studio Rambozzi®. Bila perlu digunakan, Rambozzi® akan selitkan ia di lengan Rambozzi® - sama seperti gaya pahlawan Iban itu. Bila beradanya ia di lengan Rambozzi®, maka dekatlah "the Heart" itu dengan Rambozzi®. Bila beradanya ia di lengan Rambozzi®, maka "the Heart" itu berada 'In These Arms'...



"...and I would give anything
My blood, my love, my life
If you were in these arms tonight


I'd hold you, I'd need you
I'd get down on my knees for you
And make everything allright
If you were in these arms


I'd love you, I'd please you
I'd tell you that I'll never leave you
And love you 'til the end of time
If you were in these arms tonight, oh yeah..."

Bon Jovi - In These Arms - Keep The Faith (1992)


Oraits! Tanpa membuang masa lagi, jom mulakan "woodworking" kali ini - Shot Through the Heart Pt.II - In These Arms. Yeah!


Untuk projek kali ini, tidak banyak gambar proses kerja yang nak Rambozzi® kongsikan di dalam 'entry' ini.

Oraits. Projek ini hanya dibuat daripada 3 keping kayu sahaja. 2 keping kayu di atas dipotong serong 'miter'nya. Kayu² di atas akan dibentuk sedikit. Jadi, Rambozzi® mulakan dengan melukis garisan² yang dirasakan sesuai 'design'nya. Dan Rambozzi® potong secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw' terlebih dahulu.


Rambozzi® gunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander' pula untuk mendapatkan bentuk yang lebih tepat dan kemas. Hanya 1 daripada 2 kayu itu yang dibentuk. Ia akan dijadikan 'master copy' untuk kayu yang satu lagi.


Rambozzi® akan potong bentuk kayu yang kedua dengan hanya mengikut sahaja bentuk kayu pertama yang sudah siap dibentuk dengan menggunakan 'mini router/trimmer'.


Dan Rambozzi® ulangi proses yang sama untuk beberapa bahagian lain pada Perisai "the Heart" ini. Untuk tujuan itu, Rambozzi® membuat 'template'nya (anak panah berwarna merah) terlebih dahulu.


Rambozzi® potong secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw' dan Rambozzi® gunakan 'mini router/trimmer' untuk mengikut bentuk 'template' tadi.

Untuk proses² kerja yang seterusnya Rambozzi® tidak sempat hendak mengambil gambar kerana kekangan masa yang Rambozzi® hadapi pada waktu ini. Tapi memang tidak banyak bezanya dengan projek² yang pernah Rambozzi® buat sebelum ini. Hanya proses sambungan kayu ke kayu dengan menggunakan 'pocket hole joinery technique', sedikit 'sanding' dan proses mengecat.

Oh ya! Untuk projek ini Rambozzi® akan gunakan merah "Bara Rambozzi®" itu heh heh heh heh... Sama seperti yang pernah Rambozzi®  nyatakan sebelum ini;

"Warna merah itu adalah warna "cinta" dan "hati" Rambozzi®
Warna merah itu adalah "bara cinta" Rambozzi®
Warna merah itu adalah "semangat hati" Rambozzi
Warna merah itu adalah "kesayangan" Rambozzi®
Warna merah itu adalah "my woodworking", "my heart", "my love"..."


Dan Rambozzi® skrukan "the Heart" itu ke atas perisainya.


"Perisai itu akan melindunginya setiap masa dan ketika,
Perisai itu akan menjaganya setiap saat,
Perisai itu akan menemaninya sepanjang hayat,
Perisai itu tidak akan meninggalkannya..."


Tetaplah Perisai "the Heart" itu di tempatnya. Selamatlah ia di situ. Ia akan berada dekat dengan Rambozzi® bila Rambozzi® sedang "woodworking". Ia akan berada dekat dengan Rambozzi® bila Rambozzi® menjadi "Rambozzi®". Dan seperti yang Rambozzi® tuliskan di atas, bila beradanya ia di lengan Rambozzi®, maka "the Heart" itu berada 'In These Arms'...


"I'd hold you, I'd love you..."


0 Comments